Bila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad "suruh bunuh" kolum Wan Saiful Wan Jan dalam Harakah, saya forward kepada dia mesej yang tak senang dengan tindakannya itu. Dalam jawapannya, Idris membayangkan tindakannya itu didorong oleh kemarahan ahli-ahli terhadap kolum itu.
"Ahli marah mcm mana jadi mcm ini," demikian antara mesej Idris kepada saya. Idris yang membawa aliran pemikiran old school "ana jaga parti" juga meminta saya baca dulu tulisan terakhir Wan Saiful sebelum kolum itu dibunuh - bab old school ni, saya kesian kat Idris. Umur muda lagi, pakai pun macam orang muda. Tetapi pemikiran dia terlalu old school. Barangkali dia thiqah dan wala'.
Sebelum ini, saya tidaklah bercadang nak tulis dalam blog mesej Idris terhadap saya. Tetapi apabila Malaysia Today hari ini menyiarkan tulisan Wan Saiful bertajuk "Beza Harakah PAS dan Utusan UMNO: Satu pandangan peribadi", saya rasa elok juga saya siarkan jawapan Idris itu.
Idris mesti diberi hak untuk membela dirinya. Atas semangat yang sama juga, saya rasa perbezaan pandangan dan pemikiran sepatutnya diberikan hak dan diberi ruang di dalam PAS, kalau pun tidak di dalam Harakah yang menjadi lidah rasmi parti itu.
Cakap bab perbezaan pandangan dan pemikiran, teringat saya buruk kelaku sesetengah pihak berjawatan tinggi dalam PAS yang berkempen ke sana sini supaya diharamkan buku tulisan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu sendiri, Dr Mujahid Yusof Rawa bertajuk "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme". Mula-mula saya rasa kelakar, nak haramkan lagu mana? PAS bukan kerajaan yang boleh haramkan buku orang. Kalau haramkan dengan cara larang ahli beli pun, kalau ahli-ahli beli jugak, apa depa nak buat?
Selepas rasa kelakar, yang tertanam dalam jiwa saya ialah penolakan terhadap sikap diktator di sebalik tindakan itu. Belum perintah dah nak jadi diktator.
Saya meluat sangat dengan sikap itu. Dr Mujahid tidak tulis dalam lidah rasmi PAS seperti Wan Saiful. Dia tulis dalam buku dia sendiri. Apa hak hang nak haram buku orang?!!
Saya harap Idris tidak mewakili pemikiran ala diktator itu. Idris muda lagi. Baru 40an. Jangan buat kelaku yang menjadi hobi utama diktator-diktator tua yang semakin nak dipupuskan oleh rakyat. Saya juga berharap Idris dapat membebaskan dirinya dari aliran pemikiran kuno yang menjadi hukum-hakam yang wajib bagi sesetengah pemimpin PAS.
Dalam zaman rakyat bangkit memprotes pemimpin ini, kekuatan PAS bukan berpaksi kepada aliran pemikiran kuno yang mewajibkan thiqah dan wala' kepada para pemimpin. Contohnya, bila pemimpin berkendak politik dalam gelap dengan Umno, adakah PAS kuat semula, tidak berpecahbelah dan bersatupadu semula bila dijerit-jerit kononnya Majlis Syura dah bersidang sebelum berkendak dalam gelap? Tak. PAS mengalami perpecahan paling teruk hari ini sejak 1982 (Bab Majlis Syura tu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebut dalam Dewan Rakyat dia tak tau apa. Abdul Halim ialah Ahli Majlis Syura).
Memang thiqah dan wala' ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar kita terima dengan patuh dan kasih kepada Allah s.w.t. Tetapi thiqah dan wala' di tangan sesetengah para pemimpin PAS akhirnya telah menjadi aliran pemikiran kuno yang menjadi hobi utama para diktator.
