Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku lawan Umno fasal dia jahat

Lebih sebulan tak main blog. Jangankan blog, internet tak main, surat khabar tak tengok, berita dalam tv aku benci, semua tak. Hanya tau sikit-sikit cerita bila kawan-kawan bersembang di kedai kopi atau ada yang hantar sms atau telefon. Seronok jugak hidup begitu.

Ada orang tanya, bakaq dah mampoih ka? Tak mampoih lagi. Dok gemok serupa tu la. Sebut pasal mampoih, harap sangat saya sempat bertaubat sebelum mati.

Sebenarnya, punca tak dak internet ialah bila pindah rumah. Bila Telekom lambat sangat proses pindah line ke rumah sewa yang baru ni, saya jadi malas. Bila line dah ada 23 Mac lalu, komputer pulak rosak tak repair-repair lagi. Ni pun ciluk sat laptop anak ni. Dia keluaq dengan Pak Lang dia tengok MU berentap dengan Chelsea. Budak tu tergila-gilakan MU. Macam bagus sangat MU tu.

Selain rumah sewa yang baru serta jiran-jiran baru yang baik-baik belaka, memang banyak perubahan yang saya alami. Perubahan terbesar ialah kehilangan anak yang sampai la ni saya rasa tak tau nak cakap la. 14 Mac lalu genaplah 100 hari dia meninggalkan kami. Sampai la ni saya, isteri saya dan tiga lagi anak saya yang masih ada, abang dan dua kakaknya, terasa sangat kosong dan hampa. Rumah rasa kosong. Dalam hati lagi la kosong. Pedih. Sampai la ni kami menangis kalau duduk bersama bersembang fasal dia, bila berdoa untuknya. Allah tolonglah ampuni, kasihani, sejahterakan dan maafkan anak saya!

Allahummagfirlahu, warhamhu, wa'afihi. wa'fu'anhu.

Yang tak berubah dan semakin berapi ialah kebencian terhadap mudharat terbesar negara ini, Umno. Yang tu tak upaya nak ubah. Yang saya bersyukur ialah saya tak benci Umno kerana saya 'asabiyyah kepada parti-parti lain. Peduli apa aku parti-parti lain. Saya benci Umno kerana kelaku Umno sendiri. Sebab itulah, bukan saya yang menentukan sama ada saya benci kat Umno atau tidak. Umno sendiri yang menentukan. Kalau setakat cakap "berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin bedebah, lagi kuat aku berdoa supaya Allah s.w.t. mela'natkan jibta wat-taghut.

Memang, saya benci Umno bukan sebab saya suka sangat kepada mana-mana parti yang lawan Umno. Saya benci Umno kerana kelaku jahat Umno itu sendiri. Dan, bukan saya yang boleh menentukan kebencian saya dapat dipadamkan. Kelaku Umnolah yang menentukannnya. Setakat hari ni, kelaku Umno bukan sahaja bertambah jijik, malah saya tak nampak lagi sebarang harapan kelaku dia boleh jadi elok.

Kalau nak kata benci Umno kerana pembangkang, pembangkang pun saya benci berapi kalau kelaku dia jahat macam Umno atau boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno. Yang kata boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno ialah jenis bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno. Dah la dia ditipu Umno, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno. Jenis tu lagi tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno.

Dan kalau benarlah ada pihak dalam pembangkang yang disiasat tuduhan ke atasnya oleh pihak berkuasa dok berbaik-baik dengan Umno supaya dirinya atau ahli keluarganya boleh terlepas dari tindakan, jenis tu lah yang paling jahat sekali. Asal diri sendiri atau ahli keluarga yang dipertahankannya selamat, jenis tu sanggup jadi agen Umno sekalipun. Mereka sanggup buat apa saja, termasuk mengatur pertemuan sulit antara pemimpin pembangkang dan pemimpin Umno.

Dan kalau ada pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Umno atau polis, jenis tu juga yang paling jahat sekali. Jenis-jenis tu akan sentiasa tabur paku di atas laluan rakyat untuk menghambat Umno. Kalaulah ada golongan seperti itu, Allah tolonglah tangani puak-puak tu!

Takat ni dulu. Tak larat dah. Tentang isu semasa, saya alu-alukan penubuhan suruhanjaya diraja siasat video seks yang puak Umno kata Datuk Seri Anwar Ibrahimlah musibat dalam video tu. Tindakan kerajaan nak tubuhkan suruhanjaya itu sangat dialu-alukan. Ia membuktikan kerajaan mengiktiraf rasa tidak percaya rakyat kepada badan kehakiman dan mahkamah negara ini dalam menangani isu-isu seperti itu. Kalau badan kehakiman dan mahkamah negara ini dipercayai dan tidak dicebik-cebik oleh rakyat, tak perlu ada suruhanjaya seperti itu.

