
Antara cara para pak yet pemimpin politik nak pertahan kesalahan para pemimpin depa ialah menyalahkan para penasihat pemimpin berkenaan. Kalau orang PAS, depa kata, "bukan salah Tok Guru, orang keliling dia tu (maknanya para penasihatlah)".
Orang PAS siap kata, "Tok Guru nampak apa yang kita tak nampak. Kita orang biasa tak faham mantiq Tok Guru". Eeeee, rasa nak carut-carut sikap 'asobiyyah seperti itu!
Saya menentang pandangan seperti itu kalau tak silap sejak tahun 1990 lagi. Masa itu kebetulan dengan waktu saya menziarahi Masjid Kerisik yang diganasi kerajaan jahat Siam di Patani. Saya kata, "kalau semua salah penasihat, yang pemimpin tu bangang sangat ka tak boleh fikir sendiri? Kalau gitu, baik bagi penasihat dia yang jadi pemimpin. Tak la bangang sangat kot".
Saya tulis semua ini sebab pagi saya baca akhbar Sinar Harian orang punya di Restoran Thaqwa. Boleh baca berita itu di sini (saya copy and paste di bawah takut berita tu hilang lenyap selepas ini. Sila klik untuk besarkan imej di atas). Kalau anda rajin baca blog ini, saya adalah antara orang yang kerap mengkritik mana-mana statement Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya rasa merapu.
Dari segi lurus bendul, statement dalam berita Sinar Harian itu tak ada apa salahnya. Tapi dari segi politik, itu statement yang tidak cerdik. Saya taklah kata bongok.
Saya tak tau nak kata apa dah dengan para pemimpin PAS yang sering orang lihat naif. Elok saya siar sms salah seorang aktivis utama PAS kepada saya pada 13 Julai lalu, 8.32 malam (saya tak edit sikit pun):
Berita berkaitan:
Orang PAS siap kata, "Tok Guru nampak apa yang kita tak nampak. Kita orang biasa tak faham mantiq Tok Guru". Eeeee, rasa nak carut-carut sikap 'asobiyyah seperti itu!
Saya menentang pandangan seperti itu kalau tak silap sejak tahun 1990 lagi. Masa itu kebetulan dengan waktu saya menziarahi Masjid Kerisik yang diganasi kerajaan jahat Siam di Patani. Saya kata, "kalau semua salah penasihat, yang pemimpin tu bangang sangat ka tak boleh fikir sendiri? Kalau gitu, baik bagi penasihat dia yang jadi pemimpin. Tak la bangang sangat kot".
Saya tulis semua ini sebab pagi saya baca akhbar Sinar Harian orang punya di Restoran Thaqwa. Boleh baca berita itu di sini (saya copy and paste di bawah takut berita tu hilang lenyap selepas ini. Sila klik untuk besarkan imej di atas). Kalau anda rajin baca blog ini, saya adalah antara orang yang kerap mengkritik mana-mana statement Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya rasa merapu.
Dari segi lurus bendul, statement dalam berita Sinar Harian itu tak ada apa salahnya. Tapi dari segi politik, itu statement yang tidak cerdik. Saya taklah kata bongok.
Saya tak tau nak kata apa dah dengan para pemimpin PAS yang sering orang lihat naif. Elok saya siar sms salah seorang aktivis utama PAS kepada saya pada 13 Julai lalu, 8.32 malam (saya tak edit sikit pun):
Letihnya dapat presiden yang naif. Ahli2 dan rakyat kena belasah dengan polis dia boleh kata polis layan dia dengan baik..sampai hantar ke rumah..dia x sedar ke baik polis ada makna..Mengenai statement Mursyidul Am PAS fasal SPR tu, belum sempat saya nak reka apa nak tulis, Tukar Tiub dah tulis baik punya! Baca di sini.
Berita berkaitan:
Sokong jika telus
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sebarang perubahan yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya pelaksanaannya dilakukan secara bersih dan telus.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada SPR berhubung sistem biometrik selain mengadakan perbincangan susulan dari cadangan perubahan yang ingin dilakukan suruhanjaya itu.
