Sedap!! Klik gambar di atas!

Biar anak bini lapar, bangsa Umno mesti dipertuhankan

Sabarlah cik gu, begitu kata bangsa Umno.

Tak lama lagi, bila harga barang makin mencekik leher rakyat, poket pun boleh kosong. Bukan takat poket, perut pun mungkin kosong tak habis-habis. Pada masa itu bangsa Umno akan kata lagi dan lagi, sabarlah rakyat.

Pada masa itu juga kita akan melihat lebih banyak drama membelasah DAP, membelasah Kristian dan apa saja yang bukan bangsa Umno. Maklumlah, kalau tak belasah DAP, nanti orang Melayu menjerit harga barang naik. Nanti orang Melayu akan menjerit, anak bini kami selalu tak cukup makan. Anak bini kami selalu lapar!

Walaupun menjadi belasahan mereka, di hati bangsa Umno, DAP hakikatnya adalah messiah yang menyelamatkan bangsa itu. Dalam diam bangsa Umno berterima kasih kepada DAP. Nasib baik ada DAP, dapatlah kita tipu bangsa Melayu tak habis-habis, kata bangsa Umno dalam diam.
Biar minyak naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar barang makan naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar semua barang naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar poket kosong, pertuhankan bangsa Umno!

Biar hidup merempat, pertuhankan bangsa Umno!

Biar harga barang mengamuk, dengan darah bangsa Umno dipertahankan!

Biar kosong poket, ikat perut, dengan darah Utusan Malaysia dipertahankan!

Ingat kamu bangsa Melayu, di antara bangsa Umno dan duit di dalam poket kamu, bangsa Umno yang kamu mesti pertahankan!

Biar poket kosong, biar perut berkeroncong, biar anak bini meraung tak cukup makan kerana barang makin mahal, bangsa Umno mesti dipertahankan!

Ingat kamu bangsa Melayu, jangan pertahankan duit dalam poket kamu, jangan pedulikan anak bini yang tak cukup makan kerana barang makin mahal, biarkan! Pertahankan bangsa Umno!

Ingat bangsa Melayu! Bangsa Umno adalah tuhan-tuhan kamu! Utusan Malaysia kitab suci kamu!
Bangsa Melayu oi, sampai bilakah hampa sanggup melihat bangsa hampa diperbodoh dan diperhambakan bangsa Umno? Bangsa Umno berlagak seperti Tuhan, bongok memerintah dan hanya tahu nak tibai poket rakyat, potong subsidi, tindas dengan GST, hampa masih nak jadi pecacai bangsa Umno, pak yet bangsa Umno? Mengapa tak selamatkan duit dalam poket hampa? Awat gatai sangat menanggung biawak hidup yang bernama bangsa Umno?

Alahai Melayuku, malulah kepada bangsa-bangsa lain! Jangan kerana mempertahankan bangsa Umno, orang Melayu akan diejek sebagai bangsa yang paling bangang dalam dunia! Bangsa Melayuku, berimanlah kepada Allah, janganlah jadi pecacai taghut!

Apa nak takut DAP! Kalau hampa beriman kepada Allah dan menolak taghut serta menguatkan bangsa hampa dengan ilmu dan kemahiran, jangan kata badan dan maruah hampa, bulu roma hampa pun DAP tak mampu nak gugurkan!

Berkaitan:
DPM: Prepare for price increases (The Star 20/5/11)
Anwar: Harga makanan dijangka naik 30 peratus (Malaysiakini 21/5/11)
Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkat (Malaysiakini 20/5/11)
Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan (Malaysiakini 18/5/11)
As belts tighten, Anwar tells poor to punish Umno (Malaysian Insider 21/5/11)
Pemuda bawa usul kenaikan harga barang (Free Malaysia Today 21/5/11)
Steep decline of IMD competitiveness rankings proves investors has had enough of Najib's 'transformation' rhetorics (Malaysia Today 21/5/11)
Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata Perkasa (Malaysiakini 20/5/11)




Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sejak Omegay keluar Abim anak bini pun dah terlebih makan sampai muai. Tangan panjang..........totey pun panjang.

