Sedap!! Klik gambar di atas!

Polis dan cerita "once a liar always a liar"

Walaupun telah beberapa kali masuk lokap termasuk kali terakhir pada Ogos 2008 lalu (siapa suka masuk lokap?!), saya tak pernah tuduh polis siksa saya selepas keluar lokap. Untuk bagi dramatik sikit cerita saya ditangkap polis, saya boleh tulis dalam blog ini bahawa polis siksa saya, pukul saya, tabuh saya, apa sahaja. Lepas tu mampoih pi kat polis la nak nafi cereka pilihan saya itu.

Tapi saya tak buat gitu. Bukan sebab saya takut kat polis. Kalau takut polis pun, depa tak tangkap saya berdasarkan sama ada saya takut atau tak takut kat depa. Kalau saya takut kat polis pun, ia tak akan menjadi sebab untuk polis berlemah lembut kat saya dan melepaskan saya dan tak tangkap saya bila bos depa arah tangkap saya.

Saya boleh tulis macam-macam memfitnahkan polis, memburuk-burukkan polis. Tapi bila saya fitnahkan polis, yang mana sebahagian besar dari polis Malaysia ni beragama Islam (arwah pak mertua aku pun bekas polis), urusan saya bukan lagi setakat dengan polis. Urusan dah melarat dengan Allah s.w.t. sebab saya buat fitnah.

Haji Mohamad Sabu dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Masuk lokap banyak kali. Tetapi, selepas keluar tahanan atau lokap, tak pernah pula beliau tuduh polis siksa dia, tumbuk dia, pijak dia atau kapit teloq dia ketika berada dalam tahanan polis.

Yang saya ingat dia buat setiap kali selepas dibebaskan ialah dia maki Umno cukup-cukup. Saya tak pernah dengar dia tuduh polis siksa dia atau guna kekerasan ke atas dia walaupun dalam private talk. Mental torture biasalah dalam tahanan ISA.

Nak bohong lagu mana? Kalau dah polis tak buat kita, takkan nak kata polis buat kita?

Oleh kerana Mat Sabu tak pernah buat cerita dongeng konon polis debik dia atau tendang terajang dia cukup-cukup ketika dia dalam tahanan polis, saya percaya bila dia kata dia dilanggar oleh kereta Proton Waja polis. Apa nak heran polis langgar motosikal yang dia bonceng untuk menyelit-nyelit dan melepaskan diri dari tangkapan polis supaya dia dapat turut memimpin demonstrasi Bersih, kalau masa dia hantar anak dia kahwin dulu polis pecahkan kereta dia untuk tangkap dia walaupun dia tak cuba lari dan duduk diam-diam dalam kereta.

Duduk diam-diam dalam kereta pun polis pecahkan kereta dia untuk tangkap dia, apa nak heran kalau polis langgar motosikal yang dia bonceng kerana nak laksanakan arahan tangkap Mat Sabu yang dijeritpekikkan orang atasan pasukan polis yang rapat dengan kepala-kepala Umno?

Adakah bakaq tak percaya penjelasan pihak polis? Saya teringin sangat, teringin sungguh nak percaya. Tetapi saya teringat tiga berita yang sukar saya lupakan. Berita pertama bertajuk "Polis: Tiada gas pemedih mata dilepas di Tung Sin". Berita kedua ialah berita bertajuk "Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar". Berita ketiga yang saya tergelak habis dan kawan-kawan saya yang tak tara mana lawan Umno pun kutuk dan hina cukup-cukup ialah berita bertajuk "Cops link parang, petrol bombs seizure to Bersih".

Seorang pak cik bekas polis di Taman Koperasi Polis kata, "tu taktik zaman komunis tu!" Maksud dia taktik perang saraf polis. Adoi la!

Ni yang seterusnya ni bukan saya nak kata kat polis ni. Cuma saja nak cerita yang saya tiba-tiba teringat kata-kata Orang Putih - once a liar always a liar. Maknanya lebih kurang, sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih.

Saya bagi contoh, kata la bakaq yang tak mengaji ni tiba-tiba pi kelentong kat orang kunun-kunun saya ni graduate universiti di USA. Sekali saya bohong, saya kena bohong sampai mampoih. Takkan tiba-tiba esok saya nak kata saya ni yang sebenarnya sekolah menengah pun tak habis mengaji walaupun itulah kenyataan sebenarnya. Malu la saya. Semalam dah heboh rata kunun-kunun mengaji di US. Takkan hari ni nak kata sekolah menengah pun tak habis. Nampak sangat la semalam saya bohong yang saya mengaji di US. Akhirnya, supaya saya tak dilihat pembohong, saya kena bohong sampai bila-bila kununnya saya graduate dari universiti di US. Jadi pembohong sampai mampoih!

Tu la maksud "once a liar always a liar" dan "sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih" sampailah ke peringkat jadi compulsive liar.

