Sedap!! Klik gambar di atas!

Menatang apa Hari Valentine tu?

Hebohlah kononnya Pemuda PAS nak berperang dengan kegiatan tak bermoral pada Hari Valentine. Terpaksalah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan membuat penafian (lihat Malaysiakini "Nasrudin nafi akan adakan pemeriksaan Valentine"). Malah, Mamat tu siap tulis lagi posting bertajuk "VD: Kami Pendakwah Bukan Penghukum" dalam blognya. Teringatlah si bakaq ini kepada kitab bertajuk "Du'at la Qudha'" tulisan Sheikh Hasan Al-Hudaibi yang saya hormati. Aku mana reti baca Arab. Setakat baca terjemahan ja.

Ekoran laporan AFP yang memetik Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari itu, Mamat tu dihempuk dengan pelbagai kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) lain termasuk DAP.

Yang aku nak tergelak ialah berita bertajuk "Isu Valentine: Menteri terima ratusan panggilan". Hello Nyonya, dulu isu claim banyak tinggi pun orang tak percaya, Nyonya ingat ini time orang boleh percaya ka Nyonya punya cakap?! Haiyaa...

Selepas itu, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood yang lebih terkenal dengan panggilan manja "Ustazah Cakar Rimau" pula didebik left and right (lihat Malaysiakini 11/2/11 "Amalan maksiat: Gabungan gereja berang", "MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah" dan "'Christians sinful' remark by TV personality raises ire" juga Malaysiakini 12/2/11 "Thou shall not throw stones at other religions" serta ulasan bertajuk "The day according to Saint Valentine"). Beliau dilaporkan berkata "Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Saya tak berani nak menyebelahi Siti Nor Bahyah. Boros sangat kenyataan dia. Sepatutnya selebriti macam dia buatlah homework sikit fasal agama Kristian sebelum cakap. Kawan saya, Alex kata, Kristian tak ajar apa yang dikaitkan oleh Siti Nor Bahyah dengan agama tersebut.

Saya juga tak nak ulas apa menatang Hari Valentine tu dan apa kaitannya dengan Saint Valentine. Saya tak dan baca lagi artikel Malaysiakini yang saya pautkan di atas. Sungguh-sungguh saya tak tau menatang apa Hari Valentine tu. Dan, saya tak nak ambik tau pun. Yang saya nak tulis sikit ialah tentang apa yang dilaporkan sebagai kegiatan tak bermoral pasangan beragama Islam ketika menyambut Hari Valentine (baca Utusan Malaysia 4/2/11 "Terkulai di Hari Valentine").

Saya selalu tulis dalam blog ini bahawa kita kena bercakap dan berfikir dengan sistem nilai atau value system kita sendiri sebagai orang Islam. Kalau sungguh ada kegiatan tak bermoral, kami orang Islam melihatnya dari sudut sistem nilai kami sendiri. Bila ada perbuatan sebegitu, Allah s.w.t. mewajibkan kami melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar (Di sini saya tak bercakap tentang amarah ma'ruf seperti menyerang orang yang tidak sependirian dari segi agama seperti menangkap orang Syi'ah seperti aku di Sri Gombak dulu).

Sistem nilai kami sebagai orang Islam juga mengajar bahawa kemurkaan Allah apabila berleluasanya kemungkakaran tidak hanya menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran sahaja. Orang yang tak laluk dengan kemungkaran pun akan turut menanggung bala jika Allah mendatangkan bala apabila kemungkaran berleluasa. Itu amaran Allah sendiri dalam al-Quran. Bukan rekaan bakaq, Pemuda PAS atau mana-mana ulama.

Amboi... Banyak cantik muka hampa. Hampa sedap-sedap buat yang tu, yang ni, bila time kena bala orang lain pun kena sama. Lepas tu, bila orang nak cegah kemungkaran, hampa nak berlagak bagak pulak. Tu kira cakap kasaq la tu. Saya bukan pendakwah. Cakap saya tak ada seni dakwah.

Sesetengah media pula dengan penuh bengis menjadi tukang bela perbuatan yang mungkar. Saya masih ingat peranan para pemimpin Umno dan media dalam kes The Ship dan Zouk Club. Bercakap tentang media, saya teringat apa yang ditulis oleh Dr Jalaluddin Rakhmat yang saya anggap sebagai salah seorang guru saya:

Dalam media massa dunia berganti nama
manusia menjadi berhala
derita menjadi berita
aurat menjadi kesenian
maksiat menjadi klangenan
hiburan menjadi kebijakan
fitnah menjadi penerangan

Tidak pernah ada agama
dengan ummat yang lebih fanatik
dari pengikut media massa
('Media Massa' oleh Dr Jalaluddin Rakhmat
Jakarta, 18 September 1997)

Cakap bab sistem nilai, jangan ingat hang ja yang ada sistem nilai, bakaq. Orang lain pun ada. Macam mana kalau orang tempelak hang supaya jangan kacau hak asasi depa, hak kebebasan depa dan hak demokratik depa nak buat apa pun? Saya malas nak tulis lagi. Saya nak copy paste sahaja apa yang saya tulis sebelum ini. Biasalah, dah bukan pendakwah, tak ada seni dakwah. Kasaq sikit. Ni antara yang saya tulis:
... mereka menyifatkan berpeluk dan bercium di khalayak umum itu adalah hak demokrasi yang tidak boleh dikacau, bukan sesuatu yang tidak bermoral kerana moral adalah persoalan yang sangat subjektif dan hal peribadi yang tidak boleh digangu.

