Sedap!! Klik gambar di atas!

Penjelasan dan jawapan ke atas fitnah-fitnah terhadap Syiah

Berikut ialah email seorang sahabat lama, yang saya kenali sejak berpuluh tahun lalu. Jika anda tak senang terhadap haknya untuk bersuara, anda boleh hubungi ibnuturab@yahoo.com:
Pada malam 15hb Disember bersamaan malam 10 Muharram lalu pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di bawah perintah Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah menyerang hendap majlis memperingati hari penindasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Bani Umayyah terhadap keluarga RasulluLlah s.'a.w.a. (sallaLlahu 'alahi wa alihi) di Hauzah Ar-Ridha 'a.s. Gombak. Ada yang telah dihadapkan ke mahkamah syariah. Di antara yang hadir pada majlis tersebut adalah pelajar-pelajar universiti, pensyarah-pensyarah, pegawai tinggi kerajaan dan para professional. Termasuk yang ditahan ialah seorang warga Iran yang baru mula berceramah.

Pengarah Jais telah membuat kenyataan fitnah di hadapan bangunan tersebut pada malam itu juga. Antara ajaran Syiah yang didakwa oleh Khusrin ialah orang Syiah menghalalkan darah orang-orang Sunni. Orang-orang Syiah menyatakan fardhu haji ke Mekah itu tak wajib!!! Banyak lagi fitnah lain yang disebut oleh Khusrin yang saya rasa malu nak tulis di sini kerana terlalu dangkal dan menampakkan betapa jahilnya beliau serta pegawai Jais lain. Kejahilan ini mungkin berpunca dari kesilapan melantik orang-orang yang buta Islam mengetuai jabatan-jabatan yang berkaitan dengan Islam. Samada beliau ini dibekalkan dengan maklumat palsu yang penuh dengan fitnah dan dendam membara atau memang beliau ini agen Zionis yang hendak memecahbelahkan umat Islam dengan menghasut kebencian orang ramai terhadap pengikut Syiah.

Pada 16hb Disember bersamaan 10 Muharram, Presiden Turki, Tayep Erdogan telah menghadhiri majlis 'Asyura di Istanbul bersama orang-orang Syiah. Antara lain beliau telah diundang berucap dalam acara tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa majlis 'Asyura adalah satu majlis perpaduan umah yang amat penting kerana umat Islam dari semua mazhab memperingati satu tragedi kezaliman yang tak ada tolok banding terhadap Husin 'a.s (cucunda RasuluLlah s.'a.w.a.) dan keluarganya di padang Karbala. Beliau menjelaskan ini suatu perjuangan suci Saidina Husin untuk mengislahkan ugama datuk dan bapanya yang telah di seleweng pada ketika itu. Alangkah malunya negara Malaysia jika dibandingkan dengan keterbukaan Presiden Turki tersebut.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Maza telah menulis dalam blognya dengan menggambarkan bahawa Syiah ini adalah kumpulan yang buta sejarah. Beliau merujuk dalam kitab Tarikh Tabari yang dalamnya termasuk cerita Abdullah bin Saba yang terkenal itu. Walaupun ramai ulama-ulama tersohor seperti Taha Hussain dalam kitabnya Fitnah Kubra menafikan kewujudan tokoh fiktif itu tapi golongan Wahhabi masih menghidupkannya lagi. Seolah-olah Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Talib pun termakan hasutan Abdullah bin Saba ini. Sebab itulah beliau ('Ali) dengan penuh dendam memerangi semua golongan atau manusia yang baik seperti Othman, Mu'awiyah, Marwan bin Hakam dan mungkin 'Abdulrahman bin Muljam dari Khawarij!!!! Ya Allah.

Samada mereka ini lupa dengan pesanan RasuluLlah s.'a.w.a. dalam hadis-hadis Kutub Sittah atau mereka sengaja ingin memutarbelit fakta-fakta yang wujud, walau percubaan untuk menyembunyikannya sentiasa dilakukan sepanjang zaman.

