Sedap!! Klik gambar di atas!

Perancang bunuh yang lebih bangang dari sinetron

Saya hampir tidak pernah menghadiri majlis ceramah pembangkang. Nak kata tak pergi langsung, takut ada satu ada satu dua yang saya pergi pulak. Kata tak pernah langsung, sat gi bohong pulak.

Saya juga hampir tak pernah buka rakaman ceramah pembangkang dalam Internet. Kalau ada pun yang saya rajin tengok, ialah rakaman-rakaman bergaduh dalam Parlimen, kalau saya tak sempat tengok siaran langsungnya.

Saya tak pernah tengok, tambah-tambah ceramah atau rakaman ceramah ketua-ketua pembangkang yang berbaik-baik dengan Umno sama ada dalam gelap atau yang menunjukkan body language yang amat menjijikkan ketika bertemu kepala Umno. Selain ketua-ketua pembangkang jenis tu, saya jugak tak nak tengok rakaman ceramah ketua-ketua pembangkang yang mengamalkan kronisme dan lepas tu meletakkan beban ke atas Islam pula - kononnya Islam menghalalkan kronisme (Hello! Bila Quran sebut "zil-qurba", itu merujuk kepada mendahulukan bantuan kepada saudara terdekat yang memerlukan. Bukan berbagi-bagi peluang anak beranak).

Jenis-jenis yang berkendak dengan Umno dalam gelap, yang menunjukkan body language yang amat menjijikkan bila berjumpa kepala Umno, yang kroni atau yang apa saja buruk kelaku, mata saya tak larat tengok muka depa dan telinga saya tak larat dengar suara depa!

Tapi yang saya tak boleh dengar langsung depa bercakap dan tak boleh tengok langsung muka depa bila mulut depa bercakap ialah kepala-kepala Umno. Tak tau nak guna istilah apa. Tapi kalau guna istilah aura, aura depa sangat-sangat buruk. Bila tengok depa, dan-dan saya rasa runsing, rimas, lemas, serabut, kacau, macam-macam perasaan dan tekanan yang negatif. Saya tak mereka-reka, Allah Maha Menyaksikan. Boleh jadi ramai yang rasa macam saya rasa.

Sebab itulah, antara benda yang saya pantang tengok dan di rumah saya mesti tutup TV time tu ialah berita - tak kira la berita TV mana pun. Sebab berita TV mana pun muka kepala-kepala mesti keluar punya.

Tetapi, walau begitu sekalipun, saya tidaklah pernah terlintas nak bunuh depa. Pertama, saya tak ada kemampuan pun. Kedua, kalau saya pegang pendirian bahawa pendirian politik mereka adalah hak demokratik mereka (yang saya tak tahan buruk kelaku depa), samalah juga dengan hak mereka untuk hidup. Mereka berhak untuk hidup.

Tak sependapat dalam soal politik sekalipun, tidaklah sampai teruk sangat hingga tak nak sembahyang sekali dengan depa, tak nak mengiktiraf depa Islam apatah lagi nak menafikan hak mereka untuk hidup. Tak sependapat atau bersaing dalam politik sekalipun, takkan la sampai nak membunuh kot.

Dah la tu, siap bagi preempt pulak tu. Banyak cerita dalam TV aku tengok. Tapi belum jumpa jenis bodoh lagu tu. Dah la nak bunuh, siap preempt pulak tu. Penulis skrip sinetron pun tak gamak nak tulis lagu tu, walaupun sinetron tu adalah antara benda yang paling teruk dan paling bangang yang pernah saya tengok sepanjang hidup saya.

Yang menarik perhatian dalam laman berita hari ini:
Who do you believe - Anwar or Perkasa? (Malaysiakini 23/5/11)
The Perkasa link in the Anwar car sabotage or murder bid (Malaysia Today 23/5/11)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. sebab tuh ada org kata cabaran sumpah laknat terhadap Anwar tuh supaya kalau Anwar bersumpah ja, senang diorg nak aniaya Anwar n keluarga, lepaih tu kalau jadi apa2pon keluaq dalam semua berita "Anwar dan keluarga di makan sumpah"

