Sedap!! Klik gambar di atas!

Saya tak sokong Kavita Kaur

Update 1.41 pagi 13/10/11
Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja

(Malaysiakini 12/10/11): Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.
Posting asal

Saya menyokong pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tentulah saya sokong apa sahaja seruan supaya selaras dengan ajaran Islam. Sebab, bila tak selaras dengan ajaran Islam, ia mungkin selaras dengan ajaran Yahudi, ajaran Nasrani, ajaran Umno, ajaran parti makan babi (Tun Dr Mahathir Mohamad kata, makan rasuah macam makan babi), entah apa-apa ajaranlah!

Antara lain, Dr Abdul Aziz kata:
Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan.
Setakat itu sahaja. Adoi la! Aku ni dok tulis bab lain. Awat la aku dok asyik teringat Kavita Kaur pulak ni! Jangan silap faham, please! Saya tak sokong Kavita Kaur.
Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam

(Malaysiakini 11/10/11): Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.

“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.

“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”

Dr. Aziz Bari, Malaysiakini dibidas

(Utusan Malaysia 12/10/11): Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam.

Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.

''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurut Abdul Aziz, sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Malahan beliau secara terbuka menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.

Sementara itu, pelbagai pihak turut membidas Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu berkenaan.

Komen-komen pembaca tersebut dibuat bagi mengulas kenyataan Abdul Aziz.

Melalui komen-komen yang disiarkan itu, terdapat pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dengan menuduh baginda memihak kepada Umno dalam membuat keputusan dan ada juga komen pembaca yang sanggup mempertikaikan kedudukan sultan sebagai ketua agama negeri yang dilantik.

Mengulas tindakan tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, perbuatan portal itu menyiarkan komen-komen sedemikian perlu diberi perhatian serius dan tindakan segera harus diambil terhadap mereka kerana perbuatan berkenaan amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan ke atas gereja berkenaan malah turut melibatkan kredibiliti Sultan Selangor selaku ketua agama Islam di negeri itu.

"Malaysiakini gagal menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah pertubuhan media yang berhemah. Tindakan menyiarkan komen-komen terbabit ternyata mencemarkan kredibiliti Sultan Selangor sebagai ketua agama.

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka. Perkara seumpamanya tidak boleh dibiarkan kerana kita khuatir ia akan menjejaskan imej agama dan juga sultan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula meminta umat Islam bersikap berkecuali dan tidak mengambil kira untung atau rugi dari sudut politik apabila membincangkan soal akidah.

Katanya, tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu tidak sepatutnya berlaku jika umat Islam memikirkan kesannya terhadap agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam isu akidah Islam. Perkara seumpama ini tidak boleh dipolitikkan kerana apa yang haram tetap haram, apa yang halal tetap halal," jelasnya.

Beliau juga menggesa menggesa tindakan segera diambil terhadap portal berita berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.

"Malaysiakini seharusnya menapis terlebih dahulu komen-komen yang ingin disiarkan kerana khuatir ia boleh memberi kesan negatif terhadap sesuatu agama atau kaum.

"Saya tidak pasti apa tujuan mereka menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah baginda sultan. Kemungkinan besar mereka mempunyai niat tertentu untuk memburukkan imej sultan dan perkara ini perlu diperjelaskan," ujarnya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. cheersssss kavita kaur..kita layan sampai pagi...

  2. Salam mat jurit. Kita sokong beliau dgn hukum halal haram nya. Tapi tak pasti beliau berpegang dgn hukum itu atau tidak. Sepanjang mengenali nya saya rasa tidak. Masa jual kereta dulu semua sapu. Betul tak.....

  3. bila puak2 ni kata sultan terengganu "natang", mereka senyap.
    bila puak2 ni tabal nak ganti sultan kelantan, mereka senyap.
    bila mahathir lucut kuasa raja2 melayu, mereka senyap.
    bila aziz beri pandangan yang betul, bising.
    sudahlah jmm, janganlah nak mengampu.

  4. JMM stands for Jamban Melayu Malaysia, full of shit.

  5. Sebenarnya rakyat nampak Sultan nampak lebih berkecuali. Kalau dilihat ulasan Aziz Bari dari dulu sehingga sekarang sebenarnya terlalu nampak Aziz Bari memihak kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PAS. Sentiasa sokong Pakatan, jarang atau tidak pernah dengar ulasan yang memihak kepada BN. Mungkin beliau adalah Prof PAS sebagaimana dalam BN ada Prof. UMNO. Aziz Bari sebagai ahli akademik sepatutnya berhujah secara ilmiah. Aziz Bari dan Prof. UMNO sama saja, dua-dua Melayu.Pemikiran pun serupa ,satu memihak UMNO satu lagi memihak PAS. Darjat Profesor hanya pada kertas saja. BAik lantik Pak Bakaq jadi Prof lagi bagus.

