Sedap!! Klik gambar di atas!

Bersih sebenarnya kuda tunggangan!

Saya dah tulis bahawa penentang tuntutan rakyat supaya diadakan pilihan raya adil dan bersih adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina. Banyak aktiviti puak itu merembat duit menjadi dokumen sejarah. Sebahagian besar dokumen itu membuktikan mereka adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina. Dokumen-dokumen itu turut menjadi bukti pengkhianatan mereka terhadap Islam dan Melayu - jika mereka masih Islam dan Melayu.

Malangnya, kuasa yang ada pada mereka berjaya menyembunyikan dengan berkesan segala kejahatan mereka. Kuasa untuk menyembunyi dan meneruskan kejahatan mereka itulah yang menjadi jawapan mengapa mereka amat laparkan pilihan raya yang kotor dan tidak adil. Apa saja yang kotor dan tidak adil adalah penyambung nyawa kuasa mereka.

Peristiwa dua tiga minggu ini memperlihatkan betapa gilanya mempertahankan segala yang kotor dan tidak adil yang menjadi nyawa kuasa mereka. Dengan penuh bongok mereka menggunakan sentimen bangsa dan agama yang hari-hari mereka hina untuk mematahkan kebangkitan rakyat melalui Bersih. Memang, kerja utama bongok-bongok itu setiap hari ialah menghina Melayu dan Islam atau mendatangkan kehinaan kepada Melayu dan Islam. Tapi bila terancam, mereka peralatkan Melayu dan Islam untuk memperisaikan kejahatan mereka menghadapi kebangkitan rakyat yang tidak gila dan bodoh.

Apa yang bongok-bongok itu tak mahu faham ialah kita tidak menentang mereka kerana sesiapa pun. Tidak ada Bersih pun kita lawan mereka. Hanya untuk tujuan memberi contoh sahaja, saya menentang mereka sejak pilihan raya 1974. Tidak perlu ada Bersih, tidak perlu ada apa-apa pun. Malah, kalau PAS dituduh menghasut dan mencetuskan kebencian saya kepada mereka, PAS pada masa itu bangang di dalam Barisan Nasional (BN).

Memang benar, beberapa tahun sebelum Mac 1982, saya menjadi ahli Abim. Tetapi apabila saya melihat begitu ramai pemimpin Abim menjadi pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertukar jahat dan akhirnya menjadi timbalan ketua penjahat utama di dalam gerombolan itu, sejak Mac 1982 lagi saya keluar Abim.

Kalau orang menuduh mana-mana pemimpin PAS yang menyebabkan saya terus membenci dan memusuhi puak yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil, sayalah orang paling awal mendedahkan perbuatan berkendak politik dalam gelap di antara beberapa pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Saya tak peduli siapa mereka dan saya persetankan hakikat bahawa begitu ramai orang yang 'asabiyyah yang memaksumkan Presiden PAS yang mengepalai perbuatan berkendak politik dalam gelap itu (Banyak orang mengkambinghitamkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Hampa ingat dia berani buat gitu tanpa naungan, dorongan dan restu beria-ia Presiden PAS?) Saya sikit pun tak ambil pot tentang siapa yang terlibat dan bagaimana kegilaan 'asabiyyah sesetengah orang mengangkat Presiden PAS ke tahap maksum, saya tetap menentang perbuatan yang saya anggap melacuri dan mengkhianati kepercayaan para pengundi yang pada pilihan raya 2008 dahulu menolak puak jahat yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil.

Bukan saja gatai nak tulis semua perkara di atas. Tapi kena tulis untuk menegaskan bahawa kita tidak lawan penjahat-penjahat durjana yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil kerana sesiapa pun. Tak ada parti apa pun kita lawan. Tak ada Bersih pun kita lawan. Tak ada Bersih pun kita tertunggu-tunggu untuk berhimpun seperti perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini. Dah lama kita tunggu! Tangkaplah, bunuhlah!

Bersih hanyalah kuda tunggangan kita untuk berlawan dengan Umno yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil! Allahummal 'anil jibta wat-taghut!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq, niat hang nak perkuda Bersih tu kira strategi cerdik hang la konon.. Strategi pala peliaq hang.. Awat, hang ingat puak PAS lain pun pegang strategi tu jugak ka?
    Serupa la hang berpegang strategi tunggang populariti pala peliaq berlendiaq Anwar dalam usaha nak benam Umno? Wei...naik loya aku berpolitik cara bangang hang..

  2. kau ni kalau tulis tak abis abis syok sendiri dan imaginasi yang takda realiti langsung.

