Sedap!! Klik gambar di atas!

Apa salah minyak RON95 naik harga? Janji Umno perintah

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik)," itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Saya teringin nak tanya balik. Apa salahnya RON95 naik harga? Adakah majoriti orang Melayu akan marah? Tak. Majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN). Adakah majoriti orang-orang India akan marah? Tak. Majoriti orang India akan tetap undi Umno BN. Tak kisahlah walaupun seorang budak India (kesian aku tengok muka dia) dipaksa kata "Keling babi" baru-baru ini. Adakah majoriti orang-orang Sabah akan marah? Tak. Majoriti orang Sabah akan tetap undi Umno BN. Adakah majoriti orang-orang Sarawak akan marah? Tak. Majoriti orang Sarawak akan tetap undi Umno BN.

Kalau gitu, kenapa menteri tu takut sangat nak mengaku RON95 akan naik harga? Atau, barangkali menteri tu tak tau bahawa ramai rakyat yang sudah terasa bahang kenaikan harga barang terutama barang makanan. Khabarnya, gula dan susu akan naik harga Mac ini. Mungkin juga tepung. Khabarnya.

Kalau naik, apa salahnya gula, susu dan tepung naik harga? Para menteri dah ada hujah bagus. "Gula, susu, tepung tak elok makan banyak-banyak. Mudarat kepada kesihatan. Kalau harga naik, kita akan kurang makan gula, susu, tepung. Kesihatan kita akan bertambah baik". Insya Allah, majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan sokong penuh cakap menteri-menteri.

Apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan undi tetap BN. Kerajaan Umno BN tidak akan jatuh. Yang mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.

Ah, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.

Hello, Umno BN, naikkanlah harga barang. Insya Allah, hampa akan tetap menang (gambar Ihsan Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. AKU PULA NAK TANYA HARGA MINYAK BOLEH TURUN KA KALAU PEMBANGKANG MEMERINTAH SEDANGKAN SATU DUNIA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.

    SETAKAT CAKAP DALAM CERAMAH, BUDAK SEKOLAH PUN BOLEH CAKAP.

    KALAU SETAKAT NAK KRITIK, SAPA SAPA PUN PANDAI TAPI NAK LAKSANAKAN MAMPUKAH

    TENGOK KELANTAN, DULU PAS KATA NEGERI DI BAWAH UMNO BANYAK JUDI, PELACUR, DAH PAS MEMERINTAH BOLEH HAPUS KA ??? CAKAP MACAM KEDAI KOPI

  2. betul juga ya,kita pilih BN ,maka kena terima apa yg di rancangkan,betul betul betul,mari kita pastikan BN menang di pru13,yg penting kerdaun merlimau bg majoriti kaw -kaw punya,alah baru naik 5,10 sen dh kecoh,biasalah harga brg naik,byk terjadi bencana alam ,makanan dunia dh merosot so, mamak,tomyam,steak kena naik bro,tapi yg heran kedai mamak still penuh org smp extra meja.kata rakyat xda duit ,bohong,so mari kita ramai2 menjayakan rencana agenda negara pimpinan adil BN ,hidup BN.
    rakyat marhain yg menungu dungu

  3. ha ha ha.. hidup ketuanan melayu.. melayu kaya raya.. patuh saja laa apa kerajaan buat.. jgn banyak komplen, nanti negara melayu akan diperintah cina.

    ha ha ha.. pi melingkup laa melayu bodoh!

  4. rakyat malaysia terlalu naif dalam isu perkauman dan agama...barang naik harga mcm tak ada harga utk perjuang2 rakyat..

    cerita dr nasir istihar harta setiap tahun dan masih memandu kereta viva sejak ajdi adun tak ada orang ambik peduli..

  5. Naikkan je la PENCACAI/TOTOK umNGOK akan setia mengundi umNGOK, tang tu Menteri jangan risau MELAYU umNGOK tetap setia. Kalau nak PRK/PRU tabur je duit RM 10 kat pengundi MELAYU umNGOK konfirm depa undi hangpa.

    To WAZAHU,

    Awat rendah sangat tahap pemikiran nko? Mana hang tau kalau Pakatan perintah Malaysia depa tak boleh turunkan harga minyak atau lain-lain komoditi? hang boleh meramal masa depan ke? Bab maksiat kat Negeri Kelantan tu, tu je ke yang hang tau? mungkin bahan bacaan hang Berita Hairan dan Utusan Melyo kot. Kat KL/JB/Seremban/Melaka/Ipoh/Perlis nie takde Maksiat ke? lagi nauzubillah tau tapi akhbar umNGOK tak highlight je. Kalau bab Kelantan konfirm muka surat depan Utusan Meloya dan Berita Hairan.

