
Harakah Daily hari ini menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz sokong PAS tolak biometrik". Secara tersirat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya membikin correction kepada kenyataannya semalam (lihat posting blog ini semalam "Enough is enough, Tok Guru!").
Berita itu sebenarnya bagus. Pertama, Mursyidul Am PAS sekurang-kurangnya berani memperbetulkan kenyataan tak betulnya sebelum itu. Dia tak berlagak macam bagus sangat seperti orang lain yang menuduh pemberita atau akhbar yang salah petik.
Kedua, ia boleh menjadi pengajaran kepada mereka yang taksub tak tentu hala kepada Nik Abdul Aziz dan bercakap merapu hingga kadang-kadang ke tahap yang terang-terang seperti memaksumkan Tok Guru mereka itu.
Bila Nik Abdul Aziz baik, ia patut dihormati. Saya pun hormat bila dia buat baik. Bongkak takbur sangatlah kalau saya tak hormat. Tetapi, janganlah terlampau kurang ajar sehingga nampak sangat memaksumkan Nik Abdul Aziz atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga baik untuk memampuskan kegatalan satu dua orang bongok dalam PAS yang rajin sangat nak berbasa-basi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR - teringat pula orang kata, SPR itu singkatan kepada syaitan penipu rakyat). Saya selalu dengar cerita ada beberapa orang bongok dan bangang di dalam PAS yang nak buat baik sangat dengan Pengerusi SPR dulu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Malah, saya pernah dengar dakwaan ada yang bangang terlampau yang tawarkan tanah di Kelantan kepada Abdul Rashid. Saya tak tau apa terjadi dengan tawaran itu, jika benar ia berlaku. Setakat itu saja cerita yang saya dengar.
Saya harap tidak ada lagi yang bangang dan bongok di dalam PAS yang kurang ajar dan gatal sangat nak buat baik dengan jenis-jenis seperti Abdul Rashid dahulu atau Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Kita tak boleh buktikan apa covert operation siapa-siapa pun. Tetapi, ada manusia yang memang tak boleh dibuat baik dan serahkan sahaja orang seperti itu untuk diadili oleh Mahkamah Rabbul-Jalil. Berapa pandai dia jawab, sana dia boleh jawab!
Nanti sat, ada pula yang berlagak macam la bijak sangat dan kata "kita lawan Umno, bukan SPR". Tak pa, ambik la hang punya bijak sangat tu. Orang tak nak, hang sorang ja yang nak sangat. Ambik, ambik! Ambik semua!










Cantik? Klik 






hahahahahaha
Pak Bakar,
Pedih juga sikitlah hati ni bila baca hang tulis lagu tu tapi betui jugak apa yang hang tulis tu.... lain kali kena ingatlah toksah dok wala babi buta sebab semua makhluk mana ada yang maksum. Bila depa kata baik kita sokong dan bila depa kata tak betui kita bangkanglah. Itu baru nama nya ada akai!
ANAK MAT SABON
Hahahaha...giler nya mursamdol...semalam ckp len hari nie ckp len...orang tua cmni pon penganut PAS dok agung-agungkan..hahaha..karomah? Karomah taik kuceng kalo sesama sedara islam pon bermusuhan , lebih banyak mengkapirkan orang islam dari mengislamkan orang kapir..da sah-sah la orang tua ni politikus yang gilakan kuasa gak..hehehe..takde beza ar ngn politikus len-len..yang buruk nya dia nie..buat ibadat ke, buat amal2 soleh untuk di pertutntunkan supaya parti dia leh menang pilihanraya, ini macam punya tua kutok pon korang leh respect ..heran ar...
betui sgt tu..silap besar la kalau kita memandang TGNA dan TGHH tu maksum...kita hormat dan patuh mana yg patut,tapi tidak sampai angguk belaka..ulamak kita hormat,tapi bukan maksum yg kita tgok....
sama ada TGNA silap atau kita yang silap faham maksud cakapnya.ada kalanya dia cakap semacam sokong tapi sebenarnya sebaliknya.
hahaha mcm ni laa baru dinamakan tok guru/pemimpin.. tolak jaa mentah-mentah cadangan bio'jadah'metrik tu.
hehehe tak sesia kami turun bersihkan jalanraya haritu. ini baru dinamakan politik :)
politik pak bakaq. depa fikir depa bijak, bukan lawan spr, lawan umno. sedangkan spr itulah alat umno untuk meneruskan kuasa. terlampau bijak berpolitik sampai sanggup membutakan hati.