  2. adakah kita patut berkata segala masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah angkara UMNO, seolah olah tiada satu faktor lain yang menyumbang kearahnya. Saya ingin memberi cadangan disini kita beriman kepada Allah seperti bangsa bangsa di Timur Tengah dan lepas itu kita cuma duduk sahaja tanpa ada apa apa, dan berharap kenaikan harga makanan/minyak dunia akan settle sendiri. Kemudian kita reka alasan bahawa kemiskinan adalah zuhud. Saya pun mengundi PAS jugak semasa PRU dulu, tapi saya sedih apabila meletakkan kesalahan kepada orang lain tanpa muhasabah dan kajian yang menyuluruh.

  3. Apa nak takut DAP ??? Fulamak...sikit punya class slogan hang Bakaq...Confident gila..macam baguih ja.. Ok la tu...semangat mau ada.. jangan kena torak suudaaahh...Kut sat gi depa usung penyapu kali kedua besaq punya...

  4. ANO 3,hang ni bangsa umno la..takut tak tentu arah

  5. Umno akan meragut kebahgiaan rakyat dari masa kesemasa, untuk membantu membahgiakan puak puak UMNo dicawangan cawangan, setiap ahli umno akan dapat durian runtuh duit dari ketua bahagian hanya untuk yang cerdik sahaja, yang bodoh dalam UMNO kena jual oleh sicerdik pandai dalam UMNO.

  6. Sejak bila rakyat betuhankan Umno..Fakta jelas mmbuktikan bahawa hanya golongan pembangkang(bkn pembangang) terutama PAS yg sgt taksub terhadap pemimpin hingga mentaati pemimpin walau dalam keadaan yg ternyata salah.Mempermainkan dosa dan pahala serta syurga sehingga diketawakan oleh bangsa lain termasuk DAPig.. Kenapa hendak dislahkan Umno jika anak isteri xmakan.Itu adalah tgjawab anda sebagai suami.Adakah dgn mghabiskan berjam2 mndengar maki hamun dan berbaring diatas jalan raya ,berdemo selepas solat jumaat dll itu dapat menambahkn pendapatan sekaligus mengenyangkn keluarga anda?Tolonglah.Jika taksub sekalipun pada pelakon video lucah dan ulamak politik, jgn sesekali menonjolkn kebodohan dan kebebalan diri anda.Kerana itu adalah maruah diri anda dan keluarga.Berhenti menyalah dan menyalak kepada pihak lain sedangkan kita sendiri tak pasti adakah perjuangan kita ini benar2 suci dan maksum.. dicadangkan agar anda berhenti berblog dalam ruang maya internet ini kerana ia adalah kerja usaha UMNO melalui Tun Dr MAhathir yg mmperkenalkn MSC dll.. Nanti anak bini xmakan plk sbb asyik berblog.. Ambik masa utk berfikir dgn waras dan jgn membuta tuli mengolah isu tnpa berani membahas..Wasalam..

  7. Adalah diharapkan agar anda tidak menyalahkan Umno jika ada anak bini penganut PAS mengandung..Mungkin Ketua Umum PKR juga terlibat..

  8. Ya saya berani katakan Orang Melayu totok sangup tuhan kan bangsa Melayu hingga sangup melihat keluarganya sendiri kelaparan.Umno mahu candukan Melayu dengan semagat kebangsaan sempit hingga demikian rupa agar beberapa orang pemimimin UMNO/BN terus megaut harta Rakyat melalui kontrak dan Projek.Pemikiran orang Melayu masih totok dan ketinggalan.Tegok apa jadi pada Negara Arab yang sedang bergolak.Dimana silapnya adakah sebab bangsa Arab memerentah Arab atau bangsa lain cuba menrampas kuasa yang sedia atau bangsa arab mengunakan sistem yang korrup memerentah dengan menzalimi rakyatnya.Bila belaku revolusi maka di situ Allah bongkarkan betapa zalim nya mereka itu membawa lari berbillion USD Harta Rakyat bersama mereka .Kenapa boleh jadi demikian apakah sebab sistem yang mereka amalkan dalam pemerentahan mereka yang selama ini telah menghancurkan masa depan rakyatnya sendiri.