“Apa saja sistem sekalipun mesti membawa kepada kebersihan... saya tak sebut satu cara tadi (merujuk kepada sistem biometrik)..apa saja sistem yang tidak membawa kepada kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan mesti ditentang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Halatuju Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedang mengkaji kemungkinan penggunaan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.
Sistem biometrik yang digunakan SPR dalam pengundian itu adalah melalui maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen iaitu pemadaman cap ibu jari sebelum pemilihan dibenarkan mengundi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020, Kangar, minggu lalu, menyatakan persetujuan memberi peruntukan kepada SPR bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti.
Sebelum ini, pemimpin Pakatan Rayat (PR) menolak cadangan penggunaan sistem biometrik dengan alasan ia tidak memberi perubahan dan keadilan kepada sistem pilihan raya.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut berterima kasih dengan SPR kerana mengambil tindakan untuk mengadakan penerangan dan pihaknya sedia mendengar cadangan serta mengadakan perbincangan lanjut.
“Taklimat mesti dengarlah. Dalam taklimat itu kita ada perbincangan, ada soal jawab. Saya ucap terima kasihlah SPR nak buat tu, (taklimat mengenai sistem biometrik). Jadi selepas daripada taklimat, kita boleh dengar dan bincang,” katanya.










Cantik? Klik 






salam,
yang ko nak melenting ni pe hal mat, betul la kata tok guru, apa pun kaedah kalau telus kita setuju, tak kira la biometrik ka, celup kaki ka, celup jari ka...yang pengting TELUS, kata kunci disini telus...jgn tulis guna hati tapi tulislah guna OTAK..wallahuaqlam.
Mungkin kite tak nampak seperti yg Tok Guru nampak... bolehkanlah maksudnyanye ana taksub dgn Tuan Guru... tapi Tok Guru tue menteri besar ana... so memang ana sayang tok guru la...
mungkin tuan kene banyak baca kisah manusia yang Allah kurniakan karomah pada mereka seperti Tok kenali...
rasanya semua orang paham maksud nik aziz tu. tapi yang hang dua orang tak paham-paham ni pasal apa? IQ terlebih dos kut?
Bro..lu memang akal pendek la. Memula dengar taklimat...pastu masa perbincangan....masuk la bab kenapa tolak dakwat. Satu dunia pakai dakwat. Masa tu hentamla. Press sure ramai. Sure malu gila puak SPR. Apa la lu Bakaq....padanla lu tak ke mana...
Tok Guru cakap "sekiranya pelaksanaannya dilakukan secara bersih dan telus"
Macam dia cakap nak bubar PAS kalau UMNO betul2 laksana Islam la.
ayo pakai biometrik pun ade prob juga ka...hermmm nampak sgt org Malaysia nie kurang tahap amanahnya...pakai apapapun kena selit gak....tp ape nak heran klu agama pun dah boleh jadi modal untuk berkuasa setakat berlakon mati ..apeder hal sangat la....
memang...peminpin Pas ini kadang kadang bong..k, contoh masa pilihan raya, ceramah nya berkobar kobar tp isi nya hampas...kosong tiada hala tuju , betul kerajaan ada banyak kekurangan tp sy tak nampak PAS blh buat lebih baik.....penceramah hanya mencaci dan menyalahkan umno.....sy datang nak dengar misi dan objective macam mana PAS blh buat lebih baik....bukan nak dengan PAS maki atau rendahkan orang lain.....
tok guru hj hadi kan cakap dgn nada sarkastik je pasal hantar rumah tuh
TG Nik Aziz bukan ulamak IT sistem biometrik dan sebaliknya Pas Pusat ada pakar dlm sistem pilihanraya d Malaysia. Oleh itu harap TG & Penasihat2 dapat rujuk mereka dahulu sebelum memberi sebarang komen dlm akhbar agar rakyat yg menyokong Bersih pula boleh kata "Tak Ketahuan Dah Tok Guru Kita Ni."
