Sedap!! Klik gambar di atas!

PTPTN adalah along yang sebenar, katanya

Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun:
Memang le kepada peminjam PTPTN...

Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. (sila klik imej di sebelah untuk besarkan)
Saya sekali lagi mengajak semua orang berfikir sebagai rakyat yang taksub kepada kebenaran. Kalau yang beragama Islam, bertuankan Allah, bertuhankan Allah - bukan ketuanan Melayu yang sudah begitu dihanyir dan dilendirkan oleh Umno atau apa-apa pun. Kita bercakap tentang kebenaran. Kita bercakap tentang kepentingan rakyat. Sudah-sudahlah bercakap dengan ketaksuban atau 'asabiyyah kepada mana-mana parti atau pemimpin. Sekarang pun orang dah mula bercakap, kalau Umno ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PAS ada Rusila. Marilah kita bercakap sebagai rakyat.

Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya.

Bercakap tentang anak orang yang meraung ditindas PTPTN, teringat anak sendiri. Orang kata, semakin lama dia tak ada, semakin berkurangan rindu. Tetapi yang saya rasa semakin rindu, semakin sayu. Ya Allah, ya Mujir, temanilah anak saya, kekasih hati abah Muhammad Sadiq dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Tolonglah, ya Allah!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sebelum kes-kes Along menjadi-jadi dulu. Depa nilah yang jadi Alongnya, tapi aku panggil Aling (Darling) yang lebih low profile - ini je penyambung nyawa student masa belajar. Tapi lepas habis belajar Aling ni jadi mula tunjuk lagak macam kakak tiri, tapi apa boleh buat nasib badan. Masa sebelum Pak Lah dia orang kenakan 3% kos pentadbiran (riba), kemudian masa Pak Lah, kononnya dikenakan 1%, tapi auta je, bukan semua dapat. Last-last ni, depa bagi atas nama Ujrah (1%), rasanya macam ada nak kena tipu lagi; sebab tawaran ini dibuat selepas Nurul Izzah mencadangkan PTPTN diubah menjadi biasiswa sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Kerajaan pada PRU13.

  2. salam...betui pak bakaq...baru ja dapat surat...cas tu mmg xkan bis smpai la byq seketoi p lungguk kat ptptn baru dia stop.baru byr beberapa bulan lps utk interest yg sblmnya....tgk bil smlm....total yg cas tu sama mcm byq haritu.bila laa nk bis?baru mula ada fmily...lampin susu nk kena beli...bini pulak keja jauh..tiap2 minggu nk ulang alik lagi p tgk anak bini...tol+minyak (koi naik) lagi xkira....haduhh...rebah kot jalanla silap2 ni..nauzubillah.sedaq la wahai rakyat Malaysia oii.klu gaji cm menteri xpa..skali gaji bleh bayaq habih.xyah pening2 ngan cas ni

  3. Siapa kata yg selalu duk wirid caj pentadbiran tidak membebankan?

  4. pak bakaq , gua pikir benda ni dulu lagi - tentang memaksa kerajaan bagi pendidikan percuma samapai u first degree , apa kata , kita bapak2 pelajar dan pelajar 2 sendiri sampai yg sek rendah misalanya - kita masing2 secara personel bagi kenyataan pada najib yang kita akan pangkah BN jika semua hutang PTPN lupus serta merta sebelum PRU @ kita kata kata kat PR secara personel akan pangkah mereka sekiranya boleh berjanji (yg boleh dipakai) yg masalah pendidikan percuma dan luput langsai hutang PTPTN , untuk itu bapa bapa pelajar dan pelajar dari tadika sek ren sek men univ berarak demo tanpa dianjurkan oleh mana2 parti @ badan melainkan mereka sendiri sehingga segala hutang PTPTN dihapuskan sama sekali dan pendidikan percuma diberi , wah nanti ada kata hang melalut tapi bukankah itu impian kita semua , mari kita usahakan yang kita semua nak tu yang bagi faedah kat kita jua

  5. salam... pengalaman dgn ptpn penuh warna-warni. mcm2 benda timbul selepas saya drill semua bahagian ptptn. ptptn tak explain mekanism repayment secara detail dan impak sekiranya tak bayar. pelajar yg tak de ilmu xkan paham sampai abis belajar dah pandai baru tau. pesanan saya pertama sekali make sure tarikh mula caj pentabiran... saya dah terkena ... sampai la ni dah hampir 4 tahun menunggu dengan penuh setia jawapan bertulis ptptn berkaitan kesilapan. dua kali masuk mahkamah tapi kes di tarik balik. kesimpulan peminjam semua kena berani berdepan bukan setakat cakap belakang.

