Sedap!! Klik gambar di atas!

Untuk berkuasa, apa salahnya Umno jual negara?

Rakyat menjerit sakit harga barang mengamuk menggila. Saya dah sebut, harga barang menggila dan menyakitkan kita bukanlah semata-mata disebabkan faktor ekonomi. Tetapi lebih banyak disebabkan bongoknya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno. Memang bangang of the highest kind. Kalau tak, tidaklah harga makanan di negara ini naik dua kali ganda berbanding harga dunia.

Najib bongok, tapi gatal nak memerintah juga. Akibat bongok, beban makin hari makin menimbun. Najib tak nak tanggung semua beban itu. Dia hempok atas kepala kita (kalau tak tahu makna hempok dan untuk ejaan yang tepat, sila ke sini. Saya tak ikut sangat ejaan Dewan).

Saya main tuduh ja yang Umno memang dah lama bongok memerintah? Kalau hampa tak percaya kat saya sebab aku tak mengaji dan benci Umno, pergi baca tulisan orang Umno dan mengaji tinggi di sini dan di sini (komen-komen di sini). Baca juga yang ini.

Umno yang 10 benda dia cakap, 12 tak boleh percaya mendakwa Najib tak bongok. "Banyak benda bagus dia buat," depa berbohong dalam ketagihan menipu yang tak ada ubat lagi. Hampa percaya? Tolonglah!

Tolong jangan lupa, stupid hanya akan membiakkan stupid. Kalau diibaratkan kudis, kudis stupid Najib dah meroyak-royak. Baca sini, sini, sini, sini dan sini.

Hampa nak kacau syurga rasuah Umno? Belum lawan lagi dia dah ugut nak pukul, nak bantai, nak balun, nak cederakan hampa dan mungkin akhirnya ada yang mati. Umno peduli apa. Janji dia berkuasa.

Bab bunuh-bunuh dah perkara biasa. Baca sini dan sini.

Hampa ingat boleh mengamuk dalam peti undi? Baca di sini dan di sini.

Saya dah cerita. Ada Adun Umno yang bayar roadtax sahaja kira-kira RM20,000 setahun. Tu baru roadtax. Kalau Umno kalah, siapa nak bayar ansuran kereta mewah depa? Siapa nak bayar ansuran rumah mewah depa? Siapa nak bayar hutang bank depa? Kat mana lagi nak korek projek untuk hidup senang lenang? Lebih dari itu semua, mahkamah mana tak tolong kalau Umno dah kalah?

Hampa ingat Umno akan duduk saja dan nanti saat kekalahan dia? Hello, Umno sanggup jual Melayu dan negara untuk berkuasa.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Aku setuju dengan concern hang ni Pak Bakar, tapi kena tembak tempat yg betullah.

    1) Isu harga makanan - Kalau Pak Bakar buat kajian, negara pengeluar makanan mmg dapat harga lebih murah dari negara yg import makanan (macam kita). Beras tu pun kita import sebab Kedah tu tak cukup lagi padinya untuk 28 juta rakyat kita ni. Jadi apa yg Pak Bakar patut tembak? Kalau Najib tak ada plan nak tingkatkan pengeluaran makanan asasi je lah. Masalahnya, sudahkan Najib ada plan tu? Rujuklah ETP sendiri, malas aku nak cerita. Lagipun Najib tak bayar aku suruh explain.

    2) Banyak beza org miskin yg cerdik dengan tak. Orang miskin yg cerdik dia akan buat kawan dengan org kaya supaya lama-lama dia boleh curi taktik orang kaya. Orang miskin yg kurang cerdik akan melalak kat luar rumah orang kaya dengan harapan orang kaya ajar dia nak jadi kaya. Jadi, Pak Bakar boleh pilihlah sendirilah.

    Satu lagi, bukan ADUN UMNO aje yg bayar road tax 20k sebulan sekarang ni, jadi nak suruh orang benci orang kaya dari UMNO je mmg tak make sense.

    UMNO jual melayu? Tu aku setuju sebab tu lah ada PERKASA. Tapi, tak boleh nak kata jugak sebab ramai orang melayu sekarang dah senang dari dulu (sebab NEP). Sekarang ni mereka rasa tak perlu dah ditolong kerajaan sebab mereka melayu.

    Jadi UMNO terpaksa adapt pada senario politik akan datang - buang identiti bangsa. Cuma Tun Mahathir je yg test the water dengan buat PERKASA. Kalau PERKASA lagi kuat dari UMNO, maknanya idea politik tanpa bangsa ni akan terkubur macam niat Tun Hussein buat parti negara dulu la.

    -Malaymind-

  2. Bakaq, hang duk melalut apa aih.. Umno Pas 2x5 saja la.. Mau Melayu boleh ke kuasa.., depa tak kata apa dah la. Azizan Kedah pun serupa macam celaka..

    Hang pun Bakaq awat tak melalak dah pasai Negara Islam??? Mentang-mentangla dah nak pi ke negara kebajikan.....

  3. hahhaha ayooo bukan semua org umno pakai kereta mewah.....hehhehe org lain pun pakai jugak...

