Sedap!! Klik gambar di atas!

Nak gaduh apa 1.5 bilion unit saham, janji Umno perintah

Saifuddin Nasution desak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan semua penerima saham khas bumiputera berjumlah 1.5 bilion unit yang diagihkan tahun lalu. Ah, takat 1.5 bilion unit apa nak kisah? Sikit sangat tu.

Sejak bulan Ogos 2009 lagi telah dibangkitkan bahawa RM50 bilion saham yang diperuntukkan depada Bumiputera dah hilang, dah melingkup. Dan katanya, ramai kroni-kroni yang dah kenyang. Orang Melayu tak kisah pun. Apa nak heran takat 1.5 bilion unit tu. Orang Melayu tak heran semua tu. RM50 bilion saham ghaib pun depa buat bodoh ja, apa nak kisah 1.5 bilion unit tu. Janji Umno yang perintah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata:
"Saya malu...saya sering mempertahankan DEB tetapi jika Melayu menggunakan segala peluang yang diwujudkan dalam DEB, hari ini kita bukan saja mendapat 30 peratus kekayaan negara, malah, lebih dari itu.

"Masalahnya bukan polisi tetapi perlaksanaan. Sepatutnya jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi".
Tak pa semua tu. Janji Umno perintah. Apa salahnya hilang ghaib RM50 bilion saham yang diperuntukkan depada Bumiputera? Apa salahnya tak dapat 30 peratus kekayaan negara? Tak pa. Janji Umno perintah.

Yang orang Melayu takut sangat ialah kalau Umno kalah, orang Cina akan berkuasa. Yang orang Melayu takut lebih dari Allah s.w.t. ialah DAP yang berkemungkinan menang sehingga 40 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan yang padat dengan pengundi-pengundi Cina. Tu yang menakutkan sangat. Tak kisah walaupun duduk saja goyang kaki, MCA dan Gerakan akan dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti Gerik (jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus) dan Alor Setar (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus).

Tak kisah sambil duduk saja tak buat apa pun MCA dan Gerakan dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu sebab sejak berpuluh-puluh tahun dah kalau depa bertanding di di kawasan-kawasan yang padat dengan pengundi-pengundi Cina, depa mesti melingkup. Apa salahnya MCA, Gerakan dan MIC dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Apa salahnya, Umno yang bagi. Lain la kalau PAS yang bagi.

Kalau depa dapat kuasa pun, MCA dan Gerakan bukan boleh buat apa. Tengok la macam mana Tan Sri Fong Chan Onn tadbir Kementerian Sumber Manusia dulu. Tak kisah la kalau adayang merungut orang Melayu dianiayakan. Janji Umno perintah. Apa salahnya kalau ada orang Umno mengadu MCA dan Gerakan bagi tekanan terhadap kedatangan pekerja asing yang beragama Islam. Apa salahnya. Bagi la sama pekerja asing dari India, Vietnam dan Nepal datang ke negara ini. Janji Umno perintah.