  2. Suka hati hang lah pak bakaq. aku rasa hang ni sakit mental kot...

  3. Kurang segar demo ni.

  4. Pak bakaq sebenarnya manusia khususnya Umat Islam termasuk di negara Arab yang bergolak sekarang ini.Banyak persolan timbul sejak akir akhir ini dan saya tertanya tanya apa yang sebenarnya rakyat Arab kehendaki dan juga apakah PAS serta ahlinya sedang tercari cari setelah belakunya suatu perubahan dalam dunia Islam? Apakah revolusi itu yang di takdirkan terhadap umat arab merupakan manhaj perjuangan umat islam akhir zaman dalam kontek mencari perubahan pucuk pimpinan negara serta menukar sistem yang lebih adil pada rakyatnya, atau sistem yang dilaksanakan oleh pemerentah itu sendiri yang memaksa rakyatnya untuk bangkit memberontak membuat revolusi.Demikianlah fenomina baru yang belaku di mata kita dengan tiba tiba.Nak kata puak Islam dari mana mana Parti Islam yang memimpin revolusi di Arab tu pun rasa nya tidak sebab yang bangkit adalah rakyat jelata bukan nya puak ulamak atau puak ustaz yang berada di barisan hadapan.

    .Sampai sekarang pimpinan gerakan Islam masih tak mahu beri jawapan dimanakah mereka puak puak ustaz di mesir dan tunisia ketika rakyat sedang bangkit mengadai nyawa dan bermandi darah .Justru apabila kejayaan revolusi di capai oleh rakyat tiba tiba muncullah puak dari parti Islam Seperti Ikhwan puak berserban ,puak ustaz ni memburu jawatan dan kuasa politik seperti yang sedang belaku sekarang ini.

    Apabila ruang memiliki kuasa lebih terbuka di perkenalkan maka kedengaran lah pemimpin yang tertentu membuka mulut baru berani bersuara.Apa yang saya nak persoal di sini yang terkorban yang mengadai nyawa adalah rakyat yang tidak setinggi mana ilmu mereka tapi muncul setelah berjaya revolusi ialah puak puak ustaz nak kaut habuan kuasa politik.Setelah sekian lama bersembunyi hidup di biayai budaya kagum berjaya revolusi maka keluarlah puak puak ustaz dan ulamak ni nak ambil tempat seolah olah mereka lah Hero.
    Apakah rakyat yang jahil dari segi ilmu di beri pertunjuk dan hidayah untuk bangkit membuat perubahan mankala pemimpin yang di hiasi budaya kagum dengan ilmu seperti ustaz dan ulamak kerja nya menanti habuan untuk mengantikan kuasa politik dan mencaturkan politik negara.Saya tak nampak dimana resionalnya dalam cara kempin muktamar PAS kali ini.Rasanya bau pekong dan hayir dah mula di hidu.Apakah kah PAS mencari pemimpin yang hanya berilmu atau mencari PEMIMPIN YANG DI BERI HIDAYAH DAN PERTUNJUK.Apakah seseorang yang berilmu itu sudah semistinya di beri hidayah dan pertunjuk manakala yang mengadaikan nya berkorban untuk perjuangan tidak layak mendapat hidayah dan pertunjuk hatta tidak sesuai jadi pemimpin.
    Boleh jawatan tertinggi dah mula nak cari jalan singkat untuk tidur sebantal dengan UMNO/BN.Nak tanggong risiko penjara atau di tangkap pun takut maka tak sangup turun jalan raya Demo .Takut kena denda lebih Rm 2000.oo dan tak layak bertanding dalam PRU nanti lepas lah peluang jadi MB atau PM atau Tim PM atau M,M yang lain..Macam ni punya pemimpin saya rasa elok undur diri dan saya rasa berdosa bagi mereka yang lantik puak puak ini.

    Bila turun jalan raya misti Ahli bawah bila nak jawatan dan kuasa misti puak Ustaz dan ulamak.Kitab mana yang puak puak ni pakai saya masih tercari cari!!!!!

  5. aku pun rasa macam tu jugak, tak pun sakit hati...., hati dia dah keras tak boleh nak terima benda yang baik-baik , tau dia dia suka tgk org islam gaduh2, nak senyum ke, nak buat body language yang baik sikit pun tak boleh... sudah2 la pak bakaq oii hang pun dah meningkat umur, jgn la dok maki dan nak fitnah org je, tulisan hang ni kalau tak betul ke apa ke kan dah jadi fitnah tu... hang pun baca2 kat mana2 hang tulis kat sini, sumber hang ambik tu pun belum tentu betul, jadi berhati-hati lah... Allah dah bagi peringatan kat hang dah tapi hang tak sedar2 lagi, hang fikir la balik apa yang Allah dah tarik dari hang tu..., so saya sebagai saudara muslim cuma nak nasihat dan ingatkan je. JAUHKAN DIRI DARI FITNAH.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008