Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila Harun Taib sindir Azizan Razak

Seboleh-bolehnya saya tak nak usik fasal parti-parti yang lawan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum akan datang. Parti-parti yang lawan Umno itu adalah mudarat-mudarat yang tak sebesar Umno. Lebih dari itu, mereka juga membantu rakyat yang benci Umno macam saya untuk membunuh kuasa Umno.

Dah orang dok tolong kita debik mudarat yang terbesar, takkan kita nak katok tangan dia pulak. Biaq la dia tolong kita debik dulu mudarat yang besar tu. Mudarat dia kita kira kemudian la - selepas mudarat terbesar dibunuh.

Dalam ilmu perang pun, bodoh sangat la kalau kita duduk tak duduk pergi bertikam berbunuh dengan musuh kepada musuh kita. Biaq la musuh kepada musuh kita bunuh musuh kita dulu. Lepas tu, kalau musuh kepada musuh kita tu buat kelaku pulak selepas musuh bersama dibunuh, tu kita kira kemudian la.

First thing first, Orang Putih kata. Rakyat jembel macam saya ni bukannya kuat sangat nak berlawan sana sini dengan semua orang - nak buka sampai dua tiga medan tempur dalam satu masa. Lawan Umno dulu. Yang lain tu, dengan pengalaman berlawan dengan Umno, kita kira kemudian.

Tetapi, terasa nak tulis juga fasal pembangkang bila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menggambarkan partinya adalah parti yang paling koro, paling lemah dan paling tak teguh pendirian dalam dunia (lihat Malaysiakini hari ini "Ulama: Jangan terlalu rai rakan Pakatan"). Bukan apa, saya rasa kasihan kepada PAS. Sah-sah PAS menderitai jurang komunikasi yang kronik, kalaupun tidak terlalu kronik. Takat cakap dalam mesyuarat benda macam tu tak jalan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak buat tak tau ja.

Terpaksa cakap sampai keluar dalam media termasuk media Umno. Hampa tengok la tajuk utama Utusan Malaysia esok. Bagus, Harun!

Macam orang lain juga, Harun tentu terasa, lagu-lagu mana pun, kerajaan PAS di Kelantan dan di Terengganu dari 1999 hingga 2004 dulu buat juga apa yang Islam nak, setakat depa mampu. Di Kedah, orang PAS negeri tu sendiri yang kata tak nampak apa langsung yang menggambarkan jatidiri negeri yang diketuai pentadbirannya oleh pemimpin PAS. Konon nak nanti tiga tahun baru nampak. Tau-tau la ni bertepis dengan silat maqasid syari'ah pulak. Syatibi la, apa la.

Pandai! Sama macam Datuk Seri Anwar Ibrahim buat masa dia dalam Umno dulu. Guna maqasid syariah untuk halalkan perbuatan Umno tak nak buat Islam. Guna dialektik Islam untuk tak nak buat Islam. La ni PAS pun buat macam tu. Siap anjur seminar maqasid syari'ah.

Mamat-mamat wala' PAS pulak, asal ulama bercakap, asal guna hujah yang nampak macam Islamik, depa main nganga dan angguk ja. Maklumlah, ulama. Guna pula hujah Islam untuk tak nak buat Islam, macam mana nak tolak. Angguk ja la. Walaupun depa sendiri pun tak faham, depa akan akan marah sakan siapa-siapa yang tak nak terima silat kuntau maqasid ulama-ulama depa. Apa nak buat, jenis thiqah dan wala' candu masyarakat!

Elok la Harun tegur dalam ucapan merasmikan muktamar ulama itu. Rasanya dia pun sedar, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang lebih banyak buat benda yang Islam suruh buat berbanding kerajaan Kedah dan Kelantan - seperti penjimatan, akauntabiliti dan sebagainya. Hampa tak percaya? Cuba tanya kerajaan Kedah dan Kelantan, bila depa nak buat hisbah?

Harun tentu tau, nak lawan Umno tak boleh buat perangai macam Umno. Saya difahamkan, Harun dah lama dah tak termakan adu domba Umno termasuk media-medianya seperti Utusan Malaysia. Dia hebat. Langsung tak korbankan benda-benda yang bersifat al-thawabit!

(Catatan: Memang keesokan harinya jadi tajuk muka depan Utusan. Hebat Harun!)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak bakaq,harung ni dia sembunyi kuku dan guna legasi ulama untuk berkubu menguasai kepimpinan pas,yang sebenaq2nya depa ni sangat anti pakatan rakyat dan sangat pro kerajaang perpaduang,,,bukan habis lagi penyakit K.Prpduang ni,nok perintah trengganu tak da jalang laing melainkang bersatu dengan umno..BADWI PAS

  2. ameno di tranung dan klantan gasak pas teruk di sana. tapi kat kedah tak lagu tu, kami adik beradik kata ostardz. baru aku tau, memali tu di klantan ropanya

  3. aku sampai hari tertanya tanya apakah yang puak puak ustaz dan ulamak ni mau atau harapkan dalam PAS.Habuan,jawatan,pengaruh,sanjungan,atau sekadar mahu di beri perhatian oleh umno.Sehungga hari ini sejak pimpinan Ulamak tida ada satu resolusi yang di buat secara syura mengenai sesuatu itu yang berbangkit dari masa kesemsa.Apa yang saya lihat hanyalah pendapat pendat yang berbesa antara satu samalain malah kerap kali bercancah dengan keputusan jemaah.Contohnya Issu PENGUNAAN Perkataan Allah.Harun Din dan Nik Aziz berbeza.Begitu juga isu UG ni.Bab pentabiran pun beza sangat antara Kedah dan Kelantan.Perlukah kita menerima pendapat pendapat peribadi ulamk ulamak yang bekenaan.!!!! Keadaan semakin Parah ni.Tiba tiba harini Hatrun DIN seolah olah mencerca Al Marhom Yusuf Rawa.Apkah Ulamak dan ustaz yuang tertentu dalam PAS ni sedia menjual ugama semata mata untuk kepetingan politik yang sempit.

  4. Kutuk ulama berdasarkan media dan nas bakaq...punah iman hang pa. Bukan punah sebab kutuk ulama, tapi sebab kutuk manusia dengan maklumat tahap belacan punya bungkuih

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008