Orang tanya saya, lagu mana kalau dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa Anwarlah musibat yang berzina dalam video tu? Saya jawab, peduli apa aku. Aku lawan Umno bukan fasal Anwar. Masa Anwar dalam Umno dulu pun aku lawan Umno.

Malah, hilang rasa percaya aku kepada Anwar sejak Mac 1982 pun sebab dia menyelanak dalam parti Umno tu. Sampai la ni aku tak percaya. (Komen-komen lain kalilah saya moderate. Ni pun kira lama dah ni ciluk laptop anak)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Lawan tetap lawan. Kalau tak betul, dengan Anwar sekali kita lawan...

  2. Lu ingat lu baik sangat ke? sama aja. Pas/umno = 1000x2 = Ooooop

  3. AKU PEDULI APA ADA HAKU KESAH KAU LAWAN UMNO KER UMNO JAHAT KER?YANG PASPISPUS TUH BAIK SANGAT KER DENGAN MULUT LONGKANG TOK GUNDU@TOK CHA WALI SELIPOR NGKO TUH...SKRG DAH JADI PENCACAI KAKI JUBOH NGAN KAKI ZINA KONON DULU LANGKAWI PADANG ARAK PADANG PELACUR RUPANYA NEGERI TADAHE WAHYU PON ADA....BAIK SANGATLAH PASPISPUS NGKO TUH...DULU HUDUD KONON SKARANG IKUT BOTNOT ALJUBURI NGAN DAP..hahahaha HOYA!hOYA1

  4. selamat kembali ke alam maya pak bakaq.
    alam barzakh tunggu dulu oi.
    ingat ente sudah give up dan lari ke qom.
    teruskan perjuangan!

  5. Akan benci dan lawan umgok sebab mereka fasik... sesat lagi menyesatkan... buat kerja syaitan dan iblis laknatullah

  6. Salam Pak Bakaq..

    lama sungguh duk tunggu posting 'berapi' Pak Bakaq..

    ingat kot lama tak posting pak Bakaq pi 'nuruz' di Iran, maalomlah musim baru dah sampai.

  7. tahniah.selamat kembali

  8. aku lawan pas pasal dia sesat

  9. Aku sokong PAS tapi lawan pemimpin PAS yang munkar yang buat Onak aku lawan UMNO habis kesemua PARTI nya sebab dasar parti nya Pemimpin nya yang buat celaka pada Ahlinya dan Rakyat Malaysia rasuah dan sebaginya.Aku sedang sengsara ni Minyak dah naik 20 sent lagi hari hari pi kerja Minyak saja kena Tambah Extra Rm 5.00 Kalau sebulan dah Berapa.Syuru dah miss ni yang depa tak habis habis dok kira Bontot saipul dan Celah kangkang Jalang.Adakah patut masa depan politik dan ekonomi negara di letakan dalam bontot Saipul dan Celah kangkang Jalang.Moral sex ni boleh selesai masalah rakyat yang semakin tertekan ni.Pencemaran Radio Aktif dari Jepun dah mula megalir dalam air laut sikit hari lagi air laut tu sampai ke asia tenggara.Ikan dan species laut sudah tentu akan tercemar apa persiapan kita.Semalam simpan(Kebumi) sepupu dan Mak saudara aku meninggal pasal Cencer.Apakah pencemaran Nukler di jepun tak akan jejas kita aku dok terbayang kalau kita banyak mengimpot hasil laut dari luar yang tercemar.Orang Melayu ni bab nukler radio aktif haram satu habok pun depa tak tahu pakai lantak saja.India dah haramkan semua import hasil laut dari Jepun .Malaysia??.asik dok kata Insyaalah tak akan belaku.Bila belaku ramai dapat cencer nanti tentu depa salah tuhan nak buat macam mana dah takdir.Patut kerajaan highlight benda ni.Bila bila masa Harga Ikan dan hasil laut akan naik mengunung.Ahli Politik kita dok perang pasal Jalang dan Bontot.Apa nak jadi Pak Bakaq Malysia ni.

  10. hmm...nak kondem org berpi-rapi tp takut nak tulis nama. Woiii pondan...blah ler luuuu.