  6. Hang semua memang tak pandai kiralah.Kalau bagi biasiswa semua.... tentu ada yang tak dapat bahagian sebab bajet. Ni aku nak tanya kalau tak ada ptptn 90% budak melayu tak dapat sambung belajar apatah lagi yang duduk di kedah dan kelantan yang kebnyakannya corak ekonominya pertanian. politik-politik jugak tapi kena pakai kepala hotak jangan pakai kepala lutut

  7. PINJAMAN RM28K
    BAKI 2009 RM 30,1XX.XX
    BAKI 2010 RM 29,7XX.XX
    BULANAN BAYAR RM 100 * 12 BLN = RM 1200 (AKU BKN MANAGER!)
    RIBA 3% = RM 8XX.XX

    SO KORANG PIKIR2 LA SENDIRI!!!

  8. http://hadi-ug.blogspot.com/

  9. Salam, apa isu-nya disini.

    Kalau kita hutang 1,000 dan bayar sekali harung, 3% itu adalah $30.
    Kalau kita hutang 1,000 dan bayar 40 kali ($25 sekali), 3% x $25 x 40 - bukan kah $30 juga.

    Sebenarnya PTPTN itu amat baik membenarkan kita membayar serendah $50 sebulan. Bayangkan kalau pinjaman adalah $16,000 = mau 27 tahun(((16k+3%)/50/12). Pinjaman kereta kita, rumah kita, kad kredit semua tu; berapa lama dia bagi kita hutang?
    kalau kita hendak isu-kan caj PTPTN yg tidak limited itu, kita juga kena isu-kan kes2 kita melambatkan pembayaran hutang kita. PTPTN tidak mengambil tindakan apabila kita membayar lewat (asalkan bayar

  10. aku kalau aku anak YB UMNGOK, mesti aku takkan pinjam PTPTPu ni.

    tapi keluarga aku tak mampu. nyesal aku tak amik JPA masa tu. caittttt

  11. masalah PTPTN ialah ramai orang tak nak bayar balik. Satu lagi yang berkemampuan pun nak ambil pinjaman. Kalau pendidikan percuma, yang lain pula naik harga, misalnya beras pula naik harga. Ini semua perlu pengimbangan yang kemas. Pak Bakaq, highway kat England tak ada toll tetapi roadtax mahal teramat sangat.

  12. Alah cakap atas kertas mudah je.

    Baru-baru ini apa bila diajukan seoalan kepada Pro-Chancellor Leeds Universiti yg melawat kampus USM Penang. Mengapa pelajar UK merusuh

    1) Dulu sebelum tahun 2000 - Yuran Pengajian percuma (Education free for all) - So ada yg masuk U tak serous belajar.

    2) Mulai tahun 2000 yuran (semasa saya berada di Leeds Uni) sebanyak 1000 paun mulai dikenakan (kecoh pelajar berpiket ...epas tu senyap)

    3) Selang 2 tahun dinaikkan kepada 3000 paun ---- lebih kecoh (Parti Buruh)

    4) Lepas tu diperkenalkan pinjaman .....macam PTPTN --- Oh parah 30% yg berjaya dikutip -- Kerajaan UK --- sakit -- hutang negara 480% berbanding GDP.

    5) Baru-baru ni kerajaan yg dulu pembankang memerintah UK(Conservertive + Lib Democratic) yag baru lagi parah naik antara 6000-9000 paun mengikut kursus.. apa pasal

    Itulahlah -manusia bila hutang tak mahu balik -- Bila sain perjanjian kan dah tahu pinjaman --- besok mati nyawa terawang-awang (tanya org alim ulamak).

    Cakap senanglah. SO mana nak korek duit .... produktiviti tak dak...

    Duit abis beli handfon/komputer baru kadang-kadang tak perlupun.


    Warga USM

  13. sesiapa hendak membeli emas boleh lawati...
    http://gold2wealth.blogspot.com/

    tq
    _amin_

  14. Isu ni dah keluar dulu tapi tak ingat kat blog mana. Lampiran yang ditunjukkan pun ialah tahun 2007. Mungkin PTPTN telah merombak perkiraan hasil dari aduan orang ramai dan saya tidak pasti kedudukan sekarang. Saya berminat sebab saya pun ada anak2 yang masih terhutang dengan PTPTN.