Saya ingin memetik beberapa hadis dari Muslim, Bukhari dan lain-lain lagi yang mungkin tidak diiktiraf oleh golongan Wahhabi!

إني تارك فيكم الثقلين : كتاب الله ، وعترتي أهل بيتي ، ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا بعدي أبدا

”Inni taarik fiikum astsaqalain; Kitabullah wa itrati ahla baiti. Ma’intamasaktum bihima, lan tadhillu abada”

Aku tinggalkan pada kamu dua perkara berat, Kitab Allah dan keluarga dari Ahlil Baitku. Jika kamu berpegang pada kedua-keduanya nescaya kamu tak akan sesat buat selamanya.

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا

Innama uridullahu liuz hiba ankumurijsa ahlal bait wa utohhirakum tathiira

Sesungguhnya Allah bermaksud menghapuskan dosa-dosa dari kamu, wahai "Ahlul Bait" dan hendak mensucikan kamu sesuci-sucinya.

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

Innallaha wa malaikatahu usalluna ala nabi ya ayuhallazi na amanu sollu alaihi wasallimu taslima.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.'a.w.a.); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya (jangan batrah).

Mereka-mereka menganggap kebangkitan Husin di Padang Karbala adalah sebagai menderhaka kepada Yazid. La haula wala quawwata illa biLlahil 'Aliyyul 'Azim.

Husin ini cucu RasuluLlah s.'a.w.a. yang dalam hadisnya Rasul menyatakan ‘Husin minni wa ana min Husin’. Husin dari aku dan aku dari Husin. Tidak fahamkah hadis ini? Atau ini hadis dhaif? Ahlil Baitku seperti bahtera Nuh. Sesiapa yang bersamanya selamat dan berjaya akan tetapi sesiapa yang meninggalkan mereka akan binasalah!! Harus diingatkan 'Ali dan Husin adalah termasuk dalam senarai manusia yang Allah s.w.t dan para malaikat berselawat ke atasnya.

Kepada merekalah kita diwajibkan berselawat dalam semua solat!! Adakah sesat kita mencintai manusia ini? Bukankah RasuluLllah dan Ahlil Baitnya "rahmatan lil 'alamin"? Kalau kita diwajibkan berselawat kepada Ahlil Bait dalam solat, kenapakah kita tak boleh ikut perkara-perkara 'aqidah dan cabang dari mereka? Atau mereka tidak punyai 'aqidah sendiri yang di warisi dari Rasul s.'a.w.a.?

Adakah mereka setaraf dengan sahabat sehingga Ahli Sunnah menyamakan mereka sebagai sahabat-sahabat Rasul s.'a.w.a.?

4. Siapakah yang sesat? Mereka yang memperingati penderitaan keluarga RasuluLlah s.'a.w.a. atau mereka yang bersuka ria di masa orang lain memperingati musibah yang menimpa keluarga RasuluLlah s.'a.w.a.?

Ada ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan dengan orang Syiah tidak digalakkan. Mungkin perkahwinan dengan Hindu dan Kristian lebih mulia dari berkahwin dengan orang Syiah.

Benarkah ajaran Syiah itu sesat dari Islam? Benarkah mereka ini buta sejarah? Benarkah mereka buta al-Quran? Benarkah 'Ali bin Abi Talib dan keturunannya yang digelar Isna 'Asyara atau Imam Dua Belas itu sesat?

Benarkah Imam Khomeinei itu bapa segala sesat dan Syed Ali Khamenei ini penyambung kesesatan itu?

Bersediakah tokoh-tokoh Wahabi mencabar orang-orang Syiah berdebat terbuka tentang Tafsir al-Quran, Ahlil Bait dan Tarikh Islam?

