Sedap!! Klik gambar di atas!

Hampa ingat pemimpin Umno BN bangang sangat ka?

Pukul 10.21 malam baru dapat tengok Internet. Wow! Banyak berita menarik. Tu baru baca Malaysiakini.

Dalam berita hari ini "Isa Samad's appointment 'bad news for market'", Malaysiakini melaporkan:
...fellow panelist and National Economic Advisory Council member Zainal Aznam Mohd Yusof put it very direct, saying Mohd Isa's track record of graft had raised alarm bells.

The Umno disciplinary board in 2005 found Mohd Isa guilty of money politics during the party's elections.

“It was a sad day when Isa was appointed chairperson of Felda,” said the economist, who played a major role in the preparation of the Second, Fourth and Fifth Malaysia Plans.

Zainal Aznam said real reform could be achieved if there was a blanket ban on the appointment of politicians to head GLCs.

“Why not say politicians cannot be appointed, no matter which political divide you are from, or whether or not you are corrupt?

“Power corrupts, so the basic assumption is that (politicians) are stigmatised as corrupt,” he said, adding that the appointment was a blow to Felda's solid reputation in the developing world.
Datuk Dr Zainal Aznam tau apa? Ingat saja-saja nak lantik Tan Sri Moh Isa? Kalau dia pernah baca artikel Joceline Tan, orang Melayu dibahagikan kepada empat kategori. Pertama urban Malays, kedua semi urban Malays, ketiga rural Malays dan keempat Felda Malays.

Kubu terkuat Umno ialah Felda Malays. Yang pembangkang pulak makin galak berkempen kepada Felda Malays. Datuk Seri Najib Tun Razak tak larat nak jaga Felda sorang-sorang. Dengan kepandaiannya bercakap, siapa lagi yang Najib nak harapkan jaga Felda kalau bukan Isa.

Hello, Felda bukan sekadar entiti ekonomi. Dia juga cash cow. Dia juga kubu politik. Dr Zainal kena la faham. Hanya orang seperti Mohd Isa yang pandai jaga.

Dilaporkan juga berita bertajuk "Indian reps: We're not intimidated over Interlok". Depa betul. Macam P Kamalanathan, apa yang dia nak risau? Nak terancam apanya? Melayu Felda di kawasan dia akan tetap undi dia. Tak dak masalahlah!

Dr Zainal juga merungut dalam berita bertajuk "Perkasa hijacked NEM, says NEAC man". Dia tak faham ka, Perkasa ialah mengenai emosi dan sentimen Melayu. Jangan main-main dengan emosi dan sentimen Melayu. Dr Zainal juga kena faham, kalaupun betul NEM hebat sangat, ia pasti akan dirogol sepuas-puasnya dalam perlaksanaannya. Dia tak nampak ka DEB dan koyak rabak dirogol?

Malaysiakini hari ini juga menyiarkan komen-komen di bawah tajuk "RM6bil navy boats: How much is the commission?" dan "Inflated price: Will the MACC investigate?" serta berita bertajuk "Nurul: Explain RM70,000 per metre walkway".

Izzah dan mereka yang pertikaikan harga yang mereka kata tinggi sangat tu ingat pemimpin-pemimpin di Malaysia ni bukanlah bodoh sangat ka?

Saya cadangkan depa baca rencana Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Kekayaan Mubarak AS$70b?" Rencana tu cerita:
Menurut pakar Asia Barat dari Universiti Durham, Profesor Christopher Davidson, Mubarak dan isterinya Suzanne serta dua anak lelaki mereka mengumpul kekayaan melalui perkongsian perniagaan dengan pelabur dan syarikat asing sejak beliau masih dalam tentera.

Katanya, kebanyakan pemimpin negara teluk meminta pegangan 51 peratus dalam pelaburan asing.

Di Mesir angkanya sekitar 20 peratus tetapi masih mampu memberikan pulangan besar kepada para pegawai tentera dan kerajaan yang terbabit.

“Hampir setiap projek memerlukan penaja dan Mubarak mengambil kesempatan daripada tawaran dan perjanjian tersebut.

“Kebanyakan duitnya disimpan di bank Swiss dan dalam bentuk hartanah di London.

