Tertinggal jauh di belakang kebijakan politik Umno untuk terus berkuasa, PAS lalu mengadakan konvensyen yang menekankan komitmen untuk mengupayakan bangsa Melayu. Dalam perebutan untuk memenangi hati orang-orang Melayu, Umno jauh ke hadapan meninggalkan PAS yang masih terkudik-kudik mencari kata dan bahasa.
Keputusan pilihan raya 2008 sebenarnya adalah hasil pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003. Apabila persempadanan itu akhirnya menjadi senjata makan tuan, Umno tidak terus bangang tak tentu arah.
Parti itu tidak mengambil masa yang lama untuk bergayut pada talian hayatnya - mengapi-apikan perkauman. Katalah apa pun, Umno tak kira. Ia tetap mengapi-apikan perkauman kerana ia tahu itulah satu-satunya talian hayat yang masih ada kepadanya. Dengan kesungguhan yang penuh seluruh, Umno memakaikan DAP dengan mata tersembul terbeliak dan lidah merah terjelir sehingga seluruh Melayu yang bongok menyangka DAP lebih berkuasa dari Allah Ta'ala untuk menghancurkan masa hadapan mereka.
Umno berjaya menerajang Islam ke tepi dan mencacakkan dirinya sebagai "benteng" Melayu.
Kalaulah saya pengkritik filem dan konvensyen PAS yang memfokuskan pengupayaan Melayu itu pula adalah sebuah filem, saya tak akan berpura-pura untuk mereka-reka cerita kononnya ia adalah sebuah filem yang hebat dan gempaq. Tobat lahum saya tak akan kata ia sebuh karya yang mempesona dan mampu menggoda keghairahan orang-orang Melayu untuk berkejar-kejar menikmatinya.
Dengan yakin saya menyatakan bahawa filem bikinan Umno dengan segala api perkauman Melayu dan pengadunan unsur seram melalui hantu bernama DAP akan tetap menjadi filem box-office.
Filem bikinan Umno bukan sahaja memukau perhatian Melayu dengan tema gempaq Melayu dan adunan unsur seramnya, para pemimpin Umno juga begitu kreatif dengan menyelitkan unsur-unsur lawak dalam filem bikinan parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu.
Pelbagai akronim seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara tetapi ada orang kata "Najib Kerja, Rosmah Arah"), MEB (Model Ekonomi Baru), MKRA (Bidang Keberhasilan Utama Kementerian), Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan entah apa menatang lagi yang diperbodoh-bodoh dan ditertawakan oleh orang-orang Umno sendiri diselitkan sebagai bahan lawak jenaka yang menyebabkan orang Melayu jadi suka tak tentu hala.
Mereka bukan tak tahu semua itu adalah raksaksa-raksaksa bulur yang begitu pelahap nak menghabiskan duit mereka, duit rakyat. Tetapi nak buat lagu mana, mereka terhibur sangat dengan unsur-unsur lawak jenaka yang diselitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam filem perkauman Umno itu.
Orang Melayu tak dapat apa pun ketika pemimpin Umno, bini dan anak mereka bertambah kaya hasil pembikinan filem Umno yang penuh dengan gempaq, seram dan lawak itu. Bukan sahaja tak dapat apa. Malah bertambah susah dan sesak hidup mereka. Tetapi orang Melayu tak kisah itu semua. Mereka terhibur sangat dengan wayang Umno itu.
Pada masa yang sama, PAS pula terus berada di tahap ketandusan imaginasi untuk menawan hati orang-orang Melayu. Mungkin orang PAS akan jerkah saya. Dah hang pandai sangat, hang buatlah!
Assalamu'alaikum ya akhi mukhtaram, mai sat nak habaq. Pengkritik filem tak semestinya pandai membikin filem. Tapi derianya boleh menilai mana satu filem yang akan meletup di pawagam. Pengkritik bola tak semestinya pandai main bola. Tapi dia tau mana satu team kelas dunia dan mana satu tahap team estet ja.
Nak habaq lagi, saya bukan apa-apa. Bukan pengkritik, bukan pengulas, bukan apa-apa pun. Saya hanya rakyat biasa yang ingin melihat negara ini boleh menjadi tempat tinggal yang tidak menderitakan anak cucu saya. Untuk mencapai cita-cita itu, kerja pertama saya ialah lawan Umno dulu. Sebabnya, parti itu adalah mudharat paling besar teramat besar kepada negara ini.
Parti lain pula, kalau hampa pun jahat macam tu jugak, hampa pun aku lawan. Nak buat lagu mana, tak lawan ditawan (gambar di atas ihsan Malaysiakini).