Dan, kepada Wan Saiful pula, kena la ingat. Harakah tu lidah rasmi PAS. Utusan Malaysia pun tak pernah dinobatkan sebagai lidah rasmi Umno walaupun itulah hakikat. Bila nak tulis dalam lidah rasmi parti, agak-agak la... Mengaji sampai England, takkan tak reti-reti.

Cantik? Klik 

Wala, wala juga...Thiqah pun thiqah la. Tapi jangan la pemimpin PAS 'kencing'@tipu ahli & penyokong sendiri.. That's unacceptable!
Jelas, motif 'pembunuhan' ni adalah kerana 'scandal' kepimpinan PAS yang tak senang dgn nada & maksud penulisan WSWJ dlm Harakah ... Fahaman liberal (moderate, democratic) yg dipegang oleh mostly gen. muda & segelintir well-schooled akan cuba dihalang & dipaksa keluar.
AWAK UMNO JANGAN LA CAMPUR HAL EHWAL PAS..
sokong kenyataan ustaz Idris.
kalau setakat nak menulis macam pak bakaq tak payah mengaji pun tak pa, tin kosong... ulas isu ikut sedap sendiri dan kepentingan diri saja, berapa UMNO bayar???
itu bukan diktator, dalam islam itulah cara nak memusnahkan puak2 munafik, faham ka???
Harakah sekarang tak sama dengan Harakah zaman saya sekolah (1990an). Harakah dahulu dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam penulisan hujah-hujah untuk esei di dalam SPM dan STPM saya malah semasa di universiti, selain fakta-fakta yang kukuh dan menarik. Sekarang saya hanya membaca tajuk sahaja, jika menarik baru baca, jika tidak sekadar baca tajuk sahajalah, sebab bosan dengan kaedah penulisan yang kurang digarap dengan berkesan, selain iklan bertimbun-timbun menyemak mata je.
Salam,betul tu pak bakaq...PAS memang dah lama diktator(zalim) terhadap jemaahnya.Hal tabong memali pun tak habis nak cerita(sila baca buku airmata mat sabu jatuh di memali tulisan cn afghani).Khabarnya ahli PAS di larang membeli tapi tak pula di beritahu halal atau tidak di baca(mungkin PAS belum jadi JAKIM sepenuhnya lagi hihii).ustaz2 dipecat bila mrk kritik pemimpin dan mcm2 lagi la yang tak sampai hati nak crita Pada sy kebanyakan pemimpin PAS sudah ada agama baru.Agamanya demokrasi@demo kasi,yakni suara ramai bkn lagi suara islam.Jangan lupa kini PAS GANTI UMNO jadi slogan terpilih.jadi PAS akan mengantikan kediktatoran UMNO le...SO AWAS YE! AHLUL PAS FOR ALL.
Kali ni baru betoi-betoi harakahdelete
pemikiran yang kolot.....ISLAM menggalakkan pertukaran dan perbezaan pendapat tetapi matlamat tetap pada KEREDHAAN ALLAH SWT.
PAS takut bayang2 sendiri.....JIKA DASAR PARTI BERLANDAS AL QURAN dan HADIS,,,menyatakan kebenaran,,,apa masaalahnya!!!!!!!!!!!PERSOALANNYA KERANA SEMUANYA SLOGAN"TIDAk ADA KEUPAYAAN MEMBINA dan MELAKSAKAN KEHENDAK ISLAM DGN KUASA YG ADA KERANA TIDAK ADA KEIKLASAN,,,dan SEMATA2 KEPENTINGAN DIRI SENDIRI",,,,,,,sebab itu MUDAH DIPERMAIN dan DIPERGUNAKAN OLIH MUSUH ISLAM,,,,,,,,"
Ini mungkin disebabkan ada pemimpin yang 'Mesra UMNO' memimpin Harakah, sebab tu jadi macam ni.