    Sambong

  9. Sambong....
    Tidakah kamu sedar bahawa sistem ciptaan manusia senentiasa memberi ruang dan membuka peluang bagi pemimpin mencari habuan dan kaut kekayaan harta Rakyat .Ini sedang belaku di seluruh Dunia.Dan yang tebaru adalah di Sepanyol sedang bergolak.Sistem ciptaan manausia yang belandaskan kepada nafsu tidak mengira apa bangsa sekalipun asalkan ianya harta Rakyat maka di situ peluang baginya telah ujud khusnyanya bagi mereka yang berkuasa dan membuat keputusan terhadap cukai Rakyat yang di kutip .Disitu lubuk untuk kaut kekayaan dengan berbagai cara Rasuah dan kroni ,peyelewengan dan nepotisma.Kejatuhan Empire ROM juga berpunca pada yang sedemikian.

    Tidakkah apa yang sedang belaku di seluruh dunia Allah telah membuka hijab pada hambanya khususanya rakyat jelata yang di zalimi supaya berfikir dan memberi pertunjuk .Allah tidak memberi hidayah bagi pengusa yang zalim hingga mereka tersunkur dalam lembah kehinaan.Ben Ali ,Husni Mubaruk, paa yang sedang terjadi pada mereka sekarang ini Konel Gadafi menati hari membilang jari Raja Abdullah Arab saudi dan Jordan,juga sedang menghitong hari.

    Pertunjuk yang Allah sedang tunjukan pada manusia masa kini Hakikatnya sama dengan sistem yang diamalkan di Malaysia dan dunia Arab dan lebih afdal lagi dunia pemimpin Islam.Sistem yang menjurus rakyat semakin hilang segala galanya .Kini Rakyat terpaksa menanggong beban kos kehidupan semakin memuncak Bukan kah sistem yang di amalkan kan oleh Pemerentah ia itu UMNO/BN sekian lama membenarkan ianya bertindak demikian tanpa belas kesian pada rakyat.Dalm satu tahu harga barang naik berapa kali,Minyak semakin kerap kena isi.Kebocoran wang negara mengalir keluar melalui poket poket pemimpim politik yang bermazhab UMNO/BN.

    Apa pun alasan yang diberikan mereka terhadap tuduhan pembangkang hanya lah sebagai dalih tetapi tiada langsung tindakan untuk meyekat atau memperbaikinya.Rakyat jadi rosak atau korrup disebabkan oleh pemimpin.Pemimpin yang korup berasal dari politik yang korup.Ahli politik yang korup menhasilkan sistem yang korup.Maka segala akibatnya kembali pada rakyat menanggongnya .

    Pemimpin yang mengaut harta rakyat terlepas begitu saja.Satu demi satu mengikut giliran.Sebelum najib kita nampak Menatu Pak Lah punya angkara dan sekarang Bid mama dan Adik najib mengambil giliran.Semuanya telah jadi budaya yang seolah olah mustahil di tukar budaya rasuah menjadi sembahan pada pemimpin UMNO/BN.

    Rakyat sesebuah negara tidak pernah rosak di sebabkan kaum nya atau budaya atau amalan ugamanya tetapi Rakyat dan negara rosak sebabkan Pemimpin Kerajaan yang Korup dan terus menerus mengkorupkan rakyatnya.Lihat saja lah Isu Moral sek hendak di gunakan sebagai senjata pada masa depan politik negara adilkan politik yang sedemikiann..Morak sex hendak digunakan untuk menutup segala penyelewengan harta Rakyat.Mana Rasionalnya dalam hal menjaga amanah Rakyat dan Moral Peribadi pemimpin sebagai modal politik yang sangat jijik dan tidak bertamadun..Wahai pemimpin kau nak minum arak ,nak bezina berapa ratus perempuan itu kau punya Hal sebab itu dosa kau dengan tuhan hak tuhan untuk hukum kamu tapi Harta Rakyat jangan kau Rompak itu hak kami untuk menghukum dalam PRU nanti.

    sambong...

