Sedap!! Klik gambar di atas!

Sama seperti murtad, membazir sumber air pun kerja syaitan

Dalam berita bertajuk "Bekalan air: S'gor dakwa kadar NRW tidak terkawal," Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.

"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.

"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.
Saya yakin ramai rakyat yang sakit hati kepada Syabas dan prestasinya. Yang saya nak tanya, adakah Elizabeth setakat merungut dalam media sahaja? Bukankah Elizabeth dan Dr Hassan Mohamed Ali sama-sama Exco Selangor?!!

Masa saya sekolah menengah dulu, saya ada baca orang tulis (di mana saya tak ingat lagi) bahawa dalam dunia perniagaan, untuk mendapatkan sesuatu peluang atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah, lima minit di padang golf lebih berharga dari setengah jam di dalam bilik mesyuarat. Saya dengar cerita gitu la. Saya tak biasa alam perniagaan hebat-hebat. Takat jual barang sekupang dua tu ada la.

Bukan rahsia lagi bahawa Dr Hassan mempunyai hubungan akrab dengan Tan Sri Rozali Ismail (baca di sini dan alangkah aibnya apabila kesemua pemimpin PAS kecuali Haji Khalid Abdul Samad membuat perangai lembu kenyang apabila muktamar mereka ditaja oleh Puncak Niaga - muka tak malu sungguh!)

Rozali adalah pengasas dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga. Dia juga adalah Pengerusi Eksekutif Syabas. Adakah Menteri Besar Selangor atau mana-mana Exco Selangor tak pernah minta tolong kepada Dr Hassan agar dia tolong bisik kat sahabat dia supaya selesaikan masalah air di Selangor?

Orang kata Rozali begitu baik hati dan sponsor akhbar tertentu. Mewah. Takkan orang baik macam tu tak boleh nak diajak berunding untuk meringankan beban rakyat dalam hal bekalan air!

Memang terpasak kejap dalam hati kita bahawa melawan murtad adalah wajib teramat wajib - walaupun kita tak pergi perhimpunan yang disebut sebagai "bukannya kerana Islam". Murtad memang kerja syaitan dan kita wajib melindungi keluarga kita dan umat Islam dari kerja syaitan tu. Tetapi membazir sumber air kerana incompetence pun kerja syaitan juga. Mengenakan harga yang tidak patut kepada pengguna pun kerja syaitan juga. Kena lawan macam lawan murtad. Kerja syaitan belaka!

Sama seperti kita tak larang Dr Hassan menampilkan diri sebagai pahlawan melawan murtad walaupun kita tak menyertai beliau, kita juga tak larang sikap pro-Syabas beliau. Tetapi sebagai Exco Selangor yang antara tugasnya menabur bakti kepada rakyat negeri Selangor, tengok-tengoklah sikit hal bekalan air kepada mereka tu.

Bab Syabas ni saya teringat keluhan dalam rencana berikut:
Semuanya bermula dengan sikap tidak berhemah kerajaan Selangor sebelum 3 Mac 2008 dahulu dalam merundingkan konsesi air di negeri itu. Akibat sikap tidak berhemah itu, bukan sahaja negeri Selangor akan menanggung kerugian sebanyak RM8 bilion, malah rakyat juga akan menanggung beban dan tekanannya apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diberi laluan yang begitu selesa bagi memuaskan kehendaknya untuk menaikkan tarif air sehingga berkali-kali.

Sama seperti konsesi dan projek penswastaan lain yang dikendalikan oleh para pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), amat ketara rakyatlah yang akhirnya akan menanggung bebanan dan tekanan apabila Syabas menaikkan tarif air.

Bukan sekali, malah syarikat itu diberi laluan selesa untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali. Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Begitulah hebatnya sikap pro-Syabas yang dibuktikan oleh kerajaan BN.
Saya juga teringat petikan berita berikut yang menjelaskan lagi sikap pro-Syabas kerajaan BN.
Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi pada Februari 2011, tetapi akhirnya mahkamah rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas itu
Akhirnya, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kebanggaan apabila ada anak kawan saya yang menjadi pejuang. Baca berita Harakah Daily "Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid". Walaupun saya bukan pejuang dan Allah Maha Menyaksikan kebenaran pengakuan saya itu dan saya bukanlah saja nak poyo-poyo membuat pangakuan itu, saya berbangga apabila anak kawan saya menjadi pejuang.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tapi saya hairan bila orang kutuk Mahadet,Tuan marah.Bukankah Mahadet itu anak dia ada bisnes besar jual arak, air kencing syaitan tu.Tapi Tuan tetap sokong Mahadet.Tu yang saya hairan.Membazir air dengan kerja menjual air kencing syaitan tu tak samakan Tuan?Pasai tu puak syiah Iran kalau mai Malaysia depa kata minum air kencing syaitan tak pa,pengikut Tuanlah tu.

  2. Kalau ada fitnah dan saya tulis atau disiarkan di sini, ia berkekalan selagi blog ini ada dan dosa pun berkekalan.

    Kalau saya buat fitnah, saya tanggung. Kalau orang buat fitnah, depa tanggung.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008