Bila menyokong revolusi di Tunisia dan Mesir, semua orang ada perkiraan masing-masing. Semua orang ada teori masing-masing. Dan, pada teori dan perkiraan itu disandarkan harapan masing-masing (Untuk mengikuti perkembangan di Mesir, sila lawati Al Jazeera Blog, Twitter CNN dan updates dari BBC dan mesti ikuti selalu The Angry Arab News Service).
Pendapat saya sendiri, perkiraan terbaik ialah berasaskan kepercayaan agama. Pegangan dan keyakinan orang lain, itu ikut suka depa. Tidak ada siapa pun boleh memaksa saya berpegang kepada apa yang mereka pegang. Saya juga tidak ada keinginan untuk memaksa orang lain berpegang dengan apa yang saya percayai.
Saya tertarik dengan coretan Ustaz Muhsin Labib. Katanya, "Takbiratul-Ihram di Tunis dan Mesir... Salam di Riyadh". Persiapan untuk apa semua itu? Adakah Amerika Syarikat yang mempersiapkannya? Apa rancangan jahatnya mempersiapkan semua itu?
Saya mengaku, saya hanya meneka-neka keinginan Amerika dan lobi Yahudi di belakangnya - jika benar mereka yang mengatur dan merancang apa yang berlaku. Yang sah, keinginan jahat.
Yang mententeramkan jiwa saya ialah keyakinan bahawa kebangkitan berani dan serentak berjuta-juta rakyat di dalam negara-negara kuku besi didorong oleh rasa hati manusia-manusia yang terlibat. Sehebat mana pun Amerika, ia tidak mampu memolak-balikkan hati - walau hati seorang manusia pun. Hanya Allah yang bersifat Muqallibul-qulub - yang mampu membolak-balikkan hati.
Saya akui, Amerika dan lobi Yahudi di belakangnya memang kuat dan berpengaruh. Tetapi, kita janganlah bertindak sebagai tukang tambah kekuatan dan pengaruhnya. Janganlah kita secara tak sedar menjadi tukang propaganda yang menjadikan Amerika dan lobi Yahudi di belakangnya kelihatan jauh lebih kuat dan berpengaruh - jauh melebihi kekuatan dan pengaruhnya yang sebenar.
Revolusi didorong oleh suara hati. Tuan punya kepada hati-hati manusia bukan Amerika. Jangan letak Amerika, Yahudi dan dajjal pada tahap Rububiyyah. Pemilik hati-hati manusia ialah Allah.
Jika kita bergantung, berpaut dan beriman kepada Allah s.w.t., America, Jews and dajjal are totally nothing!
Saya berharap kebencian dan kebimbangan terhadap Amerika dan pak yet-pak yetnya tidak mengagendakan tindakan saya. Walaupun saya meluat kepada Umno, bukan itu yang mengagendakan hidup saya. Saya mengemis kepada Allah agar hanya Dia yang menjadi agenda saya.
Oleh kerana saya jahat dan selalu terdorong menjadi jahat, saya mengemis kepada Allah agar apa pun yang saya buat, dunia dan kilau-kemilaunya bukanlah matlamat saya.
Ya Allah, tolonglah lazimkan lidah dan hati saya mengucapkan "Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad, wa 'ajjil farajahum sharif!"

Cantik? Klik 

YA BETUL TUAN..HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU..SEMOGA CEPAT BANGKIT KEMENANGAN AGAMA ISLAM
benci sungguh pak bakaq dgn pas...
PAK YET AMERIKA,,,,,,,salah satu tanda nak kenal PAKYET amerika,,,,,,sentiasa "mengajak orang ramai membuat huru hara,,,,,2.Selalu mengatakan "DIRI SENDIRI lebih ISLAM dari ORANG LAIN" 3.YG tak menyokong kumpulan mereka dikatakan "KAFIR" 4.mengajak untuk bersatu dan kerjasama sesama islam "TIDAK MAHU",,Lebih RELA "BERPAKAT SESAMA MUSUH YG TERANG2 MENENTANG ISLAM"
anwar ibrahim, perdana menteri malaysia akan datang, apabila lepas dari penjara, ke germany utk berubat. lepas tu beliau 2thn 'bekerja' di amerika. lepas tu baru pulang ke negara tersayang.
jadi apabila beliau jadi PM kelak, bagus sungguh. sebab beliau tentu disokong kuat oleh amerika. sama seperti najib.
kita tak mahu malaysia ini tidak disokong oleh amerika, yg dari dulu ialah salah satu dari pelabur utama malaysia.
pekiklah kamu apa pun di depan embassy amerika tu, bila nak duit dan meminta sedekah pelaburan, ke sana juga kamu tuju.
terima kasih kerana terbitkan ulasan ringkas saya ini. saya khuatir orang semua membenci amerika tanpa berfikir.
