Sedap!! Klik gambar di atas!

"Mengapa PAS menyokong Himpun"

Sebelum ini, saya dah sebut, sebagai blogger, saya mahukan yang terbaik untuk rakyat dan umat. Yang penting, rakyat dapat yang terbaik. Sebab itulah saya mengimpikan undang-undang yang menghalang kerajaan menindas dan membuli rakyat. La ni mana ada undang-undang macam tu.

Sifat sebagai rakyat yang mahu yang terbaik dan mengimpikan undang-undang yang menghalang kerajaan menindas dan membuli rakyat pula menjadikan saya yakin teramat yakin bahawa mudharat dan bahaya terbesar kepada negara ini ialah Umno. Kuasa parti yang menjadi mudharat dan bahaya terbesar itulah yang mesti dibunuh terlebih dahulu.

Saya tak kata parti lain tidak bahaya dan tidak mudharat. Di Malaysia ni, mana ada parti yang tidak bahaya dan tidak mudharat. Tetapi depa tu kira kemudian. Dah kita ada pengalaman lawan Umno yang sah-sah merupakan mudharat dan bahaya terbesar, apa nak heran berlawan dengan bahaya dan mudharat lain.

Kerana harapan itu, saya sebagai blogger juga menjadi pengulas. Bila sebut pengulas, ia macam pengulas wayang jugak la. Pengulas wayang banyak yang tak tau bikin wayang atau main wayang serta memang tak dak bakat langsung pun nak jadi anak wayang. Tetapi, supaya orang ramai tak membuang duit menonton wayang yang macam sial, pengulas wayang mestilah peka dan tahu mana satu wayang yang boleh tengok dan mana wayang yang bongok. Itu kriteria utama, bagi saya.

Kalau politik, saya cuba-cuba mengulas politik dan parti politik. Memang saya tak layak langsung nak jadi ahli politik, hatta ahli politik kelas paria sekalipun. Tetapi konon-konon sebagai pengulas politik, walaupun lebih bawah dari kelas amatur sekalipun, supaya rakyat tak tertipu dan dimangsakan, saya mesti kenal mana satu parti yang paling bahaya dan yang kurang sikit bahayanya dari yang paling bahaya. Nak kata ada yang tak bahaya, itu pembohong besar.

Supaya rakyat tak tertipu dan dimangsakan juga, saya mesti kenal mana satu ahli politik yang paling bahaya dan yang kurang sikit bahayanya dari yang paling bahaya. Nak kata ada yang tak bahaya, itu kurang ajar namanya.

Supaya anda mudah kenal, antara ciri ahli politik yang berbahaya ialah tikam kawan dari belakang. Misalnya, kalau dia tak puas hati dengan pendirian kawan-kawan dia, senyap-senyap dia akan anjurkan perjumpaan di hotel atau di mana-mana untuk menganjurkan perhimpunan besar bagi menjeritpekikkan sikap bertentangan dengan kawan-kawan dia. Dia akan gunakan duit tauke air yang juga anjing puak paling kurang ajar dan bahaya supaya membiayai program durjana dia untuk bergomol sikap dan pendirian dengan kawan-kawannya (setakat ini masih macam kawan, tak tahulah bila bubar dewan dan sumpah laknat tidak berkuatkuasa lagi agaknya). Jenis ini sangat kurang ajar dan tidak boleh dibuat kawan. Nak jadikan pemimpin? Saya yakin haram!

Masalahnya, bukan dia seorang yang bahaya. Puak bongok yang menyokong dan menjunjung dia juga bahaya. Kadang-kadang si bongok bukan dapat upah apa pun. Si bongok bersikap begitu semata-mata sebab dia memang bongok dan boleh dipergunakan oleh syaitan terluka yang patah cita-citanya itu. Syaitan terluka nak mengamuk, yang terikut-ikut pulak bongok.

Lebih buruk dan lebih bahaya lagi ialah apabila si bongok itu dari jenis bongok bersusun lapis atau bongok murakkab - maknanya dia bongok tapi dia tak tahu dia bongok dan perasan bagus. AstaghfiruLlah! Dia perasan dia layak menjadi ahli politik. Boleh mampoih umat ini kalau jenis itu mewarisi kepimpinan! Lingkup hancur!

Itu ahli politik. Di menara gading pula, ada ahli akademik yang nampak sangat tak ada akal bila membuka mulut. Ada yang cakapnya taraf longkang pun tak layak. Bila memberi alasan, alasannya benar-benar menunjukkan otaknya yang memang tahap jamban walaupun bergelar professor dan mempunyai PhD. Babi lebih mulia dari perbuatannya yang menduduki kedudukan yang tinggi dengan otak tahap jambannya itu.

