Sedap!! Klik gambar di atas!

Sesudah celaka, khianat

Dalam hadith riwayat Ahmad dinyatakan:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah).
Kefahaman saya dari hadith di atas ialah apabila kita tidak diamanahkan atau dipercayai dengan sesuatu amanah, tidak berlakulah pengkhianatan. Seseorang tidak boleh khianat tanpa amanah, tanpa janji - tidak diamanahkan dan tidak diikat dengan janji serta tidak disyaratkan berjanji.

Dah tak ada amanah yang dipercayakan, tidak dipercayakan dengan apa-apa pun dan tidak pula disuruh berjanji apa pun, nak khianat lagu mana?

Turut diisyaratkan bahawa khianat juga berlaku apabila berbohong. Dalam hadith riwayat Abu Daud dinyatakan:
Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.
Tetapi jika tidak berbohong dan hanya melaporkan apa yang diminta laporkan manakala kesilapan fakta diperbetulkan dan dipohon kemaafan dari pihak berkaitan, tidak berlakulah khianat.

Saya juga tidak berbohong berkali-kali dalam sidang akhbar, dalam muktamar.

Bagaimanapun, walaupun saya pernah disifatkan blogger celaka, saya tak naklah pula bersikap angkuh dan bongkak kepada orang yang lebih tua apabila ia menasihati. Jika nasihatnya mengandungi kebenaran, Allah s.w.t. pun murka jika saya menolaknya dengan angkuh. Sikap yang wajar ialah - apabila ada nasihat, ada timbang terima.

Berkaitan:
Nik Aziz tegur penulis blog khianati beliau
(Utusan Malaysia 15/1/11) KOTA BHARU 14 Jan - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau marah dengan penulis blog termasuk propembangkang kerana memperbesarkan isu pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan menegur penulis blog propembangkang kerana menulis cerita 'khianat' terhadapnya mengenai isu tersebut pada majlis dialog tertutup dengan golongan tersebut di Kuala Lumpur esok.

"Isu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong saya tutup buku dah, bahkan saya sudah sebut, pendirian saya semasa jumpa tempat sulit dengan tempat terang serupa sahaja.

"Tetapi tentulah kena tegur blogger, nak dengar atau tidak itu dia punya pasal. Macam kawan kita (yang) buat khianat kepada kita, kita kena sebut kepada dia jangan buat begitu, dia nak dengar atau tidak itu dia punya pasal, dosa dia tanggung.

"Blogger atau tok guru atau ibu bapa, bahkan sesiapa pun serupa sahaja, hidup atas dunia ini kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah, menumpang makan butir padi Allah buat, menumpang udara Allah buat, menumpang segala-gala," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas tujuan pertemuan beliau dengan lebih 150 penulis blog pada Majlis Makan Malam dan Dialog di sebuah hotel di Kuala Lumpur esok.

Program anjuran Kerajaan Pas Kelantan itu akan turut dihadiri beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan telah dirancang sejak tahun lalu sebagai sebahagian persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Namun isu pertemuan di Istana Terengganu pada 24 Disember tahun lalu dijangka dibangkitkan penulis blog propembangkang yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Pertemuan yang telah menghangatkan kembali isu penyatuan antara UMNO dan Pas dikatakan telah membimbangkan beberapa pihak dalam pakatan yang didokongi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Kemuncak kebimbangan itu jelas dilihat apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa memberi penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pemimpin tertinggi pembangkang lain termasuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. tgna tak marah kat hang pak bakaq. hang kata dia "dipakyetkan". tapi ada blogger yang cuba kaitkan pertemuan malam itu dengan ug. gambaran yang cuba diberikan seolah2 kehadiran tgna itu untuk berbincang pasal ug. sebagaimana yang pernah diulas, tgna bukan hadir untuk berbincang pasal ug, tetapi kehadirannya ada kaitan dengan ug. dia dari awal2 lagi tak setuju dengan ug. pendirian beliau pasal ug amat jelas. kerana pendirian beliaulah, beliau dijemput mengadap. saya dapat maklumat dari "bukan politik dan bukan juga ngo" bahawa tgna marah betul malam tu.

