
Update 12.24 pagi 31/10/11
Laa.. Saya ingat depa tak buat statement macam di bawah ni. Saya saja lawak-lawak buat berita rekaan dalam posting asal di bawah. Rupa-rupanya dia buat sungguh!
KUALA LUMPUR, 30/10/11: Pemuda PAS hari ini tidak takut berdebat dengan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berikutan teguran bekas mufti Perlis itu supaya sayap PAS itu jangan menjadi Taliban.
Difahamkan, Pemuda PAS yakin penentangan mereka terhadap konsert Elton John adalah kerja Islam dan kerja baik dan sepatutnya Dr Mohd Asri menyokongnya, bukan perli.
Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.
Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.
Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Pemuda PAS juga tidak takut berdebat dengan Dr Mohd Asri tentang manhaj wasatiyyah yang disepakati ramai sebagai kaedah terbaik yang telah menjadikan dakwah Islam berkembang.
Pemuda PAS juga yakin mereka selama ini membawa manhaj wasatiyyah dalam tindakan dakwah dan politik mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang blogger yang takut mempercayakan anak-anak dan keturunannya kepada jenis-jenis yang menguasai Pemuda PAS kini, bakaq a.k.a. ~penarik beca berkata berita di atas adalah tipu, rekaan dan bergurau ja kecuali perenggan ketiga, keempat dan kelima di atas.
Beliau berharap sangat Pemuda PAS tidak marah dengan gurauannya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa rasa takutnya untuk mempercayakan anak-anak dan keturunannya kepada jenis-jenis yang menguasai Pemuda PAS kini bukanlah satu gurauan.
"Betul! Saya memang betul-betul takut nak mempercayakan anak-anak dan keturunan saya kepada jenis-jenis pemimpin macam tu," katanya.
"Dah la Umno jahat dan sah-sah adalah mudharat paling besar dan paling bahaya kepada negara ini, dalam PAS pulak bersepah dan berkeliaran jenis yang tak cerdik menjadi pemimpin.
"Takat tulis blog macam aku layak la. Tulis blog apa ada. Tak payah cerdik pun boleh jadi blogger.
"Aku ni dah la tak cerdik. Takkan yang nak aku iktiraf sebagai pemimpin pun dari jenis tak cerdik jugak. Aku tak nak la kata depa bongok," kata bakaq.
"Nak percayakan anak-anak dan keturunan kita kat depa? Boleh mampoih macam tu!" katanya lagi.
Berkaitan:
Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’ (MI 31/10/11)
Bacaan penting dan kepala-kepala MCA dan DAP tu memang kurang ajaq tapi para pemimpin beragama Islam tolong la bagi jawapan yang standard sebagai orang Islam dan bukan setakat menjerit tak tentu hala ja macam perkosa; silap, silap, Perkasa:
Attack! (Malaysia Today 29/10/11)
Karpal: Criminals have free rein under hudud law (Malaysiakini 30/10/11)
Berita dan komen-komen yang saya suka:
Data shows better Maths, Science results during PPSMI
PPSMI: Don't give up just because it's difficul
Laa.. Saya ingat depa tak buat statement macam di bawah ni. Saya saja lawak-lawak buat berita rekaan dalam posting asal di bawah. Rupa-rupanya dia buat sungguh!
Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salahPosting asal
Harakah Daily, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.
Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.
"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini.
Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.
Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.
"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut.
"Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.
Tunjuk di mana salah
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu.
Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.
"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad.
"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan.
Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.
Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California (Berkaitan: Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau).
KUALA LUMPUR, 30/10/11: Pemuda PAS hari ini tidak takut berdebat dengan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berikutan teguran bekas mufti Perlis itu supaya sayap PAS itu jangan menjadi Taliban.
Difahamkan, Pemuda PAS yakin penentangan mereka terhadap konsert Elton John adalah kerja Islam dan kerja baik dan sepatutnya Dr Mohd Asri menyokongnya, bukan perli.
Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.
Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.
Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Pemuda PAS juga tidak takut berdebat dengan Dr Mohd Asri tentang manhaj wasatiyyah yang disepakati ramai sebagai kaedah terbaik yang telah menjadikan dakwah Islam berkembang.
