Sedap!! Klik gambar di atas!

Menjelang pilihan raya: Dr M dah kata, Malaysia akan miskin

Malaysia tidak akan mampu berbelanja besar seperti 2009 lalu ketika ia kini berhadapan kemeseletan yang berpunca dari krisis ekonomi negara-negara Barat.

Malah, akhbar Business Times Singapura (BT) mengingatkan agar Malaysia tidak terjerumus ke dalam keresahan sosial dan kemarahan rakyat seperti yang telah dihadapi negara-negara Eropah ketika cuba menangani krisis hutangnya kini.

Peringatan itu disampaikan oleh akhbar tersebut ketika negara semakin menghadapi bahang apabila Bank Negara menyatakan hutang Malaysia pada 30 Jun lalu meningkat kepada RM437 bilion.

Menurut laporan Ketua Audit Negara pula, hutang negara meningkat 12.3 peratus kepada RM407 bilion tahun lalu, mengekalkan hutang awam 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata kerajaan berhutang 53.1 peratus daripada KDNK, berbanding 53.7 peratus tahun sebelumnya.

Berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus dari KDNK bagi tujuan pembangunan.

BT mengaitkan hutang tersebut dengan perbelanjaan besar yang dibuat oleh kerajaan bagi menyerap kesan krisis kewangan global pada 2009 lalu.

Apa yang membimbangkan, hutang negara tidak akan berkurangan malah semakin bertambah, kata akhbar itu.

Tahun depan, akhbar itu meramalkan hutang Malaysia akan mencecah RM455 bilion, hampir 54 peratus dari KDNK, kurang satu peratus dari had yang ditetapkan undang-undang.

Meskipun begitu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mendakwa Malaysia mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi dirinya dari krisis hutang dan kemelesetan.

Dakwaan itu bertentangan dengan kebimbangan pakar-pakar ekonomi. Antara lain, pengarah penyelidikan global Bank of America, Chua Hak Bin menyifatkan hutang negara ini berada pada tahap membimbangkan dan keadaan akan semakin buruk.

Lebih ironi lagi, dakwaan Husni itu bertentangan sama sekali dengan ingatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan Malaysia masih berhadapan kemungkinan akan bankrap.

"Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku," katanya.

Setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dinyatakan oleh Idris itu.

Adalah dipercayai, Idris pasti dipaksa menarik balik kenyataannya itu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, "...kita (Malaysia) akan jadi miskin" (lihat posting "Undilah pecacai Yahudi Zionis untuk memiskinkan Malaysia").

Bagaimanapun, pemerhati politik percaya Datin Seri Rosmah Mansor akan bertambah kaya. Rosmah ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Gambar di atas diambil dari artikel FMT bertajuk "A wretched lot in Najib’s Pekan")
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Memang betui la cakap Mahafiraun tu.. nanti bila PR menag GE dan sebelum PR nak take over control Putrajaya, Mahafiraun dan suku sakatnya akan lari keluar negeri bawak lari duit hasil rompakan 50++ tahun UMNgOk berkuasa

  2. Rosmah, Mahafiraun dan Perompak Harta Rakyat Malaysia tidak boleh di pisahkan.

  3. Puak-puak PR tolong fikir sat...camna tangkap depa ni sebelum lari ke luar negeri..nanti kalau kalah mengundi nanti..sapa nak bayar gaji kakitangan kerajaan pula..duit kena pelari abis..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008