    "Isu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong saya tutup buku dah, bahkan saya sudah sebut, pendirian saya semasa jumpa tempat sulit dengan tempat terang serupa sahaja."

    penjelasan apakah lagi yang diperlukan dari tgna? kenapa beliau perlu menjawab sesuatu yang dimulakan oleh orang lain? tanyalah mereka2 yang berkenaan. cuma jangan langgar macam aduka. pun begitu pelanggaran itu ada hikmahnya!

    blogger yang cuba kaitkan tgna dengan ug adalah juga blogger yang bersungguh2 mempertahankan pengamal ug.

    wallahu'alam.

  2. sdgkan sahabat Rasulullah pun ada yg khianati beliau setelah beliau wafat,xheran la klu ada blogger yg buat...MP Pas pun ada yg khianati rakyat...

  3. Syiah adalah pengkhianat Islam. Menghalalkan pembunuhan Umar R.A. Menghalalkan darah umat Islam yang lain. Menyanjung pembunuh Umar. Senang cerita syiah bukan Islam. Kalau nak hak macam minoriti Buddha, hindi, kristian kat Malaysia, senang gi declare Syiah bukan Islam. terus dapat hak. Kalau Islam tapi sesat lepas tu nak tuntut hak bukan Islam, bangang teramat sangat

  4. siapa yg memaidai2 buat cerita "pertemuan besar" kalu tiada orang yg bocorkan maklumat kepada blogger?

    blogger atau orang dalam pas sendiri yg salah?

    harap tok guru boleh berfikir secara rasional...

  5. Isu TGNA bertemu DYMM Agong sudah tutup buku.Tak wajar diperbesar dan diungkit lagi.Cuma dalam isu UG ni,wajar diketahui siapa yang sudah berbohong,termasuk berbohong "sekejap buka,sekejap tutup,sekejap buka".Tak payah nak cerita panjang.

  6. orang minyak turkmenistan said...

    Anonymous said...no.3

    Puak-puak yg hang kata pengkhianat tu lah yang telah, sedang & akan berlawan ngan Israel laknattullah...yang hampa yg x sesat tu buat apa?....cukup2 lah pertikaikan tentang mazhab....x tahu kena blaja ngan org yg lebih tahu...jgn main sembrono je...jgn nnti surga yg hang cari, neraka yg hang dapat....

  7. Pak Bakaq,
    Saya ingin menarik perhatian kepada berita Malaysiakini 'Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud' kenyataan TGNA.(http://malaysiakini.com/news/1535410 yang berbunyi:

    ""(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan."

    Kalau kita baca surat Tun Mahathir kepada TGNA dan juga penjelasan berkali2 beliau amat jelas Tun Mahathir tidak menentang hudud. Malah beliau beranggapan PAS salah menafsirkan hudud. Sila baca surat beliau bertarikh 8 Jun 1994 kpd TGNA. Boleh baca di internet, ada banyak , sebagai contoh http://sekijang.com/mediabaru/?p=154. Bacalah berkali-kali supaya lebih faham maksud surat itu.


    Saya tak tahu kenapa pemimpin PAS dan penyokong2 PAS benci dan suka memutarbelit kebanyakan kenyataaan Tun Mahathir. Terlalu banyak, bukan isu hudud saja. Tun telah berkali2 cuba menjelaskan kenyataannya tetapi penyokong PAS masih suka hendak memutarbelit kenyataannya. Bukankah ini boleh menmbawa kepada unsur fitnah ? Malahan penyokong PAS sendiri sekarang suka memutarbelit kenyataan Tok Guru Hadi dan Ustaz Nasya dan ulama2 PAS yang lain. Kenapa?