  10. Ekuiiti bumi putra dalam bidang Ekonomi telah kembali pada 1969,tanah rezab Melayu bertukar tangan pada bukan Melayu,Saham Bumiputra siapa yang pelingkop . Subsidi sepatutnya pada rakyat di beri pada kroni Melayu yang terdiri dari pemimpin UMNO/BN.Bank bumiputra siapa yang lingkopkan apa kah Cina atau bangsa Lain.Sudah tentu tidak semuanya angkara Bangsa Melayu bermazhab UMNO/BN bermahharaja lela dengan sistem yang diamalakan memberi ruang bagi mereka.Tidak salah saya katakan semua nya ini disebabkan sistem yang korrup yang terus diamalakan oleh UMNO/BN .Tapi masih ada melayu yang bangga dengan amalan UMNO/BN ini.Di akhir kalam Melayu sendiri jadi papa kedana.Angkara siapa? Kenapa menyalahkan DAP dan bagsa asing kononnya mejejaskan kuasa Melayu .Apakah Melyu UMNO/BN belum puas merompak harta Rakyat.Nak tunggu ke tahap mana lagi untuk melayu sedar diri .Apakah merempat seperti rakyat India yang tidur di tepi jalan baru nak sedar.Kenapa Melayu masih tak mahu sedar yang melingkopkan kita khususnya bangsa Melayu dari segenap aspek kehidupan,Sosial ,ekonomi,dan Politik adalah angkara bangasa Melayu sendiri.Saya rasa sungguh malu pada bangsa asing apabila kita sendiri yang menjahanakankan bangsa kita melalui sistemn yang kita sendiri buat tiba tiba bila rakyat sedar dari mimpi ngeri kita menuding jari terhadap bbangsa asing.

    Apakah Barang terus naik minyak terus naik sikit hari lagi bill elektrik naik. semua mala petaka ini kita nak salahkan politik kaum lain apakah mereka tidak menderita seperti kita.Kenapa tiba tiba sentiment bangsa atau ugama di maikan di saat saat rakyat keseluruhan semakin lemas apabila simpanan semakin kering,tanah terpaksa di jual rumah di lelong oleh pihak bank semata mata untuk meyekolahkan anak kenapa pemimpin UMNO/BN tergamak menghidangkan rakyat dengan Vedio lucah bermain sandiwara liwat tak sudah sudah.

    Rakyat menuntuk Keadilan islam meghukum yang bersalah melakukan rasuah dan merompak harta Rakyat sehingga jadi miskin itu yang Rakyak.Raklyat sudah tidak peduli sipa yang yang memerentah asalakan dapat melaksanakan keadilan pada rakyat.

    Saya ingin bertanya salah nya dimana wahai bangsa ku yang namanya Melayu apakah salah pada bangsa atau bangsa itu masih tidak mahu megunakan akal yang di anugerah tuhan.Atau masih tidak mendapat hidayah dan masih di konkgkong oleh hawa nafsu yang sentiasa menginginkan habuan yang mudah dan mengikut syaitan.

    Kenapa kita misti terus meyembah Sistem yang di cipta oleh UMNO/BN yang sedang membawa kerosakan pada keseluruhan Makluk di bumi Malaysia kearah kehancuran.Masih tidak terhidu betapa pekong dan hanyirnya setiap tindakan serta kata kata mereka mereka yang korrup apabila menjawap sesuatu isu rasuah.Tidak terasa pekongkah apabila hakim,SPR,SPRM.PDRM di gunakan sebagai perisai politik mereka bagi mereka yang mahu mempertahankan kezaliman yang mereka lakukan.

    Salahnya dimana tolong jawap apakah pada sistyem yang di amalkan yang tiada keadilan yang dituntut ia itu Islam dalam pemerentahan.Rakyat semua kaum semakin tersepit manakala Syarikat Kroni UMNO/BN terus nikmati subsidi ber billion RM setiap tahun.Setiap tahun akan istihar keuntungan.Bila Untung besar bawa wang keluar Negara macam Daim Zainuddin.Inilah yang dikatakan sistem pemerentahan ala UMNO/BN yang bertopengkan demokrasi semata mata memperkayakan kroni.Buta kah orang melayu semua yang masih meyokong UMNO/BN.

    Bila Rakyat menolak sistem yang UMNO/BN laksanakan maka di hiasi dengan politik Lubang najis dan Celah Kankang Jalang.Pokoknya politik celah kangkang ini boleh kah meyelesaikan masalah Rakyat yang kian hari kian tercepit.

