Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita akan diseligi Melayu ayam daging dan Melayu wala'?

Bila baca berita bertajuk "Al-Jazeera TV: Libyan air force bombs protesters in Tripoli", saya teringat ceramah Haji Mohamad Sabu tentang perangai rejim-rejim yang menguasai negara-negara umat Islam. Dalam banyak ceramahnya, lebih kurang dia kata:
"Amerika buat senjata banyak-banyak untuk serang orang lain, serang kita umat Islam. Dia tidak serang rakyat dia sendiri. Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam beli senjata banyak-banyak untuk serang rakyat sendiri".
Anda tanyalah diri sendiri, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berbelanja sakan untuk perkuat dan ramaikan polis anti rusuhan untuk pertahan negara dari musuh luar atau untuk serang rakyat sendiri?

Negara-negara Arab bergolak sakan. Tunisia, Algeria, Mesir, Yaman, Bahrain dan yang paling ganas menzalimi rakyat yang menuntut keadilan nampaknya Libya. Sama ada analisisnya betul atau tidak, saya tak tau. Tapi saya suka baca tulisan Robert Fisk dalam The Independent bertajuk "These are secular popular revolts – yet everyone is blaming religion".

Paling menarik hati saya ialah pandangan pemimpin terakhir Soviet Union, Mikhail Gorbachev, yang disiarkan oleh RIA Novosti dalam berita bertajuk "Arab unrest not artificially orchestrated - Gorbachev":
The uprisings which have swept across the Middle East and North Africa were inevitable and not provoked by outside forces, former Soviet leader Mikhail Gorbachev said on Monday.

From Bahrain to Yemen, from Algeria to Libya, unrest has spread across the Muslim world in recent weeks as the "Arab street" vents its anger on entrenched and authoritarian leaders.

"The world is transforming now and these processes have to be considered in the context of what is taking place in Europe," Gorbachev said at a news conference in Moscow.

The Arab world is trying to "fight itself free from the grip of poverty and savageness," he said.

"In my view, it is very important that the European countries and the United States react to the occurring events in a responsible manner," Gorbachev said.
Bilakah not artificially orchestrated unrest akan berlaku terhadap Umno BN? Adakah kita terpaksa tunggu sehingga tidak ada lagi orang Cina di negara ini dan tidak ada lagi DAP? Atau, adakah ia tidak akan berlaku sama sekali kerana akhirnya Melayu ayam daging akan berdakap-dakapan dengan Melayu thiqah dan wala'?

Pada masa itu, adakah kita, rakyat yang meluat kepada Umno dan BN akan didebik, diseligi, dibantai dan dibelasah di jalan-jalan raya oleh gabungan Melayu ayam daging dan Melayu thiqah dan wala'? Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad, wa 'ajjil farajahum!

Berkaitan:
Live Blog - Bahrain (AlJazeera)
Live Blog - Libya (Al Jazeera)
Mesir, CNN puji. Bahrain dan Iran, CNN ada pendapat lain (Dr Faisal Tehrani 21/2/11)The New Language of Revolution (Datin Paduka Marina Mahathir 20/2/11)
Middle East (CNN)
An index of unrest in the Arab world (The Economist 9/11/11)
For US, more at stake in Bahrain than base alone (AFP 21/2/11)
Saudi Arabia says it's ready to help Bahrain's rulers (The Washington Post 20/2/11)
How a broken social contract sparked Bahrain protests (The Christian Science Monitor 21/2/11)
For Bahraini Shi'ites, a long trudge to equality (Reuters 21/2/11)
Bahrain: Days of rage, decades of oppression (Antiwar.com 21/2/11)
Libya: Colonel Gaddafi 'flees' to Venezuela as cities fall to protesters (The Telegraph 21/2/11)
Libya protests spread and intensify (AlJazeera 21/2/11)
Growing army defections reported in Libya (Antiwar.com 20/2/11)
Bloodbath failed: Libya’s pro-west regime at a loss for answers (Antiwar.com 20/2/11)
Thousands rally in Morocco demanding reform (Antiwar.com 20/2/11)
Unrest spreads across Yemen (AlJazeera 20/2/11)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq,
    Memang kerap Mat Sabu sebut perkara ni dalam ceramah-ceramah beliau.Kalau nak rujuk pepatah Melayu:" Dimana lagi kutu nak makan kalau bukan atas kepala."Bermakna kutu tu hisab darah kepala sendiri.Gaji dan alown dah dinaikkan,anggota dah bertambah,kapal terbang dan helikopter dah ada - heli digunakan untuk putar-putar hari penamaan calun dan ceramah pembangkang.Perhimpunan orang ramai yang aman,jadi kecoh dan huru-hara sebab SB dan Beri Merah dah mabok.Dimana keselamatan negara?
    Nak cakap pasal ancaman "keselamatan negara" kena tengok apa dah jadi pada negara ni yang penuh sesak dengan pendatang asing - sama ada haram atau tak haram.Munkin terdapat lebih dari 4 juta orang asing berkeliaran dinegara ni.Yang bekerja,punya work permit itu tak usah kiralah cuma begitu ramai yang sudah lupus work permit tapi masih berkeliaran dinegara ini.Begitu juga yang sudah lupus visa lawatan masih berkeliaran.Gagak-gagak dari benua Afrika yang ramai tu buat apa dinegara ni? Pelajar??? Dah tua bangka,punya 5-6 orang anak,bawa pulak datok-nenek,mak-bapa abang-adik kenegara ni,apa cerita?Mana keselamatan negara atau adakah mereka ini pengundi hantu untuk UMNO/BN? 4 juta kalau depa beranak 3 dalam tempuh 5 tahun,jumlah sudah jadi 12 juta pada tahun 2116.Mana keselamatan negara? Siapa yang memikirkan soal ini? Buat apa polis ada kapal terbang dan helikopter dan gas pemedih mata kalau ancaman keselamatan depan mata pun tak nampak,tak faham dan tak ambil peduli.Pembangkang bukan amcaman keselamatan,mereka punya wakil yang ramai diParlimen dan parti mereka berdaftar dengan ROS.Ini proses demokrasi.Yang 4 juta orang asing tu bukan demokrasi,itu ancaman yang real.Tak ada negara dalam dunia yang membenarkan keadaan seperti ini kecuali Malaysia.

