
Update 13/11/11 2.05 ptg
Saya ingat orang faham. Rupa-rupanya ramai yang tak faham.
Subjek saya bukan orang Kelantan. Jangankan orang Kelantan yang setiap hari saya makan minum dengan depa (majoriti kawan saya di Restoran Thaqwa tu orang Kelantan), malah ketika hampir semua orang menghentam Mamak kerana mereka merasa jijik sangat-sangat dengan buruk dan busuk kelaku orang-orang Umno Pulau Pinang yang kebanyakannya keturunan Mamak dan sebelum itu kerana mereka benci sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tidak bantai Mamak walaupun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Subjek saya bukan orang Kelantan. Subjek saya ialah feudalisme yang berkembar siam dengan Umno. Subjek saya ialah orang-orang istana yang bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa Umno. Jika orang-orang Kelantan beriman dengan keyakinan bahawa sultan mereka suci dari Umno, itu hak demokratik mereka.
Ambillah hak demokrasi Saudara semua untuk berfikir seperti yang Saudara nak fikir. i am not in the business of usurping your rights. Salam persaudaraan Islam dari saya.
Posting asal
Antara perkara yang paling saya meluat apabila membuka blog kawan-kawan dari Kelantan ialah pujian yang entah apa-apa terhadap sultan depa kini (gambar sebelah). Pada mereka, sultan depa macam bagus sangat. Saya nak muntah!
Yang saya bertambah hairan kalau depa tu orang PAS. Mulut tak habis-habis Isle, Isle. Tapi memuja feudalisme.
Bila melihat berita mStar Online hari ini bertajuk "Sultan Kelantan mahu rakyat waspada anasir anti-golongan berkuasa", saya semakin benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!
Berita itu menyebabkan saya nak siarkan kembali posting saya bertajuk "Pembangkang tak payah perasan raja simpati kat hampa":
Dan hari ini (12/11/11), dengan jasa berita berita mStar Online di atas juga, kalau saya solat Jumaat di Kelantan, saya memohon perlindungan Allah dari mengangkat tangan mengaminkan doa untuk raja! Sekuat mana pun pendirian saya, saya manusia lemah. Saya sungguh-sungguh merayu perlindungan Allah s.w.t. dari melakukan perbuatan khurafat dan hina seperti menyembah sesama manusia. Sungguh-sungguh, tolonglah lindungi dan pelihara saya ya Allah! Tolonglah sangat-sangat ya Allah!!!!!
Saya ingat orang faham. Rupa-rupanya ramai yang tak faham.
Subjek saya bukan orang Kelantan. Jangankan orang Kelantan yang setiap hari saya makan minum dengan depa (majoriti kawan saya di Restoran Thaqwa tu orang Kelantan), malah ketika hampir semua orang menghentam Mamak kerana mereka merasa jijik sangat-sangat dengan buruk dan busuk kelaku orang-orang Umno Pulau Pinang yang kebanyakannya keturunan Mamak dan sebelum itu kerana mereka benci sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tidak bantai Mamak walaupun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Subjek saya bukan orang Kelantan. Subjek saya ialah feudalisme yang berkembar siam dengan Umno. Subjek saya ialah orang-orang istana yang bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa Umno. Jika orang-orang Kelantan beriman dengan keyakinan bahawa sultan mereka suci dari Umno, itu hak demokratik mereka.
Ambillah hak demokrasi Saudara semua untuk berfikir seperti yang Saudara nak fikir. i am not in the business of usurping your rights. Salam persaudaraan Islam dari saya.
Posting asal
Antara perkara yang paling saya meluat apabila membuka blog kawan-kawan dari Kelantan ialah pujian yang entah apa-apa terhadap sultan depa kini (gambar sebelah). Pada mereka, sultan depa macam bagus sangat. Saya nak muntah!
Yang saya bertambah hairan kalau depa tu orang PAS. Mulut tak habis-habis Isle, Isle. Tapi memuja feudalisme.
Bila melihat berita mStar Online hari ini bertajuk "Sultan Kelantan mahu rakyat waspada anasir anti-golongan berkuasa", saya semakin benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!
Berita itu menyebabkan saya nak siarkan kembali posting saya bertajuk "Pembangkang tak payah perasan raja simpati kat hampa":
Anda mahu mengenali raja-raja Melayu dan mahu tahu khidmat mereka kepada siapa? Kalau anda boleh faham Bahasa Inggeris sikit-sikit pun jadilah, pergi baca komen-komen bawah artikel yang ditulis oeh Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Feudalism rules".