kalau kita orang biasa kata ulama pas berbohong kita akan ditohmah, dinista. bila ustaz yahya osman kata ada ulama pas belawok (menipu), depa buat pekak badak. senyap tak kata apa. masih terhegeh2 kononnya semuanya is ok. tak ada rasa salah sedikit pun.
saya tidak menghina ulama, ulama adalah pewaris nabi. tetapi yang bagaimana? semoga ustaz yahya osman salah seorang dari kalangan ulama pewaris nabi. hari ini kita lihat bagaimana dr asri menasihati ulama muda umno. apa dalam pas tak ada ke jenis ulama muda umno?
wallahu'alam
Pak Bakaq boleh jaminkan guna dakwat kekal dap[at elak penipuan. Satu lagi Pak Bakaq , bukan saja NIk Aziz sekejap cakap macam ini, esuk cakap lain. Hampir semua pemimpin PAS pun sama. Kalau hari PAS cakap lagu ni, esuk hari DAP bising dah tukar lagu Cina pula.
PAS hidup tak tentu arah selagi tidak berpegang teguh kepada AlQuran dan Hadith.Orang Melayu nampak PAS tak ada prinsip . Cakap kata pejuang Islam, tapi tak tunjuk ciri Islam kecuali bercakap. satu lagi perkara Pak Bakaq, saja nak ingatkan dah lama tak dengar cerita Anwar memberi ceramah agama sejak jadi pemimpin PKR. Begitu juga beberapa pemimpin PAS. PAS pun nak ikut lagu PKR?
Menipu dan Munafik itu dah jadi amalan, nasib baik dah gugur perjuangan negara Islam kalau tidak dikertawakan orang je.
U see pak Bakaq...no comment from ASSobeyah...hahaha
kah kah kah!
bagus kau bakaq! beginilah gaya dan teknik seorang penulis yang hebat, bila kita tersalah tembak, kita jangan pula panjangkan cerita kesalahan kita, kita akan cari pihak ketiga pula untuk kita tembak, kalau boleh yang kita jadikan kambing hitam itu memang telah dibenci.
Tektik kau ini dah lama aku guna, memang berjaya. Thank you.
Salam, kekadang kenyataan pepimpin pas dibuat tanpa berfikir panjang, ikut sedap mulut aje, cakap tak guna akal. dah banyak kali teguran2 dibuat tapi masih macam tu jugak, taknak berubah-rubah. cubalah belajar dari kesalahah, jgn nak tunjuk ego pulak.
Syukurlah TGNA sudah buat pembetulan.Ini jenis pemimpin yang peka,kalau silap cepat-cepat buat pembetulan.Walau bagi mana pun pejabat TGNA tu belum "Bersih betul" dan kemunkinan kesilapan dari orang disekelilingnya tu masih ada.Selagi tak bersih betul,anggapan orang ramai tetap ada.
PEMBEBASAN EO6 : INILAH KEJAYAAN PAS !
silap kalau kita mengatakan pembebasan tahan eo6 (tahanan akta darurat) itu adalah berpunca daripada kekuatan mereka.
parti sosialis malaysia punyai kaitan dengan parti rakyat malaysia. parti rakyat malaysia pula adalah serpihan daripada parti sosialis rakyat malaysia.
sebut nama dr syed husin, dr nasir (adun kota damansara),arutchelvan,hasan karim,arwah rustam a sani,latipah koyak,johnson chong,faizal sanusi,dr sanusi semuanya berlegar kepada perjuangan sosialis yang sama.
parti sosialis rakyat malaysia berpecah dua apabila syed husin ali mendesak agar digugurkan nama sosialis pada nama parti mereka.
desakan ini ditentang oleh dr nasir dan arutchelvan, yang tetap kepingin untuk mengangkat nama sosialis untuk diasimilasikan dengan jenama parti mereka.
hasil pergeseran ini, maka berpecah dualah parti sosialis rakyat malaysia.
dr syed husin ali dijemput masuk menyertai parti keadilan nasional yang kemudiannya ditukarkan nama kepada parti keadilan rakyat.
namun serpihan pemimpin parti rakyat malaysia ini tidak mendapat layanan yang setimpal daripada azmin ali.
kongres pkr di ipoh dan seremban telah meletakkan sejarah akan hancurnya barisan pimpinan parti rakyat malaysia di dalam kelompok pimpinan tertinggi pkr.
dr syed husin ali dibalas tuba.
serpihan pimpinan parti rakyat malaysia sudah lebur dalam saf pkr.
hari ini gerakan dan nostalgia lama idelogi sosialis cuba dihidupkan kembali.
mereka sebenarnya sudah lama mati. fakta nya mudah, jika benarlah parti sosialis malaysia ini kuat, tidak mungkin dr nasir (adun kota damansara) dan dr jeyakumar (tahan eo6) bertanding di atas tiket pkr dan dap pada pru 2008.
