Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita tengok macam mana PAS nak jawab Dr M

Saya suka cara Tun Dr Mahathir berhujjah. Mudah. Tetapi boleh mempengaruhi fikiran orang yang dia sasarkan. Sudah tentu Dr Mahathir tidak mengharapkan semua orang percaya apa yang dia kata. Tetapi kalau puak yang dia sasarkan termakan cakapnya, itu sudah lumayan baginya.

Sedap line of argumentnya bila mengulas fasal Muktamar PAS:
Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan (komen-komen di sini dan di sini).
Dr Mahathir tak boleh pencen dari membantu Umno. Dia tahu, para pemimpin Umno sekarang tak boleh harap. Bongok yang terlampau. Tak percaya? Setelah sejak 2008 Umno berhempas pulas menyatakan PAS membuang negara Islam, cuba lihat apa Timbalan Presiden Umno kata:
Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada - lihat posting sebelum ini "Tenang: Muhyiddin cincang kejayaan bloggers Umno".
Tu la. Orang berpolitik, dia pun nak berpolitik juga. Orang cerdik, dia bongok. Tak hairanlah kalau Datuk Seri Najib Tun Razak masih menggelejat tercari-cari tarikh pilihan raya untuk mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang lagi majoriti dua pertiga. Dia tahu, kalau BN tak perform, dia akan dipaksa pergi seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dia terpaksa menyerahkan kepimpinan Umno kepada orang yang lebih bongok darinya. Dia pun bongok terlampau juga.

Apa-apa pun, kita tunggu jawapan PAS kepada apa yang Dr Mahathir kata itu. Kita tengok, adakah PAS akan bagi jawapan cerdik? Atau adakah pemimpin PAS akan nullify apa yang depa buat sebelum ini dengan kata-kata "Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan"?

Saya akan siarkan jawapan PAS. Jawapan cerdik ka, jawapan bongok ka, nilailah sendiri nanti.

Berkaitan:
Karpal tak perlu mati tetapi rakyat pula macam mana (The Rembau Times 7/6/11)
In tit-for-tat, Karpal urges Mahathir to repent (Malaysiakini 8/6/11)

Bacaan menarik:
Pakaian menutup aurat boleh mencederakan wanita? (JR Online 7/6/11)


Harap saksikan video ini hingga selesai. Ya Bahrain!!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ia ada satu provokasi dari TDM supaya pemimpin PAS melatah. Jika pemimpin PAS melatah menggunakan bandwidth pra PRU 2004, mudahlah TDM mengeluarkan hujah balas. TDM mahu supaya Karpal Singh berpolemik dengan TGHH mengenai dokumen negara Islam seperti pra PRU 2004. Apabila polemik terjadi semula, Pakatan akan berpecah. Ahli-ahli PAS juga akan kehilangan arah. Itulah yang dimahukan oleh TDM. Sifirnya mudah, Pakatan perlu dilemahkan dengan apa cara sekalipun sebab PRU13 semakin hampir.

    Provokasi lain yang lebih lemah ialah Pakatan belum menamakan siapa yang akan menjadi PM jika ia menang PRU13. Provokasi ini diutarakan oleh MCLM dan Muhyidin. Tujuannnya mudah. Apabila Pakatan menamakan calon PM, komponen pakatan mudah dilaga-lagakan. Contoh mudah ialah apabila Baru Bian dicadang sebagai KM Serawak jika Pakatan menang pilihanraya baru-baru ini. Strateginya mudah, mainkan sentimen penyokong.

  2. sebelum tu, bila nak buat public apology dgn ustaz harun din? sinar dah buat. hang yg ambik berita dari sinar bila?

  3. Sdr Azhar Yusoff

    Tak dapat saya nak siar komen Sdr. Tetapi saya tetap hormati geram Tuan. Kita sama2 geram!