Pi buat demo depan kedutaan amerika......memang bahlol.
Pd yg merasa perasaan bercampur baur..
Pd sy kita balik pd agama..jgn marah krn soal yg kita akan jawab didepan Allah nti adalah mengenai pegangan kita..UMNO ka PAS ka,lbh baik kamu berlumba-lumba melaksanakan Syariat Allah,barulah kefahaman beragama kita yg awam ini akan bertambah..
Jgn nk hukum org2 Kafir di Malaysia krn mereka tidak pilih utk jd Kafir ttp Allah yg menetapkan semuanya..Jgn guna Haq Allah(menghukum)utk menyatakan sesuatu atas sesuatu yg blm kita lakukan(dakwah)
Jd siapa kita nk menuduh mereka itu spt Musyrikin Makkah dizaman Nabi??
Sudahkah kita melaksanakan tugas kita menyampaikan ayat2 Allah spt mana Rasulullah dan para sahabat lalu kita dgn mudah menuduh mereka semuanya berpaling???
Salah kita sendiri krn tidak mendekatkan mereka dgn kefahaman Islam..
Kita yg menyebabkan mereka jauh dari memahami agama kita..
Kita lepaskan tanggungjawab dakwah kpd para ulama ttp kita sebagai org awam lbh suka mengkritik org lain tanpa memeriksa diri kita..Bagus sungguhkah kita dgn sikap sebegini dan adakah Allah akan meredhai kita dgn sikap dan perlakuan kita selama ini???
Kita sendiri adakalanya memakai ISLAM dipukul 6.10 pagi..kemudian Islam itu pudar hingga 1.30,ttp menjelang 1.35 hingga 4.51 kita entah jd Yahudi atau Nasara..Kemudian Islam kembali menjelang pd jam 4.51..4.56 kita kembali entah kemana sehingga pukul 7.28 mlm..kemudian kembali hilang Islam itu sehingga 8.40..
Islam kita hanya pd perkara Ibadah ttp perkara diluar ibadah itulah sepatutnya kita mengamalkan akhlak sebagai hamba Allah yg tunduk,takut dan malu dgn ALLAH dan mengharapkan keredhaannya sepanjang hari sepanjang hayat kita,spt mana yg kita akui melalui pengucapan didalam solat kita..Allah akan tuntut semua itu dari kita kelak..
Nampak nya sebilangan kita amat kurang mengambil ingatan dari ayat2 ALLAH di dalam Al-Quran..
Mengkritik memang sedap,memang puas tp jika hanya berdasarkan akal dan lintasan hati tanpa Asbabun Nuzul dan Murad spt yg Allah tuntut,maka ia umpama boomerang yg akan membanting kita kembali jatuh ke liang Neraka..
Ayat2 Allah itu adalah utk kita junjung sebagai peringatan buat kita dan utk disampaikan kpd umat manusia krn Rasulullah itu sendiri diutus utk manusia seluruhnya,bukan utk bangsa2 tertentu spt Rasul2 terdahulu..
Maka renung2kanlah apa yg kita sudah perbuat utk agama sblm menuduh org lain menentang agama kita..
Tanya dimana pemuda2 kita adakah mereka sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemuda Ashabul -Kahfi atau masih membuang masa dgn perkara2 Lagha dan Syubahah yg tidak membantu memberatkan timbangan amal baik di Yaumal Mahsyar kelak..
Utk bangsaku Melayu,jika kita gagal memegang amanah Allah atas agama ini,kelak Allah akan gantikan kita dgn bangsa lain utk memikul amanah Allah ini..
Usah buang masa dgn kebencian,ia sgt jauh jauh dari rahmat Allah..
Wllahualam..