Berkaitan:
12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru (Harakah Daily 20/2/11)
PAS determined to recover Malay support (Malaysiakini 19/2/11)
Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi (Malaysian Insider 19/2/11)
PAS says will prioritise Malays (Malaysian Insider 19/2/11)

Cantik? Klik 

PAS DAH PENIN,,,,bukan KEDAH saja,,,,DULU SEBUT "PERJUAGAN MELAYU" ,,assabiah ,haram kafirrr,,,,,,,,,,"MENGAPA SEKARANG CARI MELAYU",,,,PELOK GUAN ENG,,DAKAP LEE KUAN YU,,Dukong KARPAL SING kerana mereka ini bolih menjaga ISLAM,,inilah harapan NIK AJIS untuk JAGA ISLAM DAN MELAYU di malaysia ditambah PULA dgn PEMIMPIN anugerah tuhan yg NIK AJIS sangat Hormati,,ANUAAR ALJUB,,yg Mengamalkan Dasar "AGAMA2 LAIN SAMA SAJA SELURUH DUNIA",,,,,,,Tolong Jawab NIK AJIS,,,sebab "UMNO KAFIR",,,,,,,,,,
SEBENARNYA KEJAYAAN PAS SELAMA INI IAITU HAMPIR 60 TAHUN ADALAH TELAH BERJAYA MEMECAHBELAHKAN ORANG MELAYU DAN DLM USAHA BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK MEMBAWA BANGSA MELAYU KE DUNIA PENJAJAH OLEH KAFIR LAKNAT DGN BERSEKONGKOL DGN DAPig.SATU KEJAYAAN YG BAKAL DITULISKAN DALAM SEBUAH BUKU YG AKAN DITERBITKAN OLEH PORK NAJIS ANAK BERANAK SDN BHD DAN FILEM ARAHAN HADI AWANG PRODUCTION. DIJANGKAKAN BUKU DAN FILEM INI AKAN LARIS DIBELI DAN MENJADI FILEM BOX QFFICE BAGI ABAD 2000 DGN PEMBELI DAN PENONTON SETIANYA ADALAH PUAK FANATIK DARI PARTI AJARAN SESAT.
Nampak nya PAS sendiri tak yakin dengan Islam apa bila mahu bertaut pada semagat Nasionalist Melayu.Antara 12 perkara ada yang telah tergelincir dari kontek Islam tu sendiri yang bersifat universial.
Ahli dan tokoh politik boleh buat apa saja wayang atau Filem tapi masalah kemiskinan dan tekan hidup Rakyat semakin mendesak ini lah sandiwara politik tanah air kita.Apakah di sebab kan oleh sistem pemerentahan itu sendiri atau salah laku Pemimpin politik dalam membuat sesuatu dasar dan undang undang.Apa yang saya lihat dalam Islam telah pun mempuyai cara untuk selesaikan semua masalah Rakyat tetapi PAS masih belum menjumpainya sehingga hari ini.Ini kelemahan yang PAS misti akui.Saya takut bukan Pemimpin Politik yang jumpa cara peyelesaian tetapi rakyat itu sendiri mencara jalan peyelesaian.Mana tidaknya Ahli Politik semua Parti masih sibok mencari Jawatan dan Pangkat dan kuasa tapi akhirnya cari habuan peribadi.Kecuali ada dua tiga orang saja Ahli Politik yang saya nampak Iklas dalam memperjuangkan Hak Rakyat hingga sangup mengorbankan segala galanya.Tetapi yang amat sedih ialah yang Ahli Politik yang oportunis lebih ramai dari yang yang berjiwa rakyat.Celaka lah ahli politik yang menzalimi rakyat.
rahsia pemimpin umno: depan melayu: kita tak mau negara ini dikuasai oleh si mata sepet, si ceti....ini negara namanya tanah melayu....; depan orang cina: kita kongsi-kongsi ma....gua kasi lu,lu kasi gua....manang banyak di pulau pinang, tp yg jadi ketua menteri sape? org melayu lari ke seberang prai bermula pd tahun 70-an. masa tu pas perintah p pinang ke? masa tu pas perintah malaysia ke? melayu umno: mudah lupa....
KESIMPULAN YANG KITA DAPAT, PAS MASIH TERABA-RABA MENCARI IDENTTI PARTI..DULU DASARNYA JELAS WALAUPUN ADA SEDIKIT RETORIK..BILAMANA NUAR SUDAH MASUKKAN JARUM, PAS MULA UBAH KIBLAT...CUBA LEBIH TERBUKA, KENDURKAN DASAR MUDAH-MUDAHAN SEMAKIN KUAT.