  15. caj pentadbiran(?): RM48.75 setiap bulan.
    skim ujrah 1%, ada syarat tertentu dan beserta surat perjanjian..

  16. Salam semua,

    Ha ha ha. PTPTN untuk rakyat!

    Satu saman yang dibuat oleh peguam panel akan dibayar sekurang-kurangnya RM150. Ada kawan yang dapat 600 fail sebulan.

    Kau orang tengoklah, lawyer di Malaysia ni banyak. Tapi siapa yang bermanfaat untuk rakyat?

    Siapa kenal lawyer buta di Malaysia? Aku baru jumpa saja.

    1Malaysia 1PTPTN

  17. awat PTPTN tak guan konsep BAit Al Innah cam yang institusi kewangan ISlam(Bank Islam, Mualamat, Agrobank, CIMB Islamik,dll) buat pada Pembiyaan Pendidikan... kadar keuntungannya lebih jelas dan kita tak terbeban.. ini guna ujrah 1%... nampak macam 'mulia' je BN... kadar 'upah'... memang la upah... tapi sampai mampos pun dok charge upah... hakikatnya ujrah ini lebih menindaskan org yg baru nak berkeluarga/ nak ada rumah/ ada kereta/ ada anak-anak... betul tak?

    Yang mak bapak kaye ok la.. sebab rezeki semua manusia bukan le same... aku suami beranak 2... isteri tak bekerja... anak 3 (rezeki Tuhan nak bagi)... pakai kancil je... rumah disewa... bulan-bulan byr PTPTN RM150 (tue je aku mampu)... tapi kos pentadbiran asalnya RM65 sebulan.. nie dah masuk tahun ke 5 aku byr bulanan RM150 tue... tapi kos pentadbiran kurang RM1.00 sebulan... sekarang tinggal RM55... (sikit je beza padahal dah 5 tahun) ...tak ke kesian kat aku???

  18. bagi pemimjam yang gagal membayar...

    Ujrah/ kadar upah akan dikenakan atas jumlah baki pinjaman (principla)... manakala 'denda/penalty' bank-bank Islam dikenakan atas jumlah yg perlu byr setiap bulan... mana yang lebih baik?

  19. Apa lagi idea PAS ?

    Hudud -- dah dapat kuasa, di cancel.
    Negara Islam -- dah dapat kuasa, tak praktikal.

    Janji2 mengarut -- macam pendidikan percuma dan kos kesihatan percuma mmg modal PAS. Kalau korang duduk negara2 maju macam USA dan Australia, baru korang sedar betapa murahnya kos belajar dan kos rawatan kat Malaysia.

    Idea kesihatan, pendidikan percuma mengarut dan bingai. Kalau boleh buat pendidikan percuma, aku mintak PAS buatkan yuran tadika PASTI di negeri2 bawah Pakatan sebagai percuma. Sila tunjuk tu dulu.

    Idea yg tak dilaksana hanya angan2. Nak tahu hebat atau tak, laksanakan janji & idea. Jgn banyak janji. Orang2 bodoh seperti biasa percaya bulat2.Oranng yg ada akal, dia akan tengok apa negara lain buat dan tengok samada janji tu praktikal atau kencing semata2.

    Pada yg komplen pasal PTPTN, aku nak tanya. Ada Najib/Mahathir letak pistol kat kepala anak korang suruh pi pinjam? Dan korang sebagai mak bapak yg Islamik, ngapa tak sediakan duit untuk anak korang belajar? Bukankah berikan ilmu secukupnya tanggungjawab mak bapak?

    Kerajaan dah adakan tabung untuk korang simpan utk anak korang masuk universiti, siap tax free lagi. Tapi korang tak simpan. Korang buang duit tu hisap rokok.

    Semua benda korang nak salahkan BN. Banjir -- salah BN, takde duit -- salahkan BN, buat hutang -- salahkan BN. Tak pernah nak salahkan diri sendiri. Apa korang ni bodoh atau gila ?

