
Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.
Saya bertemu beberapa kawan yang kata tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini. Bila ditanya kenapa, depa kata nanti Umno make an issue out of it. Tak pa, saya tak akan mencarut lagi. Tapi nampak sangat pembangkang-pembangkang berjiwa kontot ini terang-terang diagendakan oleh Umno.
Kalau saya jadi Umno, saya akan berlagak sakan sambil bersiul atas jalan.
Dalam isu hudud, apa yang banyak orang mungkin tak nampak ialah demokrasi tak laku seduit pun bila sampai kepada melaksanakan ajaran Islam. Semua pihak, Umno yang menolak hudud kerana hukum Allah itu depa kata tak sesuai, DAP yang berkeras kononnya dengan sekularisme negara dan perlembagaan (sila lihat jawapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam berita Malaysiakini 29/8/10 "'Karpal's stand on hudud complete nonsense'") dan semuanya tidak mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada bab melaksanakan ajaran Islam.
Kita dah lama lihat perkara itu. Misalnya kemenangan parti FIS di Algeria melalui saluran demokrasi atau pilihan raya tidak diiktiraf oleh Barat yang kononnya menjunjung demokrasi. Begitu juga kemenangan Hamas melalui pilihan raya juga nampak sangat enggan diiktiraf oleh Barat.
Begitu juga di Malaysia, orang yang bercakap macam bagus sangat kononnya menghormati dan menjunjung demokrasi dan hak-hak demokratik orang lain, terang-terang tidak mahu mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada perlaksanaan ajaran Islam. Dalam tulisannya bertajuk "Hudud dan Kelantan" yang disiarkan Malaysiakini 26/9/11 lalu, Dr Abdul Aziz kata:
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
Hampa nampak dak? Demokrasi tak guna seduit pun di sisi Umno, DAP, MCA dan Gerakan bila sampai kepada bab perlaksanaan ajaran Islam.
Kesimpulannya, dalam kes hudud, Umno menang. DAP, MCA dan Gerakan bertepuk tangan kegembiraan. Pada masa yang sama, para pemimpin berjiwa kontot yang diagendakan langkah mereka oleh Umno terus berkeliaran dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Lepas tu bab bendera. Punyalah kecut teloq takut sangat kat Umno, DAP sampai tak tentu arah dan menggantung keahlian Adun Kota Shah Alam, M Manoharan. Umno menang.
Masuk pula bab jenayah di Johor. Macam terbirit-birit merangkak-rangak Lim Guan Eng memohon maaf kepada sultan Johor. Eeeeeee!! Macam hari-hari DAP kecut teloq dan Umno menang. Esok lusa hampa buli lagi DAP tu, Umno oi. Depa mesti kecut teloq punya.
Bila puak Umno kata depa nak serang lagi ceramah Haji Mohamad Sabu, tu menunjukkan dengan jelas depa terasa sangat depa dok menang sakan (lihat berita Malaysiakini 29/9/11 bertajuk "Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu"). Saya menyimpan impian agar orang-orang PAS tidak buat kerja gila lagi bila dah kena carut.
Betul, nasib baik Mat Sabu kata dia tak rasa apa-apa dengan amaran itu. Ada la nampak maruah sikit. Sikit. Tapi, PAS sebagai sebuah organisasi yang saya nampak hanya buat laporan polis ja. Nak tergelak aku tengok! Umno tunjuk bagak, PAS takat buat laporan polis ja.
Saya nampak ramai dalam gambar PAS buat laporan polis tu orang yang dah berumur. Saya tak nak la kata apa-apa. Tetapi, bila tengok Umno bersemangat sakan nak menyerang dan mengganas, dan saya pula dah 53 tahun, sakit jantung pula, dengan merendah diri habis-habisan kepada Allah s.w.t. dan golongan muttaqin, saya habaq kat diri sendiri bahawa, daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno (Gambar di atas ihsan Chegu Bard).











Cantik? Klik 






DAP tak bantah hudud kat kelantan dan terengganu ,depa tak sokong cuma kata , ikut law laa.. kalau dah dilulus oleh DUN , jalan pii laa.. so , yg kacau UMNO/BN
syabas pak bakar...camtu la perjuangan namanya..kalu geng cina dengan india ni suruh amal ajaran islam memangla depa tak mau..toksah heran la.depa bukan orang islam pun.tapi yang heran ni puak2 umno la..nak suruh jalankan ajaran islam pun pun tak mau..agama apa pula geng2 ni?bila aku kata depa ni tak islam...marah pula?tak paham aku....dunia,dunia....
adik bakaq,
aku memang tak setuju dengan kau, tapi soalannya, kenapa pula aku tak setuju dengan kau.
Mungkin kau kata, lagak orang PAS berjuang lagak pondan, tapi dikejar anjing, memang aku lihat lagak orang PAS memang lagak pejuang pondan dikejar anjing.
Betul juga kata kau, lebih baik mati dibunuh UMNO dari mati sakit jantung.Tapi siapa pula dari pejuang pondan yang sanggup mati ditangan UMNO, sedangkan cita-cita sebenar mereka nak mati atas tikar.
