Awat hang tak tulis pasal Revolusi Tunisia? Saya jawab, nak buat apa? Aku menulis dalam Bahasa Melayu. Aku menulis untuk masyarakat ayam daging. Aku menulis untuk bangsa yang majoriti dari mereka bersumpah ala Semerah Padi supaya Umno terus berkuasa dan menjarah hidup mereka.
Boleh jadi juga ada pengajaran untuk orang Melayu. Pengajaran apa? Dah berapa lama orang Indonesia menghalau diktator mereka. Walaupun taklah bagus sangat, tetapi mereka kini lebih demokratik dari Malaysia. Keadaan mereka tidak seburuk zaman Suharto walaupun terlalu banyak lagi spanner buruk di zaman Suharto masih lagi bermaharajalela. Apa pelajaran orang Melayu dapat? Illek!
Sambil menyambut kejayaan Revolusi Tunisia, pada 15/1/11 lalu kawan saya menghantar sms dan menyebut bahawa "M'sia is now experiencing expensive food prices, high cost of living & pretty soon a runaway inflation..."
Saya harap kawan itu sedar bahawa dia duduk dalam negara majoriti Melayu Umno yang dengan mudah akan menjawab, "ada aku kisah?!"
Saya harap kawan itu sedar bahawa dia duduk dalam negara Melayu yang menjadikan parti masing-masing sebagai paksi 'asabiyyah mereka. Mereka memilih-milih isu untuk menghentam.
Si Melayu Umno akan hentam cukup-cukup kesalahan Melayu PAS atau Melayu PKR sambil berhempas-pulas cuba menyembunyikan kejahatan dewa-dewa mereka di dalam Umno, memutar kata untuk memberikan warna putih kepada dewa-dewa pujaan mereka.
Si Melayu PAS atau PKR akan hentam habis-habisan kesalahan Melayu Umno. Pada masa yang sama, mereka menjadi syaitan bisu apabila para pemimpin yang mereka taqdiskan atau maksumkan terlibat dalam kronisme, memanipulasi tanah rakyat terbanyak seperti di Lojing untuk jamu raja dan banyak orang tuduh "untuk diri sendiri juga" (North East Plantation itu apa bendanya?), bercakap bohong dan sebagainya.
Kalau kita enggan bersikap selektif dalam menentang mereka, kita akan jadi semua benda. Umno akan menuduh kita pemecahbelah Melayu yang akan untungkan DAP. Orang PAS akan mengugut kita dengan api neraka kerana melawan "ulama antarabangsa".
Hukum tetap hukum. Puak Umno akan guna undang-undang, polis, lokap, mahkamah dan penjara untuk menghukum kita. Puak PAS pula, oleh kerana mereka tidak ada access kepada polis, lokap, mahkamah dan penjara, mereka akan hukum kita dengan hukuman fasiq, munafiq, Yahudi, kafir dan sudah tentu, ancaman neraka. Orang seperti saya dijerkah dengan tuduhan Syiah yang mahu memecahbelahkan Sunni (bangang sangat ka orang Sunnni sehingga Syiah ini boleh pecahbelahkan mereka? Dari 1982 hinggalah berlakunya berkendak dalam gelap dengan Umno, kenapa PAS tak berpecah belah seburuk hari ini?) dan watak fiktif Abdullah bin Saba' diratib-ratibkan.
Lu mau ajak itu macam punya orang bikin macam itu buruh-buruh Tunisia guling Zine El Abidine Ben Ali? Hey, go fly a kite la!

Cantik? Klik 

Haha sekarang nada Pak Bakar nampaknya dah hentam dua-dua dah. Baguslah. Itu barulah pejuang sejati.
Sayangnya, pejuang sejati takkan dapat apa2 untuk dirinya sendiri sebab kerjanya mencari musuh. Tapi, sebagai penarik beca di tengah kota-apalah sangat maknanya.
Saya sokong nada ni sebab kita bukan fanatik pada satu pihak. Mana yg salah, kita pukul2 kan kerana kita rakyat. Lainlah kalau kita pun pemimpin politik.