  20. Bila aku baca komen Tok Bingai di atas, aku semakin benci kepada Umno walaupun aku bukan org Pas dan aku semakin berazam untuk berkerja kuat memusnahkan Umno. Tetapi bagaimanapun, aku terima kasih kepada Tok Bingai kerana menjadikan benci aku kepada Umno semakin panas membara.

  21. Kalau nak belajar percuma masuklah KUIN dekat Kedah tu, semua tak payah bayar, makan tanggung berak tong. Nak jimat duit terpaksa selalu makan mee segera.

  22. nnt saya email penyata 2010 utk rujukan, inshaAllah..

  23. nak senang bayar saje hutang itu...
    kenapa la sgt liat nak byr hutang..

    aku tgk budak2 kat university dapat je duit PTPTN terus tukar henpon baru..bli motor baru...belanja sana sini...mereka tak sedar itu duit mereka sendiri..

    kalau tak nak bayar ..dapatkan 1st class..mcm budak -budak cina DAP buat!

    ni tiap-tiap thn budak melayu dapat 3rd class...dpt 3rd class pun ada angan2 nak dpt biasiswa!

  24. sekiranya PTPTN di ubah sebagai biasiswa..negara akan bankrup!

    anwar hanya pandai bercakap..dan selalunya dia bercakap melalui dubur nya!

  25. Cakap ikut sedap gigi jer bingai ni

  26. tongong punya komen dari cai bingai umno ni, memangla majib madey tak tonyoh pistol kat kat kepala hang, orang takdak duit nak suruh anak belajar di universiti nak buat camana? pi rompak umah hang ke bingai? itu saja kerajaan bagi pilihan, hutang pun hutang la, sekarang sapa yang bodoh atau gila seperti yang kata itu, hang la bingai!

  27. MAMAK KUTTY DARI MALBARI DAH PUNAHKAN BIASISWA HADI PTPTN ! DEMI NEGARA & PERJUANGAN UNTUK MELAYU KAHKAHKAH :)
    RAKYAT DIDAHULUKAN !

  28. Penuntut Kuin pada waktu ini adalah yang 'paling kaya' berikutan menerima pinjaman PTPTN RM8,000 satu semester tetapi membayar yuran pengajian RM1,000 seorang untuk satu semester- MB.

  29. Orang berhutang tak bayar hutang camtu la rasanya. Lepas tu blaja slalu clubbing dan gi ajaran sesat pak bakaq memang camntu la jadinya.

  30. penyelesaian krisis mcm nie..buat spm susah2..jangan bagi ramai dpt A..kalau spm x berapa bagus carik kerja dulu selepas tu study part time..abis cerita..masalahnya kat malaysia pendidkan adalah satu perniagaan

  31. hahhahaha...korang xsedar ke korang nie di negara kapitalis....bl sebut kapitalis,semuanya xkan cukup...why..sbb ianya kapitalis..wat tak bingai...kalo anda setuju ngan kapitalis,aku xleh nak wat pape...ok bl PAS berjaya merubah sistem kapital(that means total change) jd sistem islam...aku rs semuanya akan ok...bkn aku yg janji...tp my rasul(xtaw la tak bingai same x rasulnye ngan wa)

    kat malaysia nie masalahnye..depa nk islamkan kapitalis...sumpah aku ckp xkan boleh berjaya..why???p bc buku bnyk2 la wei...aku mls nk tulis nie....

    anyway PTPTN salah satu dr sistem kapitalis.....

  32. ntah laa xtau nk ckp mcm ne..aku mmg x msuk U sbb x mampu n tawar ati nk masuk U sbb tgk sepupu aku yg dapat result byk A & B dlm kbyakkan semester ( cume ade satu n dua semester aje yg dia dpt 2C+, 3C- )pon masih terkial2 nk dpt kje.. dh 3 thun tamat bljar..tapi masih kje ngn gaji rm500-600. nk2 lau taraf gaji kt pantai timur. cube tgk iklan cntoh mcm kt mudah.com.my .. NK kelayakn ijazah/diploma tp tawar gaji 400-600. atau pn tahfiz gemilang iklan dlm jobs malaysia..nk cri guru taska brdiploma..tp gaji 420 jer.. mcm ne nk byar pinjaman? nk sara idup pn x lepas..

  33. Anon March1, 2011

    Memang betul. Kalau kat kelantan kan, keja kerani je pun nak diploma. Tapi bayar gaji rm500. Pembantu kedai gaji RM420, untuk 12jam.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008