Blogger ahli Umno, Aspan Alias mendakwa, orang tak nak datang ke Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini kerana "pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu".
"Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam," katanya - baca seterusnya dalam posting beliau bertajuk "Slogan baru rakyat - ABU! (anything but Umno) atau (asalkan bukan Umno)".
Saya pulak sudah mula membayangkan ada orang tertentu yang sambil bercakap meneran-neran menangis dalam seluruh rangkaian TV Media Prima dan RTM sebaik sahaja dewan dibubarkan dan sumpah laknat dianggap tidak berkuatkuasa lagi ketika itu. Menjelang pilihan raya, dia mungkin menangis sebab kononnya sedih sangat setelah hilang kepercayaan kepada parti tertentu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam.
Tentulah dia menganggap parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam kerana parti itu tidak mahu terlibat dengan Himpun. Sedangkan, dialah penulis skrip dan pengarah belakang tabir perhimpunan yang Aspan dakwa "bukannya kerana Islam" itu.
AlhamduliLlah! Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana sejak dari awal dia masuk parti yang dianggotainya sekarang, saya tidak percaya tulaqa' itu. Saya kata tulaqa' sebab ramai tulaqa' yang masuk parti tersebut menjelang pilihan raya 1999 di mana ramai orang pada masa itu boleh rasa Umno akan bungkus dalam pilihan raya itu.
Bagaimana pun, ramai tulaqa' yang berjenis. Tapi tulaqa' yang sorang ni, sejak dari awal lagi tak habis-habis buruk kelaku.
Hari ini, orang yang diletakkan sebagai front man Himpun, Azmi Abdul Hamid membuat kenyataan yang saya sokong - lihat Harakah Daily hari ini "3% dapat manfaat, penentangan PPSMI berasas" (Update 4.02 ptg 29/10/11: Malaysiakini hari ni pula - date portal tu asyik lewat sehari dan tak betul - membuat laporan bertajuk "Data shows better Maths, Science results during PPSMI" dan sebahagian dari berita tersebut saya salin di bawah. Nak baca habis pergi Malaysiakini dengan menekan link pada tajuk berita itu). Kalau tak ada bayang-bayang hitam jahat di sebalik sesuatu perkara, saya bukan berkira sangat nak sokong.
Memang saya akui, secara peribadi saya menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tetapi, bila Azmi kata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia mendedahkan hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat daripada PPSMI, saya terpaksa sokong kenyataan dan perjuangan Azmi dan mereka yang berjuang menentang PPSMI. Saya tak sanggup melihat anak bangsa melingkup.
Alasan Azmi sangat kukuh dan di sebalik sikapnya mengenai PPSMI itu, saya tak nampak pula menggelenyar-gelenyar bayang-bayang hitam jahat yang "mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam".
Dalam pada itu, bagi yang kaki tengok TV tak habis-habis atau tak reti nak tutup TV bila wajib ditutup, mungkin hampa akan tengok puas-puas imej atau klip video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor memasuki Kaabah akan dimainkan tiap hari - lihat berita FMT 25/10/11 "Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis".
Saya bersyukur kerana keluarga saya berjaya menjimatkan bil elektrik kerana kami menutup TV bila TV siarkan berita atau apa jua program carpab (cari publisiti) Najib, Rosmah dan Umno. Atau, bila duduk tak duduk terkeluar gambar Najib, Rosmah atau mana-mana pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) nak mengempen dalam slot-slot antara sesuatu siaran, cepat-cepat kami ubah channel.
Saya harap anda juga berbuat demikian jika mahu menyelamat dan menyihatkan emosi anda. Jangan biarkan emosi tak sihat kerana melihat muka-muka itu.
Berkaitan:

Data shows better Maths, Science results during PPSMI
The Parent Action Group for Education (Page), who are at the forefront in the struggle to have Maths and Science taught in English, today said that research findings found that the performance of students in the subjects of English, Mathematics and Science improved when the latter two subjects were taught in English.
Quoting research by the 2010 update report for the United Nation’s Millennium Development Goals for Malaysia, Page said that results show that the policy was starting to work when the decision to abolish it was made.
The results also showed an improvement in performance in mathematics and science in rural schools.
“PPSMI is working, even for the rural students... (The examination results) show improvement in English, no reduction in Bahasa Malaysia and improvements in Science and Mathematics in the last few years,” Page said, referring to the policy by its Malay language acronym.
Tracing performance national and vernacular school performance in science and mathematics from 2001 to 2009, the research found that the passing rates were “the highest in 2007”.
It took a dip in 2008 but picked up again in 2009, which was the same year the government decided to phase out the policy. The policy was introduced in 2003.
“The best achievement in English was in the year 2008, and the trend is on the incline since the start of PPSMI,” Page said.
Student performance in Bahasa Malaysia remained constant, showing that the policy had no effect on mastery of the national language, although some decline was seen in vernacular schools.
The study traced a big dip in passing rates for lower secondary assessment (PMR) in Science and Mathematics in 2004, but marked improvement from 2006 to 2009.
“English improved, evident in the year 2003 and 2009 with PPSMI in operation. Bahasa Malaysia remained constant throughout,” Page said.
‘Rural students did better’
The Education Ministry also refutes claim that rural students are left behind by PPSMI, as these students consistently outperformed their urban friends in the subject of Science while it was taught in English.
“The highest achievement in Science (pass rates for SPM) was in 2008, by rural students... Clearly the rural students were able to cope with PPSMI,” the NGO noted.
Rural students also showed improvement in Mathematics, with SPM pass rates for the subject on a significant upward trend since the introduction of PPSMI.
“The best percentage increment (of pass rates for mathematics for SPM) took place between the year 2009 and 2010, recorded by rural students,” it said, referring to a leap of about four percent.
Rural students followed an upward trend in English with the passing rate for the subject up from 61.4 percent in 2004 to 71.2 percent in 2010, while in urban areas, students performed 7.3 percent better in 2010 compared to 76.4 percent in 2010.
Consistent with PMR and school examination results, passing rates for Bahasa Malaysia in SPM remained fairly constant from 2004 to 2010.
According to Page, this evidence clearly goes against claims by the government as well as anti-PPSMI PAS-led Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) who claimed that only 3 percent of pupils benefit from the policy.

Cantik? Klik 

thisisbalabero
pak bakaq...
1."Ada orang tertentu yang sambil bercakap meneran-neran menangis dalam seluruh rangkaian TV Media Prima dan RTM sebaik sahaja dewan dibubarkan dan sumpah laknat dianggap tidak berkuatkuasa lagi ketika itu. Menjelang pilihan raya, dia mungkin menangis sebab kononnya sedih sangat setelah hilang kepercayaan kepada parti tertentu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam".
2.PAsti imej atau klip video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor memasuki Kaabah akan dimainkan tiap hari setelah parlimen di bubarkan ...
Nujum pak bakaq ke ni ? aku rasa ramai yg setuju dgn ramalan pak bakaq nii ...
'"0tak hang ada klas pak bakaq mcm otak akuu daaa"....
Nasi panggang & kambing berempah satuuu ..
Aspan Alias blogger Umno..??
hahahahaaaa...lawak, lawak !!
saya bila tgok muka anwar terus rasa nak muntah?? kenapa ye?? tuan penulis sila lah jawab.. dan jgn pulak hide komen ni.... Perjuangan PAS untuk Islam memang saya sokong.. tapi bila bersama PKR dan DAP.. terus sokongan saya hilang.. lagi2 bila ingatkan yg bakal jadi PM jika pakatan menang ialah Anwar... carilah org lain yg lebih beradab dan elok pekerti.. org mcm anwar ni bercakap memang pandai tapi hampas..
ya...jangan lupa tonton ketibaan pakjib di madinah....http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/PM_Selamat_Tiba_Di_Madinah.html
durasi 00:22 dan 01:02