  11. 2-2 pihak buduh ! cuba la sama2 cari jalan...kmdn sama2 bangunkan umat islam di malaysia..jgn dok pot pet pot pet... sok tekehel jari baru tau..
    pphal, pak cha' teruskan mengkritik dalam masa sama beri cadangan membina demi masa depan anak2 islam dan mesia amnya..
    wassalam...
    t-rex 606

  12. pak bakaq hang jgn salah umno,yg hang nak marah tu pmimpin2 umno yg kaki pnyangak,pgkhianat,peliwat,plakon sex dan macam2 kaki mungkar.manusia jenis ni bukan saja dlm umno tp bersepah juga dlm pkr dan pas.pasal umno hang hidup aman ari ni tp pasal pmimpin parti umno,pas,pkr yg hang hidup malang.kna beza parti dan pmimpin parti.Islam agama Allah maha suci tp ada org Islam yg mungkar liwatlah,brzina,khalwat dlm hotel atas keta api jd hang jgn marah agama Islam hang marah lah pelaku2 mungkar tu.tak semua pmimpin umno tu jahat dan semua pmimpin pas,pkr tu baik2 lbih truk dari pmimpin umno pun ramai.be rational pak bakaq don't be emotional.be gentlement don't be a ponden.

  13. Mana ada Parti baik parti Islam sekali pun dalam dunia ni sejak nabi Adam hingga hari ini terdapat pemimpinnya 100% Alim atau perfect dari segi peribadi.Soal pokok ialah Dasar parti dan matlamat parti yang di perjuangkan.Kita lawan pemimpin yang meyeleweng dari dasar parti apabila tidak melaksnakan mengikut dasar parti.kita lawan UMNO sebab pemimpin yang telah dapat kuasa di peringkat Pusat meyeleweng dari dasar parti menjejaskan keseluruhan Rakyat dengan amalan Rasuah dan peyerlewengan kuasa macam Husni Mubaruk lah,Ben Ali dan lain lain Negara Arab Kita tentang Azizan Razak MB Kedah sebab dia dah ikut peragai pemimpin UMNO di tabir negeri kedah ikut nafsu bukan ikut dasar atau mengamalkan konsep amal jemaai.Yang merosakan Parti adalah pemimpinnya y7ang korrup bukan nya Dasar dan Matlamat Parti yang di perjuangkan.Dalam sistem pilihanraya Demokrasai kita pilih Parti dan kemudian calon.

  14. welcome back pak bakaq !!!

    ramai juga pengritik bodoh !!! BN masih memerintah malaysia diantara sebabnya ramai pengundi di Malaysia yg masih BODOH or buat-buat bodoh !!! di antara sebab lain

    1.Mahkamah ?
    2.Polis ?
    3.Kakitangan kerajaan ?
    4.Pengundi POS ?
    5.Pengundi Hantu ?

  15. Sejahat jahat pemimpin PR pun tak lah mereka merompak harta rakyat Ber billon Bilion RM nmelalui rasuah ,Projek dan Kontrak.Sejahat jahat pemimpin PR tak lah ambil harta Rakyat dan Wang Rakyat nilai sampai berjuta masuk poket.Pokoknya Pemimpin UMNO/BN lebih jahat dari segala galanya.Sejahat jahat Pemimpin PR tak lah sampai bunuh Rakyat mongolia dengan C4.Ni sampai nak beli tudung putri UMNO pun metedarah duit Rakyat seperti mana yang di dedahkan dalam akuan GLC Kedah tu.

  16. Anony 11 nak cari jalan macam mana lagi Dah tak ada jalan dah melainkan katok UMNO/BN bagi mampuh dalam PRU 13 ni.Tu lah jalan terbaik.Jumpa ULAR dengan UMNO pukul Umno dulu.Ular hidup tak mengapa dia tak rompak atau samun harta Rakyat.Ular tak naikan harga minyak.

  17. Jangan duk curi laptop anak lama2 sangat..
    Satgi anak sumpah jadi laptop baru tau... Hahaaahaa :D

  18. ingatkan nak belasah projek HSBB yg bernilai berbilion2 dulu..bila lambat dapat streamyx, apa pun den selamat membelasah umno kembali pak bakaq!

  19. Liwat dan zina bisexual ini telah menjadi amalan pemimpin yang telah dibersehkan dosanya oleh ularmak dunia.

  20. hidup amn kat dunia je bro, lu mampus nanti bleh jamin aman lagi ke? hari2 dengar fitnah pi canang rata kampong siap tokok tambah lagi, bleh aman ka dalam kubur tu? umno tak semua jahat apanya bila depa yang dok menghalalkan yang mungkar? ada ka pemimpin umno ni nak ubah umno ni jadi 100% islam? depa jaga perut buncit anak beranak depa ja la dari nak amar makruf nahi mungkar? dok pikiaq ikut melayu la yang bumi melayu ni dok jahanam pelan2. ada ka pemimpin umno nak pikiaq ikut islam?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008