Saya hanya hendak tulis dua perkara dan tanya satu perkara.
Pertama yang saya hendak tulis ialah untuk membatalkan apa yang saya tulis beberapa kali sebelum ini. Masa tu saya kata, di kalangan raja-raja Melayu, hanya kepada Sultan Kedan dan Sultan Terengganu yang ada perasaan hormat dalam hati saya. Itu dulu. Sekarang tidak ada walau secebis pun lagi perasaan itu dalam hati saya.
Saya tidak boleh menentang sistem raja berperlembagaan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang direka oleh hakim Orang Putih, hakim India dengan nama Islam yang berfikir dan hidup macam Orang Putih dan hakim Pakistan yang juga hidup dan berfikir macam Orang Putih. Walau bagaimanapun, tidak ada lagi sama sekali perasaan hormat dalam hati tidak bermakna menentang sistem yang hakim-hakim common law itu tulis.
Kedua yang saya hendak tulis ialah untuk menyatakan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana sejak saya di sekolah menengah lagi, saya tidak angkat tangan setiap kali jemaah sembahyang Jumaat berdoa untuk raja. Hari ini, saya akan bersujud syukur sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. atas apa yang tidak saya lakukan sejak sekolah menengah itu.
Dan hari ini (12/11/11), dengan jasa berita berita mStar Online di atas juga, kalau saya solat Jumaat di Kelantan, saya memohon perlindungan Allah dari mengangkat tangan mengaminkan doa untuk raja! Sekuat mana pun pendirian saya, saya manusia lemah. Saya sungguh-sungguh merayu perlindungan Allah s.w.t. dari melakukan perbuatan khurafat dan hina seperti menyembah sesama manusia. Sungguh-sungguh, tolonglah lindungi dan pelihara saya ya Allah! Tolonglah sangat-sangat ya Allah!!!!!










Cantik? Klik 






Saya bukan orang kelantan.. tapi saya rasa sultan kelantan lebih baik dari sultan2 yang lain.. tak salah rasanya memuji pemimpan yang hatinya cenderung pada islam.. saya rasa saudara ni ada masalah.. saudara ni anti-kelantan ke?
Salam Pak Bakaq,
Apa yang hang nak tanya tu, tak nampak tanya pun...
Tak salah kalau rakyatnya curahkan kasih sayang terhadap rajanya. Raja tetap raja, rakyat tetap HAMBA rakyat.
Nabi saw tiada suruh bhw makmum mengangkat tangan serta mengaminkan doa Tok Khatib pd kutbah kedua sembahyang Jumaat!... boleh rujuk fatwa Mufti Johor Al Marhum Saiyid Alwi Al Haddad..katanya tiada wajib dan tiada sunat bg makmum atas amalan tersebut!
Tp Nabi saw ada sebut bhw siapa hina sultan(pemerintah),ia pula akan di hina oleh Allah swt...wa na'udzubillahi min dzaalik.
dia ni agak tak berapa nak betul dah mcmlah dia tu baik sangat
berangan nak jadi raja kut nie...atau ada masalah mental..Apa slhnya memuji raja yg baik..yg cenderung kepada islam..
Doakan pada raja dan sultan dalam khutbah jumaat tu bukan rukun. Tapi kita doakan agar raja dan sultan dapat memimpin kita dengan baik dan jesteru itu kita akan dapat tempiasanya.
Samer jgk kan kalo org UMNO sendiri yang mengagungkan pemerintah PM Najib...it's fair n square....tak salah jugak kalo rakyat negeri sendiri memuji Sultan negeri tersebut sbb2 keperibadian seorang Sultan.....yang aku tau Sultan Kelantan skang ni blh mengimamkan solat jemaah kat masjid kampung aku (sebab istana hinggap dekat dgn umah aku).....PM Najib blh ke jadi imam???ader berannn???
sekurang kurangnya sultan k telah buat perubahan
menainggalkan ciri ciri hindu dari budaya Istana?
Bila-lah istana raja melayu lain nak ikut?
Daulat Tuanku {DT}
-------------------
DT telah digantikan dengan Allahuakbar. Syukurlah dah ada
kesedaran ke arah islam-tinggalkan budaya daulat
Apa makna daulat?
