Sedap!! Klik gambar di atas!

Petronas pun tak reti jaga, nak buat Teraju pulak

Setelah dibunuh mampoih Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MECD), kini kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak muncul pula dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Bagai biasa, Perkasa menjadi tukang gema apa saja yang Umno Barisan Nasional (BN) buat. Tak payah nak persoalkanlah. Siapa dan apa yang depa nak sokong, itu hak demokratik depa.

Dulu boleh juga kata hal ehwal Bumiputera diletak di bawah satu kementerian. La ni jadi agensi-agensi koro ja la.

Saya tak boleh nak tulis bab ni macam orang pandai. Macam mana nak berlagak pandai kalau memang tak pandai. Bukan saja bab ekonomi, bab apa pun saya tak mengaji. Bukan senang nak berlakon macam orang pandai. Tetapi, kalau orang tak mengaji pun boleh persoalkan sejak sekian lama dan jawapan tahap merapu pun susah kita nak dengar atau jumpa, standard apa ja kerajaan Umno BN?

Saya tak teringat istilah apa yang tepat nak guna. Yang saya teringat ialah Hari Penghisaban. Saya ambiklah istilah hisab tu. Kalau kita hisab betul-betul, dah berapa banyak dah kementerian dan agensi tolong bumiputera yang kerajaan Umno BN buat. Bandingkan pula dengan tahap pencapaian Bumiputera.

Orang parti apa pun, buang dulu 'asabiyyah kepada parti-parti masing. Yang pembangkang, jangan dok kira nak debik ja. Yang Umno BN, jangan asyik nak cover line ja. Patut orang Melayu hisab betul-betul berapa duit yang dibelanjakan untuk bantu depa, berapa agensi yang dibuat dan bagaimana pula duit dan agensi-agensi tersebut ditadbir termasuk selepas duit dibagi kepada tukang-tukang pelingkup duit atas nama Bumiputera.

Lebih dari semuanya, orang Melayu juga perlu persoalkan bagaimana negara dan institusi-institusinya diuruskan. Orang Melayu bukan bodoh sangat. Selama ni, Petronas telah diuruskan dengan agak baik - walaupun tak la hebat sangat. Soal kerajaan jadikan syarikat minyak itu sebagai cash cow, apa daya pengurusan Petronas nak lawan.

Hari ini, kita dengar orang-orang Melayu dalam Petronas termasuk dalam senior management dimangsakan. Ia telah menjadi pengetahuan umum yang didiamkan begitu saja.

Selama ni, Melayu-Melayu yang uruskan Petronas tu telah berjaya membuktikan depa dapat buat duit banyak untuk kerajaan dan negara. Tak pa la duit Petronas tu tak buat sovereign fund untuk kepentingan negara ini seperti yang Norway buat - itu bukan salah pengurusan Petronas. Nak buat lagu mana, dah kerajaan Umno BN ketagih nak jadikan Petronas sebagai cash cow.

Tapi yang penting, puak-puak Melayu dalam Petronas tu berjaya buat duit untuk negara ini. Tetapi mengapa hari ini ada jelatang yang mempunyai agenda menyisih dan menyusahkan Melayu dalam Petronas? Dan, yang tukang pasang jelatang tu pun Melayu jugak.

Saya tak sakit hati nak bagi kepada siapa saja yang layak. Tak payah la saya nak mengaku saya bukan racist. Mampoih pi la orang nak kata apa pun. Memang sungguh saya tak gaduh kalau bagi kepada yang layak. Tapi, jangan la sisih dan susahkan Melayu tak fasal-fasal, termasuk dalam Petronas tu (agaknya perbuatan itu bukan racist).

Datuk Seri Najib, awak buat apa? Kawan yang tak mengaji pun ada telinga untuk mendengar cerita-cerita aniaya Melayu di Petronas, awak tak ada telinga ke?

