Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang Umno yang lebih tahu jahat dan bongoknya parti depa

Sebelum saya cerita bab bongok Umno, saya nak sentuh sikit tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Now do you understand the meaning of The Third Force?" Antara lain, dia tulis:
We hope, now, the meaning of The Third Force becomes clearer. And the newly crowned leader of this Third Force is Ambiga Sreenevasan. She may be a reluctant leader. Maybe she did not plan to emerge as its leader. However, like it or not, she is now the leader of Malaysia’s Third Force.
Terkejut saya membaca dakwaan itu. Terasa poyo sangat. Poyo sangat-sangat.

Saya pun tak ada parti. Memang saya berkawan dengan ramai pemimpin parti politik, tetapi saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Dah berkawan, natural la kalau kita ada rasa kasih kepada kawan-kawan kita. Bongok dan bongkak sangat la kalau dakwa tak rasa apa-apa.

Ya, oleh kerana saya tak ada parti, mungkin boleh anggap saya ni puak third force - rakyat yang benci habis Umno dan siang malam memohon Allah s.w.t. melaknati taghut tetapi tak ada keinginan menganggotai mana-mana parti. Tak ada langsung.

Tak sertai parti pembangkang tak bermakna tidak benci Umno. Saya bukan takat benci, malah istiqamah memohon Allah melaknati taghut. Pada masa yang sama, tak join sana dan tak join sini bukanlah satu lesen untuk nak perasan pulak macam bagus sangat - third force la, apa bagai la.

Bertambah kelakarlah tiba-tiba didakwa "And the newly crowned leader of this Third Force is Ambiga Sreenevasan". Mudah-mudahan tidak ada siapa-siapa yang laluk satu hari nanti dan tulis "And the newly crowned leader of this Third Force is bakaq a.k.a. ~penarik beca". Tentu berjuta-juta yang tergelak terberak-berak pada masa itu!

Saya tak tau la kalau MCLM menabalkan Ambiga sebagai leader. MCLM tu third force la kot? Tak tau berapa cangok saja yang menganggotai kumpulan yang nama dia pun orang kampung dan pekan tak tau apa menatangnya benda tu? Civil liberty? Macam spaghetti ka civil liberty tu? MCLM tu kompeni direct selling MLM ka?

Asalkan syok, mahkotakan dan tabal la siapa pun.

Tetapi kepada saya dan kepada ramai orang yang saya jumpa dan bersembang, Bersih tu macam flag of convenience ja. Macam kapal nak bawak barang merentasi pelbagai tempat, pakai la bendera mana-mana negara pun nak memudahkan perjalanan. Nak memudahkan perjalanan ja. Setakat tu ja.

Kepada saya, bukan setakat Bersih, parti-parti politik pun sama. Macam flag of convenience jugak. Tidak pernah terlintas di hati saya nak menabalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana pemimpin politik negara ini sebagai pemimpin saya (Alahai poyonya bunyi dia. Eeeee!) Jauh lagi la Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang.

Orang macam Datuk Seri Najib Tun Razak tak payah cakap la. Rasa sial sangat-sangat kalau terpandang muka dia atau terdengar suara dia. Kalau muka dia tiba-tiba duduk tak duduk terkeluar dalam iklan (berita memang kami tak buka TV), tak payah aku, anak-anak aku sendiri akan cepat-cepat berlari ke arah TV, sama ada ubah channel atau tutup TV. Hanya kalau bukan di rumah kami, misalnya ketika berada di rumah mertua, terpaksa la menekan-nekan emosi menahan sabar bila keluar muka kepala Umno tu dalam TV. Terpaksa la lari pergi ke lain. Dulu boleh jugak keluar hisap rokok. La ni, lepas serangan jantung dah tak hisap dah. Bukan sebab insaf, tetapi takut sakit lagi.

Sana sini dah aku melalut ni! Ok, kesimpulannya, saya hormat hak demokrasi siapa pun nak tabalkan siapa pun sebagai leader. Tapi, janganlah poyo sangat. Tapi tak pa lah. Suka hati hang la asal syok. Saya tak la kata syok sendiri.

Bab betapa bongok dan jahatnya Umno dan para pemimpin parti itu, tak payahlah saya tulis hari ni. Orang Umno lagi pandai tulis. Bagi anda yang selesa membaca Bahasa Inggeris, baca "Untamable Bersih- part 2, understanding it" oleh Datuk Mohd Ariff Sabri Haji Abdul Aziz. Tentulah orang Umno sendiri yang lebih tahu betapa bongok dan jahatnya parti itu.