Perkara ini harus diselesai secara jantan. Jangan berani hentam belakang ketika tangan orang-orang Syiah diikat. Rasa saya pihak kerajaan, terutamanya Bukit Aman lebih mengetahui siapa yang lebih mengancam keselamatan negara. Syiahkah atau golongan Wahhabi yang sentiasa menyamar di belakang Ahli Sunnah Wal Jamaah? Siapa yang sentiasa memecahbelahkan orang kampung terutamanya di Negara Islam yang belum merdeka, di Patani, di Indonesia dan di kampung-kampung di negara kita ini sentiasa berlaku kekeliruan terutamanya tentang tahlil, baca talqin, mauludir-Rasul s.'a.w.a. dan berzikir?

Adahkah orang Syiah terlibat dalam perkara-perkara memecah belahkan ummah itu? Syiah di Malaysia kebanyakan dianuti oleh pensyarah, pelajar universiti dan professional yang sentiasa menggunakan aqal mereka ketika membuat kajian.

Kalau benci sangat Syiah beritau saja pada Negara Islam seluruh dunia bahawa mana-mana orang Syiah yang nak datang ke Malaysia hendaklah menukar mazhabnya terlebih dahulu. Suruh sahaja duta Iran tukar mazhab sesat dia tu. Atau cadang kepada OIC negara-negara orang Syiah tak boleh menganggotai OIC. Jangan bagi orang Syiah pergi Mekah (walaupun sekarang merekalah yang paling ramai menunaikan haji).

Sokong saja USA dan Israel untuk menghancur Republik Islam Iran. Suruh puak Wahhabi di Iraq tu tingkatkan lagi serangan dan sabotaj mereka keatas masjid orang-orang Syiah di sana.

WaLlahu a’lam.
Allahumma solli aala Muhammad wa aali Muhammad.

Abu Turab
(Kamaruzaman Bin Ismail)
Kota Bharu, Kelantan
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. SELAWAT

  2. HAHAHAHAHA........

    Saya nak tanya, Nabi Muhamad penganut mazhab apa? Siapa yg buat semua mazhab2 ni.

    Soalan:
    Kenapa org2 Melayu takut naik ke Bulan?

    Jawapan:
    Di Bulan tiada bangunan batu 4 segi (Made in Italy), macam mana nak sembahyang.

    Jawapan 'ulamak2' agama:
    Tak boleh, mencabar lembu. Sesungguhnya Nabi bersabda Bumi di atas tanduk lembu (Sumber hadis:'SAHIH' Bukhari- Siapa tak percaya hadis, pancung kepala dia. Tp sekarang dah diklasifikasikan sebagai hadis maudhu'. Tak konsisten langsung!!!)

    Al-Quran:
    "Dialah Tuhan, yang menjadikan segala yg ada di Bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (kamu) menuju (ke) langit........."
    (Quran,2:29)

    Tak perlu nas, Tuhan mengajar kemajuan teknologi. Apabila bangsa Melayu mempunyai kemajuan teknologi ke angkasa lepas, kita akan tahu siapa yang ingkar kepada Al-Quran.

    Saya tak kisah kalau Pak Bakaq tak approved kan komen saya.

    Notes: Masyarakat digalak menyanyikan Al-Quran, tapi bila bab tafsir hanya 'ulamak2' agama sahaja layak. Sesat betul........sebab tu saya tak kisah kalau komen saya tak disiarkan.

    -saniyusuf@gmail.com-

  3. Beginilah Pak Bakar. Aku ni bukannya alim ulama, ilmu agama pun asas saja tahu.

    Tapi senang kiranya aku nak petik satu pandangan:

    "Disebabkan perbezaan terlalu ketara antara Sunni & Syiah, adalah lebih baik mereka hidup terasing dari satu sama lain kerana musibahnya lebih besar dari manafaatnya"

    Seperti juga kisah2 ulama besar yang berselisih pendapat berkenaan doa qunut contohnya, mereka tetap 'hormat' tuan kawasan tersebut yakni kalau mereka ada di kawasan majoriti baca doa qunut, maka mereka tetap ikut serta walau mereka tak bersetuju. Ini contoh ulama besar, bukan pengikutnya.