Namun, jangan lupa mintak anak2 belajar tinggi2 Pak bakar. Biar mereka boleh berdiri tanpa PAS atau UMNO. Jangan nanti kita warisi kemiskinan yg bukan saja harta, tapi miskin ilmu juga.
-Malaymind-
pak bakaq,
jangan marah2lah.
saya nak fly kite, tapi harga benang dah naik ni, tak mampu nak terbangkan wau kelate dan 'ganu. maaf pak, senda saja. bersemangat kata2mu.
setuju juga denan pandangan ni tapi pak bakaq kalau kita tengok balik prk 12 dan 98 depa boleh buat perubahan, jangan kita bebal sangat,cuma kalau thun 98 cina tak bengong dan anwar mau derhaka dah tumbang babi2 umno ni,cuma style melayu ni jenis fewdal ,kalau ada kuasa sikit mula la tengok orang bawah macam paria, umpama melayu dulu2 tengok hindu/kelin juai botoi di kampung2. ustz azizan pun tengok kita macam ni juga la ni pun.BADWI PAS
peduli apa yang berlaku di Tunisia. Angry young man/anak muda panas baran julung berkeris - mereka mustadafiin, alfuqara' wal masaakin . Graduan tapi menganggur, inflasi, korupsi, kronis, first lady, power abuse, segala bentuk legislative, excutive & judiciary dimiliknegarakan. Revolusi Satu Tunisia. Peduli apa kita. Presiden lari dihambat pergi dikejar dosamurka. Peduli apa kita.
Kerna rakyat 1 Malaysia adalah Ayam Daging.
REvolusi Perancis - peduli apa kita. Revolusi China - peduli apa kita. Revolusi Indonesia - peduli apa kita.
Revolusi Iran - dicetuskan oleh sarjana Ali Syariaty, Para mullah - Ayatullh Ruhullah Khomeiny. Anak2 muda dan golongan mustadafeen/oprressed rakyat marhen dengan laungan " la syarqiye, la gharbiye, Islamiye, Islamiye, Wehdah wehdah. Marbat Ameriko...Marbat Shahin Shah!. Shah Iran personifikasi Abu Jahal & Abu Lahab & anak2 muda pasdaran manfestasi Imam Ali KarramaLlahu Wajhah. Shah Iran mustakbirin lari ke negara para kuncunya.
Peduli apa kita rakyat 1 Malaysia, rakyat ayam daging. Itu revolusi shiah. Shiah adalah ajaran sesat. Kita Ahli Sunnah waljamaah, jangan revolusi, jangan reformasi, jangan peduli politik, reda saja apa penguasa lakukan. kita mesti patuh & taat kepada perintah orang Islam.
Masihkah kita Ayam Daging untuk desembelih dan ..
salam
cantik la makna tulisan ni pak bakaq
kalu pendirian lu takde jgn tulih blog le... tgk utube kasi onani sampe putus la bodo... benda yg ade pengajaran tapi ko pandang sinis je... mmg spesis bengap tahap mugabe le lu ni burn.
dear sir,
i always like to read you post!
tulis pasal first lady tunisia le!
Pak Baqak,
Tulis pasal Revolusi Tunisia ni ada juga makna yang tersirat.Munkin penulis nak beri gambaran,jika diTunisia Presiden boleh dihambat,mengapa diMalaysia ni UMNO yang begitu korup dan zalim,tak boleh dijatuhkan.Keadaan yang sudah melampau hingga Rosmah dah ada pejabat sendiri lengkap dengan kaki tangan dan dah jadi duta Malaysia pulak,tak ada sebab keadaan ni dibiarkan begitu.Revolusi adalah langkah terakhir,masih ada lagi cara demokrasi iaitu peti undi.Jika ni juga gaggal baru revolusi.
BURN UMNO@APCO BURN ! BURN TILL HELL !
terbaik laa pak bakaq.. salute!
aku tak suka syiah hang walau aku tak fanatik kutuk syiah @ tak fanatik kutuk wahabi , tapi u pak bakaq selalu tulis nice thought n nice word , cuma aku tak berapa berkenan fanatik syiah hang walaupun hang bebas nak fanatik apa pun , n entri tunisia mu ni fabolous .... especially go fly kite la melayu2 mangkuk nak jadi berani mcm tunisia2 ni ...