-------------------
Satu fiksyen kononya ada magik dan misteri di dalam
alam 'raja'. Fiksyen juga disebarkan konon ada
darah raja-spesial. Semua cerita ini adalah karut.
Alhamdulillah Sultan kelantan telah hapuskan karut-marut ini
dari istiadat istana dan kenalkan tasbih - Allahuakbar
menggantikannya. Namun selepas setahun tidak nampak
istana lain mahu meninggalkan adat hindu karut-marut
lagi jelas syirik ke arah ciri ciri islam.
Di dalam hal penerapan nilai islam dan tinggalkan budaya
hindu , Brader Bakar kita kena salut Sultan kelantan
dan penasihat negerinya .
kkk
saya ada terbaca kisah Rasulullah di Tho'if...setelah dibaling batu oleh penduduk Tho'if baginda berehat di sebuah kebun buah buahan..ada seorang pembantu menghantar makanan kepada baginda atas arahan tuan punya kebun..pembantu tu tanya siapa baginda ,lalu baginda jawab aku Muhammad Rasul yg terakhir yakni saudara kepada Nabi Yunus As..lalu pelayan tersebut terus mencium kaki baginda.mengikut riwayat yg saya baca baginda tak halang pembantu tersebut buat demikian(WALLAH'HUALAM)..saya rasa tak salah jika kita taat pada pemimpin yg sokong Islam..memangla tidak ada pemimpin zaman sekarang macam Khulafa Arrasyidin..tapi sekurang kurangnya mereka nakkan Islam..kemungkinan dgn ketaatan kita pada pemimpin yg nakkan Islam akan membuatkan mereka lebih bersungguh sungguh menegakkan Islam kerana mereka tahu rakyat berada di belakang mereka...saya ingin tanya pada tuan blog, jika baginda Rasulullah berada di hadapan anda adakah anda sanggup memegang kaki Rasulullah??baginda bersabda telah diharamkan api neraka ke atas kulit orang beriman yg bersentuhan dengan tubuh baginda..adakah jika kita tunduk hormat pada ibu bapa bermaksud kita menyembah ibu bapa kita?
ada 3 perkara aku nak cakap.
1. jangan ingat apa yang salah pada pandangan kita itu juga salah pada Allah SWT.
2. jangan ingat apa betul pada kita itu juga betul pada Allah SWT.
3. kata-kata engkau boleh mendatangkan fitnah. istighfarlah banyak-banyak wahai penarik beca.
doa dalam kutbah jumaat tu bukan memuji-muji sultan, tp doa supaya allah beri taufik dan hidayahnya supaya sultan memerintah dgn adil dan saksama... takkan salah kot... nampak sangat sedara ni tido masa kutbah...
Betul, dia tak sebaik disangka. Sanggup biar rakyat berjemur berjam-jam tunggu kedatangannya ke majlis-majlis. Nak pecat/tukar pegawai2 istana main pecat/tukar buta tuli saja tanpa bagi peluang pegawai2 bela diri. Bila ada yang datang mengadu-domba terus percaya cerita dan ambil tindakan tanpa selidik dulu. Bila adik dia arah pecat orang2 kuat PAS dari jadi imam tanpa sebab kukuh dia buat tak tau saja seolah merestui. Inikah ciri pemimpin Islam yang layak dipuji? Indah khabar dari rupa.
Something wrong tuan punya blog ni..ada yg tk kena..berdendam sgt pd raja ni blh dinilai sejauhmana hatinya pd sesama manusia..
ada sebab kenape rakyat kelantan sayang rajanya bukan sebab politik..pi survey ..la...bodo......sial..lu wa calon...blogger terbodoh antara terbodoh..pukimak lu wuekkkkk...
kalau raja ikut cara Islam saya sokong 100% Ingat pujian hanya pada Allah saja.Bersyukor pada Allah yg kurnia kan raja yang berakhlak Islamik ini.Kita mahu semua raja ikut islam 100%.Siapa raja yg minum arak, judi dan berzina hendak lah di tarik title raja moga islam kita tak tercemar.
Bro,
Good read. I posted it on my blog to share with others. thank you.