Islam bukan pagar,
islam pula bukan baluh padi,
Islan juga bukan bank kredit,
Islam adalah perjuangan.
Anon 6,05... yang dikatakan orang islam tu yang macamana ha,yang jadi ahli PAS saja ke atau yang menunaikan rukun islam. Jangan jadi bengong fikir baik2 solat kat masjid dan surau tu semua orang pas ke? Ada UMNO ada Keadilan ada DAP gak yang islam bukan pas saja tau... Maknanya islam tu bukan pas dan pas itu bukan islam...
Kepada Anonymous,Friday, September 30, 2011 7:04:00 PM GMT+08:00
Jom kita pi solat. Lepas tu kita bincang. Hang setuju hudud ke tak?
anon tiada nama, 7:04.
memanglah kalau dilihat yang solat ke Masjid tu Islam, tapi ada yang islam palsu dan ada yang Islam sebenar, masalah siapa Islam sebenar, mustahil yang memahami islam secara sekular adalah islam sebenar, sah inilah kelompok Islam palsu.
Presiden pas hidup lagi ke? Mana perginya senyap seribu bahasa?
Penaik beca,
Nak menaikkan semangat berjuang memang tidak ada salahnya. Tapi kenapa emosi sangat bab Hudud sedangkan kita semua tahu banyak pihak yang menghalang dari menjayakannya ? Apa daya yang boleh dilakukan ketika ini ?
Tidakkah kita boleh bersabar buat seketika disamping menanti tibanya bantuan dari Allah demi melaksanakan peraturan an undang-undang hudud ?
Apakah kerana mengambil sikap bersabar kita dilihat sebagai bacul, pengecut, penakut, dayus...?
Kita sebenarnya bukan penakut apatah lagi nak berdepan dengan Perkasa UMNO Baru. Bak kata orang, bila dah sampai ajalnya atas perut isteri pun boleh mati. Cuma kita sedang belajar melawan nafsu dengan ilmu bukan dengan perasaan.
Tidakkah anda pernah melihat kesan apabila menyelesaikan masaalah dalam keadaan marah ?
hooiii ,orang PAS , ameno taik babi dah naik tocang , sampai gambar Tok Guru tengah solat pun dipermainkan , hangpa nak harap depa sokong hudud ? piirah !!
http://jeffrydamien09.blogspot.com/2011/09/omegay-drama-dah-abismacam-biasa-wally.html
pejuang islam konon!!harkptuihhh....kene gertak dengan lubanggali kerusiroda ngan ketua peliwwwwwwwwwat terus kecut teloq!!!!hudud kemana,quraan kemana...yang dipegang Buku Jingay,,sudahla pak bakaq!!!!!harkptuihhh...balik2 umno jugak yg disalahkan.....seolah2 umno tu plak yg kapir,dap tu yg islam......butohhh bengkok kaki setor kunyit juga yg disanjung2...wali selipor dah nak jadi selipor jamban....ihihihihihihi...tula mulut cabul sangat
Bagaimana agaknya gambaran keadaan didalam 'syurga' yang dijanjikan PAS. Adakah keadaannya seperti didalam pusat-pusat hiburan disempadan Thailand (bidadari - bidadari siam ), yang menjadi sebab megapa negeri serambi maksiat menjuari anugerah 3 tahun berturut-turut sebagai negeri yang paling ramai rakyatnya mengidap HIV.
Anonymous said...
Saturday, October 1, 2011 7:59:00 AM GMT+08:00
aku suka tulisan hang, bukan slalu jumpa anjing menulis...
Gampang??? kamu jangan menghina syurga.Syurga bukan hak PAS.Itu hak ALLAH. yang perintah negara ni sapa????? UMNO ke PAS. Bab maksiat, HIV ke, buang bayi ke, zina ke , samun, ke, ragut ke......PAS tak boleh buat apa.PAS bukan parti memerintah.ALLAH tidak redha dengan pemerintahan sekular di bumi Malaysia ni.Allah akan turun bala selagi kamu tidak berhukum dengan hukum yang telah di tetapkan oleh ALLAH. (HUKUM HUDUD ) ITU BUKAN HUDUD PAS tapi HUDUD ALLAH....ada paham ka?????? Orang munafik, fasik dan musyrik.....dia tak rasa semua ini sebab mereka ISLAM kepura-puraan.Bacalah Quran dengan tafsirnya semuga mendapat hidayah.
Parti Islam yang berusia 60 tahun tewas lagi ditangan lubanggali kerusi roda dan harus diteliti kerana ia makin dilupakan kerana kedajalan perjuangan yang mempermaikan ugama untuk kepentingan politik.
DAP tidak akan bersetuju dengan perlaksanaan hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti 2/3 pada pada PRU 13 nanti kata pengerusi parti.
