Sedap!! Klik gambar di atas!

Bersih: Sekali lagi nak cakap, bunuh kuasa Umno dulu, lain kira kemudian!

Dalam artikelnya, "The munafiq named Zul Noordin", Raja Petra Kamarudin mendakwa, Datuk Ambiga Sreevanasan "is opposed to election fraud. Zul, on the other hand, wants to uphold election fraud. In this sense Ambiga is more Islamic than Zul. Zul, according to Islamic teachings, is a hypocrite or munafiq".

Kalau diambil jalur pemikiran Raja Petra, ia dengan sendirinya bermakna mana-mana umat Islam yang menentang usaha untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di dalam negara ini adalah munafiq. Saya tidaklah nak masuk dalam perdebatan munafiq tak munafiq. Sejauh manakah kemunafikan mereka yang menentang usaha memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil itu, biarlah Allah s.w.t. yang menentukan. Di Akhirat nanti, Allah akan tunjukkan siapa benar dan siapa salah.

Saya bukan nak bincang itu semua. Saya nak bincang tuduhan bahawa Ambiga anti-Islam. Dan, siapa yang pergi demo Bersih diperkuda puak anti-Islam.

Pertama sekali, Bersih hakikatnya ialah mengenai lawan Umno. Sebab, Umnolah yang dilihat menjadikan pilihan raya negara ini tak adil dan tak bersih.

Kedua, puak bangang kena tahu bahawa bukan puak anti-Islam sahaja yang mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Puak yang cintakan Islam juga mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Cinta Islam tak bermakna biarkan sahaja Umno mengotori pilihan raya dan menjadikan pilihan raya sebagai alat untuk parti itu melakukan lebih banyak kezaliman dan kejahatan.

Katakan benar Ambiga dan orang-orangnya anti-Islam. Awat, Umno tak anti-Islam ka? Tengok balik sejarah. Dah jenuh dah Umno menjadikan Islam (saya ulang, Islam itu sendiri dan bukan yang lain) sebagai momokan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Ingat balik cercaan dan penghinaan terhadap hukum Islam yang dibuat oleh para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semuanya direkodkan dalam sejarah. Paling akhir, dalam pilihan raya kecil Tenang. Kelaku macam tu kalau bukan anti-Islam, nak sebut apa?

Sekali lagi, katakan benar Ambiga dan puaknya anti-Islam. Maknanya, dua-dua anti-Islam. Ambiga anti-Islam, Umno lebih lagilah!

Sekarang kita pakai neraca mudharat yang lebih ringan. Ambiga dan puaknya anti-Islam. Tapi mereka nak pilihan raya yang adil dan bersih. Umno juga kita nampak sangat anti-Islam. Malah lebih teruk sifat anti-Islam Umno berbanding Ambiga dan puaknya. Dah la anti-Islam, pilihan raya yang adil dan bersih pun tak nak. Nampak sangat Umno sentiasa membuktikan dirinya adalah mudharat yang terbesar di negara ini.

Ikut kaedah usul-fiqh, kita selesaikan dulu lawan Umno yang merupakan mudharat yang terbesar sampai ke akhirnya. Kalau benar Ambiga dan puaknya anti Islam, yang mana saya taklah berani nak menafikannya, itu kita kira kemudian. Lawan satu-satu. Bunuh kuasa Umno dulu. Puak Ambiga ka, apa benda ka, kita kira kemudian - bila kuasa Umno dah mampoih esok!

Akhirnya, saya harap perlantikan beberapa jawatan penting dalam PAS hari ini akan meredakan sikit histeria Umno dan lembu kerbaunya yang nampak menggelejat sakan selepas pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini. Saya tak perlu hurai apa-apa, banyak orang faham.



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. susunan baru kabinet PAS Pusat, ada jawatan baru di wujudkan macam PKR,

    De facto Leader: Stopa Ali
    President; A Hadi Awang

    Hidup Politik Penyu Terengganu!!!

  2. Bodoh betul la... Kalau la umno betul betul anti islam, pasal apa depa dok bina masjis masjid merata tempat tu, hata di kelantan sskali pun berapa masjid dibina kerajan pas negeri? Anti islam ka kalau bina universiti islam, perkenal perbankan islam... Mcm mcm lg

  3. kalau nak harap politik penyu Terengganu De Facto Leader PAS pusat tu, program BERSIH akan kantoi kerana bertentangan dengan semangat UG.

    kesian Ustaz Nasa dah jadi kambing hitam / korban politik penyu Terengganu!!!