  4. Memang Dr M terkenal dgn hujah2 simple yg sangat cerdik, tapi banyak kali kelihatan adunan hujahnya berkepala cerdik tapi bertubuh dan berekor lucu dan sangat pandir. Idea cerdik2 bodohnya itulah yg mungkin menyebabkan dia diminati ramai?

  5. Sdr Azmie

    Penjelasan Datuk Dr Haron Din dalam muktamar pun tak meyakinkan, tak tahulah lagu mana penjelasan dalam Sinar Harian - sebab saya tak dan baca.

    Lebih dari itu, saya taklah nak berpura-pura dan mendakwa saya percaya Dr Haron.

    Apa2 pun, saya ambik yang zahir sajalah dan memohon maaf kepada Dr Haron kiranya benar dia tidak membuat kenyataan yg mengguris hati keluarga Almarhum Ustaz Yusof Rawa. Anak perempuan Almarhum menangis dalam muktamar ketika kata-kata Dr Haron yg dipetik (quoted) Sinar Harian itu dibangkitkan oleh perwakilan Kedah - saya ulang, quoted, walaupun agaknya akhbar tu mengaku salah quote pulak. Saya tak dan baca, saya tak tau.

    Saya juga berharap anak2 Almarhum percaya penjelasan Dr Haron itu. Soal saya tak percaya, itu hal saya.

  6. Pas semakin keliru antara mengejar kuasa dan menegakkan syiar islam....malangnya panduan pas hari ni terlalu berkiblatkan PKR dan DAP yg sudah kita kethaui totoknya mereka dgn dunia dan sekular...pas seolah lebih percaya kpd pemikir pemikir yg sudah dibuktikan allah bahawa mereka ini golongan yg gagal dlm hidup...umpamanya DSaI...DSaI bukan lah idola dan khalifah yg patut dicontohi...beliau gagal dlm abim, gagal dlm umno dan sekarang ini semakin gagal dlm pakatan...buktinya PRN sarawak....kenapa pas perlu menagmbil DsAI sbgi pemimpin ulung sedangkan pas mempunyai begitu ramai bakat bakat muda yg tidak di ketengahkan.....pemimpin 80 an mat sabu sekadar polimik dan pemimpin yg sudah di recycle kan utk pas...zaman mat sabu dah berlalu...zaman mat sabu adalah zaman dimana anuar ibrahim menjadi menteri di kabinet umno...zaman mat sabu mula menggelarkan anuar brahim sebagai anuar al juburi...malangnya hari ini pas mengundur ke belakang bila org lain maju ke hadapan....pemipin islam yg berdua duan dgn isteri org lain pas angkat jadi pemimpin no 2...betul lah slogan pas terbaru ini...pAS ganti UMNO...bermakna apa umno buat...pas juga buat...2 x 5....malah umno tak buat ...pas pulak buat seperti meluluskan panggung wayang di shah alam...meletakkan semula arak yg dirampas penguat kuasa di rak 7 eleven ....membenarkan tarbiah ustazah DAP di surau dgn aurat terbuka....dan bnyk lagi....eloklah PAS ganti UMNO...hudud di ganti kebajikan....takbir di ganti take beer...ulama diganti mat sabu...ceramah di ganti konsert MTV... Negara islam di ganti negara sekular..maka percaya lah...inilah erja kerja org org munafik yg luarnya nampak penuh kehebatan ilmu agama tetapi hakikatnya...mereka mengejar kuasa, wang ...wanita sama shk dgn umno...DAP dan PkR tiada bezanya...elok tukar perkataan islam yg ada pada nama parti pas kepada SeKULar agar pas tidak akan teus menanggong dosa atas penipuan yg berabad lamanya....wallahualam

  7. Menolak ulama bererti mengundang kebinasaan. Itulah sedang berlaku kepada PAS. Kalau orang PAS tak yakin dengan kepimpinan ulama, jangan harap orang melayu pula nak yakin dengan PAS.Setakat pakaian, ketayap, serban dan berjanggut saja tak cukup, iman itu bukan setakat itu saja. Ikutlah contoh Nabi SAW sepenuhnya, jangan ambil hanya sebahagian saja tapi ambillah sepenuhnya.