Saya tidak mahu persoal pandangan dan pegangan itu.

Tetapi, saya ingin bertanya, apa salah saya dan kelas berapakah saya ini sehingga tidak dipedulikan sikap dan rasa jelek saya terhadap pasangan belum berkahwin yang berperangai seperti jalang dan gigolo di tempat awam sedangkan saya yang juga seorang warganegara!?

Apa hak orang-orang yang berpeluk, bercium dan bergomol di tengah-tengah awam itu untuk menyakitkan mata saya dan mengotorkan pandangan saya? Saya bukan nak tengok, tetapi kalau tiba-tiba mereka berpeluk, bercium dan bergomol di hadapan saya sehingga mata saya sakit dan merasa dikotori, apa hak mereka untuk memangsakan mata dan jiwa saya?

Adakah demokrasi memberi hak mereka melakukan perkara-perkara yang kononnya 'trivial' itu sehingga mendera dan memangsakan perasaan dan sensitiviti orang lain?

Atau, kerana tak suka, adakah saya terpaksa dan dipaksa menutup mata? Apa hak mereka untuk memaksa saya menutup mata? Dan, di mana hak saya sehingga mesti merelakan diri dipaksa?

Saya tidak suka perkara tidak senonoh mengikut nilai agama saya itu berlaku di hadapan mata saya dan saya juga tak kuasa nak menutup mata. Semua itu, tak suka dan tak kuasa, adalah hak demokratik saya.


Saya dipaksa menerima hak demokratik pasangan-pasangan yang belum berkahwin itu untuk berpeluk dan bercium di khalayak ramai, bagaimana pula hak demokratik saya yang tidak suka perkara itu berlaku di hadapan mata saya?

Saya diberi amaran supaya "jaga hal kamu sendiri" dan tidak boleh menegur apalagi marah kepada mereka, tetapi adakah saya hanya perlu menjaga hak demokratik mereka sahaja?

Adakah saya tidak berhak menjaga dan mempertahankan hak demokratik saya?

Saya dijerkah dan diberi amaran supaya jangan memaksa pegangan dan pendirian saya ke atas pasangan-pasangan yang berpeluk bercium itu.

Tetapi bagaimana pula pegangan dan pendirian saya yang diceroboh sesuka hati?

Teruk sangatkah saya dan tidak ada harga dirikah saya ini sehingga terpaksa memijak hak demokratik saya dan merelakan orang memaksakan nilai dan pendirian mereka di hadapan mata saya?
Akhirnya, bila saya tulis fasal agama walaupun saya tak reti agama, izinkan saya mengingatkan diri saya degan tulisan Dr Jalaluddin juga dalam posting saya sebelum ini yang bertajuk "Aku ni lebih suci dari hang!" Tulisan itu mengingatkan kita bahawa tak ada konsep "holier than thou" dalam Islam. Nak rasa lebih suci lagu mana, Nabi Musa 'a.s. pun tak berani buat gitu...

Berkaitan:
TPM: Kempen Hari Kekasih PAS melampau, Jakim hanya nasihat Muslim (Malaysian Insider 13/2/11)
Hari Valentine: Pemuda PAS teruskan Ekspedisi Dakwah esok (Malaysian Insider 13/2/11)


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Adus. Pak bakaq agama Syiah pulak.
    Mana ada Syiah dan Suni dalam Quran/Islam, Pak bakaq oi.!!!
    Cubalah beriman dengan Islam Quran only. Ini beriman dengan lahwal hadis yang Allah larangi pulak...rujuk Quran 31:6. Nak cepat masuk neraka ke.???

  2. MENGAPA POLIMIK INI BERLAKU???????MANA PAS!!!!!SEBAB PAS BERMAIN POLITIK MENGGUNAKAN ISLAM DAN BERTOPENGKAN ISLAMLAH,,,,,DAP dan lain2 bukan ISLAM NAIK TOCANG,,,,,,,ISLAM BERPECAH dan TAK BERSATU,,,,inilah hasilnya,,,,,,,,,MELAYU BERSATU dan KUAT adalah "JAWAPAN untuk KITA MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DAN DIHORMATI KAUM LAIN",,,,,,,,,,

  3. Macam-macam zaman sekarang.

  4. Pak Bakaq, suruh PAS Selangor buat kerja amar maruf nahi mungkar. Banyak kedia2 judi sekitar Selangor semakin ramai orang Melayu mengunjunginya terutamanya hari Sabtu. Lebih teruk dari zaman UMNO. Apa dah jadi kat PAS. Cakap agama tetapi tak buat sesuatu. PAS Selangor lebih liberal dari UMNO.