    Jadi, nak jadi syiah? Pandangan aku teruskanlah, tapi bukan di bumi Malaysia.

    Kerana apa? Kerana kami di sini amalkan sunni ikut mazhab syafii.

    Kenapa kamu tak dialu-alukan? Adakah sebab kamu salah?

    Bukannya sebab kamu salah, kami cuma tak mahu pertumpahan darah yang sia-sia baik di pihak Syiah atau di pihak Sunni. Malah kalau ada kaum sunni yang berniat untuk menguatkan pengaruh mereka di kawasan Syiah sekalipun, aku akan halang.

    Bukan apa Pak Bakar & rakan Syiah sekalian, dalam agama kita ni, pengikut (orang yang hanya ikut tu) lebih ramai dari yang ada ilmu. Mereka inilah nanti yang akan bawa musibah kepada semua orang.

    Maka, atas nama kedamaian dan nama Islam itu sendiri, usahlah dilakukan perkara yang boleh menggugat kestabilan kerana harga ketaksbilan itu akan dibayar oleh semua orang nanti.

    p/s: Sunni kata Syiah kafirkan khalifah mereka, Syiah pulak kata Sunni fitnah mereka. Pendekata setakat yang aku baca, tak ada yang baik antara keduanya pada pandangan masing-masing.

    Untuk rakyat marhaen macam aku? Amalkan 1 ihsan, 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Back to the basic. Jadi, tak usahlah nak cipta kontroversi yang tak perlu nih.

    Lainlah kalau hang artis yang suka kontroversi sebab nak album laku. Atau nak kontroversi sebab nak website laku? Itu antara hang dengan Allah s.w.t ler, bukan hal aku.

    Nasihat aku, masuk kandang kambing. mengembeklah...

    -Malaymind-

  4. Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

    Salam,

    Syabas ustaz Abu Turab. Inilah yang saling ditunggu oleh kami pencinta Ahlul Bait di peringkat junior.
    Satu kenyataan daripada pihak otai syiah M'sia sendiri.
    Jangan dibiarkan mangsa serbuan pada malam itu bersendirian menghadapi masa hadapan mereka.
    Adalah tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan apa yang kita ada, demi haknya Imam Zaman A.S.
    Politik dalaman berasaskan kuasa dan wang serta kemasyhuran eloklah dipinggirkan jauh-jauh buat masa ini.
    Ini adalah tempoh perjuangan, tempoh paling sesuai untuk menyahut seruan al-Hussein.
    Barangsiapa yang mendakwa beriman tetapi meninggalkan perjuangan ini dan berselesa dengan hanya bermesyuarat hentam sana hentam sini tak sudah-sudah, semoga ianya terpandang di sisi Imam Zaman A.S.

    Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

  5. Aku tak tau nak komen apa sebab bukan ahli agama. Yg aku tau aku ni Islam dan bukan dari golongan Ahli Sunnah Wal Rasuah mcm kebanyakannya dianuti oleh pemimpin malaysia. Cuma aku nampak puak2 syiah ni (bukan di malaysia) konsisten memerangi yahudi zionis dr dulu smp skrg. Puak2 Ahli Sunnah Wal Rasuah di mana saja kebanyakannya menjadi pak yet-pak yet yahudi dan zionis termasuk malaysia. Itu contoh yg jelas. Tentang ibadah aku tak tau sgt sb aku tgk sama je wajib syahadah, solat, puasa, zakat & haji walaupun dari puak ahli sunnah wal rasuah, wahabi atau syiah.

  6. saniyusuf@gmail.com

    Aku publish komen hang. Semoga ia tercatat hingga Akhirat.

    Aku dah jelaskan kat hang sebelum ini (tak ingat dalam ruangan komen bawah posting mana), tetapi hang tetap tuduh kami sembah Ka'bah atau "batu 4 segi (Made in Italy)".