    PAS sedang lalui apa yang UMNO lalui iaitu perebutan kuasa ke arah kebinasaan. Tanpa ulama apalah itu PAS.

  8. TDM buat provokasi ke? Bagi saya, saya tetap bersyukur kehadrat Allah(Allah untuk orang Islam sebab saya orang Islam)kerana telah mengurniakan seorang PM selama 22 tahun kepada Malaysia. TDM bagi saya adalah seorang yang berhemah, lemah-lembut tetapi tegas dan tidak banyak menggunakan hukum Islam untuk memenangi hati rakyat. Namun banyak perwatakan, percakapan dan cara bekerjanya yang membanggakan orang Islam dan bukan Islam bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia baik kawan atau lawan kecuali satu negara tegar iaitu negara penindas Palestin. Beliau sangat bertanggungjawab,tidak gila kuasa(buktinya sanggup meletak jawatan pada saat kemuncak pemerintahannya),berwawasan, berani, cekal, sabar dan sanggup mengorbankan kesihatan diri sendiri sampai sekarang demi negara, bangsa yang berbilang kaum dan berbilang agama. Kalau betul beliau bersikap perkauman, lama dah negara ni huru-hara kerana bangsa Cina dan India mengamuk kerana mereka dipaksa duduk dalam hutan. TDM sanggup mengambil tindakan tidak mempopularkan dirinya demi negara seperti menyumbat orang yang mungkin menimbulkan sentimen perkauman kedalam ISA tidak kira penyokong atau penentang kerajaan. Tak cukup kah bukti kerja dan dedikasi beliau selama 22 tahun ini untuk diberi penghargaan selepas beliau bersara? Sekarang ada satu bangsa yang tidak mengenang budi senang-senang kata mereka ini telah dianaktirikan oleh polisi BN yang diterajui TDM kononnya mereka telah dilayan seolah-olah kaum pendatang dan TDM melebihkan bumiputera kerana melaksanakan DEB dan pemberian biasiswa mengikut quota. Betul ke? Kenapa tak tengok faedahnya dari segi keseimbangan dan mendekatkan jurang perbezaan antara kaum. Suka ke tengok kaum yang ketinggalan dari segi ekonomi dan pelajaran mengamuk? Kenapa tidak tengok dari segi keamanan negara? Ada juga bangsa Melayu yang baru nak berpolitik sekarang ini dalam PKR dan PAS pun sama macam segelintir kaum yang memang dari dulu tamak dan perkauman(buktinya bila pilihanraya BN kalah ditempat majoriti kaum itu)turut berkata UMNO dan BN zalim, rasuah dan sebagainya? Buktikanlah jangan cakap je? Janganlah mudah percaya kepada retorik orang yang gila kuasa dan pentingkan diri sendiri. Ingatlah jasa TDM dan kerjasama pemimpin lain dalam BN terhadap negara ini.Saya nak tanya bangsa mana paling ramai kaya raya di Malaysia? Bangsa mana pula masih perlu dibantu di Malaysia? Bangsa mana yang kedekut ilmu dan menguasai rangkaian perniagaan di Malaysia? Hanya rakyat Malaysia yang nampak macam tak perkauman tetapi terlalu perkauman sehingga semua polisi kerajaan selama ini dikatakan sebagai lebih kepada bangsa Melayu yang tak tau jawapannya. Jasa TDM mengaman, memaju dan mencipta berbagai peluang perniagaan untuk mereka menjadi kaya di Malaysia ini tidak dihargai lansung, . Apa manusia lah mereka ini. Hanya orang yang gila kuasa,dengki dan buta mata(terutama dalam PAS yang kononnya memperjuangkan Islam)tetapi sanggup mengelirukan rakyat dengan tafsiran agama yang memecah-belahkan Islam, memaki,mencaci, menghasut orang Islam supaya membenci orang Islam yang lain kononnya orang PAS lebih Islam daripada UMNO(patutnya kalau betul-betul memperjuangkan Islam mereka perlu berdakwah menceritakan kemurniaan Islam,bukan sewenang-wenang tuduh orang Islam lain kafir, murtad dan sebagainya). Ingatlah wahai rakyat Malaysia terutamanya orang melayu jangan jadi seperti kata pepatah menang jadi abu kalah jadi arang, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran dan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

