Sedap!! Klik gambar di atas!

Kerajaan lemah, tidak amanah dan rasuah tu lah yang hang pulun nak tegakkan

Saya tidak terkejut selepas ini kalau ramai yang rebah dan runtuh jiwa raganya terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Saya juga tidak terkejut kalau selepas ini ramai yang menyanjung Harussani sebagai tok alim yang mengamalkan semangat hadis yang mengingatkan kita bahawa ad-Din itu ialah nasihat menasihati.

Harussani kata dia pernah menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak. Wow! Kepada Najib, beliau kata beliau telah mengingatkan tentang perpecahan Melayu yang disebabkan kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah" (Gambar di sebelah ihsan Malaysiakini).

Hello, kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah" itulah yang hang pulun sakan nak dirikan selepas pilihan raya 2008 dulu. Sampai bermusafir ke sana sini punya pulun nak dirikan kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".

Dalam pukul 9.00 malam tadi saya dengar komen seseorang mengenai ulama. Dia kata, dalam prinsip undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehinggalah terbukti dia bersalah. Tetapi dengan puak ulama, katanya, dalam banyak keadaan kita patut letak jahat dulu sehinggalah terbukti dia baik. Saya tahu, ramai yang akan menggelejat dengan pandangan seperti itu, tak kira la orang parti mana pun. Tetapi, dengan alasan yang diberikan, saya bersetuju dengan pandangan itu supaya saya lebih berhati-hati dalam menghormati dan memuliakan mana-mana orang alim atau pelajar agama (talabah).

Demi Allah, tentulah saya mahu sangat-sangat menghormati dan memuliakan ulama. Saya mencium tangan Ustaz saya walaupun dia lebih muda dari saya. Tetapi, dalam kalangan ulama pun ada ramai ulama jahat. Takkan nak hormat si jahat.

Cukup-cukuplah bersifat naif macam sesetengah orang di negeri-negeri tertentu di dunia ini. Bila bukan parti yang depa lawan yang perintah negeri-negeri itu, depa pakat-pakat bayar zakat dan fitrah kepada pihak berkuasa negeri-negeri berkenaan. Depa tak tahu duit zakat fitrah yang depa serahkan itu tercampak di bawah tapak kaki raja-raja jahat yang mencengkam pihak berkuasa agama. Gila! Kaki arak, kaki betina, kaki segala jahat mencengkam hal-ehwal agama.

Bercakap fasal fitrah, sedih sungguh apabila tahun ini membayar fitrah untuk lima orang sahaja. Tahun lalu, saya membayar fitrah untuk enam orang. Ramadhan kali ini, tak ada lagi kekasih hati saya, anak saya, Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) yang saya sayang teramat sayang.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Ya Allah
wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
saya merayu kepada-Mu
renggangkanlah tanah dari samping jasad anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq
kasihanilah keterasingannya
temanilah kesendiriannya
hiburkanlah kegelisahannya
tenangkanlah ketakutannya
limpahkanlah kepadanya keredhaan-Mu
tolonglah anugerahkan kepadanya
salah satu dari rahmat-Mu, ya Allah
yang dengannya dia merasa cukup
dari (mengharapkan) kasih sayang kepada selain-Mu
serta gabungkanlah dia bersama-sama orang-orang yang dicintainya
bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad, ya Allah

اللهم صل على محمد وآل محمد
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. tah nyaaa..kerajaan lemah tak amanah rasuah tapi yang di sebok bantai pembangkang...anih dan pelik

  2. Kau ingat kau tu bersih sangat ke ? Amanah sangat ke? Kerajaan PR itu ..... terbaik ke ?........ Pooooooodah!

  3. Cukuplah dgn kerja Syiah kau utk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia. Bab kata Nabi...kalau takleh nak nyumbang selesaikan masalah, lebih baik diam jer la.

    Macamana kau hina ulama2' di Malaysia aku doakan Allah hina kau di dunia dan akhirat.