HH
Tak ada benda lain ker nak tulis. Benda remeh temeh macam ni pun diperbesarkan.
aku tengok tuan guru korang tu menyembah sultan gak..boleh ke? kalau puak2 UMNO cepat jer korang bantai dan fitnah....
dia yg ada masalah ni..pelik2
sekurang-kurangnya rakyat kelantan merasa bermakmumkan(solat) kpd raja mereka sendiri, ubah drp daulat tuanku kpd Allahuakbar, bangga krn raja mereka boleh sembelih Qurban sendiri, menziarahi alim ulama tanpa formaliti, boleh beri tazkirah kpd rakyatnya, ... raja/sultan ngr lain mcm ngri aku sendiri .. kempunan rasanya nak nengok macam tu ,,,
em rasanya kalo tak silap skrg ni hari keputeraan sultan kelantan.so people still in da mood of celebrating it. lgpon tak salah kn kalo nk doakn yg terbaik untuk dia. sultan kelantan yg baru ni lagi down 2 earth.selipar jepon pon dia pkai,sembelih lembu korban sdiri,kat masjid yg kecik2 pon dia g solat...better la kalo nk compare dgn sultan lain...caw
Aku bukan rakyat Kelantan tapi aku tabik springgg sama SUltan Kelantan. Yang lain, GET LOST!!!
Assalamualikum tuan penarik beca,
Respon kepada artikel tuan:
1.kita terpaksa akur dgn sistem yang ada,saya punya meluat dgn rajakapor dan cuba mencari rasional macamana satu kampung ada 9 penghulu.penghulu asal dah mati,anak cucu-cicit penghulu merasakan itu hak mutlaknya,boleh tuan jelaskan rasional budak umur 9 ditabal penghulu muda,walaupun belum mumayyiz?
2.saya percaya sistem feudal itu akan mereput juga akhirnya,sebagaimana negara-negara lain yang terakhir reput rasanya negara bhutan(tolong betulkan saya jika silap)
3.saya tak nak aminkan doa jika berkait dgn rajakapor.ketika khutbah jumaat,sampai pada part itu,saya pejamkan mata.
4.Hentikan perbuatan sembah rajakapor,kalau boleh buat cam biasa,salam@hand shake saja
selalunya yang anti feudal membabibuta ni terdiri dari puak2 syiah. jadi soalannya disini ialah - penarik beca, lu ni syiah ke?
الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر
"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG"
Islam adalah segala-galanya,
Raja disanjung dengan rasa penuh kasih sayang,
Rakyat terasa selesa dengan Islam dan Raja yang adil.
Kami rakyat Kelantan sentiasa mendoakan,
"SEMOGA AL-SULTAN KELANTAN SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH".
pak Bakaq,
Inilah anugerah Allah kepada rakyat Kelantan. Kami rakyat Kelantan hanya mengucapkan AlHamdulilah.
Kesian kt hang...mgkin raja hang tukang perabih duit kot...tak macam raja kelantan...yg perihatin dengan rakyat , dekat dengan rakyat...pakai baju mcm rakyat...makan dalam polysterin mcm rakyat...tu yang hang dok dengki sgt tu...aku pelik dgn hang...hang nk angkat tgn masa doa atau tidak tu trpulang pada hang laaa...hang ingat kalau hang tak angkat tgn doa tak makbul la yeee....manusia mcm ni pn ada ka ?
kena buang sikit rasa terlampau benci itu ... rasa-rasanya pak bakaq tak kenal hati budi sultan muhammad ke v, puja tu tak la puja sangat tetapi ada perkara-perkara baik yang telah dilakukan oleh sultan ini yang belum boleh dilakukan oleh sultan-sultan negeri lain dan tak dilakukan oleh sultan-sultan dari negeri kelantan sebelumnya ... tak kenal maka tak cinta, hehe.
Maksud pak bakaq raja adalah sama saja jadi tak payah nak puji2. Dulu sultan kedah n tengganu pak bakaq hormat pasal depa tak ikut telunjuk umno itu pasal lah depa selalu kena buli dengan geng2 umno tapi bila dah kedua sultan ni nampak cenderung kepada pemerintah yg zalim dia pun dah tak hormat lagi..kita nak kata apa. TAPI bagi aku sultan klantan ni lain sikit sebab dia banyak didikan agama dan beramal dengannya. Setakat ini mari kita sokong sultan klantan sebab apa yg dia buat amat baik utk rakyat..