  3. ada sebab Nik Aziz tak bangga dgn melayu,saya malu menjadi melayu yg tahu menentang walaupun utk menuntut keadilan spt BERSIH

  4. lawan tetap lawan

  5. betul pak bakaq betul satu hujah yang tepat dan jitu

  6. Pemintaan Bersih hanyalah untuk Pilihanraya yang Bersih dan adil matlamatnya supaya rakyat berpuas hati dan dapat menerima apa saja keputusan PRU .Masyrakat akan jadi tenang dan tiada hidup dalam tekanan apabila ujud keadilan.Dan itu lah harapan semua rakyat yang hidup dalam sistem Demokrasai dan juga manusia yang bertamadun saya tak nampak pun apa apa provokasi atau niat lain selain dari itu atau ada cita cita lain seperti nak jatuhkan kerajaan sampai UMNO/BVN naik sasau jadi haru biru seolah olah mereka tidak suka pada kebersihan dan mahu kekal kan yang kotor.Saya masih tidak nampak mana rasionalnya tidakan mana mana pihak yang tak bersetuju dengan matlamat bersih.Ada sesuatu yang tidak kena pada orang melayu ini.Atau ada sesuatu yang tak sioman pada pemimpim politik ynag berkuasa diatas sana.Rakyat mahu SPR dan juga kerajaan belaku adil dan adil itu tuntutan Islam tuntutan ugama kita dan juga budaya Bangsa Melayu.Sebagai manusia yang bertamadun tolong lah mana mana pihak jelaskan pada saya adakah apabila rakyat minta sesuatu yang baik yang bukan saja baik untuk Negara dan Rakyat ianyajuga baik untuk maruah Bangsa dan Ugama.Saya tak nampak walau pun bayang sekali pun dimana tuntutan bersih ini menjadi satu kesalahan bukan saja pada rakyat tetapi pada peradaban kehidupan manusia yang bertamadun.Man rasionalitinya cita cita BERSIH satu perkara yang harus di tentang dan di serang dengan begitu zalim sekali oleh pihak yang tertentu.Apa nak jadi ni????.Apakah di sebabkan BERSIH makan Pemimpin Politik mengambil kesempatan untuk laga lagakan rakyat antara satu sama lain semata mata takutkan merka pada perbalahan saya rasa tidak pernah sampai kesitu dan tak munkin ada cita cita kesitu bagi manusia yang berfikiran waras.Apakah merekamereka yang menghalang bersih cuba meyembunyikan sesuatu kekotatoran dari di bersihkan.Atau takut hilang kerusi dan hilang habuan ,hilang kuasa dan hilang ruang untuk rompak harta rakyat.Mana satu ni?Ynag menentang BERSIh untuk mempertahankan apa barangnya????Ynag memperjuangkan BERSIH jelas tuntutannya dan sesuai dengan amalan manusia.Sampai bila bangsa Melayu nak terus amalkan budaya yang jijik menolak kebersihan dan nak kekal kekotoran.Tuntutan NGO dalam ajenda Bersih adalah satu keperluan dan juga cita cita rakyat termasuk Polis dan Pihak Istana saya yakin Rja kita pun mahu negara kita di perentah dengan adil dan bersih.Kalau Pemerentah bersih dan adil SPR dapat jalankan PRU dgn Adil dan bersih bukan saja Rakyat akan hormati SPR tetapi dunia akan hormati Mereka .Dunia juga akan hormati UMNO/BN dan juga pemimpin Mereka akan di kenag oleh ank cucu cicit kita sebagai bangsa yang mulai dan beradab bersih dan adil bukankan itu yang kita perjuangkan supaya orang malayu di hormati dan di segani dunia.Tapi yang tersangat pelik orang melayu juga dan pemimpin Melayu yang menentang sesuatu yang baik untuk anak bangsa...saya dah jadi binggun dah dengan peragai dan sikap pemimpin melayu yang mengaku Islam ni ...Tak nampak dan tak percaya bahawa mengkianati rakyat kerana nakkan sesuatu yang bersih dam pilihanraya.Susah sangat kah SPR nak umum sesuatu tindakan yang boleh mententeramkan keadan Rakyat jelata semata mata kedilan sejagat.SPR ni bangsa apa keturunan Firaun kah??????.SPR kah atau Pemimpin UMNO punya kerja ni sampai maruah melayu sendiri di gadaikan.

  7. Nak demonstrasi menentang penipuan SPR pun tak boleh ? Ini buktikan bahawa UMNO/BN memang ingin kekalkan penipuan undi oleh SPR.