Pemuda PAS juga yakin mereka selama ini membawa manhaj wasatiyyah dalam tindakan dakwah dan politik mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang blogger yang takut mempercayakan anak-anak dan keturunannya kepada jenis-jenis yang menguasai Pemuda PAS kini, bakaq a.k.a. ~penarik beca berkata berita di atas adalah tipu, rekaan dan bergurau ja kecuali perenggan ketiga, keempat dan kelima di atas.
Beliau berharap sangat Pemuda PAS tidak marah dengan gurauannya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa rasa takutnya untuk mempercayakan anak-anak dan keturunannya kepada jenis-jenis yang menguasai Pemuda PAS kini bukanlah satu gurauan.
"Betul! Saya memang betul-betul takut nak mempercayakan anak-anak dan keturunan saya kepada jenis-jenis pemimpin macam tu," katanya.
"Dah la Umno jahat dan sah-sah adalah mudharat paling besar dan paling bahaya kepada negara ini, dalam PAS pulak bersepah dan berkeliaran jenis yang tak cerdik menjadi pemimpin.
"Takat tulis blog macam aku layak la. Tulis blog apa ada. Tak payah cerdik pun boleh jadi blogger.
"Aku ni dah la tak cerdik. Takkan yang nak aku iktiraf sebagai pemimpin pun dari jenis tak cerdik jugak. Aku tak nak la kata depa bongok," kata bakaq.
"Nak percayakan anak-anak dan keturunan kita kat depa? Boleh mampoih macam tu!" katanya lagi.
Berkaitan:
Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’ (MI 31/10/11)
Bacaan penting dan kepala-kepala MCA dan DAP tu memang kurang ajaq tapi para pemimpin beragama Islam tolong la bagi jawapan yang standard sebagai orang Islam dan bukan setakat menjerit tak tentu hala ja macam perkosa; silap, silap, Perkasa:
Attack! (Malaysia Today 29/10/11)
Karpal: Criminals have free rein under hudud law (Malaysiakini 30/10/11)
Berita dan komen-komen yang saya suka:
Data shows better Maths, Science results during PPSMI
PPSMI: Don't give up just because it's difficul










Cantik? Klik 






ish2...ni la perangai bangang pemuda pas...tak boleh terima teguran sikit, nak melenting, nak debat, ini lah puak2 yang letak otak kat kepala lutut, bila kena cubit sikit mula la nak sepak terajang, sepatutnya pemuda lebih terbuka dalam menangani perbezaan pendapat...kalau macam ni punya pemuda pas, alamatnya PR tak dapat perintah malaysia...wallahuaklam.
tengok gaya2 diorang berbaju T, alangkah poyonya pemuda2 pas hari ini.... saya makin percaya selepas melihat gambar ini:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6256-elton-john-dr-asri-dicabar-tunjuk-mana-salah
Kegemukkan Ketua Pemuda PAS itu sendiri tak Islamik.
Dr.Asri sekadar buat teguran.Kalau Pemuda PAS Pusat tak setuju,memikirkan "lebih interlectual",tak ada salahnya menghubungi Dr.Asri untuk bertukar fikiran,bukan mencabar beliau cara terbuka untuk berdebat.Kalau mulut dah gatal sangat nak berdebat,sepatutnya cabar Presiden MCA,Chua Soi Lek tu berdebat pasal Hudud atau Mahathir Kutty atau Sister-in-Islam.Itu baru betul dan hebat.Mana yang lebih besar mudaratnya? Yang beri pandangan jangan jadi Taliban atau yang terang-terang menentang Hukum Allah?