  2. Yang patut mula demonstrasi adalah parti2 politik.
    Rakyat ni ikut rentak pemimpin.
    Jadi, jika Malaysia tak ikut revolusi, nak salah siapa.???

    Nak tunggu PRU13.???
    Jika SPR memipu lagi apa macam.???
    Ayoh Nik aziz, Anwar, Lim Kit Siang kita revolusi.!!!

  3. Kebangkitan Dunia arab yang sedang rancak belaku adalah kebangkitan yang organik.Ianya bukan kebangkitan menegakan idoloji atau ,fahaman atau apa apa ajaran,atau hasutan dari mana mana pihak,tetapi adalah atas kesedaran rakyat yang telah membangkitkan semagat mereka untuk membuat reform secara total berkorban jiwa dan raga mahu membebaskan diri,masyarakat dan Negara dari di pimpin oleh pemimpin yang telah membuatkan kehidupan mereka menemui penghujung .Rakyat betikat melakukan satu perubahan yang total bemula dari pucuk pimpinan hinggalah kepada pentabiran..Mereka merasakan sistem yang mereka lalui sekian laman telah menjadikan kemiskinan semakin melarat sementara pemimpin politik mengumpul kekayan untuk kesenangan hidup di atas titik peluh rakyat tak ubah seperti hamba abdi di zaman firaun.Mereka telah belajar dari sejarah Nabi Musa mengerakan revolusi memimpin revolusi Bani Israil membawa mereka berhijrah melintasi laut merah ke Palastine.Selepas melintasinya baru lah Nabi Musa pergi munajat pada Allah untuk terima idologi tauhid.Ini bermakana Revolusi Rakyat di Mesir akan di susuli dengan kebangkitan Islam secara total.

    Perlu kita teliti apa yang belaku di dunia Arab yang merompak harta rakyat mereka bukan lah cina atau orang Afrika atau orang Eropah tetapi pemimpin Bangsa Arab mereka sendiri ketika ini di ikat dengan fahaman kebangsaan Arab melalui Parti yang memerentah .Husni Mubarok yang berjaya memegang kuasa selama 30 tahun.Tetapi apa jadi setelah tempoh itu berlalu semagat kebangsaan Arab telah memakan menginaya bangsa mereka sendiri..Sikap pemimpin mereka yang jijik atas semagat kebangsaan Arab menunjukan belangn dan taring ,kezaliman berlarutan hingga 30 tahun menjejaskan masa depan anak mereka maka kesabaran akan bertukar kepada kemarahan manakala kemarahan bertukar kepada amokkan seperti di Libya.Mereka jadi marah sebab pemimpin mereka yang menyeru semagat Arab sangup membunuh bangsa mereka sediri .Rakyat tiba tiba bersatu atas comnon issu iaitu kemiskinan dan penindasan bersatu tetapi.Mana munkin issu kebangsaan mana mana kaum boleh selesaikan masalah keseluruhan rakyat .Tindakan terdesak hingga sangup mengarahkan tentera membunuh rakyatnya semata mata untuk pertahankan kedudukan.dan tahta seperti di Libya,Algeria Bahrin,Mesir dan Tunisia.Oh Melayu. PRK di Kerdau dan Merlimau siapa yang akan Menang tentu lah Puak Melayu UMNO/BN sebab sitem Demokrasai yang Korrup tidak akan menjamin kemenagan total mana mana parti yang mengugat kekuasaan yang sedia ada.