aku ahli PAS tegar dan aku sokong pak bakaq dalam soal sultan2 di malaysia ini.9 sultan dan satu agung..lawak2
Pak Bakaq memang ada masalah ni...dia rasa apa saja dalam dunia ni tak betul only him..terbaekkk... nak termuntah...tapi anak sendiri meninggal tak habis2 meratap sampai satu famili pakat duk menangis..apa nii.. macam tuhan tak adil la plak...
aku rasa jiwa mu ni ada masalah ...
dah raja kena la hormat,,,pelik sunguh manusia mcm mu ni..dunia akhir zaman yg baik nampak jahat...ada jambul kat depan baru baik
Islam mengangkat darjat pemimpin yg mentaati islam, x kirala Agong, sultan presiden,PM, MB atau apa saja. sekiranya pemimpin itu tidak mengamalkan islam walaupun dia seorang islam x kira la agong sultan presiden pm mb atau apa aje ianya salah disisi agama..semua manusia adalah sama mati di akan dikafan, kubur sama luas yang membezakan hanya iman dan takwa...contoh kalau nak dibandingkan sultan dan saidina abu bakar yang mana lg mulia?....cuba cakap kat sultan mcm nie adakah kita derhaka...sayangnya masih ramai yg sayangkan sultan lebih drpd NABI....
Pak Bakaq .. hang manyakmengong aa.. hati ada sakit juga kaa.. puraaaah, cit...
ya anti budu....
aku tk brp paham pasai artikel hang. aku rasa hang ni ada masalah sikit kot.sultan yg paling cool ni sultan kelantan la pada hemat Aku. jika nk bi banding dgn sultan lain
rasanya tuanni pengikut syiah.dalam jemaah islam ada adapnya,seolah2 tuan rasa tuan lebih hebat dari pimpinan.pi ikut hasan ali sajalah.
saya juga sayangkan sultan kelantan apakah salah memohon doa untuk dipanjangkan umur sultan yang baik?????sultan kelantan satu2 nya sultan boleh menjadi iman...pak bakaq anti kelantan sangat dan begitu angkuh sedikit pada sultan kelantan..jangan samakan sultan kelantan dengan sultan lain...untuk sultan terengganu..saya juga sependapat dengan pak bakaq
Dalam keadaan sekarang yg mana ramai raja negeri lain membuat perkara yg menyakiti kebanyakan rakyat, rasanya sesuatu yg boleh sangat diraikan dan dibanggakan oleh rakyat kelantan khususnya bila rajanya sendiri mempamerkan sikap yg amat positif. Saya rasa tuan tidak perlu mensensasikan sgt, andainya tuan berasa tidak sedap hati ada baiknya tuan diamkan saja...itu adalah lebih baik utk semua.
Anak Jati Johor yg bukan UMNO sejak 1998..
sepatutnya kalau dah ada raja yg seperti kelantan ni..sangat2 lah dialu alukan bg rakyatnya meraikan apa saja dan juga jangan lupa war2kan untuk peringatan bg rakyat di tempat lain...agar raja yg tak ada inisiatif utk bersama rakyat dan islam itu tak perlu nak di muliakan sgt...
Anak Jati Johor Yg bukan ahli UMNO sejak 1996.
Kesian kat Bakaq, lepaih ni aku ingat lagi kaw bakaq akan tulih,pada dia orang lain tak cukup islamik mcm dia...jenih duk taram kat orang tak habih2 lepas tu main keluaq ja apa dia nk kata kat sapa pun..agak2 ar bro..hati lu sakit la bro,baik cepat cari penawar nnti lagi parah..mcm mane orang islam tak boleh sabar mcm lu ni bro
Teringat pada Sultan Perak dan Raja Muda Perak yg dipuji melangit suatu ketika dulu.
Bila berlaku nya rampasan kuasa di Perak, tengok apa jadi.
Tunggu la. Tulisan di dinding - writing on the wall dah mula kelihatan.
Siapa la yg bagi hadis tentang Nabi, tolong la bertaubat. Satu, Nabi bukan raja. Dua, dia maksum. Hadis yang diberi pun pada masa Baginda adalah pendakwah dan belum lagi menjadi pemimpin negara. Kalau nak ambil Qiyas sekalipun, baik aku pergi cium kaki orang tabligh yg pergi berdakwah di kampung2. Tapi itu pun aku tak nak sebab Nabi ajer yg maksum, yg lain tidak.
Mudahan Allah jauh kan dari saya sifat menganggungkan sesiapa. Saya memohon pada Nya!
hahahha..puja palabana lu la pak bakaq..nmpk sgt hati lu kotor..