  4. Saya menyokong jawapan Malaymind

    a. Dia kata Najib plan nak tingkat pengeluaran makanan. Maknanya Umno, dari zaman Dr Mahathir, abaikan soal tu. Kalau perang, kita tak ada food security. ETP? What can we expect from oxymoron plan? Rajin2 baca ETP? Lagi baik rajin2 baca sini:
    http://sakmongkol.blogspot.com/search?q=etp

    Atau baca http://wengerkhairy.blogspot.com/

    b. Tun Mahathir test the water dengan Perkasa? Dah nak hancur negara, tiba-tiba nak cakap saja nak test the water je? Lagi baik baca http://wengerkhairy.blogspot.com/

  5. Cakap je le, kalau taada makanan dari negeri Cina, Siam dan Indon dah kebulur le orang dekat Malaysia ni. Makan ubi kayu je le dengan pucuk ubu.

  6. Anonymous 6:29,

    Ruang kat sini tak cukup untuk aku explain, tapi aku akan cuba.

    a. Untuk rekod, zaman Mahathir dulu dia guna strategi perindustrian untuk majukan negara. Pak Lah (Dengan bantuan wengerkhairy & paymasternya) cuba untuk beralih ke industri pertanian. Aku tak setuju pertanian dijadikan sumber pendapatan utama negara sebab ia bukan industri yg efisien (Luas tanah vs sikit untung) namun kita masih perlu tanam sendiri atas beberapa sebab lain. ETP masih tekankan perkembangan industri pertanian tapi lebih kepada investment R&D supaya kita boleh 'kahwinkan' buah ke, beras ke biar dorg lebih cepat tumbuh dan lebih baik kualiti. Inilah yg dipanggil 'oxymoron' oleh wenger sebab 'adalah sangat rugi' kalau buah kita besar cepat dan baik kualiti. Pada Wenger, lebih baik kita tanam banyak-banyak je (Nasib baiklah Tun Lah dah turun, kalau tak.. hampas)

    b. Mahathir dah bersara dan sekarang dia tgh tolong Najib dengan PERKASA. Reasons dia aku dah cakap kat atas tu. InsyaAllah, negara akan lebih hancur dengan Tun Lah, wengerkhairy & gerombolannya tapi buat masa sekarang, things are getting better in managing the country. In fact, kawan baik Khairy pun ada dalam Petronas tu (Omar Ong) dan aku dengar dia mmg sedar Najib ambil dia with a condition that he can improve things. Khairy pun macam tulah, dah ada objective in hand supaya contribute to Najib's governance. In the end, Najib akan claim the mileage and they will get rewarded.

    Pasal wengerkhairy? Aku tak nak org yg kerjanya tanam pokok je tak guna otak. ETP suruh ko guna otak sebelum tanam dan aku rasa tu lebih baik. Sekarang sape yg oxymoron ko rasa, ETP ke wenger? hehehe

    -Malaymind-

  7. Itu kisah lama yang semua orang tau. Banggalah kalau nak bangga sebab tak ada siapa larang. Yang orang terus persoalkan ialah mengapa Mahathir tak ambil tindakan terhadap Barry Wain yang terang-terang kata dia belasah sehingga RM100 bilion masa dia perintah.

    Ellehh, nak bangga apanya buat projek pun terbengkalai macam MSC. Buat projek tak fikir realiti - tak cukup orang di Malaysia yang ada kelayakan nak jalankan projek. Nak hairan apa, zaman dia banyak sekolah yang tak ada bekalan letrik. Yang asas pun terabai. Konon nak industri sangat sampai kata rugi bagi subsidi kepada penanam padi, lebih baik import beras. Koperasi-koperasi yang jadi nadi ekonomi rakyat bawah pun dia pandang hina. Konon nak kejar yang hebat2. Hasilnya apa? Tajuddin Ramli? Halim Saad? Itu apa tu? Malay mind bukan, Mamak mind pun bukan sebab Mamak pandai berniaga. Squandering RM100 billions mind?

    Najib nak suruh guna otak sblm tanam? Orang dah berlari, dia baru nak merangkak. Bila krisis beras, kerajaan mana umum nak buka jelapang padi baru di Sabah dan Sarawak? Tu pun tipu. Memang Umno tipu tak habis-habis. Timbalan Menteri Pertanian kata nak buka 2011. Sekarang dah 2011, habuk pun tak ada. Kalau buka jelapang padi di Sabah dan Sarawak belanja besar. Tapi, itulah saja yang kerajaan Najib mampu fikir. Mungkin bila belanja besar ada peluang sapu sana sini. Biasalah, Umno.

    Tengok-tengok Cina Sekinchan dapat tanam padi berkualiti sampai 13 metrik tan satu hektar - di tempat lain di Malaysia 4 metrik tan je satu hektar. Tak payah tunggu R&D Najib (kununnya!). Pergi tanya IRRI di Filipina pun tak payah. Kalau setakat akal pendek nak buka tanah baru di Sabah Sarawak sedangkan orang dah dapat higher yield dalam negara sendiri pun tak sedar, tak payahlah cakap lebih-lebih! Siapa nak percaya kau punya R&D? Belum R&D pun orang dah tau awak tu pendek akal. Main angguk2 mcm bangang apa saja geng2 macam McKinsey atau Apco kata.

    Memang betul kata Anonymous 6:29, lagi bagus baca http://wengerkhairy.blogspot.com/

  8. dah jual dah punnn........tak lama lagi bangunan stesen keretapi tanjung pagar nak diruntuhkan!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008