    Memang umNGOK berjaya meLEMBU ramai orang MELAYU.

    -wakleman

  6. babi punya celaka parti iblis tu....

  7. Setuju ngan Pak Bakaq.

    KERAjaan Rosmah akan dihumban pada PRU13 nanti.Penaik harga barang pengguna seumpama penaik darah orang melayu yang ada akai.Yang takdak akai tak termasuk dalam konteks ini.harap pendokong gerombolan tulong paham laa no.

    Puak yang duk sokong tu,depa tu lah yang duk merayu setiap projek dan subsidi sana subsidi sini.10% sana 10% sini .kapai peronda baru TLDM takdak kamsen kaa?

    Untuk apa?.tiada lain kacawali untul kekalkan Ketuanan Umno.Hantu Dap jugak depa gunakan kerana ternyata orang melayu penang tiada perubahan untuk tetap undi calon PKR dan calon DAP di penang.

    pengundi saloran 2,3,4,dan seterusnya akan bagi makan pencen pada ros bik mama tak lama lagi.

  8. belum cuba belum tahu! kalau nak tahu samaada PR perentah negara harga minyak boleh turun? mari kita bagi PR menang dalam PRU13 nanti, kuasa ditangan kalau PR tak dapat menurunkan harga minyak dan juga barangan lain PRU14 kita jatuhkan biar bagi parti lain pula naik, yang menjadi masaalah tak mahu kepada perubahan kepimpinan orang melayu yang hanya hidup mengharapkan sabsidi dan juga perojek untok terus hidup,mari kita buangkan fahaman hurafat yang ditanam oleh umno/bn yang mengatakan hanya bn saja boleh merentah negara ini!

  9. salam..
    biasa la Pak bakaq..yang bersifat baharu mestilah berubah...jangan disalahkan kerajaan yang memerintah,depa naik harga barang pasai rakyat yang undi depa suruh..yang dok bising tak setuju tu geng yang tak pangkah depa ja...

  10. Kerajaan UMNO/BN tak usah khuatir nak nakkan harga minyak Ron95 sebab ada jastifikasi untuk naikkan harga akibat pergolakan dinegara-negara pengeluaran minyak diTimur Tengah.Kalau tak ada sebab pun no hal,rakyat akan terus mengundi UMNO/BN.Rakyat dinegara ni akan terus menyokong UMNO/BN walau buat apa pun sebab semua rakyat banyak duit terutama diFELDA dan diestate-estate.Dikawasan bandar tak payah cakaplah,rakyat hidup mewah,razki melimpah-ruah.Rakyat diTunisia,Yaman,Mesir dan Libya tu adalah jenis yang tak bersyukur,tak macam rakyat Malaysia yang cemerlang,gemilang dan tenang.Rakyat Malaysia akan terus sokong UMNO/BN selagi belum makan rumput dan batu.Itu ikrar rakyat Malaysia.

  11. No rise in prices of RON 95 and Diesel despite the Escalating Global Oil Price.

  12. Mak limah kat Felda berkata,

    Ada aku kesah.

  13. apesal semua heboh klu minyak naik....tp tahukah anda kerajaan sudah menanggung subsidi keatas barang2 lain sprti minyak masak,gandum,gula,gas....so bersyukur jela dengan ape yang ade skrg...

  14. to wazahu

    aku kate boleh..sgt boleh..mcm mner???kerajaan tanggung 10.5 biliion setahun untuk subsidi minyak!!!!!kalo kuarngkan rasuah(spt 52 bilion saham melayu hilang,rasuah beli kapal selam,rasuah itu,rasuah ini)aku rs kerajaan boleh bg subsidi 30bilion setahun..so minyak dapatlah dikurangkan harganya...

  15. Orang PAS ramai yang barang tak naik sebab darah dah penuh dengan gula. Mana tak, gula kat Malaysia lagi murah dari kat Siam. Ramai yang dah kena insulin resistance.

  16. kan kan kan? betul apa yang pak bakaq kata, naikkan lah harga ron95 melayu apa peduli, wazahu dan ejie aziz dah volunteer sebagai contoh ... hahaha.

  17. memang susah nak ajar org yg tidak mau buka minda!
    sangat susah lagi nak ajar org yg bodoh sombong!
    Kita tukarlah sekali, kalau tidak bagus, kita tukar pula!
    Bukannya payah bang dan kakak2 oii!!

