Sedap!! Klik gambar di atas!

Bukan boyfriend Kavita Kaur. Bukan penerima Foot in Mouth Award

Dia tak cakap kurang ajar. Otak dia tak letak kat tempat taik dia keluar. Kaki dia tak tersumbat dalam mulut dia. Bukan macam seekor dua yang lain. Depa tu memang layak sangat-sangat menerima Foot in Mouth Award.

Dia cakap pakai otak. Kalau orang cakap pakai otak, saya akan sanjung dan iktiraf. Saya bukan berkira sangat nak puji orang, walaupun orang tu Umno, walaupun orang tu orang bangsawan. Walaupun orang pembangkang geli nak dengar, dalam beberapa hal, saya puji dan sanjung pandangan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya berwasapada. Maklumlah, ada anak raja negeri asal saya, Perak, yang dulunya bila dia bercakap, saya hormat pemikiran dia. Sekarang, saya tak nak baca apa dia kata. Kalau keluar dalam TV, cepat-cepat saya tutup TV atau mintak tolong anak isteri saya tutup TV. Meluat sangat-sangat! Nak-nak kalau dia kononnya "menitiskan air mata". Eeeeeeeee!!!

Saya berwaspada. Anak raja Negeri Sembilan tu, negeri asal dan kelahiran orang rumah den, masih muda dan idealistik lagi. Agaknya, otak dia belum lagi dikotorkan oleh parti makan babi (Dr Mahathir kata, makan rasuah macam makan babi). Otak mereka yang dah dinajiskan parti makan babi, tak payahlah kita nak ambil pot.

Meskipun saya berwaspada, saya tetap menyanjungi pemikiran Tunku Zain al 'Abidin Muhriz (yang pakai pakaian macam warna brown dalam gambar di atas tu). Dan, saya berharap dia terus mempunyai pemikiran yang saksama dan waras. Maklumlah dia bukan boyfriend Kavita Kaur. Dia juga bukan penerima Foot in Mouth Award.

Berita berkaitan:
Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas

(Malaysiakini 13/10/11): Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan.

Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

Aziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu. [Baca berita penuh]
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Betul tu PakBakar, aku sokong. Tambah-tambah imej kopipes passai cyber-troopers tu, buat menyemak ja

  2. Ayat quran pun boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

    Inikan pula kata - kata seorang hamba. Bukankah ALLAH maha mengetahui...

  3. Salam,

    Dulu UMNO usul kekebalan Raja2 dan Sultan ditarik bukan menghasut ka?

  4. Apa kata kalau JAIS bagi tauliah kat kavita kaur untuk berdakwah kat merata masjid di selangor... rasa-rasa sesuai tak? Dia kan ke kenal rapat dengan ketua agama (agama apa ntah) kat selangor?

    Aku cuma layak berdakwah kat hard rock je. Kat situ tak perlu tauliah. Siapa masuk je automatik dapat tauliah. Bila kepala dah berdengung tak ada siapa yang akan tersinggung malah kita bebas menyinggung siapa saja yang kita suka. Tak ada protokol... enjoy sampai pagi. Tak ingat dunia, tak ingat agama, tak ingat tuhan dan yang penting tak ada JAIS datang mengganggu kerana syaitan tak akan ganggu kerja syaitan yang lain. Jika ganggu maka hati bapak segala syaitan akan tersinggung.

  5. kau orang ni asyik dok cerita pasal JAIS tak habis habis....

    oleh kerana Mat Jais pun dah kembali ke rahmatullah aku rasa elok lah JAIS tu
    dibubarkan saje, tukar nama lain.

    al-fatihah untuk arwah Pak Mat Jais.

  6. harap2lah anak raja negeri sembilan ni
    tak jadi macam anak raja perak.
    harap2lah raja negeri sembilan
    ikut cara raja kelantan, berjiwa rakyat.

    - pengikut pak bakaq.

  7. terlibat secara direct utk majlis sultan..then nilaikan sendri...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008