  8. ano 6 dan ano 3, hang dengaq la iran dok pemohong nak serang israel, puluh tahun dah kunun revolusi islam, bulu ketiak netanyahu pun tak menguit, yang dok syahid jihad islam dan hamas ja, hizbulahh pun gempaq ja lebih, masuk sekerat gostan balik BADWI PAS

  9. ano. 8, jgn jadi mcm katak di bawah tempurung:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Israeli%E2%80%93Lebanese_conflict

  10. Ambo tak termasuk dalam senarai lebih 150 blogger tuh.

  11. Anon 8 ni dah confirm masuk syurga kot, tu yg dok yakin sangat kafirkan org lain hehehehe...

  12. don't worry la, bakaq. hang ingat je dalam fikiran hang tu yang tok guru kita ni dah separuh nyanyuk dah jadi apa yang dia cakap tu kadang-kadang ikut sedap mulut dia je.

    kalau nak kira cakap bohong, tok guru kita ni pun agak banyak juga bohongnya. aku malas la nak buka fail-fail lama ni, kang tak pasal-pasal aku dituduh umno pulak.

    tok guru kita ni dah terlalu dipuja puji hingga tiada berani menegur dan hampir dimaksumkan pun sedangkan hakikat sebenarnya dia pun ada banyak kelemahan.

    hanya yang lama, yang benar-benar rapat dan mengikuti saja yang tahu peribadi sebenar tok guru kita ni, tak teruk mana pun cuma taklah seindah disangka.

  13. Orang minyak no 8 bangang sangat ke mazhab ngan ajaran sesat pun tak tau. Syiah bukan mazhab, syiah hasil penipuan yahudi terhadap Islam. Abu luluah disanjung, Umar dihina.

  14. Orang minyak no 8 bangang sangat ke mazhab ngan ajaran sesat pun tak tau. Syiah bukan mazhab, syiah hasil penipuan yahudi terhadap Islam. Abu luluah disanjung, Umar dihina. Oh Abu Luluah tu dah la majusi. Takyah la nak cita pasal Iran nak serang Israel. Kat Palestin pro syiah hidup senang walhal Ahli Sunnah hidup melarat. Skarang kalau orang minyak nak jawab, kenapa puak syiah bangga sangat ngan orang majusi ni.

  15. Bakaq,

    next time nak pukui badan habaq kat aku, kalau aku free boleh aku tolong taruk kaw2 punya.. boleh release tension sket..

  16. Bakaq, hang tak letih ka bertuankan Wahabi Deobandi Kelantan tu???
    Ahlul bait tak bangang macam hang la...

  17. Bakaq, hang jangan duk layan budak2 sekular ni. Org duk hina Syiah tu tak payahla siarkan. Kalau org hina hang tu suka hati hang la nak siarkan ke tak.

    Bagi aku Syiah ke Sunni ke semua sama... nak monopoli, nak berebut kuasa. Berpecah dulu pun sebab apa... sebab berebut kuasa la. Sampai la hari ni duk berlaga Syiah Sunni... Puak2 kafir pulak yg jadi tukang pelaga. Bodoh betul.

    Bagi aku, walaupun aku dibesarkan dengan fahaman sunni, aku tetap terima fahaman syiah selagi tidak ada pertembungan. Bila dah bertembung kena tengok hujah siapa yang lebih kuat la... kita kan diberi akal, takkan tak boleh fikir.

    Bila masuk bab hukum, bab ibadat, kita ni org jahil kena tanya tok guru la. Tak puas hati tok guru sunni, tanya tok guru syiah pulak. Apa nak susah-susah provoke sana provoke sini.

    Jangan duk layan budak2 ngong tu.

  18. salam pak bakaq...

    kalu pencacai umnoapco tak payah komen bab mazhab la...hangpa agama pun tadak inikan bermazhab,hangpa jauh sesat wo.

    kerja bunuh orang,rogol orang,rasuah orang dan main jalang hong kong bukan kerja ahli sunnah...sesat la tu melayu woi

  19. Anon 17

    Aku tak rajin delete komen orang. Semua yang ditulis akan dipertanyakan oleh Allah s.w.t. di Hari Perhitungan nanti. Posting2 aku dalam blog ini pun akan dipertanyakan oleh Allah di Hari Perhitungan nanti. Kepada Allah kita berserah diri.

  20. saper kate yg TGNA tu ah nyanyuk?..sakit 'sikit2' tu ade la..yg korg sedap2 ti bai die wat per?rase da byk sgt ker ilmu korg tu?kalu nk banding dengan TGNA,bagai bumi ngan matahari tau tak...bangai tol korg..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008