  18. pahlawan said, tidak perlu tunjuk pd mereka yg tidak mau buka minda!
    hairan sungguh! Org kalau tidak tau, belajar, bertanya, membaca, berfikir!
    Balik2 hujah lama basi mereka juga yg mereka nak guna! BERFIKIR LAH!!

  19. Secara iklas dinyatakan bahawa PRU 13 nanti,UMNO/BN akan menang.Mereka tetap akan dapat terus memerintah Malaysia.PAS,DAP dan PKR menang juga tetapi harapan untuk memerintah Malaysia tidak kesampaian.Bilangan ahli ketiga-tiga parti akan merosot dengan teruk sekali.Menjelang penamaan calon dan kempen bermula,akhbar-akhbar kerajaan akan melaporkan bilangan ahli parti yang keluar,dengan nada yang sama "Kami sudah menyedari bahawa perjuangan parti.......hanya sia-sia melainan UMNO/BN sahaja yang benar-benar membantu rakyat".Dan akan ada majlis penyerahan borang-borang keahlian.Borang keahlian UMNO/BN dari PAS,PKR dan DAP.Seterusnya menteri yang menerima borang akan mengulas "Jelas perjuangan yang selama ini adalah satu perjuangan yang sia-sia".Hadirin bertepuk tangan,dan nyanyian lagu UMNO/BN akan dinyanyikan berama-ramai.Angka-angka yang keluar parti amat menggerunkan PAS 20,000 ahli,PKR 15,000 dan DAP 10,000.Semuanya nak keluar.Kering kontang parti tersebut sebab tiada lagi ahli parti.
    Tidak perlu PAS,PKR dan DAP bertempik sampai putus anak tekak memberitahu barang-barang akan naik harga selepas PRU 13.Orang ramai tidak akan ambil tahu,kerana asalkan beras dapat percuma sewaktu kempen sudah cukup mematikan hujah pembangkang.PAS jangan cerita tentang biasiswa kerana pemberian bantuan pelajaran kepada anak-anak sekolah sewaktu kempen membuktikan UMNO/BN perihatin kepada rakyat,walau pun selama ini batang hidung YB pun tak nampak.Lim Guan Eng tidak perlu susah berkempen sampai menyembur air liur bahawa DAP tidak memusuhi Islam dan orang Melayu kerana UMNO/BN sudah pukul canang bahawa sekiranya pembangkang menang,DAP akan aniaya orang Melayu,menyebabkan orang Melayu ketar perut untuk undi DAP.Begitu juga dengan Cina,PAS jangan harap nak berhadis dan melaung kerana UMNO/BN sudah buka cerita lama,Karpal Singh hendak langkah mayat dulu kalau PAS istihar Malaysia negara Islam.Konek orang Cina akan dipotong dan silap potong tak berkonek lagi.
    Kalau begitu apa yang perlu dilakukan.Biarkan sahaja UMNO/BN menang dan akhirnya ianya akan jatuh sendiri kerana terlampau kekenyangan dengan sendirinya penyakit akan datang.

  20. Wazahu,

    Kalau nak tahu PR boleh buat ke tak cuba beri dia perintah tak lama satu penggal je. Kalau mereka tak mampu buat apa yang dikata, tukarlah balik bukan ke ini negara demokrasi.

    Banyak cara yang boleh dibuat untuk turunkan harga barang, kalau peniaga dia beli dengan secara borong, bila beli banyak kos pengangkutan jadi murah, bila kos asal dah murah so belhlah jual murah. Kalau ada peniaga yang tak nak turunkan harga apa susah kerajaan boleh wujudkan pasaraya yang dibiayai oleh kerajaan yang boleh jual barang dengan harga yang murah dengan cara mengurangkan margin keuntungan bagi setipa barang yang dijual, memanglah tauke - tauke keparat takkan suka idea ni, tapi kena ingat majoriti rakyat golongan yang macam mana.

    Camna pun, mak limah kat Felda kata:
    Kau tahu kiah, kalau PAS perintah mati kebulur kita.

    Siapa yang beri rezeki kepada kita, ALLAH atau BN.

    Jawablah sendiri di hari akhirat nanti.

  21. org umno memang bengong,klu pembangkang memerintah minyak mungkin boleh turun. kerajaan cuma perlu pancung ja subsidi 19bilion yang depa bagi kat penjana bebas (kroni2 depa ja). jangan dok baca utusan meloya ja,nanti tua dalam kain..hahaha

  22. kapla dah penuh TAIK PALAT BIRU...susah nk ubah....tau2 dah masuk kubor baru nk tukar...

  23. kalau kamu xtahu mana satu betoi.. xtahu mana satu yg benar... kembali la kpd qur'an dan hadis...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008