Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar jangan kacau Bersih!

Dalam berita bertajuk "Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai" (komen-komen di sini dan di sini), Malaysiakini semalam melaporkan:
Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Dalam posting bertajuk "Tangkaplah! Bunuhlah!" 15 Jun lalu, saya ulang tulis:
Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Apa nak kisah, kalau puak Umno dan Perkasa bunuh aku kerana aku hadiri perhimpunan Bersih, bukannya depa nak kena apa-apa tindakan. Dah jenuh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ugut nak berbunuh-bunuh sana-sini, dia tetap bebas dan bermaharajalela. Sila baca "Home Minister, isn't Ibrahim Ali above the law?" dalam Malaysiakini 18/6/11.

Ibrahim dan puaknya berlagak bagak sebab depa tahu kerajaan Umno tak akan bertindak sama sekali terhadap depa. Ibrahim berlagak bagak sebab dia sentiasa rasa dia ramai dengan perkosanya. Cuba kalau hampa jumpak dia sorang-sorang tang mana-mana, hampa jerkah macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari!

Saya tak peduli ugutan Ibrahim tu. Kalau Umno dan Perkasa nak bunuh aku sebab aku hadiri perhimpunan Bersih, bunuhlah! Ibrahim dah kata: "Apa sahaja boleh berlaku".

Ya, saya tak peduli. Yang saya marah sangat-sangat bila baca berita bertajuk "Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan" (Komen-komen di sini, di sini, di sini dan di sini). The people are damn resolute and yet this so called leader is trying to put cold water.

Anwar plans to back off in an honourable manner? Hello, kalau hang tak mau berhimpun, hang duduk di rumah. Jangan nak kacau orang dan bercakap macam orang gila.

Memang gila sebab dalam keadaan Umno hari-hari menipu dan penipuan menjadi makanan asasi parti penipu itu, tiba-tiba dia nak minta rakyat percaya jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan batalkan perhimpunan Bersih. Nak percaya jaminan Najib bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil? Tak payah sebut puak waras tak waras, puak gila tak gila, syaitan iblis pun tak akan percaya jaminan itu!

Mungkin pak yet Anwar akan kata Ketua Umum PKR itu nak main politik dengan kenyataannya. Maklumlah, pengikut parti apa pun selalu bersikap 'asabiyyah dan akan justify apa saja kelaku pemimpin depa serta akan paksa kita minta maaf bila pemimpin depa kata akhbar tersalah petik.

Hello, kalau macam tu punya main politik, go fly a kite!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hehehe sokong pak bakaq.

  2. Come on man ! DSAI jangan mau caya kerajaan pandi kutty !

  3. Siapa yang gila sebenarnya.Penarik beca atau Anwar.
    Ingatkan bila dah lama jadi blogger,otak hang dah terror pikiak.Hang masih mamun kot dan tak tau apa yan BERSIH mau.
    Tak payah tunggu Anwar cakap,kalau Najib kata kami terima tuntutan BERSIH dan SPR akan saya arahkan lakukan seperti apa yang BERSIH nak,ada siapa lagi yang nak pi di himpunan BERSIH tu.Hang sorang sajalah dok tarik beca tengah tengah KL tu.
    Hang tak tengok apa kata Tuan Ibrahim sebelum Anwar cakap.Itulah hang,selalu tidok atas beca,mana hang dan tau hal dunia,hang kira kepala hang saja.
    Hoi bakaq,ini politik lah.Banyak cara nak menang dalam politik.Aku ingat,elok hang joint brahaim ali lah pasai otak hang dah tahab braim ali.

  4. boleh cayakah cakap najibtunya?

  5. Kalau Katak Ibrahim percaya SPR ini adil dan tidak menipu, cuba saya minta Katak Ibrahim Bangsat Ali ajak SPR terangkan bukti-bukti yang betul mengenai incident di bawah ini.