Raja adalah warisan budaya kita dan lambang kuasa melayu keatas tanahair ini. Komen penulis adalah mewakili golongan yang anti raja dan melayu walaupun mereka berbangsa melayu. Mereka cuba membentuk persepsi negatif terhadap raja dan mempengaruhi org. Lain membenci raja. Mereka perlu ditegah dari terus menghasut rakyat begini. Kebebasan macam inilah boleh membuat negara huru hara. Bermacam macam isu, fitnah dan hasutan dibuat yang boleh menimbulkan rasa benci, marah dan dendam.
Sultan Kelantan mungkin OK.. Tapi orang keliling kelalang dia jiwa UMNO.. Tengku Mahkota bekas ahli UMNO.. Sahabat akrab, Ku Yim (Tengku Ibrahim Feissal), bekas ketua cawangan UMNO lagi, dan lagi, dan lagi... Lihat senarai penerima kebesaran; apa jasa Sekh Ruzi calon UMNO di Bunut Payong 2004 yang kini jadi tukang pegang beg duit Dato Fatmi hingga diberi Dato, dan lagi, dan lagi...
Sokong Bakaq nada Sultan Kelantan hentam golongan "liberal" sama seperti nada UMNO hentam DAP dan PKR... Lagi satu, Sultan Kelantan biar banyak tangan campur tangan, dulu bondanya Tengku Anis buat begitu, sekarang bonda2 saudaranya Tengku Rozan dan Tengku Salwani pun sama juga.. Memang ada nampak baik, tapi superficial dan tak mendalam, tak de follow-up.. Tengok Datuk Razali Sentosa Jaya tak sekolah dan kaki perempuan pun boleh pengaruhi dia, dan lagi, dan lagi..
SETUJU TULISAN ANONYMOUS 12. SULTAN MUHAMMAD V TAK FREE DARI UMNO. BUKTI MUDAH, ZAMAN AYAHANDA DIA MANA PERNAH BERLAKU ISTANA PECAT IMAM2 PAS ZAMAN DIA BERLAKU (MELIBAT USTAZ AZARIZA KETUA PENERANGAN PAS KB DLL). SOAL PECAT PEGAWAI PUN SAMA (SEHARI DUA INI SAJA DUA PEGAWAI ISTANA BERNAMA MOHD KAMAL AZARUL OMAR DAN NIK MOHD AZHAR DITENDANG KELUAR DARI ISTANA BALAI BESAR OLEHNYA SERTA MERTA). BUKTI SULTAN MUHAMMAD V PANAS BARAN DAN BERTINDAK TANPA USUL PERIKSA. PERLU MENGAJI BANYAK LAGI SEBELUM BOLEH DIPUJI. KEADAAN SEKARANG SEPERTI DIA TIADA HALUAN (NIAT SAJA TAK CUKUP).
No 45: Owh, ya kah begitu? Bahaya tu sebab Datuk Razali Sentosa Jaya ni jiwa UMNO karat. Bapa mertua ketua pemuda UMNO Kelantan si Anuar Sapian lagi. Sedaplah Anuar Sapian tembak PAS nanti, info dari bapa mertua. Datuk Hazani Ketua Wanita UMNO Gua Musang dapat JP pun atas rekemendasi Datuk Razali inilah agaknya sebab mereka rapat. Dr Yuslan Yusof dapat JP pun jasa Datuk Razali kira agaknya sebab mereka besan. Hairannya baru ini kerajaan PAS bagi projek melombong Rantau Panjang yang besar kat Datuk Razali ini, siap MB Kelantan dan Pengelola Istana hadir ke majlis perasmian lagi tu. Mungkinkah Datuk Razali kini sudah jadi Dato Tan SBJ baru di Kelantan?
masalah orang kita kerana terlalu puji melambung dan mengagong agongkan pemimpin2 kita..kalau betul pun sultan kelantan itu sokong Islam,jangan sampai mengangkat dia lebih dari yg sepatutnya..Khulafa Arrasyidin pun menyuruh rakyat tegur dan derhaka pada Khalifah jika pentadbiran dan arahan Khalifah menyimpang dari Quran dan Sunnah.. padahal Khulafa Arrasyidin dijamin syurga.. sedangkan kita nak tegur sultan pun tak boleh..dituduh derhaka..tapi tentang amalan mengangkat tangan di dahi apabila bertemu Sultan mungkin tak salah ..jika salah sudah lama ulama2 terdahulu seperti Tok Kenali,Tokku Paloh dan yg lain2 membantah dan menegur..Wallah Hualam..apa2 pun semoga Sultan Kelantan sentiasa di berikan petunjuk dan hidayah oleh Allah..pimpinlah kami ke arah rahmat dan keredho'an Allah..hindarilah kami dari kemurkaan Allah
Tak boleh salahkan sultan kelantan sepenuhnya bila dia bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa umno.