  4. Apa yg anda katakan ini sama lah yg berlaku pada umat islam di iraq...sebelum presiden saddam hussein dijatuhkan oleh tentera amerika dgn bantuan umat islam iraq...amerika berkempen dgn menaja talibarut talibarut amerika berbangsa iraq yg juga muslim utk menentang saddam hussien ...yahudi amerika menjanjikan negara iraq yg lebih adil dan berkebajikan sekiranya saddam dijatuhkan....mereka kata jgn fikir bagaimana kita mahu bina negara iraq yg baru ...first thgs first jatuhkan saddam hussien dahulu...bunuh saddam maka selesai semua masalah..........tapi setelah talibarut amerika bantu yahudi amerika menakluki iraq dan membunuh saddam....apa berlaku pada negara iraq?....sampai hari ini setelah hampir sepuluh tahun perang tamat tetapi iraq masih bergelora....nyawa muslim di iraq bagai tiada harga....inilah hasilnya propaganda amerika jatuhkan saddam dulu kemudian cerita soal pemerintahan iraq yg adil dan berkebajikan.....nampaknya gaya amerika dan DAP, PAS dan PKR lebih kurang sama...eloklah pas jadi begini setelah ulamak mula dibuang...DAP pulak dijulang.....hancur umat dgn corak pimpinan pas ini...dulu membangun bersama islam sekarang membunuh sesama islam....halal katanya....percayalah pas tak akan berjaya ke putrajaya...sampai bila bila pun....sebab pas itu munafik besar...

  5. UMNO, BN perlu kerja keras tingkat persepsi rakyat

    12/06/2011 10:16pm

    KUALA LUMPUR 12 Jun – Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.

    "Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti... pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.

    "Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang di sini.

    Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

    Najib berkata justeru, UMNO dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.

    "Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.

    "Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka,” katanya.

    Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata UMNO juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.

    "Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan,” katanya. - Bernama

  6. syok sendiri brader
    Sifat kelahi melampau lampau tu memang sah ada dalam hadis nabi sebagai seorang munafik
    sampai sanggup tuduh orang lain anti islam
    akhirat nanti sendiri jawab

  7. setuju dgn anonymous 11.01. mcm lah bagus sgt,ckp org anti islam mcm lah dia tu islamik sgt. provokasi melampau ni nak jahanamkan bangsa sendiri dan suruh saudara seagama berbunuh2an. anda layak dipanggil pembunuh bangsa dan agama.

  8. TV sekarang sudah memulakan kempen perang saraf. Hari2 diulang cerita yg sama:

    i) Isu kemenangan Mat Sabu sbg Timbalan Presiden Pas
    ii) Isu negara kebajikan
    iii)Isu demo BERSIH
    iv) Isu pilihanraya Masjid di Pulau Pinang.

    Nampak sangat BN sedang gelabah, seperti tak tau nak bersilat gunakan buah apa, kerana banyak sangat isu yg menakutkan mereka. Cuma PR perlu berhati2 kerana walaupun nasi basi tak sedap dimakan tapi bila hari2 dipaksa makan mungkin ada yg kata sedap!!

  9. PAS munafik terbesar...jgn menang sorak kg tergadai udah le... besok nanti kite bako aje... PAS cakap pun tak serupa bikin... Aku cabar kmoe buang name Parti Islam Se MAlaysia kepada nama lain.. lagi elok Parti Kebajikan SemAlaysia , amacam ...???????????

  10. Petikan:

    Dah jenuh dah Umno menjadikan Islam (saya ulang, Islam itu sendiri dan bukan yang lain) sebagai momokan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Ingat balik cercaan dan penghinaan terhadap hukum Islam yang dibuat oleh para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semuanya direkodkan dalam sejarah. Paling akhir, dalam pilihan raya kecil Tenang. Kelaku macam tu kalau bukan anti-Islam, nak sebut apa?

    Jawab je petikan yg di atas tu utk membuktikan Umno tak anti Islam. Apa hal yg meroyan mcm gila? Teruk betul perangai Umno!

  11. diorg perkenalkan perbankan islam tu sume atas dasar bisnes bro,bkn atas dasar islam.ape2 kt dunia ni da xnmpak da ape yg buat atas dasar ikhlas ke,nk tlg org ke.sume ats dasar bisnes.ingt tanda2 hr kiamat,di akhir zaman sifat ikhlas akan ditarik dr hati manusia


    Ni best bro!!!
    Jawapan Untuk SKMM Kerana Menutup Site Sharing File

    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

  12. Penarik beca,

    Bersih: Sekali lagi nak cakap, bunuh kuasa Umno dulu, lain kira kemudian!

    Sila tunjukkan cara bagaimana nak bunuh kuasa UMNO..?

    Jangan sangka UMNO parti rasuah orang dah benci..... Kerajaan naikkan harga barang untuk apa dan bagi subsidi berbilion ringgit pada IPP untuk apa ?