    Pada PRU Sarawak 16/4/2011, DUN SENADIN(N65)-Miri telah menjadi huru hara apabila Calon DUN BN telah ketingalan 1000 lebih undi satelah pengiraan awal salesai yang mana keputusan akhir tidak akan jauh lari dpd keputusan awal. Tiba-tiba lampu dipadamkan dan satelah lampu di buka semula, maka datang kotak Undi Post berjumlah 1000 dan satelah di kira maka kalah calon DUN PKR. Dalam masa itu Pegawai Pilehan Raya, menolak kiraan semula walaupun undi berbeza kurang dpd 1% yang di perolehi.

    So katak Ibrahim bangsat Ali, kau tanya SPR apahal jadi macam itu. Kalau kau tak dapat tanya dan dapat penjelasan yang manusabah, kau bagus diam atau pergi beli racun rumput dan minum tu habis-habis, sebab kau hidup di dunia ini pun tak ada guna, sebab bertanya kpd SPR pun tak mampu.

    Saya dapat membuktikan yang SPR menipu, sekarang Katak Ibrahim Bangsat Ali mesti buktikan yang SPR tidak menipu di SENADIN (N65) Miri pada 16/4/2011 yang lepas.
    Saya tungu jawapan anda, dan siarkan di dalam blog FMT dan MT ini nanti.

  6. pak bakaq pun tau cakap go fly a kite, harap lain artikel pak bakaq sebut frasa english yang lain pulak

    FC

  7. Bakaq, hang dah buat sorang pak yet Anwaq marah dah..x-totok Umno si Jab Sp.
    Nasib baik hang tak tulih 'Hello, kalau macam tu punya main politik, go fuck a china-doll!'

  8. kalau tak caya najib, caya la kat anuaq al juburi tu. Dah tu ikut la bakaq yg dok tutuh org sunni. Pada dia, syiah je betul. Bakaq dah ghaku org politik ni asabiyyah. Temasuk dia la juga. Presidn tak beoi pun ikut. Lebih2 lg timbalan presiden. Tu dia punya imam. Nak minta SPR bersih? Hampa dlm pemilihanbaru ni pun busuk lebih dari bangkai lagi. Nak kami dedahkah perangan buruk hampa masa lobi melobi baru ni. Aku sokong la, bersih dulu diri hampa, terutama kat Kedah tu. MB Kedah n senator bodo hampa tu kaki rasuah, penipu dan penyagak. Hampa baca la buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Kesian kat anak yatim dan balu, sampai hati hampa pejuang Islam buat nanya kat anak bini orang yg mati syahid. Bakaq, hang sedaq diri la sikit. BERSIH MEMALI, BERSIH MEMALI, BERSIH MEMALIIIIIIIIIIII dulu

  9. PAK BAKAQ,hang politik style haji najib pak ya jonit..tak boleh la macam tu...MAT SABU pun dulu macam tu..tapi dah kena basuh dengan husam baru mula kenai politi...politik ni seni la bakaq...BADWI PAS

  10. kah kah kah...Anwar...lu mmg raja lawak laaaa...sebab perhimpunan Bersih la jugak telah redakan lu punye kes...jgn2 ada yg dah main silat dlm gelap...

  11. ANAK MAT SABUN
    Gua takder hal lo orang nak berdemo ke, nak guling2 atas jalan raya ka, nak jadik lembu pawah ka,tapi tolong buat tu semua kat kawasan cina ok..jln petaling ka, jln bukit bintang ka, kepong ka...apa pasal mesti nak kaco orang melayu niaga kat jln TAR?

  12. bro.
    aku rasa la kan..
    sebenarnya Anwar nak tunjuk yg dia x berkuasa ke atas Bersih.
    sbb Zul Nordin, YB zahrain dll menyalak sana sini kata demo Bersih 9 Julai ada kaitan dgn perbicaraan Anwar pd 14 Julai (x silap aku la tarikhnya).
    seolah2 Anwar yg merancang demo tu, sedangkan commitee Bersih adalah independent dr mana2 kuasa parti politik..
    so Anwar boleh agak yg Ambiga akan belasah dia balik 'lu ingat lu siapa?'
    dgn cara ni org nampak Bersih lebih berkuasa ke atas keperluan demo tu dr Anwar.