    Lagu ni la, kalau hang sakit hati sangat kepada "batu 4 segi (Made in Italy)", apa kata hang serang saja "batu 4 segi (Made in Italy)" itu seperti yang dilakukan Abrahah? Kalau hang ajak Amerika dan Israel, aku pasti depa pun teringin nak serang "batu 4 segi (Made in Italy)"

    Dengan "kemajuan teknologi", aku percaya hampa ada kemampuan untuk bergasak dengan Ababil.

  7. salam ...

    Bukan kah isu syiah ,ahli sunnah walljamaah atau pun wahabi telah di perdebatkan oleh ulamak sejak dahulu lagi ..Hasil perbahasan telah di bukukan n Banyak buku-buku telah pun ada di Malaysia ..beli dan sila baca lah ...

    Pak bakaq ...Bagi aku banyak lagi perkara yg perlu di bahaskan dalam kontek Malaysia ini !!! Itu hanya saranan aku jer pak bakaq ...

    aku pun tak leh nak kata apa sebab bolg ini pak bakaq yg punya !! hentam saja lah pak bakaq !!!

    Apa pun masjid perlu kita penuhkan bagi kita orang lelaki ! sembahyang berjemaah !! ini tak bercakap berdegar pung pang ,hadith ini ayat quran ni tapi maghrib masih kat kedai mamak ..subuh tak bangun ,tak berdaya melawan kain selimut yg tak sampai se kilo berat nya !! Nak lawan zionis macam mana ni !! ini yg patut kita war war kan !!!

    Sekadar peringatan untuk sahabat-sahabat ku yg BUDIMAN ...

  8. Jika Islam Quran sahaja di pakai, tidak ada Sunni dan tidak ada Syiah.!!!

    Apabila "lahwal hadis" di guna maka Muslim jadi sesat dan berpecahbelah/bermazhab.!!!
    Rujuka Quran 31:6"Ada orang guna "lahwal hadis"/hadis olok2 untok sesatkan orang lain dari jalan Allah,tanpa pengetahuan,dan menjadikannya bahan tertawa.".!!!

    Menduakan kitabAllah/Quran dengan kitab Ulama adalah syirik.!!!
    Allah di s

  9. pak bakaq... nabi berselawat dulu mcm mana ?

  10. Malaymind tulis..

    "Jadi, nak jadi syiah? Pandangan aku teruskanlah, tapi bukan di bumi Malaysia.

    Kerana apa? Kerana kami di sini amalkan sunni ikut mazhab syafii."

    Di bumi Malaysia ni amalkan 100% mazhab Syafii ka..?

  11. Salam,

    "{pak bakaq... nabi berselawat dulu mcm mana ?"

    Agak2nya si 90 marhalah itu berselawat macam mana dalam solatnya?

    Kalau tak selawat kepada keluarga Nabi tak sah solatnya.

  12. Siapa berani jamin mazhab syafii 100% ikut alquran dan sunnah?

  13. Kalu ulamak2 yg muktabar sejak dulu kala gagal nak selesaikan perbezaan mazhab, kenapa kita nak gali balik perselisihan itu? kenapa kita tak nak belajar hidup aman damai dgn pelbagai mazhab dan agama?

  14. ahmadinejad dan iran pun dok muhong berpuluh tahun dah kata nak perang dengan yahudi, habuk pun tarak, yang dok shahid puak2 pelestin saja,tok sah sembang besaq la puak2 syiah, yang hampa tau dok ungkit cerita orang yang telah mati.. look foward n reality la, nabi tak ajaq benda2 mengarut bidah ni,kunun mencintai ahlillbait,di turki nu puak2 hampa jadi pendokong parti attarturk hampa tau x?di iran hampa bunoh ulama sunni cold blood ja, hampa ingat orang tak tau???BADWI PAS