  5. abuarif,
    Hentikanlah hal bersatu, berpadu itu!Dah naik jelak aku!"berpeganglah di tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah!" Intipatinya ialah berpegang di tali Allah, bukan faham liberalisme, bukan faham demokrasi..jalan Allah!

    Di sini kami mengajak kamu, tinggalkanlah UMNO yang memang sah-sah tidak berpegang kepada ajaran Quran dan Hadis itu dan kembali kepada fitrah, iaitu mengikut apa saja saranan Al Quran seperi yang ingin dibawakan PAS.

    Mengapa risaukan DAP yang bersetuju bekerjasama dengan PAS demi keadilan tetapi redha pula dengan MCA yang terang-terang menghina hukum tuhan? Tak ingatkah kenyataan Soi Lek baru-baru ini?

  6. Anon,
    Yang sepatutnya menjalankan hukuman itu agensi2 yg dilantik kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri tidak ada polis sendiri, badan kehakiman sendiri sebab mereka hanyalah agensi negeri bukan negara!Yang termampu dilakukan ialah seperti yang dibuat oleh pemuda2 PAS itulah. Menyeru supaya dijauhi maksiat, jangan diserbu konsert2, jgn diraikan vaentine's day tetapi apa yang PAS dapat? hanya caci dan maki bukan hanya dari orang kafir malah dari media milik UMNO sendiri!

    Fikir-fikirkanlah...

  7. Pak bakaq tolong datang ke PUCHONG,,penuh dengan PUSAT maksiat dan bercambah dgn PESAT sejak PKR dan PAS memerintah,,,,minta turun kepadang dan siasat sendiri,,,,ajak ahli2 pas dan rakan pak bakaq siasat,,nanti kata fitnah pula,,,apa nak jadi ni,,,,,,,,

  8. Apa jadi dgn ketua umno puchong yg kena tangkap masa sedap berdogie tutuh bini org tu? Itulah budaya melayu bersatu... bersatu menutuh bini org. Hidup melayu!!!

  9. yg ke kedai judi tu org2 BN/UMNO

  10. Pesuruhjaya PAS Sngor mesra BN

  11. tak kira siapa tangkap semua orang islam yang pi pusat judi dan lain-lain. Majlis Perbandaran bukankah dibawah kawalan kerajaan negeri? Atau dibawah kawalan DAP?

    Kalau PAS tak buat apa-apa, mari kita semua lupakan PAS selama-lamanya.

  12. sembang deras...

  13. anom 11

    Umno buat apa ? Dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia ?

    anom 9

    aku rasa pun begitu, kalau tak pun benci kat PAS

    anom 7

    PUSAT maksiat dah bercambah dgn PESAT sejak PKR dan PAS memerintah selangor ? Di Perak /KL/ johor /melaka/negri 9 tak der ke tak bertambah ke ?? celik mata sikit ???

    abuarif ...hang hang buat menyebuk apa kat sini ? pergi dakwah kat bini najib /rais dulu !! bersatuu kepala butuh hang ??

  14. ALJUBURI
    Anak haram john labu , bahasa kesat camtu nk soh orang dekat ngn PAS, ini salah satu munafikun konon penyokong PAS , tapi tindak tanduk menyebabkan orang benci ngn PAS,bab2 agama ni napa mesti tuduh menuduh UMNO @ PAS? Bukan kah agama kita orang2 islam kenapa mesti UMNO @ PAS yg bertanggung jawab? Woii john labu bodoh , kat akhirat sok xde soalan la ko masuk UMNO @ ko masuk PAS leh terlepas hukuman dan tggjwb kita pada agama, itu kalo ko orang islam la..johnlabu bodoh!

  15. anon 13

    Sekarang PAS buat apa? Dah 2 tahun memerintah Selangor?

    anon 9
    yang ke kedai judi tu orang DAP/PKR.

    anon7
    PUSAT maksiat memang bercambah dengan PESAT sejak PKR dan PAS memerintah Selangor. Di Perak /KL/ johor /melaka/negri 9 pun bertambah . PAS itu UMNO dan UMNO itu PAS, secara persamaan Matematik PAS =UMNO. . Celik mata sikit.

    Abuarif, kasihan kat hang kena mencarut oleh penyokong ketegaq PAS??Suruh Ustaz Nasharuddin pergi dakwah kepada orang PAS ini?

  16. Pak Yeh

    Walaupun ada benda yg saya setuju dgn komen Tuan, tapi saya tak siar sebab kasaq sangat kat Ustazah Siti Nor Bahyah suami isteri.. Harap maaf.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008