Dia terikat dengan sistem dan persekitaran yang mengongkong dan hanya menitah apa yang disedia di depannya.
Contoh nyata, dulu dengar kata sultan tak nak guna perkataan "beta" dah tapi dalam titah terbaru masih ada "beta".
Yang perlu dipersalah ialah penyedia titah (lagi elok kalau sultan sedia sendiri titah atau bagi guideline/semak titah).
Tapi mungkin juga titah tu dibuat sendiri sebab selari dengan titahnya supaya melayu bersatu dalam majlis ngo2 bawah ibrahim ali di pwtc dulu.
Kesal kerana titah tu memberi ruang kepada akhbar2 seperti Mingguan Malaysia beraya sakan hari ini (muka depan), faham2 sajalah implikasinya.
Akhir kata, pemimpin/ahli Pas perlu lebih proaktif dalam mempengaruhi dan menasihati sultan, jangan duk nak ampu, puja puji dan sembah saja.
cuba hang tungging pungguk hang semasa orang doa kepada sultan kelantan, hendak tahu lah sama ada kamu ini jenis orang betul atau tidak
Aku engkau ni ada masaallah mental yang amat kronik. Sultan yang baik dan beriman pun kamu hendak muntah. Kamu hendak jadi raja ke? Raja Gopal?
Anak Raja Selangor,
Komen Tuan terpaksa buang huruf & buboh bintang2.....
Saya takut kena, Tuan!
Aku dari kecik sampai dah umur lebih 40 tahun dok tadah tangan doakan raja kat s******* ni tiap kali jumaat tapi perangai dok serupa tu jugak. Kehidupan raja nampak makin jauh dari Islam tapi jadi ketua Islam. Guna Islam bila tersepit je.
Ada lebih baik jadi ketua agama selain dari Islam. Maka bolehlah dok mabuk sakan kat hardrock tiap malam tak ada siapa peduli. Nak angkut anak benggali ke hulu ke hilir pun tak ada siapa ambik port.
Indonesia dah lama buang raja2, kalau negara mereka masih menyimpan raja2,lagi banyak raja mereka dari kita, rakyat Nepal yang kebanyakan org kita pandang rendah kerana menjadi pendatang bekerja dinegara kita juga dah buang raja mereka, semuanya kerana teruk nak bela raja2 ni, nampaknya mereka lagi cerdik dari kita bab raja2 ni..
Setuju dengan pak bakaq. kalau ada pemimpin agama kononnya nak perjuangkan islam, tapi suka pada betina kapiaq dengan teknik kemut benggali,lebih baik depa semua pi mampuih. Sebab rakyat tak mau islam tercemar akibat perbuatan mereka dan juga yang hidupnya cintakan dunia sehingga menyusahkankan rakyat seperti di Perak tu. Munafiq dahap kapiaq.
aku ada pengalaman ttg sultan kelantann sekarang ni masa dia jd tmk. dia ada majlis di port dickson. dijadualkan hadir ke majlis pada jam 9 pagi tp datang jam 11 pagi. apa citer nie...............dikatakan ada pihak yang check ngn pihak istana, dan didapati tmk lambat kerana belum bangun tido.........
hahaha..komen paling banyak penarek beca akhir2 ni...melayu pas umno sama masih tegar feudalisme...baguih2..
salam..
Aku rasa kalo bab bab raja ni..nak wat role model pun payah...sebab depa hidup pun duit datang dari rakyat bukan nak kena cari sendiri...depa kata kena hormat raja..pakai ayat alquran ulil amri tu...tapi depa lupa awal ayat tu dimana kena taat pada Allah dan rasul dulu baru hangpa boleh taat pada pemimpin...persoalan aku skang ialah kita hormat raja tetapi adakah raja menghormati kita?? jawapannya anda sendiri pun tahu...ingat lagi dr M menghilangkan imuniti raja? pasal dia rasa dia sebagai PM pun depa tak hormat...selalu aku peratikan orang kita bila komen pasal raja ..derhaka katanya..orang melayu tak benci raja..depa cuma tak suka sikapnya sahaja..jangan salah paham..yang baik tetap baik, yang buruk tetap buruk...