  11. Saya suka post ini. Contoh bagaimana cara untuk supaya orang menyembah dan tidak terlepas dari genggamannya... maka jadilah ia seperti tuhan, baru dapat semua yang di inginkan, semua ikut kehendaknya...dan ia berlaku dalam sedar atau pun tidak. Contohhhhh...

    namun, semuanya jadikan cermin diri juga... kambing berak tepi jalan tu pun, adalah cara tuhan mengajar manusia... semuanya untuk manusia...

    best2...

    tq.

  12. "orang Melayu akan diejek sebagai bangsa yang paling bangang dalam dunia!"

    saya tolong perbetui, bukan "akan" tapi "dah lama"

    sebab apa? sebab dok bangga dgn melayu, dok pertahan melayu sampai tggai agama!
    hat tu yang jenis amik ringan agama! hat ada agama dok kalut pertahan mazhab, dok kalut nk kapiaqkan mazhab lain. ada ilmu takat tngkatan 5 ja dah la,menyalak mengalahkan mufti.

  13. Anonymous said...

    Saturday, May 21, 2011 6:21:00 PM GMT+08:00.........

    memang tak ceghedik anon nie.....

    lu pikiaq le sendiri sendiri.....

    kah kah kah.......

  14. Gud one pak bakaq, depa yg kaya raya mesti tak kisah harga naik, tak luak harta depa. Pi mampuih kat depa lah
    Awang kenit

  15. bila nak makan tengahari seluk poket ada RM5.00, cuba teka boleh makan lauk apa?

  16. Yang Kaya Bertambah Kaya,
    Yang Papa Bertambah Kedana,
    Yang Bodoh Sedia Diperbodohkan,
    Yang Anjing Sedia Diperanjingkan,

    Wahai Rakyat Malaysia,
    Mari berfikir sejenak..Apakah kerajaan UMNO benar benar relevan pada hari ini untuk menjadi pemerintah???

    Fikirkan???
    Malaysia sekarang bukan sahaja terdiri dari kerakyatan Malaysia sahaja tetapi terdapat berjuta penduduk asing dalam Malaysia peliharaan UMNO..Rakyat peliharaan UMNO yang menguntungkan terdiri daripada Negro, Bangla, Indon, Vietnam, etc. Fikirkan kenapa tindakan hangat hangat taik babi apabila bajingan ini dibiarkan berkeliaran dalam Malaysia..Adakah anda hendak lihat mereka ini semacam rakyat Filipin yang mendapat keistimewaan di Sabah..

    Fikirkan????
    Iklan semacam beruk makye dalam TV untuk menerangkan kenapa harga barangan naik ditunjukan..Iklan ini sememangnye cukup menarik untuk anjing anjing UMNO menjaja kenapa harga barang patut naik pada orang orang bodoh yang tak mahu berfikir..Dalam iklan menyatakan KERANA PERTAMBAHAN PENDUDUK MAKA HARGA BARANGAN PUN TERPAKSA DINAIKAN..Fikirkan!!!! Siapa yang menjemput masuk pendatang pendatang asing ke Malaysia dengan bebas???Berapa juta rakyat haram jadah peliharaan UMNO ni di Malaysia??Apa tindakan penguatkuasaan?? Sekuat mana penguatkuasaan???

    Fikirkan???
    Apakah benar UMNO menjaga rakyat atau hanya menjaga kepentingan kroni???Kembangkan minda luaskan pemandangan...Teliti baik baik politik UMNO dalam Malaysia..Setiap sesuatu yang dilakukan pasti ada kepentingan peribadi..

  17. Hang bubuh nasi Rm 1.50 +Ikan Sekok Rm 2.00 siap kuah.Teh tarik Rm 1.50.Dah kenyang tu.Balik jalan kaki tol tak payah minyak pun tak payah.PRU 13 ni pangkah BN

  18. Yang kaya tu sekejap je kerana kaya pun sebab makan duit rakyat. Ada projek adalah duit masuk, maklumlah kroni. Yang papa itu akan terus papa kerana berharap sangat kepada subsidi aje.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008