Sedap!! Klik gambar di atas!

Mat Saman Kati keluar PKR

Akhirnya blogger terkenal yang pakai nama Mat Saman Kati (bukan tok guru saya, Almarhum Tuan Guru Mat Saman Kati) mengambil keputusan keluar dari PKR. Bacalah alasan beliau berbuat demikian di sini.

Tak pa la. Kita sama-sama tak dak parti, Mat. Aku pun takat sokong perkara 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sahaja. Dasar PAS ialah Islam. Seruan PAS ialah Allahu Akbar. Tujuan PAS juga sangat baik (baca di sini). Dah benda baik, mestilah sokong.

Tetapi, buruk kelaku sebahagian pemimpin PAS, anak menantu pemimpin PAS, pembodek-pembodek pemimpin PAS terutama yang nampak sangat kaya tak fasal-fasal, itu semua aku benci. Ahli-ahli PAS yang ikhlas pula, berdosalah aku kalau aku tak suka kat depa. Lantak pi la walaupun ada dari mereka yang bila tengok aku, muka penuh dengan signs of disapproval macam tengok babi bergerak.

Orang-orang yang ikhlas tidak boleh kita tak suka - walaupun malangnya keikhlasan mereka tersasar menjadi 'asabiyyah tak tentu hala kepada pemimpin-pemimpin PAS. Itu aku tak setuju dan benci.

Kepada Mat Saman Kati, aku dengaq hang banyak projek. Bukan projek buat duit. Tetapi projek menyantuni rakyat miskin. Harap ajak la aku sama. Aku pun teringin nak pahala jugak.

Aku yakin, keluar PKR bukan bermakna sokong Umno Barisan Nasional (BN). Aku cukup benci benda macam tu. Tak suka PKR, jilat Umno. Benci PAS, tenggek atas belakang Umno. Siap cari makan dengan Umno lagi. Kelaku sial macam tu aku benci sungguh!

Kepada para pemimpin PKR dan PAS, komen indraputra80 di bawah posting Mat Saman Kati tu, tolonglah jadikan pengajaran. Saya copy paste:
Gua yg.sama sama Azmin sejak 1999 di Hulu Kelang atau bahasa mudah nya di Pejabat nya di Melawati/Klang gate.,masih ingat lagi betapa kami i.e Ulik,Mat Kawait,Hasnah,Din Perdana d.l.l,bekerja keras utk nya atau dgn maksud utk KEADILAN.,dan kami bersyukur kerana beliau Menang.,

Tahun 2004,beliau kalah dan kami sama sama menanggung kesedihan.

Tapi selepas itu kami di lupakan ,tambah pula ,bila beliau Menang di DUN Bt.Antarabangsa,dan P.Gombak.

Nak jumpa pun susah.,

Kami BUKAN nak minta wang,kami ada wang,bukan nak jumpa pasal minta project, kami pon x menang tangan dgn beberapa project bernilai jutaan ringgit.,kami bukan nak minta tanah, walaupun hati kami sakit melihat Pak Indon yg.conquer.tanah di beberapa kawasan Bukit Antarabangsa berhampiran Sungai Sering,.

Kami nak jumpa pasal lorong di antara jalan berhampiran rumah Siti Norhaliza(Bukit Mulia) menuruni ke Kondo River Dale yang perlu baiki atau di perbesarkan.,kerana keadaan nya sekarang amat berbahaya,di mana terdapat lobang yg.menyukarkan kereta(Berselisih) keluar masuk di situ.

Keadaan ini sudah lama berlarutan dari zaman BN berkuasa, maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya.

Tapi hampeehh!!

Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?

Untuk meninggalkan PKR mcm MSK gek lah” kami masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan”

Jdi sebelum perkara nie menjadi barah, berjumpa dan berbincang bincang lah dgn kami dan sudi sudi lah berjemaah di Surau Bulit Mulia, jika ada kelapangan.,sebelum Zul(Kulim) janggut sejemput masuk jarum.

PLZZZ!!!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. TAHNIAH MAT SAMAN KATI,,,,akhirnya saudara sedar juga yg perjuangan ALJUBURI itu adalah PALSU dan akan membawa kehancuran pada bangsa dan agama di tanah air tercinta,,,,,,,,,,,,PARTI adalah "vehicle saja" perjuagan sebenar kita adalah "MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR",,,,,,,,,,,,

  2. abuarif ...so parti mana yang mempertahankan agama,bangsa dan tanah air ??? sertakan bukti nya sekali jgn main cakap jer ??

  3. alaaa... ckp je la abuarif... tak payah nak malu2... UMNO jer yg mempertahankan agama, bangsa dan tanah air... kan??... tapi jgn lupa pesan john... bagi la bukti skali... hahahahahahaha

  4. Rakyat ada pilihan..nak masuk PKR /PAS/UMNO..nak keluar pun boleh bila2 masa..tp ingat parti jahanam DAP perlu di"kubur"kan..itu MESTI. Anda org Islam PAS/UMNO/PKR..tunjukkan biar DAP/MIC/MCA ikut kita..jangan kita ikut dia. Kita kena dakwah depa jangan "depa" "dakwah" kita..itu soal pokok..lain2 fikir sendiri. Karpal Singh dah "tibai" MPKB-BRI pasal saman kedai jual no ekor(memanglah haram..mana ada halal). Tok Guru kenalah bersuara..ini yg aku kata TG kena "dakwah" KS..bukan KS yg "dictate" TG..tak betul sangat2...

  5. Tidak semestinya keluar parti tidak boleh berjuang.Banyak cara untuk berjuang.Tidak menyertai UMNO bukan bermakna tidak boleh membela nasib orang Melayu.Bukan UMNO yang menurunkan rezeki tetapi Allah. Minda orang Melayu ni kena dibasuh betul-betul.UMNO itu hanya parti yang diberi mandat setelah menang pilihanraya,dan membentuk kerajaan bukannya kerajaan UMNO tetapi Kerajaan Malaysia.Itu kena faham betul-betul.Begitu juga PAS,DAP atau PKR kalau menang perlu bentuk kerajaan.Rakyat perlu faham dan cerdik dalam berpolitik.Tetapi orang Melayu tidak pernah cerdik berpolitik.Itu sebab boleh dikelentong oleh orang politik (pemimpin Melayu).Agak sedih orang Cina dapat bermacam-macam ketika PRK-PRK semata-mata hendakkan undi dan apa yang mereka dapat berkekalan sehingga keanak cucu seperti geran tanah,peluang perniagaan tetapi orang Melayu dapat juga tetapi lepas itu sampai ke bangka menanggung hutang setelah mengambil apa yang diberi.Lebih baik jadi orang Asli yang dilayan seperti anak emas,walau pun selepas PRK dipinggirkan.Akhirnya malang juga orang Melayu dapat.

  6. pilihlah parti yg mudaratnya sikit...BN mudaratnya byk.Teruskan perjuangan melalui pilihanraya walaupun demokrasi telah dilacurkan.

  7. selepas ini jgn kata mat saman kati kluar pkr tp ada kumpulan lain yg trdiri drpd tim balan ketua ,2 org naib ketua ,6 ajk cabang dan lebih 35 orang ahli pkr akan meninggal kn pkr.nk tau lbh lanjut tggu dlam masa 10 hari ,terpampang dlm smua akhbar n tv

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008