ORANG MELAYU ISLAM SEMAKIN GERUN DENGAN GAYA PAS HARI INI,,DITAMBAH LAGI HERO PAS SERING MENGELUARKAN UCAPAN2 YANG MENGELIRUKAN.
KESIMPULANNYA PENGARAH FILEM BUKAN LAGI PAS TAPI..........
film box office adalah yg mampu mempengaruhi org walaupun certa dan kualiti taik ...
Lebih baik ada daripada tak ada.
TO ABUARIF
UMNO PEJUANGKAN ISLAM??????...GUNAKAN AL QURAN DL..BUANG UNDANG2 BARAT..BARU AKU LEH KATA UMNO PEJUANGKAN ISLAM..DAH 50THN TUNGGU NIE!!!!!HAHAHAH
Bangang ker apa perancang Konvensyen Pengupayaan Melayu ni? Kalau dah nak tarik undi Melayu, carilah Melayu yang pakar di dalam bidang pemujukan Melayu untuk bagi nasihat. Yang hangpa duk ajak Liew Chin Tong nasihat hangpa ni apakejadahnya?
Pak Bakaq dan semua penyokong umno.
Umno dah jadi bebal tak tentu pasal sejak PRU12 apabila majoriti kaum cina dan india tidak lagi menyokong slogan 'Tradisi Membela Rakyat'.
Semua projek kerajan hanya dapat kepada umnoputra dan kronis.
Indek jenayah dan terutama rasuah naik mendadak,adakah kerana pembangkang yang bikin itu rasuah?,sehingga pelabur membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia.
Contoh terkini khalid gagap mintak tambah anggota keselamatan di Selangor,beliau berbuat begitu kerana merasakan isi hati rakyat Selangor dan condition terkini rakyat Selangor .
Kes kes pembunuhan yang masih terus menjadi tanda tanya sehingga kini masih lagi meragukan rakyat dan penganalisa sosial.
Adakah BN masih relevan untuk menjadi juara rakyat? BN akan terus menggunakan isu perkauman sempit dan rakyat akan teruskan ditakutkan dengan 'hantu' DAP.
Kerana Apa:
a)DAP mempertahankan maruah gadis Melayu.
b)DAP memberi lebih kebajikan kepada warga penang termasuk kebajikan kepada Sekolah Agama Rakyat dan guru KAFA.
c)Karpal Singh sedia berlembut mengenai Negara Islam.
d)Target 10% undi Cina BN tak dapat di PRK Tenang.
Urus tadbir BN/Apco telah gagal sejak dulu,kini dan selamanya.
Man Kg Nawa.
UMNGOK @APCO PAKAI NASIHAT YAHUDI@APCO ! NAK KATA APA ? PERINTAH LAMA TAPI KRONI SAJA BUAT DUIT LAGI LAHANAT & DAJAL SEKAT DANA SEKOLAH AGAMA,CURI ROYALTI MINYAK NEGERI YANG PARTI ISLAM & PR PERINTAH , KHIANAT KAT ISLAM & RAJA-RAJA,PERLEMBU SEMUA AGENSI & BADAN KERAJAAN JADI PECACAI UMNO ! INI SEMUA KERJA APA ? TERLALU BANYAK LEMBU BAGI KOMEN BILA DAH MAKAN YANG HARAM DAN RASUAH ! MENENTANG PARTI YANG MAHU MENEGAKAN AGAMA ALLAH SWT IALAH KERJA FIRAUN,MAJUSI,NASRANI,YAHUDI-ZIONIS ,MENGHALALKAN RASUAH,PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA KUASA ADALAH KERJA SYAITAN DAN DAJAL PENGROSAK ! JANGAN JADI LEMBU UMNO@APCO ! ALLAHU AKHBAR !
Masalah dengan kebanyakan pemimpin dan penyokong PAS ialah mereka berpendapat mereka saja berada di jalan yang benar. Siapa tak sokong PAS ,maka dilepas perkataan-perkatan yang menyinggung perasaan orang seperti jahiliah dan lain-lain kata-kata yang menyakitkan hati. Inikah dakwah cara PAS? Padahal Allah Hakim Yang Sebenarnya.
Kebanyakan orang Melayu yang berkehendakkan jalan Allah hanya mengambil AlQuran dan Hadith sebagai prinsip kehidupan. PAS hanyalah sebuah parti politik saja. Ulama ada banyak di Malaysia. Ulama atau penceramah agama yang selalu muncul di TV mungkin lebih dipercayai kebanyakan Melayu kereana mereka tidak berpolitik.
