Sedap!! Klik gambar di atas!

Nak demo depan Utusan yang PUM kata hina Islam? Perkasa akan lawan anda!

Saya tidaklah pandai hukum hakam Islam. Oleh kerana itu, kecuali jelas sangat, saya tidak cukup ilmu untuk kata mana-mana pihak hina Islam.

Tetapi apabila Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan karikatur dalam Utusan Malaysia menghina Islam, tentulah saya tak akan mampu menyatakan sebaliknya.

Bila PUM kata karikatur dalam Utusan menghina Islam, orang melihat Utusanlah yang menghina Islam.

Saya tidak nak tulis soal Umno atau ternakannya hina Islam atau Umno anti-Islam. Bagi saya, itu bukan berita. Lainlah kalau cerita Umno atau ternakannya tidak hina Islam dan tidak anti-Islam. Itu baru news. Ia sama dengan cerita anjing gigit orang. Ia bukan berita. Lainlah kalau orang gigit anjing. Itu baru news.

Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Najib kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kenyataan seperti itu, nak kata apa lagi, nak bagi istilah apa lagi kalau bukan menghina Islam, anti-Islam dan lebih dari itu, menghina Allah s.w.t.? Nak bagi smokescreen yang lagu mana untuk menutupi perbuatan menghina Islam, menghina Allah yang terang-terangan itu?

Sebab itu saya kata bukan berita. Dah berpuluh tahun menghina Islam.

Apa Utusan buat itu bukan news sebab akhbar itu bukanlah ternakan Umno yang pertama menghina Islam. Pada 24/2/06, berlaku demonstrasi di hadapan pejabat NST kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan kartun yang disifatkan menghina Islam. Tetapi, masa itu lain. Kerana bergaduh dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dilihat mengepalai kecaman ke atas NST. Malaysiakini 23/2/06 melaporkan berita bertajuk "Editor NST patut digantung kerja, kata Dr Mahathir".

Bukan Dr Mahathir sahaja, situasi politik pada masa itu juga mendorong para pemimpin Umno yang lain mengecam NST. Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno pada masa itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno pada masa itu Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno pada masa itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyifatkan kartun NST itu "menghina Islam dan Rasulullah". Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin pula mendakwa anggota kabinet termasuk yang bukan Islam kesal terhadap tindakan NST itu.

Malah ada dakwaan yang membikin cerita bahawa sebahagian sepanduk yang diarak orang-orang PAS yang berdemonstrasi di hadapan pejabat NST itu sebenarnya dibekalkan oleh puak-puak Mukhriz. Harap-harap tidak benar. Kalau benar, sampai begitu sekali perebutan kuasa sesama Umno! Mao Tse Tung pernah kata, kalau dua ekor anjing bergaduh, mereka tentu sedang berebut tulang.

Kini, apabila PUM menyatakan kartun Utusan menghina Islam, adakah anda fikir para pemimpin Umno akan mengecam akhbar itu? Adakah anda fikir ada orang Umno akan membekalkan sepanduk untuk anda berdemonstrasi di hadapan Utusan? Silakan bermimpi!

Yang pasti, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana karikaturnya yang disifatkan menghina Islam oleh PUM, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana hendak mempertahankan maruah Islam yang menurut PUM dihina oleh akhbar itu, orang-orang Perkasa pasti akan bertembung dengan anda di sana. Firqah itu sudah bersumpah setia untuk "berjihad" mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke titisan darah terakhir!!!

Hina Islam tak penting. Yang penting bagi bangsa Umno itu, Utusan mesti dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.


Jangan lupa!!!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. perkasa sangat perkasa dalam mempertahankan utusan!!lu tungguu!!hahahaha


    Ni best bro!!!
    Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

  2. malu dan sedih bile akhbar utama Mlaysia sdri yg mngeluarkn karikatur mghina Islam.
    ni jelas mnunjukkan kejahilan mereka dalam agama,dgn sewnangnya mnerbitkan sesuatu tanpa fakta dan ilmu..
    Aqidah kita sbgai umat Islam,prlu 100 peratus yakin dn mjunjung hukum Allah..kerana Dialah yg paling Agung,Berkuasa...kerana ape sje di bumu dn di langit dn antara keduannya adlah milik dn dbawah kkuassan Allah...inila Aqidah kite wahai umat Islam sklian,jgn lupe.

  3. undang2 hudud dlm mlksnakn hukuman zina(rogol,liwat etc) bukan skdar mndatngkn 4 sksi shaja..ad prosedurnya yg trtntu.
    1.ikrar dn pngakuan dr trtuduh
    2.4 org sksi yg bnar
    3.Bukti(apbila xdpt mndtgkn sksi)..BUKTI ni ialah sperti DNA,cap jari,gmbar,vdeo..etc..

    so,sedih bile karikatur diterbitkn..jelas mnunjukkn kejahilan umat iSlam itu sdri..

  4. fikir lah tanpa melibatkan perasaan benci. Takkan lah orang Utusan yang lukis/cerita kartun yang mengaku Islam berniat nak hina Islam. Janganlah begitu. Persatuan Ulama sepatutnya suruh Utusan membetulkan maksud kari8katur itu supaya tidak dislah tafsir bukan dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Janganlah syak wasangka kerana perbuatan syak wasangka itu mengundang permusuhan.

    Betul tak Pak Bakaq? PAS pun sama, jika nak berdakwah nak berkempen tunjukklah secara dab sopan Islam,baru lah menarik. Jangan terlalu negatif, nanti ramai yang lari dari PAS.

  5. anon 12:33,

    saya rasa anda tak faham isu sebenar. katun utusan tu perli kat pas dan pkr la.

  6. Kena rogol dengan kena liwat tu 1 kategori la. Tapi kenapa bila saiful cakap dia kena liwat puak2 ni nak dia didakwa bawah qazaf? nak kena ada 4 saksi?Sedangkan terdapat bukti-bukti lain yang boleh diterima pakai untuk mengsabitkan kesalahan ke atas penjubur tersebut??

  7. Ramai jugak totey-totey besi ni baca utusan melayo. Sapa dok kata peralatan itu tak boleh jadi saksi sebab dia taada telinga dan taada mata kerana dia hanya besi. Orang politik mana yang cakap ni.

  8. PAS dah ketandusan ulama, yang banyak tu adalah ular dalam semak. Jaga - jaga golongan ini kerana liwati, khalwati dan zinati dihalalkan bagi orang yang ada anugerah dari tuhan.

  9. Pekak hang makin menjadi-jadi Bakaq..

  10. Anonymous said...
    Friday, June 17, 2011 12:22:00 PM GMT+08:00

    kah..kah...kah...ko mmg bangang!!!!!


    PERKASA pon bangang!!!!!!

  11. biar lah orang orang melayu yang di lahirkan sebagai islam bersifat munafik, menghina islam dalam hidup mereka. ketahui lah keseksaan dari ALLAH SWT pada orang munafik ini sudah ada sebelum mereka mati lagi, bila dah mati lagi teruk lah dalam kubur tu. sifat gelagat munafik ini tak dapat di tipu, dalam makan gaji secoit pun dah tunjuk sifat munafik nya. kesian lah kepada orang munafik ini.

  12. kartun tu tak hina islam. yang dihina ialah orang yang menggunakan nama islam untuk kepentingan puak sendiri. patutlah pas melalak. Pelik tapi benar..... ambiga dan majlis peguam tak melalak sama

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008