  13. sape kate die kacau??die nak g shopping kat kl je.bik mama g shopping sampai turki,amerika,kazkhstan xde orang marah pon.anwar nak support barang2 tempatan pon x senang.hahahah

    Ni best bro!!!
    Giler Aje : Lelaki 21 Tahun Dikurung Dalam Kotak Kayu
    Giler Aje : Katy Perry Dan Lady Gaga Illuminati
    Gempak Aje : Istana Muncul Di Tengah-tengah Sungai Huang Shan (Mirage)
    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

  14. ada blogger yg buat blog sbb nak tunjuk dia bengap jer mcm pak bakaq ni..anwar lebih kenal mainan BN..dalam politik kena pandai pasang perangkap jgk walau melalui statement..

    nenek sebelah rumah

  15. Bakar, jangan tak bakar, bakar, biar sampai hangus. lepas tu baru nyesal pula. Taubat!

  16. NAK CAYA KA, TAK CAYA KA ITU HANGPA PUNYA PASAI, TAK MEROSAKKAN AQIDAH, TAPI AKU NAK INGATKAN 'HENDAKLAH BERWASPADA MENERIMA BERITA DARI ORANG FASIK' TERUTAMA PUAK UMPORNO APCO.

  17. wwalau apapun jgn percayalah ni kes nasi dan bubur,perkosa kecut perut lapar,tariklah beca luu sampai subuh,jgn kacau main jauh2...BERSIH nakkan Hitamputih...mati cerita kedua...anda fahammmmmmmmmmm

  18. Salam Pak Bakaq,
    Mamat ini memang x blih dipercayai. Dulu dia suruh orang ramai demo dalam stadium di Kelana Jaya dan paling lucunya ada rock band pula buat persembahan kat situ. Baik duduk kat rumah dari demo dengan kerusi dan tiang stadium. Sekarang dia nak minta Bersih 2.0 dibatalkan kalau dapat jaminan dari PM, apa dia ingat orang ramai tolol sangat ke nak ikut cakap dia membabibuta. Elok dia tido kat rumah puas2 dan mimpi indah2, jangan kacau hak orang ramai nak brdemo.

  19. ni semua auta je, sama je, konon2 anuar tak terlibat pala hotak kau nuar dulu kau la kepala hadapan BERSIH 1, tak habis2 nak berlakon dah la porno show tak dapat duit, dia dgn ambiga tu dah macam hmmm dah, lagi mau tipu ka, rakyat gelak je baca ni

  20. Tootey panjang dan ularma ke neraka menggunakan ugama untuk meraih undi didalam politik adalah lebih teruk dari dajjal.

  21. Lntak hampa la. Ingat orang ketiga akan ambik kesempatan nanti. Sapa org ke 3 tu? Tanya NotAdly Perak

  22. nak tau sikit..sapa-sapa ada maklumat..APA BERLAKU PADA TABUNG MEMALI SEBENAQNYA???

  23. Hehehehehe..........ape yg bakal berlaku adalah ilmu Allah swt.
    Ape yg bakal berlaku juga sudah tertulis.........aku tak takot pun.
    9 July tetap turun.....nak bunuh ke nak bakar ker....lantak ler....ade aku kisah????

    Cuma yg aku nampak ialah masing2 sengaja nak bg panas utk beri alasan KDN gunakan ISA (undang2 yahudi) ke atas org ramai....khusus nye umat islam sendiri...

    Jom !!!!..........turun 9 JUly nie kerana ajal maut kita telah tertulis dan tak kan berubah sedikit pun...........huhuhuhu
    Lama dah mengidam nak berentap dgn melayu umngok nie.....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008