Sedap!! Klik gambar di atas!

Kavita Kaur, Planet Hollywood, Hard Rock Cafe akan taja Himpunan Sejuta Umat?

Kalau tak silap ingatan, sejak lebih sebulan lalu saya menerima sms dari kawan yang berkerja dengan media arus perdana (MSM) tentang perancangan dan gerakerja Datuk Dr Hassan Mohamed Ali hendak mengadakan Himpunan Sejuta Umat (lihat Utusan Malaysia 16/10/11 "Sertailah Himpunan Sejuta Umat").

Ada orang mendakwa, kalau kita pergi himpunan tu, kita akan dilihat sebagai si bongok penjilat freeloader. Na'uzubiLlahi min zalik!

Saya tak naklah kata apa. Tinggal lagi, entah kenapa pulak saya teringat sangat apa yang Ustaz Wan Ji cerita kat saya. Menurut Ustaz muda itu, masa Khawarij menentang Imam 'Ali 'a.s. dulu (Wan Ji tak kata Imam, dia kata Saidina Ali), depa laungkan slogan “tiada hukum kecuali milik Allah”. Wan Ji seterusnya bercerita, slogan tersebut ditanggapi oleh Imam Ali dengan mengatakan, "kalimah yang benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan".

Saya juga teringat, awal lapan puluhan dulu, dalam salah satu ceramahnya Almarhum Ustaz Fadzil Noor bercerita tentang syaitan yang berlagak sangat nak ajar Nabi 'Isa 'a.s. mengucap kalimah syahadah. Nabi 'Isa membalas ajakan syaitan itu dengan menegaskan, "kalimah itu adalah kalimah yang baik. Tetapi sebab kamu yang menyuruh aku menyebutkannya, aku tak mahu sebut".

Pada masa yang sama, saya tertanya-tanya, adakah Kavita Kaur, Planet Hollywood, Hard Rock Cafe atau freeloader sendiri akan menaja Himpunan Sejuta Umat itu? Saya tertanya-tanya ja...
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Yang pastinya pertubuhan yahudi telah membiayai Ambiga dan perhimpunan bersih yang disokong PAS dan PKR

  2. Bhai Pak Bakaq...

    Hahaha... Freeloader... Kavita.. hahaha.... tak larat la nak gelak... tapi lagi lawak biler Pemuda PAS plak terkinja-kinja nak join... err... macam pelik gak... takkan tabley baca "body language" penganjur HIMPUN nih... hahaha..

  3. c + +,

    pemuda pas? dengan ketua yang dok ada, tak pelik sikit pun lah. dia memang jenis suka terkinja-kinja setiap kali yang menganjur tu berbau islam... hidung dia cukup tajam bab islam ni, biarpun yang dicakap tu "kalimah yang benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan". almaklumlah ketua pemuda parti islam semalaysia!

  4. betulkan JAIS dan MAIS tu dulu baru boleh berhimpun sejuta umat. Kalau duit zakat berjuta tu tak boleh nak bantu umat Islam, hanya untuk disimpan, kemudian dihitung setiap hujung tahun berapa juta dah ada duit zakat, baik tak payah berhimpun, nak minta bantuan pun banyak songeh, tak payah cakap nak selamatkan umat islam dari murtad laaa...muhasabah diri dulu...belajar dari sejarah islam yang dulu. duit zakat bukan untuk disimpan tapi untuk dihabiskan untuk membantu yg memerlukan...

  5. apabila menjadi pemimpin perlu lah ada kematangan fikiran dan tidak bahalol bertindak melulu. malang nya sebahagian pemuda pas pun agak bahalol benggap sampai memilih buta walaupun si keldai di lantik jadi pemimpin. maka tidak lah ganjil jika ngo ngo melayu berketurunan umknow keluar idea kentut sejuta umat, pemuda pas pun join makan kacang supaya senang kentut bersama sejuta umat....

    ha ha ha ha ha sampai umknow pun pening cicak bau kentut!

  6. Pak bakak, agak nya apa natijah nya dgn berhimpun sejuta org tu. Penganjur dapat nama yang murtad tetap murtad. Lepas berhimpun tu yg murtad bolih kembali kpd Islam ke ? Manusia terpikat kpd sesuatu kerana dakwah dan hujah. Pergi lah berdakwah dgn hujah agama. Bukan berhimpun dan melalak nak salahkan orang.Agama kita agama dakwah. Dakwah lebih iklas sifat nya.

  7. Inilah politik tanahairku. Penuh dgn fitnah tak kira yg beriman, munafik dan non Islam. Bila Hasan Ali ckp mirip umno, dituduh oleh ahli sendiri dia nak masuk umno. Bila Hasan Ali cuba benteras jualan arak sewenangnya, juga di marahi pimpinan Pas. Bila Bob Lokman di tahan MAIS, Hasan Ali juga di hentam. Bila Hasan Ali nak anjur kempen kesedaran isu akidah umat, juga di hentam oleh orang Pas. Ketua Pemuda PAS cuba nak sokong Hasan Ali, dia turut dikecam. Lihat saja komen C++, Husin dan anony 18 Okt di atas. Siapa mereka, rasanya penyokong Pas yang benci Hasan Ali dan Hasan Tantawi. Kenapa terlalu emosi? Apa salah Pas turut serta, walau di sokong oleh siapa saja. Kita hadir dalam dua tujuan. Satu niat untuk melihat betulkah yang anjur itu dibelakangnya Yahudi. Keduanyanya bagaimana program yang dianjur itu. Kalau tak setuju pulang saja dengan kita sendiri lihat. Kalau ini fitnah dr pihak tertentu untuk halang kehadiran umat Islam di dalam program yg ulung kali di buat ini, tidakkah kita menyesal atau malu dgn taburan fitnah yang kita panjangkan. Jgn kita mengalang orang lain untuk hadir, semata-mata krn kita tak setuju. Brilah peluang orang berfikir sendiri, jgn jadi seperti golongan munafik. Saya akan hadir sebagai umat yg prihatin terhadap nasib ummah, juga sebagai mencari kebenaran dan tidak akan tunduk dgn bisikan syaitan.

  8. kahkahkahakhakhah...

    manusia..manusia..bila xsuka dgn sesuatu berjuta alasan akn dibagi utk menampakkan keburukkan dan bila dah suka dgn sesuatu berjuta alsan juga dibagi utk menampakkan kebaikkan..

    ape2 jela awang ooi..

    jgn duk pki sgt pepatah

    "wal haram mu" & 'wal halal aku"

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008