  4. biarkan rakyat marah!!!!tp xtaw la bl majoriti rakyat malaysia nk marah!!!!!!

  5. Tertegaknya Islam apabila runtuhnya Jahiliah.Bukan kah Semagat perkauman yang di tanam dalam jiwa orang Melayu dan Berdirinya Negara Malaysia atas Semagat Kebagsaan Asobiah juga.Bukan kah itu jahiliah Moden?.Maka tak keliru lagi kita yang mendapat hidayah.Umat Arab pada hakikatnya bagun untuk meruntuhkan jahiliah moden sekarang ini dan di celah celah keruntuhan jahiliah akan tertegaknya Islam semua yang belaku adalah ulangan sejarah.Jahiliah di runtuhkan melalui Islam yang di sampaikan oleh Nabi Kita secara dakwah yang dimulakan dengan Aklak nabi itu sendiri.Islam tidak pernah tertegak dengan cara Piliharaya sistem demokrasi .Tidak ada nas dari alkuran atau hadis atau sirah ynag islam boleh tegak dengan suara majoriti pengudi atau peyokong.Pemimpin Pas ramai yang beriman dengan Piliharaya ni yang megelirukan.

  6. UMNO hancur disebakan Pemimpin ingin memuaskkan Hawa Nafsu melalui kuasa ynag di berikan Rakyat.Mereka rompak harta rakyat dan kumpulkan kekayaan peribadi ini yang menghancurkan UMNO/BN.Tapi Pas juga akan hancur kerana Pemimpin berlain Fikrah dan aliran yang keterlaluan serta tidak mentaati keputusan Imam.Pas akan hancur melalu perpecahan di sebabkan oleh perbezaan fikrah antara pemimpin dan beriman dengan piliharaya dalam saf demokrasi yang korrup.

  7. for pak yeh,kalau pas or pkr menang tu spr tk tipu lak ek?adil sgt lak spr bile pakatan menang,tp bile bn menang,rasuah la,tipu la,cmne tu?utk article ni,ak tk tau la korg blaja agama kt mane,tp setau ak,islam larang pengikutnya berbalah,tk tau la islam cmne korg blaja ni,islam PAS ke?org kalau dlm keadaan aman,mmg akan beriye2 nk perang,tp once perang,br terkiyal2 nk keamanan,time tu terbyg la keamanan yg cm ari minggu kuar breakfast ngan family,gi picnic ngan family la,mcm2,tp igt,bile dh sampai tahap cmtu,dh terlambat,jgn menyesal dikemudian hari,jgn jd cm rakyat penang yg dh menyesal pilih org yg salah,hargai la keamanan yg kite kecapi ni,nk tau ape nilai and nikmat keamanan?tanye la bapak kite,atok kite yg idop zaman perang dl,tanye dieorg,suke ke zaman tu,seronok ke berperang,huru hara kt kampung br dl,seronok ke,belajar la dr sejarah....

  8. lagi satu,bile askar malaysia beli pape equipment,org ckp "ape la malaysia beli brg second hand",tp bile kerajaan beli sukhoi ke,papela,kate membazir duit rakyat lak,so ape yg betol?korang nk bile ditakdirkn malaysia diserang,korang nk turun padang pakai keris,lembing or parang je?plus pikir dl,kerajaan beli sume tu,bkn sj utk pertahanan negara,it will convince investors yg company most korg keje tu,confident utk melabur dlm malaysia,pastu,kerajaan beli sume tu bkn utk org lain,utk askar2 kite gak,utk askar2 kite,yg merupakan rakyat malaysia gak,utk memudahkn tugas dieorg,korg pn kalau korg tentera,korg mesti mintak beli itu ni,toksah cite askar la,kalau korg keje company korg,korg nk request pape equipment utk keje,mesti nk pow company punye,nk beli camera utk jabatan misalannye,nk yg mahal je,ak tau la ak penah keje amek kontrak beli brg2 ni,yg mintaknye bkn kerajaa,yg mintaknye rakyat yg kerja ngan kerajaan,so kerajaan,cm company2 lain,bg jela,in the end,kerajaan dituduh membazir,korg tkkn tk tau cmne process procurement ni,sape keje opis mesti tau punye la...so,fikir dl keadaan semase and latar belakang masaalahnye,sblm mule fitnah or memaki hamun,kalau tk betol,pasal ikot org lain maki,tk pasal2 kite wt dosa...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008