Genap tiga bulan (correction 8.07 pm, dua bulan bukan tiga bulan, aku pun dah tak ketahwan dah) setelah kehilangan anak saya, Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) kekasih hati abah, tuan rumah tempat saya menyewa sekarang meminta saya mengosongkan rumah yang saya duduk dan tengah dok menulis posting ini. Mereka dah jenuh usaha minta tangguh sampai hujung tahun ni, tak dapat lagi dah nak duduk lagi rumah quarters. Maklumlah, kedua-dua suami isteri dah nak bersara.
Mereka adalah tuan rumah yang sangat baik. Sukar saya melupakan kebaikan budi mereka. Saya duduk di rumah ini sebaik sahaja Muhammad Sadiq dilahirkan. Sudah 17 tahun.
Segala kenangan bersama Muhammad Sadiq ada dalam rumah ini. Memanglah saya redha dan Allah Maha Menyaksikan. Tetapi, bila Muhammad Sadiq pergi, aku rasa macam nak mampoih. Sampai la ni pun masih ada orang tanya, "Dah ok dah ka?"
Adoi! Macam mana nak ok? Sekali lagi, Allah jua Maha Menyaksikan.
Ni sekali lagi aku rasa seolah-olah macam nak mampoih. Terpaksa berpisah dengan rumah yang sarat dengan segala kenangan bersama Muhammad Sadiq.
Nak kena keluaq hujung bulan ni jugak. Jenuh la nak cari rumah yang saya mampu. Kalau sampai tujuh lapan ratus sewa, terberak aku. Rumah baru pulak nak kena bayar deposit. Macam-macam lagi kos.
Seboleh-bolehnya nak cari rumah dalam kawasan perumahan yang saya duduk sekarang. Tak nak jauh dari rumah mak. Mak sakit. Anak tertua dia, isteri saya, kena bantu jaga mak.
Terasa sungguh betapa Allah s.w.t. amat diperlukan dalam waktu-waktu sebegini - walaupun dalam waktu lain pun hanya Allah sahaja yang amat diperlukan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Ya Allah
wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
saya merayu kepada-Mu
renggangkanlah tanah dari samping jasad anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq
kasihanilah keterasingannya
temanilah kesendiriannya
hiburkanlah kegelisahannya
tenangkanlah ketakutannya
limpahkanlah kepadanya keredhaan-Mu
tolonglah anugerahkan kepadanya
salah satu dari rahmat-Mu, ya Allah
yang dengannya dia merasa cukup
dari (mengharapkan) kasih sayang kepada selain-Mu
serta gabungkanlah dia bersama-sama orang-orang yang dicintainya
bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad, ya Allah

Cantik? Klik 

saya berkongsi pengalaman dgn seorang sahabat yg kehilangan anaknya buat selama-lama...anak sulung yg dinanti sekian lama kembali ke rahmatullah setelah mendapat penyakit di hatinya..sejak itu sahabar sy ini kelihatan murung..seolah kehidupan begitu gelap pdnya..sehingga satu hari dia sampai ke sebuah masjid..terdengar kuliah lepas maghrib.sejak tu jiwanya tenang dgn majlis2 ilmu..sahabat sy makin tenang...
pakcik bakaq its time now to put on paypal link so that would be easier for the people to at least do what Allah has suggest; to ease others..dont get me wrong but thats the way i think..
Pensel Tajam
Tqvm for your concern. Tak pa..
Salam Pak Bakaq,
Insya Allah, Dia akan menganugerah yang terbaik untuk Pak Bakaq dan keluarga. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah juga Maha Penyimpati. Sebentar lagi Dia Memberi.
Ustaz Dr Abdul Wahab
ﺑﺎﺭك اﷲ ﻓﻴﻚ
Pak Bakaq... tolong bagi akaun no ente...ana mau bantu sedikit mana yang termampu...wassalam Aman
Kepada kwn2 yg sudi nak membantu, terima kasih tak terhingga diucapkan. Kpd yg bagi no telefon mereka kerana nak minta nombor akaun saya, saya tak siarkan komen anda sebab tak nak siarkan nombor telefon anda.
Tadi saya beritau seorang kawan dalam telefon, biaq aku kayuh dulu beca aku. Kalau aku tak larat kayuh, aku keriau mintak tlg hampa. Kepada setiap yg ingin membantu, saya ucapkan:
ﺑﺎﺭك اﷲ ﻓﻴﻚ
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua Pak Bakaq...
satu persatu kifarah Allah sedang menimpa....masih belom sedar?
tuhan suruh hang masuk umno kot... hai bala bala
masuk umno pun bala.
Allah menduga kita kerana dia tahu kita mampu menanggungnya.. wallahu'allam