Aku bila dah kenal Atan bin Hashim, aku sangat,sangat menyampah dengan sultan aku tu.Aku mesti mencarut bila dengar namanya disebut!Lihat di sini
kau jangan hina sulatan aku...kalau x suka x payah kutuk..bersepai kepala kau aku kerjakannnnn
Aku dpat tau di negeri Pahang, sultannya boleh atur siapa yg boleh jadi calon BN. Nk tau tanya Dato JJ n Dato Maz. Satu PRU yg ke?..najib dikatakan menang majoriti 200lebih aje, tp aku dengar orang pekan citer sebenarnya najib yg kalah tapi sultan yg bagi menangkan?
selama aku hidup atas muka bumi ni, aku x penah jumpa lagi penulisan seperti ini. macam xde arah tuju je..ntah betul ntah tidak ko ni..klu ko xde modal sangat nk menulis, baik ko x payah tulis la wei..x pn ko tulis je pasal itik ayam ko kat umah..baca je entri ko ni aku dh blh agak ko ni jenis yg mcm mana..elok ko p skolah balik la..ada lagi org mcm ko kat dunia ni..
Biring Si Kunani, Sultan Kelantan lewat ke majlis pagi sebab dia jenis tak tidur malam lah, selalunya lepas Subuh baru dia tidur. Kena akui bahawa dia tidak sempurna tetapi berbanding Sultan-Sultan lain dia boleh dikira yang terbaik, terutama dari segi peribadi. Soal pemikiran atau pentadbiran itu kena tunggu lebih lama lagi untuk dibuat satu penilaian yang lebih adil kerana dia baru saja jadi Sultan. Memang ada sedikit sebanyak kacau ganggu di Kelantan sekarang, tetapi ia bukan berpunca dari Sultan, tetapi dari kerabat-kerabat lain, terutamanya Tengku Salwani. Komen negatif ke atas Sultan yang berpunca dari kaitannya dengan Datuk Razali Daud itu juga tidaklah benar kerana linkage Datuk Razali Daud ini adalah dengan Tengku Salwani, bukan dengan Sultan. Kelulusan projek-projek atau kawasan-kawasan balak kepada Datuk Razali Daud oleh kerajaan negeri juga dibuat disebabkan dia menggunakan nama Tengku Salwani di dalam permohonan-permohonannya, bukan disebabkan kaitannya dengan Sultan.
apapun memang ada betulnya kata-kata mahupun pendapat peribadi penarik beca..cuba sama-sama kita renungkan..
bl la nk nengok sultan naek bus,pkai kete kancil,beli baju rm 50..mner ader kan..so mmg xde sultan yg baek pon..bg wa..sultan yg baek bila sultan 2 letak kuasa pastu buang sistem monarki..hahahahha..WUJUDKAN REPUBLIC ISLAM MALAYA!!!!!
jangan hina sultan kelantan.........saya rakyat kelantan..
bodoh nya org melayu..
kaji la sistem beraja kat tanah melayu ini sapa cipta..
kenapa sistem beraja ini dicipta..
kenapa raja sebagai ketua agama ini dicipta..
kaji juga la sapa raja raja ini..
kaji la sistem beraja sebelum dan selepas penjajahan british di tanah melayu ini..
kaji laaaaaaa....
ini zaman ilmu laa...
bukan zaman ulama sembah raja..
umat ikut...
ini bukan ilmu dan teknologi bukan zaman ikut ikutan..
KAJI !!!!
hoiii melayu..
tahu mcm mana nak kaji.. hang gi membaca.. dgn membaca hang dpt ilmu..
dgn ilmu tu hang guna otak hang nilai... mana baik, mana buruk, mana haq, mana batil, mana halal, mana haram, mana sistem islam, mana sistem raja jahiliyyah yg bertopeng kan islam.. mana sistem demokrasi kafir.. mana asal usul raja hanggg..
kaji la melayu..
Aku ingat Pak Bakaq ini tidok masa Pak Khatib baca khutbah, sedar2 ada orang kejutkan dia masa nak sembahyang aje..
lol . cakap mcm baguss. =)