Sedap!! Klik gambar di atas!

Apa jaminan rakyat tak akan dikencing seperti Nasharudin?

Pertama sekali saya minta anda ingat balik berita bertajuk "Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata". Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari kata, agenda akhbar itu ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Hata lagi, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin.

Ingat betul-betul berita di atas.

Dah ingat betul-betul berita tu, saya nak tanya pulak: Adakah Biro Politik Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan tu dari jenis moron terlampau yang langsung tak boleh nak agak Ustaz Nasharudin Mat Isa akan kecundang di tangan calon saat akhir yang ditaja oleh beberapa pemimpin utama PAS pada pemilihan dalam muktamar parti itu kali ini?

Memang la bongok. Orang selalu kata, kalau tak bongok, bukan Umno namanya. Tapi takkan bongok sangat sampai tak boleh nak agak Nasharudin sudah terlalu goyah untuk dijadikan sandaran harapan? Ish, tak mungkin depa bongok sangat sampai tak boleh nak mengagak perkara semudah itu.

Namun, anda boleh lihat sendiri Utusan tetap membantu Nasharudin hinggalah pada saat-saat terakhir. Sehari sebelum pengundian, Utusan tetap berusaha membantu Nasharudin dengan berita bertajuk "Gandingan Hadi-Nasha mantap". Nampaknya, para pemimpin Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan yang menjadi peliharaan mereka itu menjadi kawan dari kategori yang Orang Putih kata "a friend in need is a friend indeed" kepada Nasharudin.

Adakah Biro Politik Umno dan Utusan sebenarnya dari jenis kawan yang lebih setia berbanding beberapa pemimpin tertinggi PAS yang berpaling tadah dan menikam Nasharudin depan-depan dan penuh kejam? Dahulu puak kawan kencing kawan (KKK) dan kawan makan kawan (KMK) itu gunakan Nasharudin ikut suka nafsu mereka. Menjelang dan ketika berlansungnya pengundian dalam muktamar PAS yang kini sedang berjalan, mereka yang bersimpati kepada Nasharudin merungut bagaimana Timbalan Presiden PAS itu (ketika posting ini ditulis) dikhianati, ditinggalkan berseorangan malah dihempuk segala kesalahan ke atasnya oleh puak KKK dan KMK itu. Jenis-jenis KKK dan KMK itu bukan sahaja berpaling dari Nasharudin, malah dirungutkan juga bahawa mereka turut mengkambinghitamkannya.

Untuk makluman, sebahagian puak KKK dan KMK tersebut berada di dalam Jawatankuasa PAS Pusat dan aktif pusing Malaysia untuk berkempen memenangkan calon saat akhir tajaan mereka. Saya kasihan calon tajaan itu. Adakah dia tidak fikir dia juga boleh menerima nasib yang sama seperti Nasharudin? Kalau kat Nasharudin senang-senang ja depa kencing, apa yang boleh menghalang depa kencing juga calon tajaan itu satu hari nanti? Allah Maha Melihat, dari dulu lagi saya amat menghormati peribadi calon tajaan itu dan saya mohon janganlah beliau mudah diheret tengkuk oleh puak KKK dan KMK itu.

Nanti anta pun depa kencing macam depa kencing Nasharudin.

Persoalan penting yang saya nak tanya: Adakah kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Biro Politik Umno dan Utusan yang sekurang-kurangnya tidak kencing Nasharudin ketika dia kesusahan? Jika benar kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Umno serta Utusan dan mereka pula berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat, bagaimana nasib rakyat jembel seperti saya?

Kalau puak KKK dan KMK itu berkuasa, apa jaminan depa tak akan kencing rakyat jembel seperti saya seperti depa kencing Nasharudin dengan penuh sadis, dengan penuh kejam?

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kena kencing ke, kena kambinghitam ke, apa peduli!
    janji duit dah dapat berguni-guni, rumah besar, kereta besar pun dah dapat.
    bini pun dah tambah kot?...apa kau orang ingat ulamak tak dak nafsu ke?

    walak jangan tak walak pak bakaq oiiii!

  2. insyaalah puak perpaduang GG ni akan kecundang ditangan perwakilan yang sudah celik politik,al maklum nak merentah negeri kena pandai la elak di kencin...BADWI PAS

  3. perghh..muka depan tu..baik nyer promote..siapala akan terperangkap dengan mainan kali ini

    PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?

  4. aku suka je gandingan yg baru menang nih..cuma hj hadi je yg tak best..cam lembab banyakkk

  5. Hummm....

    Sekarang aku confirm..., memang sengaja UMNO sokong Ustaz Nasa.., supaya dia ditumbangkan oleh perwakilan PAS... Sekarang apa dah jadi...? Mana dia "Kepimpinan Bersama Ulamak"..?

    Dah jadi "Jom Seronok dipimpin Mat Sabu...!!"

    Aduuhh... tolooong laaa....!!

  6. Syukur Ayotollah Mat sabu dah menang. Tak sangka banyak juga orang PAS terpengaruh dengan utusan.

  7. Abang Mat! kalau depa kencing bang mat, mai join DAP , kami anak anak muda tetap bersama bang mat , ini baru kaw punya! long live mat sabu...

  8. Gandingan Tok Guru Hj Hadi dan Mat Sabu adalah pilihan perwakilan pas dan aku secara peribadi amat menyokong nye....

    Mat Sabu sudah terbukti mampu menempuh berbagai halangan dan kekejaman toghut samada di dldalam mau pun di luar penjara........walau pun bukan ulama'(sebab tak de sijil).....tetapi puluhan tahun Mat Sabu bersama dan di tarbiah oleh ulama'2 dlm Pas.
    (sahabat juga tak de sijil).....

    Dan dlm "keadaan politik" sekarang ini , org2 spt Mat Sabu amat di perlukan....jgn lupa Khalid Al Walid di lantik sbg Panglima Perang ketika beliau hanye hafal "4 qul" shj...........

    Di tambah pula dgn gandingan dr rakan2 kepimpinan laen dlm PR spt DSAI dan Guan Eng(sekadar menyebut beberapa nama).....yg juga telah di uji di dlm dan luar penjara.........

    Gandingan mantap PR yg di barisi oleh mereke2 yg telah melalui berbagai ujian hebat dan penindasan serta kekejaman tahap giler selama bertahun2 oleh umngok apco....adalah satu gandingan yg di kira mantap utk berdepan dgn se ekor babi hutan ganaz bersaiz big m*m* yg sdg luka parah.............hehehehe

  9. sembang macam bagus ja..awat hang xmasuk bertanding sekali??setakat sembang memang senang bukan kena bayaq pun....

  10. Kat blog nie memang utk sembang(post komen)............
    ape masaalah nye.....???

    kat luar sana plak utk gerakerja .........tak kan nak post komen kat dinding bangunan.......????

    Kalau nak post komen kena guna otak kat dlm kepala tu utk berfikir........pastu baru taip..........harap maklom erkkk.........!!!

  11. blh jalan lar org2 tua berlagak ustaz sume dlm pas..berlagak ustaz konon tapi hati masing2 busuk...dah habis dah zaman hipokrit korang semua..ni zaman rakyat yg berkuasa..kalo korang sibuk lagi dgn ustaz2 bangang korang confirm tak lame lagi je PAS ni....baik kami anak muda sokong DAP kafir tapi jujur,dari sokong org islam busuk hati kaki giler duit...

  12. buat baik cakap belagak baik.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008