  9. PAS ganti UMNO....tahukah anda slogan ini siapa punya idea......betul ker Teressa Kok....?...bila unta ..tetap unta laaa PAS oi...

  10. Sepatutnya ...ISLAM ganti SEKULAR...tapi sebab pas dah jadi unta DAP..maka mereka sensetif dgn perkataan islam itu setelah di tengking teresa kok...akhirnya kluarlah idea ...PAS ganti UMNO...mangkok ayon pas dok gitu

  11. kalau dah pandai sangat bagi lah nasihat kat Timbalan Presiden PAS yg baru tu supaya dia beri jawapan yg paling cerdik bagi pihak PAS.

    kalau setakat pandai hentam kiri kanan, belakang depan, semua orang pandai tulis!
    apa macam, gua cabar lu pak bakaq dan mat sabu.

  12. Tak payah nak layan TDM cakap.Orang tua bius ubat tak habis lagi tu.Masih pening-pening lagi.Yang betoinya TDM ketag lutut kalau pakatan menang besar dan menawan putra jaya.Dulu pun TDM stand by dak cabut nasib masih baik bn masih lagi menang majoriti mudah.Kalau pakatan menang TDM masih boleh diheret ke mahkamah untuk menjawab kes memali,kes anwar dan lagi dan lagi

  13. Dari 12 komen diatas,terdapat beberapa komen yang diingini oleh TDM.Nampaknya TDM sudah berjaya kerana gayongnya sudah bersambut.Inilah akibatnya jika kita senang dibawa UMNO bermain diatas papan catur mereka.

  14. Cuba kita pakat2 tok sah dok highlight cakap orang nyanyok. Orang kalau dok ingat dia tu pandai dah sah dah tak pandai2 sampai mati. Macam si setan laa...jangan sekali2 dok kita layan. Lama2 terbangla setan tu dari badan. Setan memang kepakaran provokasi.

    Lagi kita dok highlight lagi la dia dok perasan dia hebat tapi kalau nak di ukoq takkan dia nak tungkat langit. Memang bab2 mati entah2 kita yang pi dulu tapi rugilah mati kita ni nanti dok pakat kata mengata kat dia. Tak pasai2 dia dapat menggendong pahala yang banyak dari kita.

    Dahla saat ni dia meraih pahala sebanyak munkin untuk dia bawa jumpa Pencipta. Umoq orang tua dilanjutkan bukannya untuk menguji dia tapi menguji kita yang selalu leka.

    Dia dah dapat subsidi dah.

    Jadi PAS tok sah dok layan. Pakat pulun kerja. Cari jalan kuatkan sepakat membela rakyat sementara diberi peluang indah penyatuan Mat Sabu dan para alim ulamak!

    Apapun bekerjalah dengan ikhlas sebab ikhlas itu kalis setan.

  15. Bukan Karpal yang tak mahu negara islam..tapi
    Mahathir yang tak mahu...tak percaya tanya TGNA...

  16. Melaksanakan "negara Islam" bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab didalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan "negara kebajikan" belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik. Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesarkan, melindungi dan mempertahankan Rasulullah saw, tetapi beliau tetap kafir. Negara New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai "welfare state", "negara kebajikan", tetapi mereka tetap negara kafir. Menukar slogan daripada "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya Al Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008