Yang saya nak tulis sikit ja ialah dakwaan puak Umno seperti yang dicerita oleh Ariff - Bersih is a strategy by non-Malays and foreign agents to destroy the Malay government. Saya dah tulis banyak kali. Tapi dari pengalaman saya bersembang di kedai kopi, ramai yang tak sedap jawapan depa bila jawab bab ni.

Lain kali, bila Umno poyo sangat fasal kuasa Melayu kononnya, cakap kat depa, "Siapa yang potong dan kudungkan kuasa legislatif Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? Ingat SPR berani pandai-pandai kalau Umno tak bagi dan restui? Kuasa legislatif Melayu dikudungkan dengan jahat dan kejamnya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu.

"Siapa yang letak calon-calon MCA, MIC dan Gerakan di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti kawasan Parlimen Gerik yang kira-kira 70 peratus pengundi Melayu? Ingat parti-parti tu ada telor nak bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan membunuh kuasa legislatif Melayu kalau Umno tak sediakan permaidanai merah untuk mereka bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu? Melayu konon! Hari-hari bunuh kuasa legislatif Melayu dan khianati Melayu, nak cakap fasal Melayu!

"MCA yang hanya berani berlagak di kawasan majoriti Melayu dan membunuh kuasa legislatif Melayu menjerit-jerit menuduh DAP perkauman kerana parti itu hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Baguslah DAP hanya bertanding di kawasan majoriti Cina. Dia tak kacau kawasan majoriti Melayu dan bunuh kuasa legislatif Melayu macam Umno!

"Bagi tau semua orang Melayu, Umno pembunuh kuasa legislatif Melayu! Umno pembunuh kuasa legislatif Melayu! Tu tak cerita lagi fasal tanah rizab Melayu".

Walaupun saya minta anda pi baca sendiri tulisan Ariff yang ada akal tu, saya tak dapat nak menahan diri nak copy paste juga yang di bawah ni. Sedap sungguh dia tulis:
I think the mainstream media is overplaying this point. There were elaborate attempts to show Bersih as a means to restore Anwar's sagging fortunes. Hence Utusan Malaysia gave coverage about Anwar's involvement in the rally. But this was truly and actually wasn't about Anwar anymore. If he feigned his injury, wearing the familiar neck brace and looking almost dead on the hospital bed, he must have gotten a miraculous recovery for the very same night he was in his element at the PKNS stadium in Kelana Jaya.

Everyone saw he fell down while negotiating somewhere after leaving his presidential suite at KL Hilton. Tian Chua was mobilizing marchers who stampeded through police cordon and in the melee, Anwar fell down. I am almost near to saying; Anwar was actually a liability in the Bersih Rally.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Yang dok puja melangit n sokong dgn taksub totok si talam 2 muka a.k.a RPK n MCLM ni ialah blogger pencacai MatSamanKati,MSK ni perasan dianyer stail n cara fikir kununnyer sama level dgn RPK lar,cuma perut boroi RPK jer yg dia xmo sanjung n puja.Byk artikel artikel MSK dulu menzahirkan sokongan dan kekaguman pd "3rd force" yg kununnyer dipelopori oleh RPK dan semakin diterimapakai oleh generasi yg "No left No Right" MSK, if u reading this, mark my mouth >>>>>>Khakk Ptuih@Msk's face

  2. Pazuzu,

    Aku setuju sgt dgn comment ko,sebab aku pon meluat dgn yg menggelarkan diri sbg 3rd force cam RPK ngan MSK tu hentam kanan,hentam kiri,bila tersepit mula lar terjelir lidah cam anjing kehausan, spin 360 darjah cam RPK ckp bukan dia tuduh Mat Monggol terlibat dgn kes Tuya,dia leh spin kater dia tukang buat SD jer,satu lagi aku 'smell" sumthin wrong ngan RPK ni bila dia ada kuar tatement 'Yg sabotaj pemimpin PAS dlm muktamar adalah ahli pas juga' See....dia menabur benih keraguan terhadap PR,dlm masa yg sama dia juga masih lagi berpura pura menulis artikel menyokong PR, Hamjadah ni memang talam dua muka. SI MSK lak kalo baca artikel dia fuiyohhh berkepak kepak sampei hangit ketiak dia menulis pasal statistik dan analisa kelemahan pakatan rakyat yg kununnyer langsong tak reti berstrategi,kemudian mengungkit ngunkit jasa n pengorbanan dia pada PKR sblum ni kununnyer Pimpinan PR ni tak hargai jasa dan sumbangan dia..pirahhhhhh aku kenal sgt kelaku buruk MSK ni masa PRN Swak dulu dia lar org yg mintak sedekah sambil menyalahguna duit dana penyokong PR semata mata nak naik flight free n hotel free kat Swak nuh...Pastu mengeluarkan artikel artikel budoh melemahkan pakatan rakyat. Kesimpulannya Modus Operandi depa ni RPK n MSK adalah cuba menyembunyikan kelemahan diri sendry dan mencari cari kelemahan org lain bila menulis sesuatu artikel