Systems Engineer
PENJELASAN TOK GURU ADALAH JELAS...ADA APA YG MUSKIL PADA DIRI ANDA..ANDA NAMPAK TOK GURU SEPERTI LURUS..TAPI DAYA PEMIKIRAN DIA ANDA SENDIRI TIDAK TERLAWAN..ANDA KENA FAHAM SETIAP KENYATAAN TOK GURU TIADA PENAMAT SEPERTI YG ANDA SANGKA...BILA ANDA BONGKAR SEDALAMNYA KENYATAAN TOK GURU..ANDA AKAN DAPAT JAWAPANYA..
Bab celup mencelup ni..Nik Aziz awat tak mau tanya kat Anwaq?? Dia cukup terer la..celup-celup balut tissue...sempoi....
hehehe.. pak bakaq.. tu laa.. hehehe kan dah ada yg melenting!! hehehehe
dari segi politik, aku sokong pak bakaq. statement TGNA tak sesuai laa.. sepatutnya TGNA kena tegas dgn tuntutan BERSIH 2.0 yg tuntut guna dakwat kekal.
luka kat kepala lutut aku masa perhimpunan BERSIH 2.0 tak sembuh lagi, semata-mata nak tuntut pilihanraya adil.. tup.. tup TGNA kata nak dengaq taklimat "bio'jadah'metrik" !!
huh!! patutnya TGNA tolak ja mentah-mentah cadangan tu.. takkan nak main sorong tarik dgn BN kot?? dah banyak dah kisah sorong tarik ni.. last last kita jugak yg rugi.. BN ni bangsa tak boleh tolak ansur dgn depa.. kalau tak ikut tuntutan..patutnya kita tolak jaa mentah-mentah..
"kuasa ditangan rakyat" apa cerita?? takkan nak kekal dengan "kuasa ditangan pemimpin kot"?? ..ini politik beb!!.. aku pun bayaq cukai jugak hehehe.
kalau ada yg tersinggung maaf nooooo.
Alahai Nik Aziz!
Ini dari Harakah (http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4563-pas-tolak-biometrik)
PAS tolak biometrik
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.
"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.
Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.
"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.
"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.
Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.
"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.
betul tu bakar, dgn umno ni kita tak boleh tunjuk kita lemah,kalau tunjuk kita lemah mereka lebih teruk buli kita. umno ni tak boleh dibagi muka, tambahan dlm keadaan sekarang ni kita ada kelebihan "merah amat takut pada hijau" tapi hijau jgn tunjuklah kelemahannya"
Bakaq
kalau tak menentang bukan bakaq le tu
baik ditentang buruk ditentang
itulah benchmark bakaq
bakaq oh bakaq mengapa engkau menentang
bagaimana aku tak menentang
kan itu kerja aku,
itu kerja aku
apela korg,,tok guru pun mungkin tersilap dlm hal ini...so bg penjelasan dah tentu InsyaAllah Tok Guru akan faham,,,apela ni pun nak bikin kecoh
pak bakar
sebenarnya tajuk berita ni yang jadi 'kak nam'
bukannya apa yang dikatakan oleh tok guru.
aku nak tanya korang semua. masa bersih hari tu aku pun kena tangkap ngan polis, tapi x kena belasah pun, cubit2 manja pun tak ada. tapi aku ada tengok polis pukul beberapa member aku. korang rasa aku patut cakap polis jahat ker baik. serba salah nih. nak cakap polis baik dah sah terang2 depa pukul member aku, nak cakap jahat, x de plak depa pukul aku. sejujurnya aku rasa nak cakap polis mmg buat baik kat aku. soal depa ada makna ke tak de makna aku tak nak berburuk sangka.
Penarik beca dah kena ....... Baru nak uji cara penulis blog ni mencari kesahihan maklumat,,,,,jelas penarik beca ...GAGAL... Sbb statement tok guru yg d rakam sewaktu pc , tidak seperti tajuk sinar tu....hahahaha.... Anda kena ubah style....cari maklumat tepat, cari kesahihan dari sumber primer baru tulis....
Sah!!!! dari comment2 di atas mmg ramai org PAS yg masih ASSobiyah..