Sedap!! Klik gambar di atas!

Jais, hampa paksa aku hormati Bob Lokman, bodoh oii!!

Ketika dia menjadi artis, ada juga saya tengok lakonan Bob Lokman. Saya juga respect dengan lirik lagu Isabella yang diciptanya. Perasaan saya gitu-gitu je la. Nak kata minat pun tidak. Tak minat pun tidak.

Tetapi, sejak saya baca berita dia terjah program Raja Lawak konon untuk umum dia tarik diri sebagai juri program itu, saya rasa Mamat tu terlebih poyo. Tarik diri saya hormat, tetapi aksi yang saya rasa carpab (cari publisiti) semacam bila dia umum keputusannya kat program tu, saya geli geleman. Saya mungkin salah tafsir apa yang dibuat oleh Bob Lokman itu. Mungkin dia tak carpab. Tapi, yang rasa geli geleman tu saya tak tipu.

Bila dia masuk PAS, saya tak teruja langsung. Saya hanya bersyukur dia nak mendekati kebaikan. Dan, bila tersebar dakwaan kononnya dia serang dunia hiburan yang pernah dia ceburi dulu, saya terasa dia semakin poyo. Dakwaan itu mungkin palsu. Mungkin dia tak serang dunia hiburan. Tetapi yang saya rasa dia terlebih poyo itu memang benar (artis yang masuk Umno memang saya hormat hak demokrasi depa nak masuk apa pun, tetapi tengok muka hampa aku tak naklah!)

Apa-apa pun, saya menghormati Bob Lokman sebagai seorang Muslim dan saudara sesama Islam. Minat tu memang langsung tak la.

Tetapi bila membaca berita tentang pendiriannya berhadapan dengan Jais, saya lebih hormat Bob Lokman (lihat Malaysian Insider hari ini "Bob Lokman lebih rela ditangkap Jais dari 'serah kalah'") - bukan sekadar hormat sesama saudara Islam ja. Memang saya meluat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais); memang benar kalau kiranya dia bertanding sebagai calon melawan Barisan Nasional (BN) di tempat saya mengundi, memang saya tak akan undi Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang sekaligus bermakna saya tak akan keluar mengundi kerana saya yakin dengan mutlaknya haram mengundi Umno dan BN; memang saya benci freeloader tempat Jais bergayut - tetapi bukan kerana itu saya lebih hormat Bob Lokman.

Saya hormat kerana dia berani. Orang berani saya hormat. Saya tidak berani macam Bob Lokman. Bila Jais panggil saya untuk disoalsiasat, saya hanya mampu menolak untuk mematuhi arahan yang saya rasa arahan orang atasan Jais sahaja. Pi mampoih la! Tetapi dengan ustaz muda yang soal siasat saya, saya cakap elok-elok. Saya malas nak sakitkan hati dia. Dia nak cari makan ja. Akhlaqnya pun baik. Setakat itu sahaja saya mampu buat.

Tetapi Bob Lokman jauh lebih berani dari saya. Dalam bab melawan Jais, saya memang hormat Bob Lokman.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. haram mengundi umno/bn... fatwa ini ambil dari mana penarik beca.. tlg jelaskan?????

  2. Saya sokong penarik beca 200% sokong umno haram. saya nak tambah sikit lagi siapa sokong dan undi umno hata walau terdetik dihati sokong umno cium bau surga pun tak akan rasa apatah lagi untuk masuk surga. sebabnya semua pemimpin umno munafik, penipu, rasuah, pencuri duit rakyat, merosak negara dan semua yg merosakkan negara bangsa dan ugama. sesiapa yg ikut samalah menanggungnya. Tak perlu fatwa tanya iman masing2.

  3. tak ada fatwa mana2 pun..tp kalo mengundi untuk tidak berjuang kearah Islam memang haram!!!!paling tidak kita menjadi pengikut pejuang Islam......ALLHUAKBAR!!!!

  4. Penarik beca dapat ilham fatwa songsang time beca dia tayar pecah. Entah ajaran sesat mana dia mengaji.

  5. biawak biawak hanya gila kan bangkai, itu sebab para biawak biawak tak ber cucuk tanam lebih rela duduk dalam cuaca aircondision sejuk dengan kerosi empuk lantak taik taik rakyat jelata yang rata rata kerja kuat kais pagi makan semalam.

    apa yang bob lokman buat tu amat lah benar dan baik kerana kari kepala biawak memang tak boleh di makan walau pun sudah di sembelihikut cara islam, namum biwak biawak tetap biawak cari kerja senang aje curi telor ayam makan anak ayam, dan buru bangkai tak sedar bangkai biawak merata rata dalam bentley maybach ferrari maserati dan istana istana parti Qinzire.

  6. MEMANG HARAM UNDI UMNO@APCO PASAL BANYAK PERASUAH DAN PENYONGLAP KHAZANAH NEGARA ! REPOT PUN MASUK BAKUL SAMPAH SEBAB SEMUA DEPA KONTROL DARI PRDM ,KDN,SPRM SAMPAI KE BADAN KEHAKIMAN,HANYA SAMDOL LEMBU PAWAH SAJA SOKONG UMPORNO, JAIS DIPENUHI DENGAN PENGAMPU-PENGAMPU UMNO@APCO-BN YANG DISAMPING BODEK MAU CARI MAKAN ! MEMANG TURR PUNYA UMPORNO !

  7. Sejak bila puak-puak UMNO nie ambil berat pasal FATWA nie?

  8. anon#1,

    hang tak tau ke undi parti makan rasuah tu haram?
    Tun Dr M pun dah keluar fatwa UMNO tu dah kena barah rasuah dah sampai keusus.
    Cuma lubang taik je yang masih berfungsi elok, yg lain-lain habis dah rosak.

  9. Jangan kaitan orang lain atas keputusan diri sendiri..

  10. Tak payah nak menulis kalau sekadar nak bagitau yang kita hebat orang lain semua tak bagus semua tak betul macam lah kita yg perfect,,, siapa yang betul... pembangkang semuanya tak betul pemerintah lagi lah.Dari tulisan2 kau hanya kau yang tahu apa nak buat apa yang betul dan apa yang bagus.Semua orng kau label bodoh oiiiii... Apa yang kau cari sebenarnya...Nak orang kata kau memang hebat, memang pendapat kau aja yang betul...eeh piiirah...

  11. bob lokman...ikon anak muda hari ini.... tahniah kerana berani. penarik beca pun berani jgk. :-)

  12. syabas pak bakaq , kalau kita tak tulih sapa lg nak tulih ..
    kalau kita tak kata sapa lagi nak kata ..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008