Cadangan Dr Asri lebih munasabah. Larang konsert utk orang Islam saja. Kalau mintak utk haramkan terus, mana dia perinsip kata hukum2 Islam tak tertegak pada orang Kafir? Setakat ini tak ada langsung bantahan terhadap konsert itu dari tokoh2 bukan Islam. Mungkin bagi mereka sekadar menonton konsert dari sesiapapun walaupun gay tidak menjadi masalah asalkan tak jadi gay. Saya sokong pendapat Dr Asri.
sorang tu menentang elton john datang sorang tu cakap jgn guna ala taliban ...what a big deal...puak2 umporno memang suka isu isu macam ni..
bagi aku kalau berbeza pendapat itu normal..masing2 ada hujah sendiri...cuma bila cara kita berhujah tak kena pada tempatnya...terserlahlah kepincangan disana sini....harap korang yang nak memperjuangkan islam kat Malaysia ni...fikir secara menyeluruh bukan atas kapasiti kepentingan korang sahaja....
Golongan Pemuda PAS usah terlalu sombong..
AAHHh Sudah la... Itu hari sama Fathul bari pon engkau Pondan! Alih-alih sib baik ade Wan Ji. Dr Asri cakap jgn berpemikiran seperti Taliban, bukan nya kate PAS nih taliban.. alamak senagl betul la.. Sape la angkat ko jadik Ketua mase Muktamar itu hari... Bingai tul la.
Pemuda Pas patut buat kerja yang lebih bermakna lar! hari hari bantah sana,bantah sini. ini tak boleh, itu tak boleh.
kasi non muslim marah saja. kalau u tak mau tengok, u diam diam duduk rumah lah.
apa hal mau kasi stop orang lain tengok?
parti bn/umno tu, macam2 orang kata.
ini, jangan ikut taliban pun dah melenting.
tak patut, tak patut.
bagi gualah, dr. asri kata
pas macam taliban, gua bangga.
walaupun negara mereka panahranah,
tapi semangat mereka berjuang menentang
amerika dan britain, gua tabik habis.
apa da... pru13 dah dekat.
masih nak gaduh2 lagi ke?
ini macam, sampai kiamat pun pr
tak boleh sampai ke putrajaya.
hei pr, bersih 3.0 bila da...
Saya berharap, saf Pemuda memastikan media mengimbangi jumlah statement2 yang disiarkan berkenaan dengan konsert, dengan statement2 yang berkenaan perkara lain. Buatlah juga statement berkenaan dengan laporan Ketua Audit negara, isu kewangan di Eropah, isu human right dan sebagainya. Apabila seimbang, barulah kredibilti kita nampak lebih tinggi. Bila tak seimbang, orang akan anggap parti Islam ini hanya pandai bab2 konsert sahaja.
Kalau media tak pick up, ulas di blog sendiri pun cukuplah. Jangan biar orang perlekehkan PAS ini.
bila tang Maza cakap guna media hangpa tak komen pon.
bila Pemuda Pas guna media, teruih la bangkang.
Tang mana kata Pemuda nak debat tu? anon2 sila baca habih.
kan ke pemuda jemput Maza beri pandangan kalau ada cara yg lebih seswai.
pemuda pemuda PAS perlu banyak membaca hal hal ekonomi, hiburan, environmental dan bukan saja hal hal ke agamaan Islam sahaja. dengan pemikiran yang luas, kualiti otak dan kecergasan idea idea akan lebih bernas tak nampak benggap mahu pun lembab. jika hanya pentingkan hal hal agama Islam sahaja sehingga menyebabkan bangsa ber agama bukan Islam seksa terpinggir wal hal kaum inilah yang menyumbang sebahagian besar pendapatan negara.....sehingga pak haji kat kampong tu juga. maka tak perlu lah pemuda pemuda PAS mengikuti gaya pemikiran Al-Shabab di Somalia yang tak tambah nilai kepada bangsa agama dan negara mereka sendiri. renungilah perut kita ini, bahagian makanan mana yang di buat, di jual, oleh umat umat Islam 100%... mungkin secoit aje.
aku dh lama anti Nasrudin ni..nama pon dh poyo..ala2 arab la konon poodah!!!
dia ni terpengaruh sgt ngn Hj Hadi yg pd aku dh lama ditolak org Tganu..xde skill langsung dlm politik, makin ke bkg geng pemuda PAS zaman dia..sikit2 bantah konsert...xde ke yg reti nk ulas isu2 besar lain..pala otak sama besar ngn batu cincin je kot...