  8. Kenapa tidak diadakan himpunan BERSIH serentak diseluruh Ibu Negeri. Bukan semua orang yang mahukan pilihanraya dan negara bersih dapat turun ke KL tetapi boleh ke Ibu Negeri masing sebagai menyokong tuntutan bersih. KAMI MAHU BERSIH.

  9. sokong sangat saya pada pak bakar. Kita hanya mahu semua nya di negara tercinta berjalan dgn bersih.Tak faham saya dgn monyet monyet yang membantah. Monyet ni pulak pun suka buat demonstrasi di negeri negeri mereka di malukan olih rakyat. Malah mendapat kerjasama pihak berkuasa. Keluarkan permit, Iringi rakyat yg hendak meluah perasaan benci mereka pd yg kotor. Lepas tu balik rumah dgn berfikir ada kah aku rakyat yang syang kat negara yg telah di rogol dan diliwati semahu nya sebelum ini.

  10. Kalau dilihat daripada Sterring Comittee atau JK Pemandu BERSIH adalah terdiri daripada bukan Islam. Hanya beberapa kerat sahaja orang Islam dilantik sebagai JK tersebut. Secara jelas menunjukkan bahawa organisasi BERSIH dibarisi oleh orang bukan Islam. Hanya Mat Sabu digunakan untuk mempengaruhi orang Melayu supaya turun ke jalanan untuk menentang kerajaan. Tengok semua pemimpin PAS mengarahkan semua ahlinya supaya turun ke jalan. Ini berbeza dengan DAP sampai sekarang masih belum memberi arahan secara terus kepada ahlinya. Ini menunjukkan hanya kaum Melayu sahaja yang dikerahkan dibarisan hadapan. Ini sangat menyedihkan orang Melayu hanya digunakan untuk menentang pemimpin Melayu sahaja. Selepas DAP mempergunakan orang Melayu supaya menentang Sultan Perak kini orang Melayu disuruh sekali lagi supaya menentang Kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu/Islam sendiri.

  11. Salam,

    Kata takde pengundi hantu,

    Para pembaca yang budiman sila semak nombor ic berikut di laman SPR, sila perhatikan tahun kelahiran. Ini baru 'random' check. Kantoi dah....

    1. a2222220 -1972
    2. a2222221 -1929
    3. a2222222 -1929
    4. a2222223 -1972

    Bangang pun SPR......

    Noor M.
    Bidor.

  12. salam pak bakaq ,

    Ada ke dalam hadith yg mengatakan Presiden PAS hatta Mursyidul am PAS tu maksum !!
    Pak bakaq berkata lah benar walaupun pun pahit ...tulis jer lah pak bakaq yg mana pemimpin yg kelaku nya mcm setan ,biaq semua orang tau ..

    Kalau aku balik kelantan /trengganu masih ada lagi segolongan ahli PAS tak pergi kenduri bila orang umno buat kenduri dan tak nak solat di belakang tok imam "umno" ,aku kasihan kepada puak 2 ni kerana mereka tak tau yg ada sebilangan pemimpin yang kesanyangan mereka yg terigin nak bersatu dgn Umno... tolong lah komen sedikit ..

  13. lame x update,brader g mane??sihat brader?hehehe

    Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

  14. bunyi2 yg dok tentang kat atas ni bunyi org umno jugak, nak kenai sng ja, time depa bengang depa mencarut la supa anjing kena syabu. yang modai kata pemimpin bersih ni kapiaq ni modai dah basi, angkut modai ni p tauk lam jamban, flush 16 kali. kalo kafiaq tlg ingatkan aku soh pi semayang time cukup waktu, tobat aku pi. bila tgok bersih ni dari pemimpinnya bukan dari nilai perjuangan bersih tu sendri, macam ni la jadi, menyalak x tentu hala. kalo rakyat suma bodo cam hangpa senang la, bodo sorg2 sudah, jgn tarik org lain. hangpa takut sgt noh BN jatuh, takut makan pasiaq kot?

  15. DALAM PARLIMEN PERMATANG PAUH TU BANYAK PENGUNDI HANTU ... APA KATA KITA MULA BERSIHKAN PARLIMEN PERMATANG PAUH DULU??????

    KALAU BOLEH DIBERSIHKAN PERMATANG PAUH DULU, AKU RASA BARULAH KITA PAKSA BERSIHKAN PARLIMEN PEKAN PULA ... SETUJU?