“Ini merupakan kegemaran pemimpin Asia Barat dan tidak ada sebab mengapa Mubarak tidak bertindak serupa,” kata Davidson.
Hello! Hampa ingat pak Arab ja yang pandai main 51 peratus atau 20 peratus? Hampa ingat pemimpin-pemimpin Umno Barisan Nasional di Malaysia ni bodoh dan bangang sangat?!

Berkaitan:
Najib defends GLC appointments, says based on competence (Malaysian Insider 9/2/11)
Isa: Hebat sangat ke orang yang buat kritikan? (Malaysiakini 9/2/11)
Malott, Zainal Aznam are sick, says Ibrahim Ali (Malaysiakini 9/2/11)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. nak tanya ni.. pak bakaq setuju kaa mohd isa jadi pengerusi felda?
    setuju ka harta negara dijaga oleh malaon yg ada rekod tak bersih?

  2. sbb byk tiris la bumbung parlimen bocor,makmal komputer runtuh,jambatan gantung pun putus...inilah Malaysia negara kita abg bakaq...

  3. artikel pak bakaq ni mcm reverse pshychology....

    Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

  4. BAGUIH BAGUIH. INILAH KEBIJAKSANAAN PEMBANGKANG. MENGULAS, MERUMUS DAN MENCARI KELEMAHAN. SEBAB ITU LEPAS KALAH, KALAH, LEPAS KALAH, KALAH.
    LAMA LAMA BERKUBUR..

  5. Bagi je kat puak pakatan haram jadah. Dah tentu depa jaga baik2 menuju jalan ke syurga

  6. yang cakap tu pon sama.nurul izzah ka, tony pua ka, aznam ka semua sama je. manusia bila dapat peluang kebanyakannya akan jadi macam mubarak. itu sifat manusia.

  7. Kesian Isa Samad kesalahan politik wang nya telah diatur oleh kuasa-kuasa ghaib tahun 2005. Tapi bila menantu buat takpa tutup sebelah mata.

  8. Ha ha ha..

    Pak Bakaq...sejak lepas tahun baru ni ..Pak Bakaq asik sindir orang aje...well done..orang melayu ni kalau kena sindir cepat terasa...tapi kalau yang tak terasa tu gerenti jenis kulit tebal..Kulit b**i atau Bewok...ha ha ha..

    Anyway Ainon 7...benda dah berlaku, dah ada track record..kenapa tak mengaku sajalah..anyway thank to UMNO Pahang for setting up Isa Samad ..ha ha ha..

  9. Puak-puak yang ketagih meneguk air kencing setan ini adalah Melayu liberal yang korup dan hipokrit yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan. Ini adalah puak - puak liberal yang pandai hanya menikam bangsa sendiri.

  10. di felda nantI Isa Samad akan usul peneroka ternak babi pula...hahahaha...lg untung drp tanam getak atau klapasawit

  11. apakah peranan isa samad dalam pernikahan najib-rosmah? mungkin rosmah yg suruh lantik si isa tu..faham2 je lah

  12. aku berani bertaruh kalau ada pilihanraya kecil lagi, isa akan menang lagi besar...

  13. Penggabungan ECM Libra dengan Avenue Capital menyaksikan syarikat kecil milik keri, kali dll telah menelan GLC besar Avenue Capital dengan lahapnya. Ini kena tanya Tengku.

  14. balik2 ckp "kalau PR perintah... lagi lingkup"... kata kunci dia "kalau"... "kalau" tu blom tentu jadi... tapi mende yg dh mmg terjadi ni... x kan nak biar jer... telan jer... adoi aiiii... ada lagi yg sokong... tu yang pelik tuuuu

  15. Bila Isa dah jadi pengerusi FElda beratlah sikit kumpulan yang nak menyamun Felda sejak tahun 2003 lagi. Untung atas angin siapa taknak. Mereka ini juga terlibat dalam Avenue Capital, Citi Bank, Eon Cap, Tune Money dan silap haribulan Maybank Investment. Ini semua bangkai- bangkai peninggalan si lelah.

  16. aku sokong raden...owg skrg nie taku ngan kalau..tp UMNO bejaya mengeksplotasikan ayat kalau...hahaha

    yg kiter dah taw korup 2..tukar je la...

  17. sembang je pandai... komen org lain mcm malaikat, tak pernah but silap...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008