Bila saya cakap babi lebih mulia, saya tidaklah cakap merapu. Babi adalah antara binatang ternak. Dan, ada manusia yang al-Quran sifatkan lebih sesat dari binatang ternak. Maknanya lebih hina dari babi yang juga antara binatang ternak. Bila dia lebih hina dari babi, maknanya babi lebih mulia dari dia (Lihat al-Furqan ayat 44: إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلاً - Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi).

Saya tidaklah mengata mana-mana pihak di negara ini dan tentulah tidak ada kena mengena langsung, tidak ada kena mengena sama sekali dengan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin yang menyatakan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan.

Dr Zaleha berkata Dr Abdul Aziz digantung supaya dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataannya mempertikaikan kenyataan sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Dan sama sekali tidak ada kena mengena dengan apa yang saya tulis juga, saya teringat kronologi berita-berita di bawah. Dah tak dak tempat nak salin sebagai kenangan, saya bubuh ja di sini.

Pada 18/10/11, Harakah Daily menyiarkan berita bertajuk "Himpun: PAS tidak terlibat". Berdasarkan posting bertajuk "Mengapa PAS menyokong Himpun" bertarikh 19/10/11, Malaysiakini 20/10/11 pula menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz's son backs anti-apostasy rally" yang antara lain melaporkan:
The son of PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat has voiced support for Saturday's Himpun anti-apostasy rally despite the decision of the Islamic party's central body not to take part in it.

Commenting on his blog, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, who is PAS Youth deputy chief, reiterated the wing's support for the rally to defend the akidah (faith) of Muslims.

The purpose, he said, was to "show solidarity in an effort to save and strengthen the faith of Muslims from being threatened by enemies of Islam that attempt to undermine their faith".

Abduh added that PAS as an Islamic party and Muslims as a whole hoped that the rally would be a good platform unite Muslims to maintain their strong faith.

"For PAS Youth, anything that can unite Muslims on the path of righteousness must be supported and cannot be abandoned. Muslim unity is a responsibility and duty that must be carried out with all our heart."
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ug tak mampus!

  2. Masihkah berfungsikah Badan Disiplin PAS?

  3. Perhimpunan pelihara akidah memang gagal menarik peserta yang ramai . Kalau pihak kristian yang ketawakan kegagalan tu takpa lah . Ni tidak orang islam sendiri yang ketawakan . org islam dah buat keje bagi pihak orang kafir

    Kenapa orang islam sendiri mengutuk . kerana politik adalah segala-gala bagi mereka .lebih penting dari kesucian agama . lebih penting dari MENZAHIRKAN KEAZAMAN UNTUK MEMELIHARA AKIDAH.

    Tidak seperti perhimpunan BERSIH yang merujuk kepada kitab suci Buku Jingga pimpinan Ambiga , seorang peguam Hindu yang memberi khidmat guaman percuma kes menukar agama . Campur lelaki perempuan dihalalkan malah mendapat pahala pula mengikut pandangan ajaran sesat Islam PAS.

    Natijah dari pengaruh liberalisasi agama yang secara halus meresap kedalam politik malaysia. Umat Islam sendiri telah gagal untuk membezakan perkara yang membawa kepada kebaikan untuk agama yang dijunjungnya , dengan perkara yang boleh menyebabkan pihak lain menguasai agama mereka sendiri.

    Lihatlah apa yang terjadi kepada Hasan Ali. Seorang exco agama di Selangor yang pandangannya tidak ada nilai berbanding dengan Elizebeth Wong seorang mubaligh Kristian. Suara kristian lebih kuat dari suara Islam di Selangor sehingga memerlukan teguran dari pihak istana.

  4. Hang ni dok merapu apa ?

  5. Mat Sabu dalam kes di hotel perdana pun kena gantung oleh pas pusat waktu pimpinan Allahyarham Fadzil Nor. kalau baca tulisan subky latiff mengenai perkara tersebut ada di sebut ramai ajk pas yang tidak bersetuju mat sabu dugantung sebagai ajk pas pusat kerana beliau belum dibuktikan bersalah (kes dalam siasatan dan perlu tunggu proses perbicaraan). kata subky termasuklah nik aziz berhujah supaya mat sabu tidak digantung tugas. Tapi ustaz fadzil tetap gantung mat sabu dengan satu hujah yang cukup menarik (nak tau lanjut cari lah tulisan subky tu).
    Maknanya kes gantung sewaktu siasatan (belum dibuktikan bersalah) ni bukan luar biasa sangat, malah dlm pas pun pernah berlaku. Tapi biasa la, manusia hanya nmpak salah orang sahaja. Sebab tu mudah sngt melebalkan orang mcm anak babi atau lain2. Kononnya disertakan dalil al Quran untuk membenarkan makian seperti itu. Mudahnya...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008