Tanah rizab Melayu yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja berbanding kira-kira tiga juta hektar waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, melingkup sampai lebih dari 43 peratus, tak kisah semua tu. Janji Umno perintah. Lagi pun, semua tu bukan salah Umno. Umno bukan parti Likud yang dikepalai Benjamin Netanyahu. Parti Likud ya la. Umno tak pelingkup tanah orang Islam.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ya betoi.!!! UMNO pengkhianat bangsa Melayu/miskinkan melayu/"bunoh" petani2 padi!!!
    Kebodohan unmo/bn mamang nyata.
    Kenaikan barangan bukan kerana luar negara tetapi kerana kebodohan UMNO/BN.!!!
    Sila baca rencana "Impot,Ex[pot dan Kerajaan Pet Pot/punca kenaikan barangan"..di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  2. Ha ha isu macam ni baru shok rakyat baca..ni asik liwat liwat air mani lah,cina nak rampas Kuasa Melayu Pas di perguna DAP lah .Dah nak temuntah bila dengar semua isu tu gimik politik saja UNTUK UMNO/BN tutup isu yang lebih besar semata mata utk berkuasa dan terus terus merompak .Elok kita congkil segala harta rakyat yang di rompak pemimpin UMNO/Bn,Selama ini Issu depan mata yang lebih besak ialah keadaan Rakyat sudah mula bernafas dalam lumpur.Barang terlalu mahal tak mampu di beli untuk kehidupan harian.Rakyat dah megelupur.Perbelanjaan sehari 2 orang Anak dah melebihi Rm 50 sehari.Belanja Asas dah melebihi pendapatan.Minta Ahli Politik cari jalan peyelesaian cepat sebelumn keadaan jadi Parah .Kalau Nak tukak kerajaan Pusat nak ganti yang lain pasti kan bukan sekadar tukar Pemimpin umpama Perompak tukar dengan penyamun tetapi nak tukar rejim dan pimpinan politik yang korup.Sistem demokrasi yang korrup misti di tukar pada yang bersih baru selesai masalah Rakyat.Pemimin yang korup harus di tukar dalam parti masing masing hal peribadi,liwat ke minum arak kah kita tak peduli asal jangan Rompak harta Rakyat.Khususnya PAS dan Keadilan dan DAP buat lah sesuatu yang boleh megembalikan kepercayaan Rakyat.Buku Jinga boleh di perbaiki mukin boleh keluar "Buku Kelabu taik AnjinG" Pulak .Pokoknya rakyat mahu lihat pelaksanaan secepat munkin.Rakyat mahu sistem demokrasi yang lebih adil dasar yang jelas yang boleh di terima oleh semua Rakyat bukan berdasarkan pada satu kaum dan keadilan sejagat.Pokoknya Rakyat misti di selamatkan dari lemas dalam kemiskinan.Jikalau lemas maka ia akan berpaut pada apa saja yang boleh di capai.Revolusi yang menjanjikan darah pun Rakyat dah sangup.Revolusi Peti UNDI Kedua harus di laksanakan.Kalau mana mana pimpinan PR umnun sekiranya jam 12.00 tengah Malam PR di umun menang PRU 13 dan PutraJaya jatuh pada PR maka jam 12.01 Toll di haram kan seluruh Malaysia.Saya Rasa Pengundi dalam kubur pun bangun mahu UNDI PR.Itu tak termasuk Minyak lagi kalau Umum Minyak turun hingga Rm 1.50 seliter pada jam 12.01 Maka Roh simati pun turun nak Undi juga.( andaian begitu lah).Kalau Umun sekiranya PR menang jam 12.01 dimalam perkiraan undi maka .Semua duit yang di bawa lari Oleh pemimpin UMNO/BN melalui ketirisan yang bernilai nilai berbillion dan akan diperuntukan untuk kebajikan tentera dan bekas tentera juga setiap rakyat di janjikan sebuah Rumah untuk mereka yang besara saya rasa belum cukup jam 12.00 Tentera dah tawan putra jaya bagi pihak PR masuk memerentah Boleh kah najib terus menuduh negara boleh Bengrap sedangkan duit yang di bawa lari Pemimpin UMNO/BN telah melebihi puluhan Billion RM.Sama sama Rakyat buat penilaian.

  3. Tue, Feb 22, 2011 at 8:42 PM

    Komen hang kalau aku siar silap2 boleh kena saman. Tulis lain la kalau boleh. Maki org aku tak berani siar. Takat maki aku, aku boleh siar.

  4. penulisan yg sgt baik!!!!

  5. Melayu ni ramai yang beriktikad, UMNO yang beri rezeki, kalau UMNO tak memerintah mereka akan mati kebuluran.

    Tak caya cuba tanya makcik Limah.

    Kat Monggolia tu bukan UMNO yang perintah, tak de plak Altantunya mati kebuluran, mati kena bom adalah.

    Ya Allah tunjuklah yang benar itu adalah benar dan yang bathil itu adalah bathil.

  6. Yang sapu berseh dulu sapa kalau bukan Mat Leather King dan ahli sekutu budak-budak jambu. Sampai supir pun dapat. Satu orang bolih jadi pengarah 100 syarikat.

  7. Kenapa x puas hati yop..
    Sapa pon ade kuasa same sahaja yop..

    Pergolakan Asia Barat harap dapat beri persektif baru dari isu nasional ni

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008