  3. najib? anwar? lim kit siang? karpal singh? hj hadi? nik aziz? kadang2 loya. baca blog penarik beca.... nak muntah. huekkk!!!

  4. Sama ada kita sedar atau tidak Rakyat seluruh dunia sedang hadapi REVOLUSI MENTAL.Kita sedang menghadapi satu tranformasi yang lebih redikal kearah revolusi mental yang mutlak.Fitrah manusia kalau sering sangat di tipu oleh mana mana pihak maka akan sampai satu tahap ianya akan hilang pertimbangan lalu memberontak.Kezaliman belaku di mana saja tetapi bila sampai keperingkat yang tertentu dimana Rakyat sudah hilang rasa hormat pada sipa saja yang menzalimi mereka apa saja boleh belaku.Tuntutan Bersih hanya lah untuk suatu proseses tranformasi keadian yang di tuntut oleh Rakyat yang membayar cukai.Tuntutan Rakyat adalah seruan pada kehendak pada yang hak.Kenapa pihak yang menghalang tuntutan ini sangup mengekplotasikan isu ini hingga menjadi rumit.Apakah ianya bertujuan untuk jatuh kan PM itusendiri agar tercept di tengah tengan kemelut politik.Siapa yang akan beruntung dalam soal ini.Tentulah yang bakal naik nanti tentu lam Tim.PM sekarang.Itu yang saya nampak.

  5. Bakaq bermadah:
    Saya tak tau la kalau MCLM menabalkan Ambiga sebagai leader. MCLM tu third force la kot? Tak tau berapa cangok saja yang menganggotai kumpulan yang nama dia pun orang kampung dan pekan tak tau apa menatangnya benda tu? Civil liberty? Macam spaghetti ka civil liberty tu? MCLM tu kompeni direct selling MLM ka?

    Kah,kah,kah,kah. Betoi !,betoi.!
    RPK ni ada bongok jugak, dalam pandai2nya.
    Dalam politik cuma ada 2 Force.
    Pak Yeh telah kalahkan RPK dalam debatenya "Is the 3rd Force relevant?" yang di post di Malaysia today dan "The Good the Bag & the Ugly" di blog warongpakyeh".
    rujuk : http://warongpakyeh.blogspot.com/2011/02/goodcommunist-badcapitalist-ugly.html

  6. apa nak jadi nie...terguling-guling den...
    ScaniaZ post...Mari Melihat Ladang Ganja Dan Cara Ganja Di Tuai!!!

  7. Kalau dah tau calon tu bukan melayu di letak kan di kawasan melayu yg org melayu pegi pangkah wat pa? Pangkah la calon melayu tak kira siapa dari pas ke bebas ke. Asal melayu kenapa org cina boleh pangkah calon dari dap gerakan mca? Mereka tak pandang parti tapi pandang kepentingan yg bangsa dia akan dpt.. Org melayu pangkah ikut parti sebab tu makin lama melayu makin terhakis kuasa... salah melayu sendiri.. fikir fikir kan

  8. Sokong 1000%. Umno bg Singapura kdp Cina. La ni Pas pula bg Penang kat Cina. Org Melayu dlm politik ni bodoh. Sama je Pas ke Umno. Caya la, lepas ni Dap tak perlu sokongan Pas lg utuk prentah Penang. Cukup dgn bangsa depa aje. Melayu gaduh sama melyu, komunis jgak yg untung. Nasib baik la aku bukan melayu original. Melayu aku kalau berbangsa melayu yg bodoh macam hampa tu......

  9. Membara ~ penin baca statement hang.. patutlah bukan melayu original..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008