Sedap!! Klik gambar di atas!

AirAsia dah telan MAS, lepas ni IPP telan TNB pulak?

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku bagi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila.

Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu.

Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia?

Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya?

La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la!

Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas?

Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan.

Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan Malaysiakini].
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Di awal tahun 70an, ada kawan tanya saya, sebanyak2 nama, kenapa malay'sia' Allah namakan negara ini? Selepas lebih 40tahun, baru jelas apa maksud soalan itu!

  2. Kalau kita naikkan Anwar, atau Hj Hadi, atau atau Nik Ajis, atau Mat Sabu atau Hasan Ali atau dr Zul atau siapalah mereka, Masalah ni akan selesai?????

    Tapi tegak tegak aku belom berani ambil risiko!!

  3. Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
    ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

    nasib baik

  4. Yahoo.....mas plak akan tawar tmbg serendah RM0 kemana-mana destinasi (Airasia bg RM0.10). Maknanya orang malaysia dapat naik kapalterbang free......aduyai!!!!!!!

  5. Formula Transformasi Ekonomi MattJibby

    1.Air Asia telan MAS + IPP telan TNB/Petronas Gas = kroni umnoputra telan duit.

    2.Potong subsidi petrol + Barang Naik(BN)= rakyat telan taik (tak cukup makan).

  6. Tapi sayang hanya PAS sahaja yang kecoh pasal perkara ini. Parti DAP dan PKR memberi komen yang paling minima. Malaysiakini punya berita pun sikit benor.. Sebab apa kerana ia melibatkan individu bukan Melayu.. Kalau Melayu yang dapat pasti dua parti utama PKR dan DAP dah menjerit .. Ini menunjukkan PKR dan DAP memang rasis cuma sayang PAS masih tak sedar diri.

  7. MAS terus dlm kerugian. kerana apa?
    Hidang Arak & bir di dlm pesawat dlm perjalanan ke luar negeri kononnya nak jaga hati mat saleh & urg kafir ,takut nama MAS terjejas .Inilah bodoh orang Melayu yg menguasai MAS selagi benda haram itu masih berluasa jgn mimpi MAS dpt untung.Idris Jala hanya pandai jual bangunan MAS dan harta harta MAS kononnya dia dpt untung. Habis pekerja yang mahir dibuang dibayar pampasan sampai RM 400 ribu ringgit seorang X 2622 pekerja = RM?
    U need to understand why MAS still making lose because this crupt and pay them watch the world where you like see. Talk turthly CEO.

  8. khazanah desprate sangat nak jual saham mas tp siapa yang nak beli?

  9. Selidik balik di arkib Negara, surat kahabar dulu pernah sebut Dr M kata saham MAS akan naik RN 8, sekarang mana dia , dah kantoi. Tu pun depa tak berasa malu dok tunjuk muka lagi, kat TV. Memang muka tak malu.

  10. Ini semua perancangan jangka panjang umno jika malaysia terlepas kepada pembangkang pada PRU akan datang...kerajaan PR yg akan memerintah tidak akan mempunyai duit untuk mentadbir negara..org politik dlm PR/kroni PR tidak mempunyai peluang untuk membuat duit seperti org politik/kroni BN sehingga PRU yg akan datang,jika PR menang..cepat cepat gubal undang supaya penjenayah yg terlibat menyeleweng aset negara ditangkap segera..
    Sebagai contoh..Lesen lesen kontraktor kelas F,kerajaan telah BEKUKAN sejak 4 tahun dulu supaya tiada peluang untuk penyokong PR mendapat lesen..kerana BN telah menjangka akan kehilangan beberapa negeri..sejak tahun lepas semua lesen kelas A hingga F dibekukan atas sebab yg sama...begitu juga kes MAS dan peranan ATM/polis..BN telah menjangkakn akan kalah pada PRU akan datang...kontengensi pelan...akhirnye akan mencetus huru hara...

  11. Pengarang ini menulis dengan penuh kepalsuan dan penipuan,kalau tak tahu pasal saham tak yah nak berlagak, inilah dasar perjuangan manusia berpaksikan poitik yg kotor dan penuh dauble standard....asalkan dari pakatan smuanya baik,kalau dari kerajaan semua buruk..fikirlah secara rasional,kadang2 nak menguruskan keluarga sendiri penuh dengan kecacatan inikan pula nak mentadbir negara takkan 100% nak elok semua.betulkan keluarga anda dahulu...

  12. Air Asia telan MAS untuk terus hidup kerana banyak sangat liabilitinya, tak mungkin tak akan berlaku di masa hadapan IPP telan TNB kerana IPP semua nya hidup untuk bantu DUMBNO dan sekutu nya. Selagi rakyat masih tahap benggap lagi bahalol menyokong membabi buta, selagi itulah rakyat akan di beban kan dengan liabiliti kerajaan dan DUMBNO tak tentu pasal.....barang naik lah, cukai pendapatan naik lah, potong subsidi lah hingga nasi lemak bungkus secoit 89sen dah jadi RM2, betul betul rakyat benggap di tipu buta buta oleh kerajaan DUMBNO. Dah lah DUMB, rakyat boleh pulak kata 'NO' bila di minta tukar kerajaan!

  13. Salam NUR Ramadhan,

    Blog PenarikBECA antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.

    Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

    JOURNEYMAN
    http://journeyisman.blogspot.com/

  14. Hi,
    Thanks for sharing.. I am a travel agent so I used to travel a lot and I totally agree with you about the information that you shared with us.. Keep sharing your thoughts with us..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008