  15. hampa2 puak2 syiah kalau berhujjah guna sahih sittah yang hampa sendiri tak pakai pun,awat tak guna al kulani yang banyak hadith tak masuk akal pun, perawi2 kami transparent dan telus, bukan macam khampa takkiyah memanjang.macam ni la tak guna berhujjah apa pun, lakum di nukum waliyadin, semacam kami nak buat apa berhujjah dengan agama hindi

  16. Anony 14 :

    kawe sokong demo....

    ahmadnijad kecek bohong jah tahu..bkn dk tolong pn org palestin...


    weiii syiahh...mu jange dk bohong org laa...afghanistan jatuh kerana sapo... aku tahu..

    duri dale daging @!

  17. Duhai Anonymous,

    Pertama sekali, kau cuba fahamkan apa maknanya 'mazhab' tu dulu. Lepas tu, kau belajar pulak macamana orang boleh iktiraf 'mazhab' tu pulak.

    1) Adakah mazhab boleh dibuat dengan bermodalkan air liur saja? Jawapannya tidak. Semuanya kena bertulis supaya boleh didebatkan dikalangan orang berilmu.

    2) Adakah wajib kau ikut satu mazhab saja? Jawapannya tidak, itupun kalau kau faham maksud 'mazhab' yang aku suruh kau cari tadi ler.

    3) Habis tu, dah tak wajib, ikut suka bapak koranglah nak anut mazhab mana kan? Jawapannya, ya memang ikut suka bapak korang la tapi sekarang ni yang nak provokasi anutan orang lain ni buat apa? Kan aku dah kata, majoriti terima Syafii, pandai2lah nak hidup.

    4) Apa, kau kata kau dah penuh ilmu di dada? Kalau gitu, belasahla nak ikut mazhab apa sekalipun tapi janganlah pulak anggap semua orang berilmu macam kau dan provokasi isu2 yang susah difahami dengan tujuan nak porak perandakan masyarakat?

    Setan ni kadang datang dalam pelbagai bentuk sedara, yang benci suasana aman tenteram ni pun salah satu jugak.

    -Malaymind-

  18. badwi pas

    memang betui mu ni badwii pas ...jap nak sokong umno...mari kat org badwi bawah kecek hentam umno...ni lah perangai juak mu sampai sekarang kepentingan diri lebih ...ahmedinejad kejut juga yahudi,...puak puak mu sokong yahudi...sapo tutup sempadan palestin....puak mu juga...

    sunni ori

  19. woi badwii pas....perintah kedah x sama ngan kelantan...al quran lain lain kot...dulu sebelum pRU cakap tak serupa bikin bila menang macam lain pulak....tu la ambil muawiyyah sebagai idola untuk memimpin....suruh ahli demo....pemimpin penakut hangit (org no 1 di kedah ) suruh org bawah lawan umno...tapi di kedah org atas kata umno ni macam saudara kita.....belit belit cakap....

    Sunni Ori

  20. solawat....

    demi Allah dan Rasul serta Ahlulbaitnya... cinta ini sentiasa utk mereka....

    wahai org2 yang beriman......bersatulah....tak perlu nak fitnah sana-sini kepada kami....

    kami bukan pengganas...kami mahu Islam...kami mahu sentiasa ingat kepada Baginda dan keluarganya..itu saja....susah sgt kah utk mengiktiraf org2 yang mahu islam seperti kami?

    Celaka ke atas Zionis kerana berusaha memecahbelahkan ummah dan tidak mahu BERSATU sesama Muslim/.