    RUJUK TULANG BESI http://www.malaysiawaves.com/2011/07/bersih-20-60-pengundi-dalam-1-rumah.html

  16. yg anon komen tak suka bersih ni apasai, org bersih jentik teloq pak hangpa ka? depa main tek mak hangpa ka? hahahahaha sukati la depa nak buat apa, perkasa demo, pemuda umno demo tak pulak kecoh, lepaih tu komen pun anon je memang dasar takdak teloq. lg satu tak payah susah2 nak kaitkan islam ka hadis ka apa ka pasai bersih ni, pi balik ajaq anak bini hangpa dulu lepaih tu baru la ajaq org lain.

    awang kenit

  17. UMNO/BN telah melacurkan PDRM untuk kepentingan politik mereka.Saya simpati dengan PDRM.Terpaksa diperalatkan oleh Pemimpin Politik.Sama ada jadi atau tidak Bersih 2 ini sudah cukup fakta bagi rakyat membuat persepsi yang tidak mencerminkan demokrasai bagi mereka yang memehami perlembagaan negara sudah dapat membuat andaian bahawa Negara menuju kerah Diktator.Dimana letak nya demokrasi dan mana intergritinya hak rakyat untuk bersuara sedangkan perlembagaan Negara membenarkan perhimpunan Aman.Apakah atas dasar menjaga keselamatan boleh membenarkan mereka mendahului perlembagaan negara.Mana satu hak rakyat hidup dalam negara Raja ber Perlembagaan atau negara yang di tentukan oleh Ahli Politik yang tertentu dengan menjadikan PDRM sebagai alat dan undang undang sebagai alasan.PDRM sewajarnya menjaga keselamatan perserta himpunan aman supaya terjamin keamanan.Itu lah tugas yang rakyat amanahkan dan di beri gaji oleh rakyat setiap bulan.Siapakah yang mengarahkan PDRM bertindak melintasai sempadan undang undang.
    Sipa yang jadi penganjur tidak penting tetapi yang penting kehendak rakyat yang baik untuk Negara dan menuntuk Hak yang termaktub dalam perlembagaan adalh isu yang sebenarnya.

  18. saya sokong pak bakaq

    idea yang bernas dan tajam

  19. Selalunya..., kalau SPR atau mana2 badan pilihanraya tak bebas / tak betul..., rakyat buat protes DUA TIGA HARI SELEPAS PILIHANRAYA.. Kalau tak puashati dgn keputusan yang baru diterima...,bole laa nak tubuh 70 kali BERSIH pun..

    Ini tidak...! Dah beres menang empat lima negeri... Dah berjaya kurangkan majoriti kerajaan kat Parlimen itu hari.., semuanya happy...; tup-tup..., tiada ribut tiada angin..., dok nak protes SPR tak telus..!! TIGA TAHUN KORANG TUNGGU??

    Betul ker agenda protes SPR atayu korang nak ambik Malaysia secara Mesir haa..? Nak ambik Malaysia secara Libya? Undi rakyat korang taknak hormat... Rakyat dah kasi BN menang..., apsal korang tak bising tahun 2008 dulu..?

    Elleeehhh..!!

  20. Assalamualaikum wbh
    Hujah hang baguih, ayat hang jelas. Tapi bukan semua manusia khususnya pengundi sentiasa berfikiran politik. Mereka hari2 fikirkan kerja dan macamana nak cari duit. Kalau kita cari duit dengan menulis, lain lah. Kita dulu sama-sama dalam parti, hari2 bersembang tentang politik dan isu. Kita sentiasa berada dalam kelompok org2 yg berfikiran politik. Kesempatan untuk bergaul dengan golongan yg diluar kotak politik dan parti memang cukup kurang. Dulu kita sama-sama di kawasan pejabat PAS jln pahang, pastu tmn melewar. Kini aku berada ditengah2 pelbagai ragam hidup manusia, pelbagai pegangan, berbeza pandangan, berlainan perjuangan. Kehidupan yg berkisar kepada bagaimana nak hidup, bagaimana untuk memenuhi keperluan esok hari.

    Aku bukan tak sokong bersih. Memang 100% sokong. Sebab aku juga berjiwa politik, hari2 mengadap blog politik. Adakah kita menganggap semua org macam kita. Yg faham banyak hal, yg tahu banyak segi, yg daya pemikiran melangkaui siratan.