  4. Yang Kaya Bertambah Kaya,
    Yang Papa Bertambah Kedana,
    Yang Beriman Semakin Kurang,
    Yang Munafik Semakin Ramai Pengikutnya..

    Inilah kehancuran yang bakal tiba di Malaysia..Puak puak kaya harbi, puak puak perasuah, puak puak pemakan rasuah, puak puak gila kuasa, puak puak kroni, puak puak munafik dan seangkatan dengannya sedang berusaha untuk menegakkan benang yang basah..Puak puak ini adalah penentang yang jelas menentang segala suruhan dan perintah ALLAH S.W.T..Tapi segala perancangan dan tipu daya mereka telah berjaya memperdayakan mereka yang telah buta hatinya, yang telah bertuhankan harta benda dan yang paling penting mereka yang memalingkan diri dari agama ALLAH S.W.T. yang sebenarnya..

    Apa yang berlaku di MALAYSIA hari ini?..UMNO sekarang bukan lagi sebuah parti tapi telah menjadi sebuah ORGANISASI atau sebuah SYARIKAT dimana pekerja pekerja bawahan nya adalah rakyat jelata sendiri..Pada mereka yang tak mempercayai cuba cuba selidiki MATLAMAT dan CARA GUNA PAKAI oleh FREEMANSON dalam mencapai NEW WORL ORDER..Kita rakyat berkerja sehari sehari untuk membayar cukai yang pelbagai sedangkan mereka dengan senang lenang mengecap kemewahan hasil titik peluh rakyat jelata..Mereka ada segala kemewahan, kuasa dan akan melakukan apa saja serta pembohongan demi pembohongan untuk mengekalkan kemewahan dan kuasa mereka kekal sehingga ke anak cucu cicit mereka..


    Demi kuasa dan kekayaan mereka sanggup menggadai maruah negara..mereka sanggup memberi KERAKYATAN kepada warga asing..Mereka sanggup membiarkan ramai RAKYAT ASING berada di bumi Malaysia ini untuk meratah hasil bumi Malaysia yang sepatutnya kepunyaan RAKYAT JATI MALAYSIA..Wahai mereka mereka yang buta..Pergilah anda ke Kuala Lumpur, Gombak, Selayang, Kajang, Kepong, Puchong, etc..Anda akan dapat lihat banyaknya NEGRO, BANGLA, INDON, MNYAMAR, VIETNAM, NEPAL dan pelbagai bangsa asing yang menetap begitu lama di Malaysia tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa untuk memantau PATI dan PADI ini..Percayalah UMNO sendiri akan termakan dengan lagu rekaan mereka sendiri ANAK KECIL BERMAIN API..Wahai semua rakyat..percayalah suatu hari nanti MELAYU akan merempat ditanahair sendiri..Pegang kata kata saya ni..Bayangkan hampir semua pekerajaan diMalaysia telah dimonopoli oleh bangsa asing..Alasan UMNO, rakyat tempatan malas berkerja..Bullsit..Semua PADI yang dibawa masuk akan dikenakan bayaran yang mana akhirnya bayaran ini akan kekocek kocek...Lu pikir la sendiri..Dengan pemerintahan UMNO yang merelakan PATI dan PADI ini telah meningkatkan gejala sosial dan peningkatan jenayah..

    Akhir kata dari saya..Kepada mereka yang masih tidak mahu mengkaji dan mencari kebenaran maka selayaknya anda terima azab dan seksaan ALLAH S.W.T..INGAT setiap manusia tidak mahu tdak akan menghadap Allah dan setiap tindak tanduk diatas muka bumi akan dipertanggungjawab keatas diri masing masing..Pilihlah parti yang benar benar mengagungkan ajaran Nabi Muhammad dan bertuhankan ALLAH S.W.T..ISLAM itu adalah agama kebenaran dan satu satunya agama yang diredhai oleh ALLAH..Jangan sesekali menjual agama ALLAH untuk kepentingan diri sendiri..

    Alif Mim Nun Wau..Sarkas
    Renung Renungkanlah..Selamat Beramal..
    Anda Buat..Anda Dapat..