Pas pun tahu kalau ikut demokrasi sukar nak laksana hudud, kerana perlukan majoriti 2/3 untuk pinda perlembagaan. Sokongan drp PKR dan DAPlah yang akan membolehkan ia berlaku sekiranya dapat menawan putrajaya nanti. Bila masuk pilihanraya kita mengharapkan sokongan bukan islam untuk berkuasa. Begitu juga UMNO, ia tidak boleh disalahkan kalau PAS tidak dapat melaksanakan hudud. Sebagai orang Islam semua kita menerima hudud sebagai undang undang Allah yang terbaik. Tetapi keadaan yang tidak sesuai, bukannya kita kata undang-undang itu tidak sesuai. Nak mengkafirkan orang memangnya mudah bagi golongan yang tak berfikir panjang. UMNO bukannya berkuasa mutlak, ia juga mengharapkan sokongan bukan Islam macam PAS sekarang ni. Tanpa persetujuan rakan parti lain, ia tidah boleh ambil tindakan sendiri. Nampaknya dekat dgn. pilihanraya ni Nik Aziz nampak agresif sikit perjuang hudud dan islam. Mungkin untuk menarik pengundi Islam, walaupun kenyataan beberapa pemimpin PAS kebelakangan ini nampaknya tidak ke arah itu. Cuba kita fikir sebentar.. Apabila kita mengajak kepada Islam, kita mengatakan islam itu agama yang mudah dan menganjurkan persaudaraan dan perpaduan sesama islam. Tetapi apabila sudah Islam, kita sanggup mengenepikan ajaran islam dengan menganggap saudara seislam kita itu lebih teruk drp kafir lagi. Tidak hairanlah, apabila sesama Islam bergaduh, mereka akan lebih teruk lagi. Adakah itu yang dikehendaki dalam islam. Sedarlah bahawa orang melayu islam diMalaysia ini tidaklah sekuat mana. Kita ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan walaupun pelbagai bantuan diberikan. Ini yang sepatutnya diperjuangkan juga oleh parti politik orang Melayu. Jangan asyik berpolitik dengan isu yang semakin memecah belahkan masyarakat yang sudah berpecah.
umno perkasa pekida nih dajjal jalanan. jangan di endahkan pompuan sundalan menggangkang kaki di tepi jalan sesungguhnya ianya hanyalah syaitan yang benar. dalam hal hudud, syaitan jalanan ini tidak akan setuju sampai kiamat. ketahui lah kaum kaum nasrani yahudi dan para munafikeen tidak mempercayai Quran Sunnah dan mereka wujud di setiap zaman walaupun berkulit ber bangsa dan bersholat sama. mati itu benar dan munafik itu juga benar. dan kita hidup di akhir zaman ini banyak munafikeen wuujud di antara sesama kita, dari pemimpin hingga lah ke para para rakyat yang rata rata gilakan harta duniawi dari kain kapan putih berharga rm100. renungi lah....
Anom 11 ,Jumlah ramai HIV di Kelantan bukan nya bermakna Kelantan negeri serambi maksiat...untuk pengetahuan tuan ,orang Kelantan ramai yg jagi GRO di KL / Selangor dan bandar 2 besar yang lain .....Jumlah paling ramai anak luar nikah dan pasangan yang GUGUR kan anak ,tau ke di negeri mana ...kalau yg ini apa maksud ya pula !!
Bagi aku seandainya diLAKSANA HUKUM agama tentang sex rambang ini(HUDUD) ,masalah yg kita bincang ini akan berkurangan !!!! MAKNA NYA kalau yg melakukannya dah ada suami atau isteri maka REjam lah dia,dll ..ALLAH yang mencipta kita semua dan DIA lah yang tahu dan MAHA MENGETAHUI akan kelemahanan dan bagaimana untuk menjaganya ciptaanya ..COntoh nya ...Setiap kereta mesti ada MANUAL NYA !!!
ISLAM ADALAH SEBAIK-BAIK JALAN PENYELESAIAN ,INI JANJI ALLAH BUKANNYA JANJI ORANG ISLAM DALAM PARTI PAS,UMNO,PKR......ADAKAH anda bersetuju dgn aku ??
Anom 13 ,aku setuju apa yang hang tulis !!!
Anom 3 , jom kita perjuangkan ISLAM bukan saja SYIAR tapi SYARIAT NYA sekali ya !!!
Apa -apa pun tugas menegak kan ajaran agama adalah tugas semua,baik orang islam dalam parti umno pkr dan pas.. Syiar dan syariat ISLAM wajib ditegakkan ..jangan ada orang islam dari mana-mana parti menentang akan perlaksanaanya...
Kerajaan Pahang baru nak perkenal hukum sebat MINUM ARAK dan wanita yang DIDAPATI BERSALAH itu pula rela disebat.
Bukankah pemimpin PAS sendiri antara paling bising kata hukuman negeri Pahang tak ikut cara Islam? Ada saja tak betul ikut cara PAS.
PAS sungguh karut.
inysaalah BN akan menang!
hang jangan dok siarkan kata2 daripada barua2 umno dok tulis ni pak bakaq ! sesat,munafik,hina,rosakkan minda org lain dan mcm longkang !
anom 20
kalau BN menang lagi jahanam dan rosak anak melayu islam