2008 pakatan menang kerana undi protes daripada rakyat.
telahan ini dibuktikan dengan fakta. pakatan letak calon posman,tukang jual vcd,tukang jual insuran semuanya boleh menang ...menang kerana protes rakyat dan bukannya atas faktor kekuatan parti yang diwakili.
pas selepas pru 2008 telah berubah penampilan dan wajah politiknya.
melayu mana yang pernah menyangka bahawa pas berani untuk menggadaikan kalimah ALLAH demi memenuhi tuntutan dan kemarukan undi bukan islam.
silap terbesar pas adalah dia galak dalam menggadaikan hak dan maruah islam dan melayu ditangan gabungan pembangkang.
bila mat sabu mengiktiraf perjuangan kiri komunis sewaktu muktamar yang lepas, orang bukan islam sudah tersenyum riang. dia cuba melupakan fakta akan kekejaman komunis sepanjang gerakan gerila mereka melanyak ribuan umat melayu.
musuh bangkit bila ada munafik bersama mereka.
semalam tahanan eo6 telah dibebaskan. asal gambaran mereka ini hanyalah umpama kecilnya zarah kuman, namun telah dibesarkan namanya hasil daripada lacuran politik yang telah pas lakukan.
apa jasa parti sosialis malaysia dalam pembentukan sejarah negara bangsa ?
pernahkan kamu dengar nama mereka sejak 20 tahun yang lalu ?
sekarang gerakan sosialis akan terus mekar berkembang hasil persetubuhan dan perzinaan politik pas.
maklumat kajian penduduk di malaysia semalam telah mencatatkan sesuatu. jumlah penduduk malaysia melepasi angka 28 juta manakala 67% daripadanya adalah kaum melayu.
aku yakin kaum melayu tidak akan melupakan sejarah persundalan politik paling jijik pernah pas lakukan dalam sejarah politik bangsa.
eloklah moto pas ditukar daripada membangun bersama islam kepada membangun bersama sosialis.
tahniah pas.
Posted by GAP KEMBALI at 4:58 AM
terok TGNA...sejak jadi mentri besar beguni2 duit dia balun....bini dia pakai cincin harga bejuta2...ada banglo dan tanah nilai bejuta2.....orang macam nie ko nak sokong..
Baik SAMPAI mati KO sokong mentri UMNO semua BERSIH,CEKAP DAN AMANAH..........betul....betul....betul..........
ramai nya yg jahil kat sini, hina ulama angkat munafik, akhir zaman...........
Ular yang mengejar kekayaan didunia apa yang dapat. Abok pun tak dapat yang dapat hanya tiket wayang.
mano puak2 UMNO,sorang dok berani sokong yg TGNA balun duit....aku saja nak test minda puak2 sekular Umno nie......Sebab apa mereka tak sokong TGNA balun duit.......depa tau tak ada bukti nak tuduh TGNA...Ulama yg besih zahir dan bathin....Peemimpin depa,kita dok payah tuduh. orang sekular ramai yg tau,tapi disebakan otak depa dah dibagi makan benda tak berkat jadi jawapan dari sekular"tak per"janji "HIDUP MELAYU" "NEGARA BANKRUPT"....Ini lah ug dimomokan olih pemimpin mereka kepada pengikut setia sekular yg dah memang sempit fikiran....
Maaf tulisan saya bukan nak menghina TGNA tapi ini di pangil "reverse saikologi"Saya tetap sanjong dan hormat TGNA.TAKBIR 3X
KEPADA LEEKONU....Tuan memang cekap menulis....saya syak tuan ini adalah mr-xx.Cara tulisan tuan seperti satu script yg standard.
Tahniah Tuan patut di beri pojian yg menggunung dari UMNO..Sekurang2 dapat imbuhan tanah ker rumah banglor ker....Sia2lah bakat yg ada tidak dimanafaatkan betul2...bila lagi beb...dunia....dunia...
Tapi ingat bukan tuan sorang saja yg pandai dengan internet.....bak pepatah orang bodoh macam tuan"LAGI KUAT BOLA DI BALING KER DINDING .LEBIH KUAT JUGA LANTUNAN NYA".....Ingat semua tulisan tuan itu akan melantun kemuka tuan nya juga.......dapatkan fakta yg benar sebelum membaling bola kerdinding.....kah....kah....kah....kesian....pegi baca sirah nabi dulu.....