  6. Dasar Melayu bodoh lah kau orang taksub kepada Aljuburi

  7. Pak Bakaq.Masalahnya melayu kat Malaysia ni banyak yang banggang.Kuasa Sultan-sultan mereka lucutkan, lepas tu nak suruh sultan bertindak.Pelaq punya melayu.Bila kena kepala depa, konon-konon durhaka pada sultanlah macam-macam.Sultan mestilah dilihat adil dan berada pada pihak yang bebas dari cengkaman dari mana-mana parti politik.Masalahnya Sultan ni pun tak nampak yang depa ni hanya dipergunakan oleh puak melayu pelaq yang mempergunakan mereka seperti kes di Perak dan Johor.Puak-puak melayu pelaq haram jadah ni memang suka hasut Sultan supaya percaya kat depa,konon depalah perjuang islam, tapi haram jadah sungguh masjid pun tak pernah pi.Masa kes Mahadet lucut Kuasa Raja-raja dulu,depa dok main filem "Sultan Mahmud mangkat dijulang" berulang kali, supaya dengan filem itu rakyat bangun membenci Raja-raja melayu.Kalau sultan-sultan yang ada kat Malaysia ni masih tak sedaq diri dipergukankan olek puak-puak pelaq ni,sampai bila pun islam di Malaysia ni dok jadi islam kapal selam.Islam pun tidak,melayu pun tidak yang ada semuanya negara ni jadi macam pelaq.

  8. JAMBAN MELAYU MALAYSIA ! KAHKAHKAH ! ADA SORANG PAKAR MEMBAKAR JAMBAN MELAYU KAHKAHKAH OOOPS SILAP BUKAN JAMBAN ...JAMBATAN KAHKAHKAH !

  9. kavita in tembam lagi montok orang nya....kalau si baghal jadi Boss, memang lah kantoi sesiapa yang gila kan kemontokkan harta duniawi. mari lah kita cheeerssss bila tengok cinta cinta kera dalam kubur nanti ye. bukan kah semua orang akan ke kubur jua nanti, betul tidak?

    bila kera kera ber cumbuan di pokok pisang tentu lah ada khinzir khinzir yang gila kan taik kera di tanah tu.... oh! full of shit.

  10. UMNO bila terdesak dia akan guna Sultan, bila dia kuat dia yang hina dan perlecehkan Sultan. Harap para Sultan jangan mudah dipergunakan oleh puak-puak UMNO ni. Para sultan kena ingat, zaman UMNO sebenarnya sudah hampir berakhir. Sultan mestilah berada di atas politik. Tidak berpihak dan mesti adil.

  11. kavita or puteri kavita?

  12. pak bakaq..lihat di awal video ini..http://youtu.be/cETBbKOwYaQ

  13. Dr.Asri Zainal Abdidin bekas Mufti Perlis pernah berkata apabila mengkritik seolah2 raja atau sultan tidak boleh di kritik seperti ini mafhumnya "sesungguhnya debu2 yang berada di hidung kuda para sahabat2 r.a adalah lebih mulia dari sultan2 atau raja2". Kenapa tidak kecam? Takut? Tetapi itulah Malaysia bila Hina Islam, Hina hukum Islam, Hina Quraan - tiada masalah, tetapi bila hina Raja/sultan maka seluruh Malaysia mengecam dan Polis2 atau SKMM atau MCMC akan segera ambik tindakan!.

    Awang Ngah

  14. tanya sama kavita kaur.
    filem "pontianak sundal..." tu.
    siapa sponsor?

  15. islam mendidik kita memilih pemimpin yang berbudi pekerti berlandaskan syariah islam.jika pemimpin termasuk raja serta sultan bercanggah atau tidak mengamalkan keperibadian sebagaimana yang dituntut oleh alquran dan hadith mereka ini boleh sangat disanggah.ini bukan perkara yang boleh diperkotakkatikkan oleh sesiapa,ini ialah hukum allah swt.sememangnya rakyat berkewajiban menentukan siapakah yang boleh dilantik sebagai pemimpin tanpa sebarang ugutan,dalang atau sekatan.sementahan lagi jika pemimpin ,raja atau sultan adalah lambang kebesaran mendaulatkan islam dan perintah allah swt.adakah mereka yang memegang kuasa dan bertahta ini mempunyai ciri ciri yang bersyariatkan kehendak allah swt?.tepok dada tanyalah iman,mati itu pasti.

  16. pak bakaq tak sokong kavita tapi minat habis kat kavita....puhhhhhh

  17. wujudkan REPUBLIC ISLAM MALAYA!!!!!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008