Salam Bakaq, selepas baca issue Wan Saiful ni...gue setuju 100% d tamatkan colum dia..sebab sebagai lidah rasmi Parti mesti ikut kehendak Partilah..klo mau ikut selera sendiri..buka and buat blog sendirlah..macam hang bakaq..PARTI tentu ada peraturan and standard sendiri..klo mau layan semua penulis macam WAN ni..susahlah..sebab dia ni gue ingat atas pagar aje..jadi elok dia masuk parti KITA aje....pros tengah..itu pendapat guelah..klo salah ..gue minta maaf ajelah..
so, sapa-sapa yg tak setuju dgn ust deris ..bolihlah comment and bagi pandangan..pada dia mcm bakaq...and terserah dialah mau terima atau bakul sampah kan pandangan lu org semua..mana ada keputusan yg 100% semua org suka..tapi kena buat juga keputusan A ke B walaupun ada yg terluka...
Yg comment macam-macam tu..old school new school ..last-last puak UG lah..gue udah muak dgn issue UG...ni..3 tahun masih tak selesai..sebab tulah umno makin senang pujuk MELAYU..sebab..para bloger asik-mahsuk dgn issue UG ,tikah, and macam-macam lah.
and asik buruklah pimpinan PAS aje..klo baca blog..dari banyak blog PR ni..kebanyakan pimpinan PR semuanye tak bagus, yg bagus hampa aje..eeee..
apa macam..ada yg panas ..klo lu panas dgn comment gue yg tak seberapa ni..
apa lu ingat pimpinan PAS yg tak maksum tu tak panas..
tertepuk tampar dalam gelap ok, kritikan secara terbuka ko! sah lah dalam parti islam ulung malaysia ada ciri2 diktaktor kecil2an..
Rakyat Arab bangun buat Revolusi menjatuhkan pimpinan Mereka sebab apa ?selain dari kemiskinan rakyat yang telah menjadi terlampau akiBat dari mereka DI PAKSA hidup dalam satu sistem yang di pimpin oleh seorang individu terlalu lama.Pemikiran yang labuk macam dok ada dalam Pas ni lah.Kalau lama jadi pemimpin tapi dapat satukan Rakyat Macam Nik Aziz tu saya rasa relevent tapi yang lainya ,Macam stopa ali,Nazaruddin,Azizan Razak dan empat lima ekok lagi dalam Pas saya rasa elok berambus lah seba kita tahu kamu menunggu masa mengambil tempat saja bukan nak buat apa apa .Rasa rasanya kalau lama lagi dok ada kat atas tu entah lagi terok dari Husni Mubarok.Dalam UMNO pun sama asik asik muka tu jadi pemimpin budaya dan amalan rasuah dah jadi tradisi mereka,Pokonya rakyat dah mula meluat dengan sistem yang ada tak sampai kemana.Bertukar ganti pemimpin politik maka bertukar taukey bertukar kepala peyamun.Rompak tetap rompak samun tetap samun akhirnya rakyat yang terus menderita.
Salam..
Kalo dah berparti, buat la cara parti..kalo nak jadi diktator jgn dok dalam parti yang mempunyai ramai orang dan banyak pandangan ..pi dalam hutan kawan ngan binatang boleh la jadi diktator pasai depa punya rules.. sapa yang kuat,dia la yang jadi diktator...kalo diperatikan dalam movie..
takde sapa yang bangkang tarzan setiap kali dia panggil kengkawan binatang dia..
ade sorang member yg termasuk dalam org-org kuat PAS GANU menyatakan pada PRU nanti, PR tidak akan menang.... sebab UMNO akan menggunakan seluruh kekuatannya utk terus memang dan memerintah Malaysia. mmmm tak taulah nak kata apa lagi jika org PAS ganu dah kate gitu.. belum berperang dah nak mengaku salah. so.. untuk PRU 13 nanti, selain johor, melaka, negeri sembilan yang 70% pasti berada bawah BN.. tambah satu lagi negeri... GANU KITE. Kami penyokong kuat PAS (bukan ahli PAS) yang tidak tertakluk ngan peraturan thiqah dan wala, tidak kisah sangat.. ganu masih bawah BN asalkan kerajaan pusat berjaya diambil oleh PR.