  21. Salam. Kesian puak-puak yang tidak tahu punca penjajahan USA di Afgan dan Perjuangan Palestin.Imam Khomeinei kata Revolusi Islam Iran di Wujudkan untuk membebaskan Palestin yang asas kehancuranya berlaku sejak zaman Muawiyah, Yazid dan algojonya.Munkin beberapa orang yang memberi komen ini terlalu taksub di butakan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Munkin dia ingat Alqaedah dan Toliban tu Syiah kut. Yaallah cerahkan saudara-saudara ku ini.
    Ini kebanyakan pemikiran manusia-manusia tertentu banyak yang di bohongi fakta kebangkitan dunia hari ini.Mereka tak tau bahawa wahbi dan munafiqin kuncu-kuncu penjajah lah yang membentang permaidani untuk Amerika menyerang negara Islam dan Yahudi menyerang Palestin.Golongan mereka sanggup membantu Yahudi menyekat kemasukan makanan dan ubat-ubat ke Gaza.

  22. wahai ano2 yang kutuk aku, aku bentangkan fakta,iraq tu sapa yang buka jalan bagi Amerika masuk? syiah la, awat hampa iran tak serang saddam sendiri2.. Abu turab,siapa khomeini yang mau hentam muawiyah? hang satu negeri islam pun tak boleh buka? muawiyah memperbesarkan empayar islam sampai sepanyaol la...penulis wahyu lagi, sahabat lagi,BADWI PAS

  23. Salam dan solawat. Kepada Badwi Pas dan orang yang seumpamanya. Dunia memang kenal sesangat perangai dan sikap wahabisme seperti you all ini. Kalau bab nak menghentam dan baling batu sembunyi tangan mmg you all lah juaranya. tp berani ke you all sahut seruan Sdr. abu Turab untuk selesaikan secara anak jantan !? Mmg mana2 tempat kat dalm dunia nescaya juak2 hangpalah yang selalu dok buat kacau dan mencemarkan nama baik Islam. Hangpa tak berani berdepan secara berhujjah, hangpa bom sana - sini. Di mana sebenarnya asas dan tapak perjuangan hangpa secara realiti ni sebenarnya!? seburuk-buruk golongan Syiah pun sekurang-kurangnya depa ada jugak tadbir negara secara Full Islamik dan ada jugak jasa tumbangkan Israel di Lubnan. You all Ape ade!? Cakap jer Lebih!!! memang dasar Wahabi!!

    Sunni _ sejati

  24. Sebab tulah PAS tak berjaya sampai sekarang tegak Islam di malaysia ni. rupanya ada org2 dunggu dan buta hati macam si BADWI ni lah. Ish ish, naya punya kes!

    Sunni _ Sejati

  25. saya tak baling batu sembunyi tangan, kita menyatakn fakta;kamu syiah mengkafirkan para sahabat, kami sunni menyanjung semua sahabat dan mengasihani ahlillbait:syedina ALIkaramallah adalah saudara dan sahabat nabi yang dianya adalah pintu segala ilmu: kamu cari suatu perkataan syd ali yang menkafirkan sahabat2. jawab soalan ini dahulu wahai Abu turab. kenapa mengata orang dungu, kamu semacam umno la, tak da hujjah ,yang tau maki :BADWI PAS

  26. hang ni betul2 buta sejarah la badwi pas,sebelum nak bagi abu turab jawab soalan bodoh hang ni, biaq aku jwb dulu sat ikut rentak bodoh hang ni. saidina ali tu antara org yang di perangi oleh sebahagian sahabat dalam perang shiffin. antaranya muawiyah dan konco2nya yang hangpa wahabi ( bukan Sunni mcm aku ni )dok agong2kan. setau aku ulama2 syiah yang muktabar pun tak benarkan penghinaan pada sebahagian sahabat dan tokoh2 terkemuka sahabat nabi yang menjadi rujukan ahlus sunnah demi perpaduan ummah. Tp kalau wahabi mcm hangpa ni mmg tak leh bagi muka. yang dok pi bom kat gereja kristian baru ni pun puak2 hangpa la. Hang bukannya Sunni wahai badwi Pas! kalau Sunni yang sejati tak akan bermusuh dengan saudara seagama dari golongan syiah. sunni dan Syiah adalah saudara muslimin sampai kiamat! Solawat!

