Sedap!! Klik gambar di atas!

Maulidur-Rasul: Tolak pemimpin yang buruk dan busukkan Islam

Siang semalam ada sambutan Maulidur-Rasul. Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad wa 'ajjil farajahum sharif!

Bila orang sambut Maulidur-Rasul, entah kenapa saya teringat cerita kawan saya tentang seseorang yang dianggap wali di Indonesia. Banyaklah dia bercerita tentang orang yang dianggap wali itu. Saya tak kata apa. Saya dengar ja. Saya jaga mulut saya.

Tetapi, ada di antara perilaku orang itu yang saya yakin tidak selaras dengan akhlaq RasuluLlah s.'a.w.w. Saya pun check dengan beberapa ustaz sama ada RasuluLlah pernah buat kelaku lagu tu atau tidak. Tak ada. Saya lalu membuat keputusan bahawa orang itu bukan wali.

Saya tak kata apa bila kisah "wali" di Indonesia itu diceritakan kepada saya sebab beberapa tahun lalu, ketika beberapa kawan-kawan menceritakan kisah seseorang yang lurus bendul yang dianggap wali, saya terus meningkah, "Tu bukan wali, tu bangang! Mana pergi sifat fatanah? Wali mesti ikut sifat RasuluLlah, sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan), fatanah (bijaksana)".

Salah seorang dari kawan-kawan itu mengherdik saya, "Hang kapiaq, bakaq". Saya tak jawab apa-apa. Takut bergaduh pulak sat gi.

Saya teringat kata-kata beberapa orang yang menyifatkan bekas presiden Indonesia, Gus Dur sebagai wali. "La ya'riful wali illal wali," kata mereka. Lebih kurang makna dia, tak akan kenal wali melainkan (orang itu juga) wali. Kira-kira, hanya wali yang kenal wali. Lantak depalah.

Bagi saya, wali tak wali, saya tengok dulu kelakunya. Kalau ada kelakunya yang terlalu ketara bertentangan dengan amalan dan akhlaq Nabi Muhammad, orang tu sah-sah bukan wali. Mampoih pi la kalau orang anggap dia wali.

Saya cerita bab wali sebab nak masuk cerita politik pula. Pemimpin politik juga mesti menjadi cerminan kelakuan dan akhlaq RasuluLlah. Tak kira sama ada dari segi cakap atau buat. Bukan takat cakap ja, tapi tak buat. Takat sembang deras, aku lagi pandai.

Bila kita tengok seseorang pemimpin politik, kita kena ingat balik ada dak kelaku dia yang nampak sangat bertentangan dengan kelakuan dan akhlaq RasuluLlah. Kalau banyak sangat kelaku dia yang bertentangan dengan akhlaq dan kelakuan RasuluLlah, jahat sungguh kita ni kalau kita pilih dia sebagai pemimpin.

Orang boleh kata, kalau nak samakan dengan RasuluLlah, mana cari pemimpin yang macam tu? Memang tak ada. Ok, saya tak nak ambik kira perbuatan yang mengakibatkan dosa kecil. Tapi mesti ingat, dosa kecil pun boleh jadi dosa besar. Perbuatan meremehkan dosa kecil menjadi dosa besar. Jangan dok kata, "Elleh tak pa, dosa kecik ja". Kata-kata seperti itu mengakibatkan dosa besar.

Saya maksudkan dosa besar seperti rasuah, tibai harta rakyat (tak kiralah walaupun kononnya untuk parti dan bukan untuk diri sendiri), menyeleweng, berdiam diri apabila anak menantu dan kroni menimbunkan kekayaan secara batil, menggunakan kuasa merosakkan alam semula jadi, jadi pak yet raja jahat, salah laku seks, minum arak, berjudi, beriman kepada bomoh, sombong, kuat puji diri, bongkak, takbur dan lain-lain dosa besar. Pemimpin politik beragama Islam seperti itu, tak kira la sembang deras macam mana pun, bukan sahaja bertentangan dengan sifat RasuluLlah malah sebenarnya musuh Islam. Merekalah yang memberikan nama yang buruk dan busuk kepada Islam.

Akhirnya, ketika Maulidur-Rasul disambut, Nora dizalimi lagi.