Orang Melayu berminat ulama yang tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Harap orang PAS faham dan jangan mendesak-desak orang terima PAS. Bagi kebanyakan orang Melayu biasa beranggapan orang PAS pun ramai yang lebih kurang serupa perangai dengan kebanyakan orang UMNO.
pemimpin pas dan pengikut2nya adalah pelakon dalam filem .... penerbit DAP ...pengarah Anwar .....ha ha ha kesian pak bakaq woi
mana nak pecah panggung ...pecah punggung bolehlah ...
kesian melayu pas, adalah telah diriwayatkan bahawa bangsa melayu ini telah melalui satu trasfomasi budaya ekonomi dan pelbagai lagi, dunia semakin menyekil... org melayu yg dulu hidup berbudaya petani telah bertukar kepada budaya kapatalis, anak-anak yang tinggal dibandar telah mengajar cara hidup baru kepada ibubapa mereka. Org melayu telah menyerab pesekitaran mereka. Pendek kata peminpin PAS masih mengamalkan pemikiran lama, kebanyakan pemimpin PAs ni org yg tua 2 dan tidak mengabil cara pemikiran barat, ia betul barat telah rosak tapi ilmu dan teknologi mereka menerajui dunia ini dan kebayakan yg pandai di barat ini bangsa yahud, lebai lebai kita ni yg motor rosak pun hantar kat kedai cina, komputer pun taktau cam mana nak on, cam mana nak menjana pemikiran yn terkehadapan. Ada ke sekolah pondok yg kebanyakan dikendalikan oleh lebai pas ni ajar bab kemahiran hidup, Benar kita islam akan mengutamakan soal syurga neraka, tapi keadaaan hari ini apa yang diutamakan adalah perut kita dimana kemiskinan ini hampir kepada kekufuran. adakan pemipin pas menilai islam dengan betul, islam itu satu penyelesaian kepada manusia, nak kata lagi apa sumbangan pas kepasa islam, adakah dikalangan org pas ni yg terkaya macam sahabat nabi, duit yang banyak ni digunakan untuk membangunkan umat islam, menerokai teknologi, sains dan pelbagai lagi bagi membantu umat, kalau bab ekonomi ni lagi le adake persatuan ke koperasi ke ape yang boleh menjadi contoh kejayaan pas, macam koperasi kerjasama rakyat (bankrakyat) JCorp ke, negara yahudi dibina bukan dengan dok berdemo taktentu hala, ia dibina dengan pemikiran strategi bukan emosi...
Pandai sembang je...
bukan umno pandai jauh la bijaksana
tapi majoriti melayu yg bebal
bersemangat tahi kucing
pi mai pimai duk tang tu gak..dulu duk kata pas dato asri bersifat nasionalis melayu kerana terlalu taksub dgn kemelayuan... hari nin kenapa melayu nak diagendakan semula? apakah modal islam pas dan produk islam yg dipamerkan di kelantan, trg dan kedah sudah tidak releven?
PAS JIWA KACAU!!!!!!!!!!!
Parti ajaran sesat ni kan parti jual ugama untuk mendapat kesenangan hidup didunia. Walau pun beribu tahun pun parti ini berjuang ia akan menjadi sia- sia , syok sendiri dan tak kan berjaya didunia dan akhirat.
Salam pak bakaq dan pendokong umno sekalian..
Betui kata pak bakaq.Hantu Dap adalah bahan mujarab untuk menakutkan 'Ketuanan Umno' he he..
melayu takkan berubah selagi rtm dan segala mak nenek media masih dimiliki umno dan sekutu depa.
Dap akan teruh dipukui canang untuk mempertahankan kuasa 'Ketuanan Umno'.Biar umno hidup walau rakyat idup susah,penaiklah lagi harga barang dan songlaplah banyak banyak harta negara,orang melayu tetap akan sokong umno.
Bebal dan sebal adalah budaya melayu..so nak buat lagu mana..he he
abuarif lagiii jiwanya kacau ,haru biru ...
dah lebih 50 tahun umno berkuasa ,apa yang mereka buat untuk islam ....mananya abuarif ...bini mereka pun susah nak tutup aurat inikan pula nak suruh rakyat jelata !!!
Pas dah lebih 60 tahun apa yang dia buat, dia hanya kutip duit rakyat melalui tabung tong dan melesapkanya melalui ceramah tipu dan fitnah.