Saya dengar, tapi mungkin Najib tak pernah dengar orang kata "he (Najib) is not a good manager (to manage the country)". Saya rasa betul, he cant even manage Petronas and yet he is setting up agency after agency. And now another acronym, Teraju.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq,

    Janganlah hentam semua yang kerajaan buat...yang baik hatta dari musuh pun kita sokong,yang buruk hatta dari Tok Guru pun wajib kita tentang....Betul lar sekarang ni Petronas dah lari perjuangan mereka....tapi saya bangga juga sekarang bila Pak Bakaq cakap pasal melayu dan rasa sakit hati bila melayu terpinggir...sebab ada masa puak-puak tok Janggut hentam sapa yang perjuangkan tentang Melayu....tapi sekarang sejuk hati saya ada juga orang yang ada otak dan akal yang tahu bahawa di malaysia orang melayu majoritinya islam..maka jika jaga hak Melayu secara tidak langsung jaga hak Islam....Alhamdullilah...sebab dulu heboh hentam kata kita tak mau cakap bab Melayu, itu sebab sesat, tak islam...jangan cakap bab jaga Melayu.
    Tapi sekarang kita tau pula marah bila hak Melayu terancam....Jangan jadi macam Munafik Anwar,,,yang bertukar-tukar pendirian mengikut suasana dan keadaan.

    Hatta saya akan menyokong dan mati mempertahankan karpal Singh JIKA karpal singh berjuang demi Allah untuk menegakkan Islam dan Hudud di Malaysia dan saya juga akan menentang Tok Guru Nik Aziz hingga habis-habisan JIKA TOk Guru Nik Aziz bersubahat dan bersengkokol dengan mana-mana Laknatuallah yang menentang penubuhan Negara Islam dan Hudud...Jihat menentang pemimpin yang tidak berjuang atau mengalah dalam menegakkan negara Islam dan hudud

  2. aku dengar cerita kat klcc tu, 1Malaysia punya pasal, Petronas dah nak jadi Petrochina, betul ka?

  3. Betoi2 pak bakaq dan ano 1, memang kesian kat melayu, jenis bangsa yang koro, kalau kerja dengan cina depa koro tahap gaban, cina pula kalau dia dominate satu2 institusi dia jadi macam bintang tiga, cina memang asobiah tahap gila(racist) tapi tak la semua cam tu, tapi itu satu doctrine depa, yang melayu ni memang tak boleh nak buat apa dah kecuali melayu kelantan...BADWI PAS

  4. Sebenarnya yang menjayakan Petronas selama ini adalah bumiputra tulen bermula dari YAM Tg Razaleigh Hamzah sampailah kapada era Tan Sri Hassan Merican.

    Dukacita dimaklumkan banyak dah projek dan kontrak diberikan kapada kumpulan Umnoputra (bukan bumiputra tulen) tapi berlaku banyak ketirisan dan keali-babaan.
    Yang dapat sikit-sikit tu pun bukannya nak belajar buat bisnes betul-betul, dapat duit projek dgn Petronas habis buat joli siang malam dengan amoi amoi GRO je...

    Apa pun program yg dibuat TEKUN ke, SMI ka, VDP ka, dapat kat geng umnoputra semua nya kantoi, yamseng sana sini, habis kontrak tinggal hampeh habuk pun tarak!

    Janganlah nak salahkan bangsa lain, salahkanlah diri sendiri. Bertaubatlah!!!

  5. Lawak lah Pak Bakaq.

    Dah bonggap, buat apa pon tak menjadi dok bonggap.

    Lepas Teraju, di bukak pulak Tunggao....

    Apa apa pon, yang bonggap tu tetap bonggap!

  6. pak bakaq, saya cuma teringat bagaimana PUNB dengan projek prosper nya...end up every weekend saya masik ke NSK & KK..

  7. Syarikat yang paling besar di Malaysia dan teruntung di Asia dan tersenarai didalam ranking Fortune 500 dunia.

  8. Singapura yang dikatakan negara dunia pertama pun tak ada satu pun syrikatnya yang tersenarai didalam ranking Fortune 500 dunia.

  9. Syarikat yang paling besar di Malaysia dan teruntung di Asia dan tersenarai didalam ranking Fortune 500 dunia.

    hahah..hahahah


    bangunan tinggi

    tp ade jgk rakyat makan siput babi...xcy nengok bersamamu...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008