Nanti sat, sikit lagi. Hanya untuk makluman sahaja apa yang berlaku di Mesir dulu sebagai teladan untuk memahami pelbagai peristiwa di serata dunia. Saya pernah link berita-berita berikut, "Pro-government protesters in Egypt were agent provocateurs", "Hosni Mubarak’s agents provocateur" dan "Agent provocateurs using COINTELPRO tactics to create chaos across Egypt" di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakaq, macamana dgn pembohongan anwar yg terang2 kata haji hadi konon dikasari polis masa ditangkap bersih, tp haji hadi pulak kata lain yg polis layan dia baik. mana satu nak percaya? adakah anwaritas pun spesis once a liar always a liar. belum masuk bab 16sept, jam omega bala bala semua. tapi kenapa pas masih bekerjasama dgn orang macam anwar yang suka kepada liar liar dan makhluk once a liar always a liar hingga pas terpalit sama busuk. lagi satu, apa kes negeri kedah tarik balik larangan pusat hiburan lepas dap berdehem. baru dap dehem tu, belum batuk lagi. ce citer..ce citer...

  2. hahaha......you are dam right....."once a liar always a liar"...."is always a liar" ha ha 10X akhir zaman ........Ulamak pun boleh jadi penipu

  3. Sudahlaa..Bakaq oi...!!!! Sekejap kata Pajero..kejap kata Land Rover...bila dah kantoi..kata Waja pulak...Punya la banyak punya auta..skrip pun dah lupa nak hafal..Bahana..bahana...Ni tarak pasal lain la..duk amik dajjal juburi jadi best fren sangat...Sekoq pakai neck-guard...sekoq naik wheel-chair...macam gampang...upacara membabikan PAS sedang berjalan...

  4. Once a liar is always a liar.... Mahathir is a liar.. Najib is a liar and since then always be a liar..

  5. Hang ni keturunan penipu, menyokong parti penipu, memuja pemimpin penipu, memang sahlah hang ni penipu tegar.

  6. anwar ibrahim dok penipu dari sejak azali lagi. itupun masih ada yang percaya. anwar adalah godfather kepada semua 'once a liar always a liar'.

  7. Bacalah lapuran olih Duta Besar US ke Malaysia dalam Malaysia Today.

  8. Talk is cheap. Tunjuk la bukti polis langgar dia mana gambar moto yg kena langgar tu. Tak konsisten la mat sabu ni. Sekejap ckp land rover langgarr head on. Then ckp waja pulak.

    Buat2 percaya kt mat sabu supaya boleh tuduh polis jahat. Munafik la perangai mcm ni. Mana bukti dari mat sabu?

    Man

  9. Ha..ha..Mat Sabun terlupa hafal script..Kena banyak belajar le kat al-Juburi..Dajjal master...kena banyak buat muka tebal.., muka selebek.., muka kemaruk.., baru orang boleh kesian...

  10. Hak mat sabu kata kena langgaq kereta polis pasai apa?..cctv tunjuk dia jatuh bila buat pusingan U..bohong la tu. kalau dia bohong atas diri dia tak pa lagi, ni guna nama pejuang agama (agama islam)..itu jadi fitnah kat agama..ingat la tu mat sabu..dosa besaq tau, betui kata pak bakaq "once a liar always a liar"...

  11. Bakaq, hang kena pi tonggek kat Mat Sabu. Suruh Mat Sabu tujah hang sedas..baru la boleh jadi macam brader Anwar.. Ritual tu satu kemestian kalau nak dapat aura geng dajjal..

  12. Once a kunyiter..always a kunyit hunter...ha..ha..ha..
    Once a juburi...always a juburi..
    Long live MCGayGay....

  13. hahaha...kdg2 dieorg ni xphm..penulis bukam sokong sgt si anwar!!!mcm aku jgk..

    Cm aku nk peraliham kuasa untuk kerajaan yg memerintah tahu yang negara ni bkn mak bapak dyeorng punya..

    Dengan peralihan kuasa,rakyat akam lebih berkuasa

  14. Hahaha bagus2 makin ramai org yg celik rupanya tapi, boleh pilih2 nak percaya mana satu hahaha kalo tang ummporno semua suci murni umpama wahyu hahahahaha... Kita kasi buang mudharat paling besaq, lepaih tu yg kecik2 tu buang kendian...
    Awangkenit.

  15. Pakatan sekali liyaq maka sentiasa liyaq

  16. kalo dh nama pencacai umporno tu mesti nk kena tulih lucah jugak.. terer mak pak hangpa bela anak.. dok tgok video lcah anak branak kot?

  17. kah kah kah..terpaksa menurun komen jugak...nak terburai tali perut tahan gelak pencacai umno ni..depa tak baca laporan polis mat sabu pada 14 julai dulu ka?dia dah kata bukan pajero,WAJA yg dok himpit dan langgar tu wei..malu la..polis ni pun tak baca ke laporan polis mat sabu?makin melampau lawak jenaka umno ni....kih kih kih

  18. kalau nak tengok siapa betol, tengok sini : http://edyesdotcom.blogspot.com/

  19. Ramai orang awam telah membuat laporan polis kerana menyifatkan tingkah laku peserta perhimpunan haram itu tidak ubah seperti monyet yang menimbulkan kekacaun dan kesusahan kepada pelbagai pihak.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008