  5. tiada inti & kosong.

  6. Sokong dengan tulisan Peranik Beca...Teruskan lagi perjuangan saudara untuk kemakmuran Negara kita Malaysia.

  7. Dah terlambat le Harussani Zakaria.....kenapa! risau ke Yop. Sebab nampak makammah yang tengah bicara Anwar tak dapat lindungi kerajaan lagi ke. SUDAH LE KAMI TAHU SIAPA KAMU...MUFTI DUNIA...JAWAB LE KAU DI AKHIRAT NANTI. Manusia yang paling jahat adalah ulama yang menjual ayat2 Allah dengan harga yang murah.

  8. Kepada Mat Debu di atas, PR bukan yang terbaik, tapi sudah jauh lebih lebih baik daripada Kerajaan BN... jangan buat buat buta dengan perbuatan jahat yang dilakukan oleh BN, kecuali anda mendapat faedah dari perbuatan yang jahat itu............

  9. Penarik Beca, bila Ulama tu mula insaf (kot-kotlah aku tembak saja) hang jangan pula tuduh yang bukan-bukan. Dia kata benar ke tak ke mana hang tahu hati perut dan nawaitu Harussani. Awat orang buat jahat Allah tak terima ka taubatnya? Gitu juga ulama dalam semak yang mula dah bercakap benar, hang hentam tak tentu pasai. Dalam bulan puasa ni hati mau baik beb.. yang lain terserah padah Allah.

  10. Ketahuilah wahai kaum muslimin sekalian bahawa UMNO telahpun kecundang lebih 20 tahun yang lalu. Apa yang kita lihat tertegak UMNO sekarang ini hanyalah dorongan kekutan dari panji-panji hasutan Iblis Laknatullah bertujuan merosakkan seluruh anak Adam di muka bumi ini.

  11. Saya sokong dengan pendapat penarik beca

  12. Hangpa jangan perasan dulu,, gua setuju dengan Harusani
    Kerajaan memang lemah, lemah mengganyang puak puak macam tukang tarik beca dan konco konconya

    Kalaulah sahaja kerajaan sekeras Pemerintahan Lee Kuan Yew, aku dengan secara bangganya melepas siapa sahaja melayu memerintah tak kira mereka PAS, DAP atau PKR ... kerana Melayu PAS PKR DAP dah jadi macam China Singapura,, siapa pun sahaja presiden atau pun Perdana Menteri tetap China Kafir..

    Sorrylah bro and your followers, I still dont buy your idea ..

    Lebih baik yang lemah daripada yang kuat berbohong, memfitnah dan melalak ..

  13. Bab rasuah dan bab tidak amanah ni tidak memilih parti bro

    Apakah menyonglap wang KOHILAL itu amanah?

    Soalnya, apabila ada ruang dan peluang, semua rembat semacam ...

    apa lagi yang tak biasa ada duit banyak ...

  14. Aku lebih pentingkan dasar dan prinsip perjuangan parti

    Pemimpin boleh datang dan pergi

    Parti hancur pengikut terlungkup ...

    walaupun lemah tetapi dasar jelas adalah lebih baik

    daripada parti lemah dan dasar pula tak jelas ...

  15. Alahai Bakaq.., dengan peliwat pun hang boleh bersangka baik...tak kan dengan mufti hang tak boleh..

  16. Kamasutra dengan pelacur boleh..., takkan meliwat tak boleh. Pemimpin ularmak memang sangat tak boleh. Dihalalkan demi fulus politik.

  17. mungkin betulla UMNO lemah, rasuah dan itu ini salah..tu tang rasuah la..tp tang fitnah, spin, maki hamun, perguna nama agama serah kat PAS/PKR la..thats y gua x kisah reject mana pun..

  18. Hang pa ingat PAS tu tak rasuah ke. Memang lah tak nampak kerana sembunyi dibelakang serban. Kalau dah politik tu kalau tak rasuah maana nya bukan politik.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008