Berkaitan:
Kita yang sebenarnya tak mengenal Muhammad

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ALHAMDULILLAH PAK BAKAQ! Tulisan kali ini memang tepat sekali,,,,,sempena dgn hari Keputeraan Junjungan Besar NABI MUHAMMAD S.A.W,,marilah kita "menginsafi sifat2 Rasulullah yg mesti kita contohi dan ikuti",,,,,UMAT ISLAm di MALAYSIA hari ini mestilah menggunakan KETAJAMAN AKAL FILIRAN utk MENILAI setiap TUTURKATA dan TINDAKAN SERTA PERBUATAN PEMIMPIN KITA adakah ianya benar2 BERJUANG untuk PERTAHANKAn ISLAM dan MELAYU dinegara ini ,,,,,,Kita mesti TOLAK dan SINGKIRKAN pemimpin yg membusukan islam,memecah belah umat islam,RASUAH,KORAP,KHIANAT,AKHALAK BURUK,BODOH,SOMBONG,,,,,,,dalam UMNO dan PAS,,,,,,,"PEMIMPIN UMNO dan PAS yg IKLAS,AMANAH,BERIMAN dan BERJIHAD mempertahan ISLAM di negara ini "TAKan PECAH BELAH UMAT melayu ISLAM di Negara ini",,,,,,,,,SINGKIRKAN PEMIMPIN BURUK dan BUSUK dlm UMNO dan PAS,,dan MARILAH KITA BERSATU dan BERPEGANG DGN TALi ALLAH,,,"DEMI KESATUAN dan KEKUATAN ISLAM di NEGARA INI",,,,,,,,,

  2. Kalu betul nak tolak.. baguslah beb... tapi hampir 99% pemimpin dalam kebinet nak kena tolak... sebab...sebab... tau2 sudahlah.. jangan cakap je ...

    Ni cerita pasal Maulidur Rasul ni... mana punya sunnah yg kita ikut dok paksa murid2 sekolah, kakitangan kera jaan pi berarak... kalau nak kata ikut sunnah kenapa sunnah itu je yg nak diikut... sunah2 lain yg wajib dan lebih dituntut tak mau ikut... nabi kata jangan rasuah, jangan rogol, jangan rogol dan bunuh, jangan hisap dadah, jangan mekan duit rakyat, jangan amalkan riba, jangan berat sebelah bila menghukum... tak mau pulak ikut... yg berarak bukan main sakan macam orang sawan... dah 53 tahun sejak aku masih disekolah rendah amalan berarak ni tak habis2... lepas berarak dapat mentekedarah nasi bungkus free... lepas tu lepak, tak tau apa pengajaran pun dari sunnah Rasulullah...

  3. mane2 yg degil jadi wali band je

  4. Baguih sungguh hang Bakaq..Macam ni la baru JANTAN...
    Standard la Bakaq.., puak Wahabi saja yang tak sambut Maulidur-Rasul ni..
    Puak Dajjal la katakan...macam tu la.. Tu yang dia syok sangat berkawan dengan setan tu..Makin hari..makin tak ketahuan punca.. Makin terserlah pulak kedajallan masing-masing...
    Armageddon hampir tiba...

  5. Dah tu ada pulak wali selipar mana entah yang boleh samakan Rasulullah s.a.w. waktu kecik sama dengan kanak-kanak yang lain... Adussss...celaka nya Wahabi!!

  6. Ha ha ha..

    PakAnuAriff..bila hang nak tolak pemimpin Ameno..aku dok tunggu gak..jangan jadi menunggu Buah Jering jatuh udah ler..ha ha ha..

  7. hai sume...ingat ler MALAYSIA ni nagara sekular...xcaya!!!!tny diri sendiri!!!!!hahahhahaha

  8. http://al-kaedah.blogspot.com/2011/02/pelik-tapi-benar-dinasihatkan-agar.html

  9. Kalau tengok gambar sambutan Maulid diPutrajaya,dimana DYMM Agong turut mencemar duli,dikalangan pengiring baginda ada seorang wanita yang tidak menutup aurat (remos dan jambul keluar),wanita yang lain semua tutup aurat dengan betul.Yang tak tutup aurat tu,tak lain dan tak bukan FLOM.Tak dengar pulak orang UMNO menyalak.

  10. Salam Maulidur Rasul..
    Nik Aziz x sambut maulud nabi??
    Tok Guru ni Wahabi ke?? betul ke ni ??

    pening nak sokong mane satu...

    http://www.youtube.com/watch?v=CJ7HWmLLcFM

  11. Anon 10, yang peliknya, tak ada pulak mana-mana ustaz atau ulamak dalam PAS yang berani tegur Nik Aziz ni... Yang berani menyatakan yg hak, cuma Ustaz Kazim saja..tapi ada juga orang PAS dah boikot ustaz ni..

    Bilamana politik berada di atas agama...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008