    DIRECT TO THE POINT, mesej aku begini.
    Sebelum ni aku dah selesa melihat momentom rakan2, rapat dan rakan tak rapat, sahabat2 yg kita kenal dan sahabat yang tak berapa nak kenal bercakap mengenai kebenciannya kepada kerajaan UMNO/BN. Terus terang aku nak bagitau hang dan sahabat2 kita dalam perjuangan bahawa bukan bermakna mereka suka pada Pakatan Rakyat. Tapi sekurang2nya mengurangkan undi UMNO/BN dah cukup baik. Tapi apabila bersih 2. dilancarkan, rata2 kawan2, sahabat2 yang aku sebutkan tadi tidak bersetuju dalam apa cara sekalipun dengan UMNO/BN tiba-tiba meluat pada Pakatan Rakyat. Kalau boleh aku nak rakam setiap perbualan bagi pimpinan kita dengar bagaimana fikiran kumpulan yang aku katakan tadi. Memang la pendokong bersih 2 bersemangat, sebab mereka hanya dikelilingi oleh org yang mahukan cara kita, tapi ramai lagI kat luar sana yang tak mahukan cara kita. Aku berani bercakap besar bahawa kalau bersih ni berlaku seperti yg diwar-warkan 9 julai ni, CONFIRM PAKATAN RAKYAT AKAN HILANG BANYAK KERUSI. Aku bercakap bukan main-main, sebab aku lama dalam satu kumpulan dengan hang. Sekarang pun aku satu kumpulan, malah lebih matang. Tapi dlm masa sama aku sentiasa mencari ruang untuk menarik mereka 2 ini agar tidak menyukai UMNO/BN. Hasilnya amat baik, namun samada kerana aku ataupun kerana situasi semasa sebelum ini aku tak tahulah. Tapi kira positif la. Sejak akhir2 ni, tetiba melalui reaksi dan perbualan terkini berikutan isu terkini, BERSIH 2, aku jadi hampir putus asa, berjuang secara psikologi. Media lagi besar peranannya, kita tewas bakar, memang kita tewas. Ramai rakyat yg hari2 tidak bercakap politik yg ditemui dipelbagai lokasi menyatakan tidak setujunya bersih 2. Mereka memang tolak UMNO/BN tapi mereka lagi benci pada penganjur dan org yg memberi ruang kepada bersih ini menjadi ada. Ini bukan benda main2 bakar. Aku bercakap melalui survey yg sengaja aku buat untuk test persepsi terkini. Aku bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi strategi, khususnya di kedai kopi dan gelanggang2 permainan. Dulu aku seronok je dengar mereka2 ni dok belasah UMNO/BN, tapi sejak akhir ni tidak lagi, mereka bercakap mengenai kebimbangan. Aku jadi risau. Aku kata kepada mereka, bahawa benda bersih ni tak akan jadi, saja ambiga nak bagi gempak sj. Tak tau lagi nak cakap apa, so aku cari hang untuk sampaikan mesej ni, aku tulis panjang2, mana tau hang boleh faham dan mampu panjangkan lagi pada org2 di atas sana nu, yang tak tahu bahawa apa yg kumpulan cetek ilmu dikg dan kelompok pekan ni mahu dan tidak mahu. MAD BALING

  21. hb.UMNO menggunakan pelbagai instrument untuk menggagalkan BERSIH tapi insyallah kalau BERSIH boleh bertahan sehingga 9 julai maka suatu sejarah akan tercipta..BADWI PAS

  22. Setiap orang ada fungsi dalam masyarakat, maka Pak Bakar berhak pilih fungsi hidupnya sendiri - sebagai 'fighter' untuk lawan UMNO, tak kiralah apa jadi sekalipun.

    Cuma jangan jadi 'kuda tunggangan' org yg videonya tersebar luas tu sudahlah. Itu namanya bersubahat.

    -Malaymind-

  23. Monday, July 4, 2011
    Pas gali kubor sendiri
    Oleh kerana Pasrael sedar mereka telah menjadi mangsa keterlanjuran ambigau, anuwar berahi, dan komunis maka pasrael terpaksa menempuh bara yang di reka khas oleh deeayypig dan peegayrar.

    Di tambah pula apabila pihak polis menutup terus pintu rundingan atau sebarang tolak ansur kerana mereka masih berdegil memilih untuk meneruskan perhimpunan haram. Kini Pasrael mula merasa gundah bila melihat ramai pemimpin2 fuckatan di cekup, bantahan demi bantahan oleh rakyat dan golongan peniaga serta NGO2 yang bakal menjadi mangsa kerakusan peserta demo bershit nanti

    Mereka terpaksa menutup kebimbangan demi memastikan penyokong2 mereka tetap bersemangat menyertai demo bershit. Mereka juga sebenarnya lebih risau kerana mereka telah melakukan satu kesalahan serius iaitu cubaan memerangi yang di pertuan agung


    Posted by Kenn at 8:30 PM

  24. Hujah diatas hujah bodoh yang beshit tu UMNO/BN

  25. Kesilapan paling besar dan menjejaskan aqidah ialah bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008