Sedap!! Klik gambar di atas!

Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat

Dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983)

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992)
La ni, dia dah reti sikit untuk bercakap. Dia kata:
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu".
Najib juga dah pandai cakap fasal maqasid syariah. Dia kata:
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip maqasid syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan".
Saya lebih percaya cakap Najib pada 20 April 1983 dan 20 April 1992, berbanding kenyataannya yang nampak sangat calculated dan dikarang-karang seperti yang dipetik oleh berita Malaysiakini semalam bertajuk "PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia".

Nampak sangat Najib bajet macam dia tahu sangat bila dia sebut maqasid syariah. Nak tergelak aku baca kenyataan dia. Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama cakap fasal maqasid syariah bila dia nak tolak perlaksanaan hudud di Kelantan ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga ratib-ratib benda yang sama bila tak nak buat apa yang Islam suruh buat di Kedah la ni.

Saya ada seorang kawan baik yang saya hormat sangat yang mengajar maqasid syariah sana sini. Tapi saya tak rajin tanya dia bab maqasid syariah. Saya juga tak tahu apa matlamat ulama besar Abu Ishaq Ibrahim al-Shatibi ketika beliau mencipta jurus ilmu yang dipanggil maqasid syariah.

Saya tak perlu mendalami semua itu sebab saya tak ada perancangan nak jadi ulama. Nak jadi ulama lagu mana, aku malas mengaji.

Tetapi yang saya pasti, bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan (saya sebut ahli-ahli politik, saya tak sebut dari parti mana sebab lebih kurang ja depa semua).

Depa guna Islam untuk tak nak buat apa yang Islam suruh buat. Kurang ajaq!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ahli politik baca skrip je. Yang reka skrip tu lagi jahanam.

  2. Salam sejahtera Pak Bakaq.Masa awal tahun 80an, teliga aku selalu berdesing bila dengar perkataan "mengunakan agama untuk kepentingan politik". Selalunya ayat ni la yang puak-puak Melayu dok pelece parti islam kat Malaysia. Tapi Tok Guru pun jawab sampai berulang kali sampai nak tersembor air lioq kat puak-puak tak mau agama ni, yang sekarang guna ayat-ayat canggih "maqasid syariah".

    Betul ke Tok lebai Najib ni dah pandai ilmu syariah.Aku sendiri pun dok belajaq dan mendalami keilmuan Arab tapi belum jumpa istilah yang Lebai Najib ni guna. Bila dia dah guna ayat ni, aku pun dah agak puak-puak melayu ni baru sedaq nak tobat kot,pasai banyak dok buat dosa dan mendera rakyat. Tapi kalau setakat guna ayat untuk nak mengelirukan orangramai,itu dah kira tipu diri sendiri atau seperti yang Najib sendiri cakap 'syok sendiri'.

    Tapi aku setuju sangat dengan hang Pak bakaq, "bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan (saya sebut ahli-ahli politik, saya tak sebut dari parti mana sebab lebih kurang ja depa semua).Depa guna Islam untuk tak nak buat apa yang Islam suruh buat. Kurang ajaq!"

    Tapi bahasa yang paling kurang ajaq sekali Pak Bakaq,ialah bila puak-puak melayu ni yang selalu dok kata "jangan campur agama dengan politik".Politik lain,agama lain,tapi la ni depalah yang banyak guna istilah agama yang banyak, yang depa sendiri tak faham sebab tolak agama dalam politik.

  3. Ahaa....hang kata kat Ustad Azizan kurang ajaq....Hang betoi-betoi nak cari nahas...Tak tau...

  4. Apa kata tok guru Nik Aziz ttg maqasid sariah ini.....

  5. Dari yang tua sehingga yang muda yang berimejkan alim lagi warak, hidup dengan putar belit dan menipu untuk untuk kepentingan dunia. Parti apa ini.

  6. anom 5 ..kau parti apa ? sah umnogok

  7. Tak ada Hudud, PAS dah terikat dengan ' Dasar Bersama' dalam buku JingGay Pakatan Rasuah.

  8. Apa daa penarikbeca. Pope Katolik pun guna hudud tapi untok bunoh pembangkang depa.!!!
    Contoh..Spanish Inquisition, Crusades, bunoh witches dan Saitis pun ada.!!!.

    Pemimpin Islam dulu dan sekarang dan di Iraq dan Afganistan pun guna hudud untok bunoh pembangkan depa.!!! Contoh Sunni bunoh Syiah dan Syiah bunoh Sunni.!!!

    Sejarah telah buktikan bahawa "hudud lahwal hadis/hadis palsu" itu adalah lesen untok bunoh pebangkang ataupun mazhab lain.!!!

    Saya tidak bangkang "Hudud Quran", tapi "Hudud hadis palsu" saya tetap bangkang.!!!
    Awas ! Bakaq yang Syiah tu pun mungkin kena bunoh bila ada "Hudud PAS" nanti.!!!

    Sila baca rencana, 'Hudud PAS adalah unIslamik", di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2011/09/hudud-pas-tidak-islamic.html

    Sila baca rencana "Ya Man! The Pope used hudud too!" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2011/09/ya-man-pope-used-hudud-law-too.html

  9. Sebagaimana yang dijangkakan PAS akhirnya tewas lagi ditangan DAP Kafir. Orang kampung tertipu lagi. Inilah kedajalan politik yang dah melebihi 60 tahun.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008