    Ada duit semua boleh jadi bro... ulamak yang tinggi lilit serban dikepala pun boleh jadi gigolo... macam Zul Nordin. Malah dengan hanya RM50 saja ramai yang sanggup jadi anjing menyalak bukit.....macam polis UMNO Baru !

    Kuasa apa yang boleh lawan dengan kuasa duit ? kuasa Allah kah ? Kesian pengikut islam yang diperbodoh-bodohkan.....

  13. Anon 12

    Biasa aku tak jawab. Tapi bila hang tulis "pengikut islam yang diperbodoh-bodohkan", rasa terprovoke la pulak.

    Aku dah tulis banyak kali dalam blog ini fasal prerequisite of uprising walaupun tak guna perkataan prerequisite of uprising. Elok juga hang tak tau sebab bukan ada guna pun untuk orang yang jakun kepada diri sendiri dan perasan bagus sangat. Org jenis tu hanya jakun kpd diri sendiri ja.

    Penyakit yang paling teruk ialah jakun pada diri sendiri dan perasan dia bagus sangat dan orang lain semua bodoh. Penyakit tu tak ada ubat.

  14. sikap jakun pada diri sendiri dan perasan dia sorang je yang pandai memang jelas ada pada De Facto Leader PAS Stopa Ali.

  15. Alahai senang saja AJK agung, hampa peranap hasrat dan harapan perwakilan dan grass root pas,Awat Mat sabu,husam,khalid hampa tak jerkah presideng kekalkan stopa mangkuk ni...pelaq sungguh..BADWI PAS

  16. Anonymous
    Sunday, June 12, 2011 9:41:00 PM GMT+08:00

    ni satu lagi umat bangang...bangang makan taik..wei amerika pun bina mesjid..bangang!!!!

  17. ANAK MAT SABUN
    Tu diaa...nak buat demonstrasi lagi...dan yang jadik lembu-lembu pawah nya adalah penganut agama PAS , hehehehe...orang orang cina dok gelak tengok sambil tengok tv lembu lembu pawah kena pukoi , kena simbah air ngn FRU...hahahaha..mereka ketawa melihat kebodohan lembu-lembu pawah meraka mengelepor ..hehehe..kalo da perjuangan untuk agama samanggup di gadaikan untuk berkuasa..sok kalo da berkuasa..abes la takda pa lagi yang boleh dipertahankan..memang bodoh sungoh la mereka-mereka yang pi demo sok..srupa kuar dari jubor ..hahahaha...bkn orang - orang dewasa cina kapir jerk yang ketawakan kebodohan tu...anak-anak cina kapior pon turut sama berdekah-dekah melihat kebodohan tahap dewa lembu-lembu pawah.DAP..wakakaka.

  18. Dekat mana Amerika bina Masjid, Kota Bharu, Saudi, Kabul, Libya, Teheran, Iraq atau kat New York atau kat London.

  19. ramai juga orang orang melayu yang mati akal dan taksub dengan UMNO bagaikan UMNO agama baru abad ke 21. nampak sangat mereka mereka ini tak ke masjid waktu maghrib, isyak dan suboh dengar tazkirah selepas maghrib dan sebelum solat jumaat. pemikiran masih lagi tertutup, maka padan lah mereka ini jahil akan kehidupan berkemungkinan besar kedekut memberi asyik nak terima masok aje, baik halal dan haram. renungilah.

  20. anom 2 ...

    kau pernah pergi UK ke Russia tak ? kat sana ada tak MASJID ? Russia pro Islam ke ?

  21. Assalamualaikum,

    Bila cerita bab masjid ini, izinkan Al-Hikmah mencelah sedikit. Bina masjid tidak menjadi hal malah dialu-alukan. Perkara pokoknya adalah amalan di dalam masjid itu sendiri. Islam bukan kuat kerana banyak atau cantiknya masjid. Tetapi Islam kuat adalah berdasarkan Iman orang Islam dan juga amalan di dalam masjid. Kita kena usaha supaya masjid kita hidup 24 jam macam masjid NNabawi dengan amalan dakwah, taalim (belajar dan mengajar), ibadat dan khidmat. Bila amalan hidup maka Allah akan bantu orang Islam.

    Di Malaysia ini masjid dan surau banyak tapi amalan tiada. Itu yang sedihnya. Selagi umat ISlam tak kembali amalkan agama ini secara sempurna selagi itu umat Islam akan hidup merana. Bagaimana nak buat? Hidupkan amalan agama yakni taat segala perintah Allah dan ikut Sunnah Nabi Sallallahualaihi Wa Sallam.


    AYuh kita fikirkan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008