  27. aku tak da kena mengena dengn wahabi, tapi sekurang2nya ulama wahabi telah menempelak khomeini ketika di beri penghormatan menzirahi makam nabi saw tetapi beliu cuba menhina makam umar dan abu bakar,,ini real punya:hamg celik sejarah syiah ja ,kalau hampa declare pun kata tak bagi menghina sahabat mampuih orang tak percaya pasai rukun tkkiyah hampa tu dan tengok kelaku khomeini yang aku bentangkan tu. hang pakai otak la perang siffin tu perang politik islam, macam geng kjaang perpaduang dgan geng pro pakatan la: cuma tak bunuh ja ,hati pedih semacam: BADWI PAS

  28. aku lagi suka kalau sunni dan syiah bersatu. kalaulah kita kononnya boleh duduk semeja dengan mereka yg bukan islam berbincang masalah negara, ekonomi, sosial ect. mengapa syiah dan sunni tidak boleh?

  29. assalamualaikum...

    hal-hal ini bukan berkenan negara tapi hal-hal akhirat....
    kita semua pasti akan mati....tiada negara lagi milik kita....
    dan kita akan disoal juga kelak....
    yang pentingnya perlu selidik terlebih dahulu apa yang nak di tulis di blog atau web sebab ia akan menjadi turun temurun walaupun kita dah mati...
    yang amat membenci syiah selidik terlebih dahulu, jangan hanya dengar dari orang2 saja... fitnah ni dah lama.... cuba la bayangkan bagaimana mereka terdahulu sedang hadapi alam barzakh sekarang kerana fitnah yang dilemparkan kepada syiah ini.... tuan-tuan selidikla dulu.... syiah tetap islam macam sunni, mereka melakukan perkara yang sama dengan sunni (perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah)
    saya pernah menemui seorang sahabat yang baru pulang dari caramah Ustaz di sungai buloh dia bagi tau saya ustaz tu cakap syiah sujud atas batu nak bagi dahi hitam... dan saya mencari maklumat tersebut maka saya temui banyak bukti keutamaan sujud di atas tanah dan yang tumbuh diatasnya.... cuba la bayang kan ustaz tadi telah menyampaikan sesuatu yang dia jahil kepada berpuluh orang yg hadir... dan semua berfikiran seperti sahabat saya tadi.... Bukan kah itu saham FITNAH .... selidik la dulu tuan-tuan sebelum menuduh mazhab lain itu sesat.... bagi saya mereka yang melakukan perkara2 wajib yang diPerintahkan oleh Allah adalah islam, hanya kefahamannya berbeza kerana pemimpinnya berbeza....

  30. Dulu aku athiest.. Kemudian agnosthic.. Akhirnya aku masuk Syiah.. Sebab hujah ketuhanan yang link dengan kefahaman aku.. Ilmu syiah memang terjamin benar.. Contohnya tentang apa tu Zat Allah, pasal hubung kait ghaibnya Imam Mahdi dengan metafisik dengan alam ruh, pasal kenapa imam-imam maksum, dan tengok akhlak orang syiah tersangat2lah lebih baik dari sunni... Kalau wahabi tu lagi terokk.. Aku ni tak alim, tak arif.. Tapi aku jenis suke mempertikaikan sesuatu yang tak pasti.. Pasal tula, sebelum terima Syiah, aku jadi athiest.. Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah bagi hidayah kat aku.. Kalau kaji bab sejarah pun masih meragukan, maka buatlah kajian tentang ketepatan ilmu-ilmu yang ada pada Syiah ni.. Kebanyakan orang Syiah ialah orang yang IQ nye tinggi.. Nampak biase2 je, tak menunjuk serban, jubah, tapi mukanya manis.. Hehe.. Entah betoi ke x aku komen ni, aku x kisah.. Yang penting, aku bahagia dengan cinta-cinta yang aku ada ni kat Ahli Bait.. Xde awek pon x kesaah sudaaaa... Solawat..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008