Sedap!! Klik gambar di atas!

Takut apa dituduh derhaka?

Saya adalah antara orang yang paling tidak berpuas hati terhadap tindak-tanduk politik Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, terutama ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi sejarah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi ahli politik yang mencipta kemenangan di tempat yang secara tradisinya menjadi lubuk Barisan Nasional (BN) walaupun dilabel sebagai penderhaka raja. Beliau bukan sahaja menang di lubuk BN, malah dalam pilihan raya kecil pula.

Saya tahu kawasan Bukit Gantang secara tradisinya adalah lubuk BN sebab di situlah kampung halaman saya. Dan, Nizar menang di situ dengan label penderhaka. Orang boleh kata Nizar menang dengan undi Cina. Tetapi kalau orang Cina sahaja yang mengundinya, dia tak akan menang.

Hari ini, Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Anwar: Hentikan label 'penderhaka'". Wah! Semua orang takut dituduh penderhaka raja. Menderhaka kepada raja lebih ditakuti daripada menderhakai Allah s.w.t. Tu dia aih!

Saya melihat kesediaan kerajaan negeri Selangor menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri juga mempunyai kaitan dengan rasa takut dituduh sebagai penderhaka. Pergi mampoih la majoriti suara rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 2008 lalu asalkan tidak dilihat sebagai penderhaka raja - barangkali itulah mentaliti kerajaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya dah tulis dalam posting bertajuk "Pakatan Rakyat Selangor buat kelakar" dan "Bersatulah Melayu dan melingkup cepatlah sikit dengan perpaduan itu!" tentang sekumpulan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat yang membuat kerja bodoh apabila mereka cuba mengampu sultan Selangor yang dilihat menyebelahi Umno dan BN. Saya harap mereka, terutama yang menyedia dan mengusung banner warna kuning itu, pakat-pakat membeli Sinar Harian hari ini yang tajuk muka depannya "MB terima Khusrin". Ayat itu adalah hadiah untuk mereka.

Berkaitan:
Pakatan Rakyat, stop playing feudal politics (Malaysia Today 26/1/11)
S'gor mungkin terima Khusrin jadi SUK (Malaysiakini 24/1/11)
K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh (Malaysiakini 24/1/11)
Sidang DUN gagal (Utusan Malaysia 25/1/11)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ......... komen kang kena tangkap....

  2. pak bakaq, kalau dah tau umno/Bn tak sokong, apa makna sidang tergmpar?..nanti kalu rakyat tanya pasal apa lantik kusrin juga, jawapan dah ada

  3. tanda2 nak kiamat dah nak mula kot.

    derhaka pada manusia lebih ditakuti dari derhaka pada Allah Swt.

    apa nak jadi dengan umat akhir zaman nih...

  4. Sekarang ini jangan ambil kisah sangat ulama hapraki nizar ni. Mamat ini banyak wayar dah putus tak cerdas lagi. Bukan ke Islam itu mudah tapi agama Pas lagi mudah - surgo.

  5. Pak Bakaq pun takut menderhaka pada ppolis di RAJA malaysia lebih dari takutkan menderjaka pada Allah SWT.

  6. nizar tu memang wayer dia dah putus...tengok apa dia cakap dalam dun...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008