Dalam Facebook, disebarluaskan kata-kata seorang kawan. Menurut kawan itu, di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, ketuanan Melayu sudah tak ada. Zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu.
Saya memohon maaf kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana sebelum ini saya underestimate kehebatannya. Saya tak pernah terfikir dia mampu mempergunakan kedudukannya sehebat yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin. Rupa-rupanya kehebatan Khairy mempergunakan kedudukan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan Rosmah menggunakan kedudukan suaminya, Najib.
Benarlah kata Mamak kawan saya itu, zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu. Ketuanan Melayu sudah tak ada di zaman Najib. Hidup kepuanan Melayu! Hidup Rosmah!
Tu fasal kepuanan Melayu. Kedua, oleh kerana hari ini adalah hari penamaan calon pilihan raya kecil Tenang, nak tulis sikit fasal pilihan raya kecil itu.
Antara perkara bersejarah yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin parti kepuanan Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu ialah menghina Islam. Kita semua tahu, ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, presiden parti kepuanan Melayu hari ini kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Kata-kata Najib itu menghina Islam.
Dalam kempen di Tenang, pemimpin parti kepuanan Melayu terus menghina Islam. Walaupun cakap-cakapnya ditujukan kepada PAS, tetapi yang sebenarnya menjadi sasaran ialah Islam. Islamlah yang menetapkan hukuman potong tangan (lihat Surah al-Maidah, ayat 38).
Dalam berita bertajuk "Johor MB: Extremism is why you shouldn't back PAS", Malaysiakini 21/1/11 memetik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata:
Kepada orang Cina, parti kepuanan Melayu kata PAS hendak menegakkan negara Islam. Kepada orang Melayu pula, parti kepuanan Melayu kata PAS sudah tidak mahu menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP.
Katakanlah memang benar apa yang Umno kata bahawa PAS tak mahu lagi menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP. Katakanlah memang sungguh apa yang Umno kata itu. Walau begitu sekalipun, sekurang-kurangnya saya tak pernah dengar mulut pemimpin PAS menghina atau mempersendakan hukum Islam, hukum Allah s.w.t.
Kalau dari mulut pemimpin Umno, bukan berita lagi dah kalau depa menghina atau mempersendakan hukum Islam.
Saya pernah kata, memilih parti mana yang kita boleh undi di negara ini hakikatnya adalah usaha untuk memilih mudharat yang lebih ringan. Kerana kelaku masing-masing, kesemua parti yang ada di negara ini adalah mudharat kepada rakyat. Kalau dah terpaksa pilih antara dua mudharat, kaedah fiqh suruh kita pilih mudharat yang lebih ringan. Kalau nak boikot pilihan raya dan tak nak pilih, nanti menang pula mudharat yang paling berat.
Bagi saya, parti kepuanan Melayu atau Umno yang lancang sangat mulut mereka menghina hukum Islam adalah mudharat yang paling besar, paling berat. Tak mudharat terbesar apanya kalau dah ketagih sangat menghina Islam, menghina Allah sebegitu rupa!
Berkaitan:
Tenang voters, watch out. PAS will "chop off" your hands, warns Ghani (Malaysia Today 21/1/11)
About gloved hands and chopped hands (Malaysia Today 22/1/11)

"So what will happen when PAS comes to power? PAS has already come to the Felda areas, saying it wants to establish an Islamic state.Setakat ini Abdul Ghani belum mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini kerana berita itu.
"They say they want laws that will get your hands chopped off for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang".
Kepada orang Cina, parti kepuanan Melayu kata PAS hendak menegakkan negara Islam. Kepada orang Melayu pula, parti kepuanan Melayu kata PAS sudah tidak mahu menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP.
Katakanlah memang benar apa yang Umno kata bahawa PAS tak mahu lagi menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP. Katakanlah memang sungguh apa yang Umno kata itu. Walau begitu sekalipun, sekurang-kurangnya saya tak pernah dengar mulut pemimpin PAS menghina atau mempersendakan hukum Islam, hukum Allah s.w.t.
Kalau dari mulut pemimpin Umno, bukan berita lagi dah kalau depa menghina atau mempersendakan hukum Islam.
Saya pernah kata, memilih parti mana yang kita boleh undi di negara ini hakikatnya adalah usaha untuk memilih mudharat yang lebih ringan. Kerana kelaku masing-masing, kesemua parti yang ada di negara ini adalah mudharat kepada rakyat. Kalau dah terpaksa pilih antara dua mudharat, kaedah fiqh suruh kita pilih mudharat yang lebih ringan. Kalau nak boikot pilihan raya dan tak nak pilih, nanti menang pula mudharat yang paling berat.
Bagi saya, parti kepuanan Melayu atau Umno yang lancang sangat mulut mereka menghina hukum Islam adalah mudharat yang paling besar, paling berat. Tak mudharat terbesar apanya kalau dah ketagih sangat menghina Islam, menghina Allah sebegitu rupa!
Berkaitan:
Tenang voters, watch out. PAS will "chop off" your hands, warns Ghani (Malaysia Today 21/1/11)
About gloved hands and chopped hands (Malaysia Today 22/1/11)

Cantik? Klik 

selamat lah rosmah ni n najib xmcm perangai anwar..klu x dah lama blogger pembangkang kena saman..he...apa2 pun tahniah kerana bg publisiti kpd rosmah...
memang betul, rosmah ni perempuan BERPUAKA.kpd rakyat malaysia....marilah sama2 kita menyaksikan sejauh mana besarnya puaka perempuan ini....jangan biarkan hidup anda di selubungi....misteriiiiiiii.
layarilah www.freemalaysiakini.com
berita dan informasi terkini, sebarakan kepada pembaca blog anda
kemana menghilang hantu altantuya?
altantuya sahaja yg dapat menyelamatkan negara ini dari kesialan kepuanan umnoputra...
RM tu calon Presiden Malaysia, lepas Najib kalah dlm PRU13, RM aakan jadi Presiden 1 MalayCA..
Zaman Najib juga zaman munculnya puak puak SUFIANIS dalam PAS
Pak Bakaq
cerita2 menghina Islam, menghina ALLAH SWT adalah tanda2 angkuh pemimpin2 juga rakyat2 sebabny tiada pemimpin takabur jikalau rakyat bongkak.
negara2 yang bongkak dan angkuh semuanya sudah dapat bala malapetaka dari ALLAH SWT.
mari lah kita merenung kembali tujuan kita hidup di muka bumi ini sebelum di landa bala gempabumi tanah runtuh dan banjir besar seperyti australia nun.
tiada guna nya menongkat langit!
Zaman Najib zaman barang naik....saya ramalkan kalau berterusanlah macam ini, kadar populasi rakyat Malaysia bolih turun mendadak. Ini kerana barang susah nak naik sebab banyak memikirkan masalah dari keindahan n kenikmatan hidup...Nak tanya kat Najib...barang dia naik ke dak? dan itu jugak kena tanya ngan Rosmah....haha
Zaman Najib ramai senapang dah patah kerana ramai dah kena kencing manis. Bila barang dah tak boleh naik bini cari lain. Ini disebabkan harga gula terlalu murah sangat. Bila darah dah penuh dengan gula macamana barang nak naik.