Sedap!! Klik gambar di atas!

Pakatan Rakyat Selangor buat kelakar

Saya tak tahu ada perhimpunan menyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri itu. Perhimpunan dah berlangsung, baru kawan telefon bagi tau. Kalau saya tau dari awal, saya pergi. Macam-macam orang kata kat Khalid. Saya selalu dengar orang-orang Umno mengecamnya. Orang-orang PKR yang sokong Azmin Ali pun selalu saya dengar mengecamnya. Tetapi, saya tetap melihat beliau lebih baik dari menteri-menteri besar Selangor sebelumnya.

Bagaimanapun, malam ni, bila tengok gambar-gambar perhimpunan itu, saya rasa elok la saya tak pi. Cuba tengok berita Malaysiakini bertajuk "400 march in show of support for S'gor MB". Cuba tengok gambar paling atas dalam berita tu. Ada banner warna kuning (gambar saya copy dari Malaysiakini and paste di sebelah - dengan memohon maaf sebab tanpa izin).

Kalau saya pergi, saya akan persoalkan kenapa perlu ada banner seperti itu? Apa perlunya tulisan paling atas berwarna merah dalam banner tu?

Kalau saya hadir, tobat lahum saya tak akan angkat banner warna kuning tu. Na'uzubiLlahi min zalik!!

Kadang-kadang orang Pakatan Rakyat (PR) main politik kelakar yang bukan-bukan. Awat depa ingat sultan Selangor akan lembut hati kat depa dan tidak lagi kelihatan memihak kepada Umno dengan adanya banner warna kuning tu? Orang pun tau hampa nak main politik. Nak main politik pun janganlah sampai nampak macam pak lawak.

Banner warna kuning tu hanya menyebabkan PR dilihat tak tentu arah - tak ketahuan darat dan laut. Banner itu tak perlu ada dalam perhimpunan itu. Ia tak relevan.

Saya bangga dengan ketetapan Allah s.w.t. menjadikan saya Melayu. Lebih bersyukur lagi menjadi orang yang mempertuhankan-Nya. Tetapi saya tak bangga langsung dengan khurafat orang-orang Melayu. Saya benci.

Ah, teringat para pengikut Aga Khan yang menyanjung beliau sebagai ketua agama walaupun kehidupannya dilaporkan penuh liar dan mempergunakan kekayaan dari keringat para pengikutnya untuk berpoya-poya dengan segala maksiat.

Akhirnya, sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada orang-orang PAS Selangor kerana mempunyai Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai pesuruhjaya mereka. Tahniah juga kepada Dr Hasan kerana kedudukan beliau sebagai Pesueruhjaya PAS Selangor semakin kukuh. Selepas muktamar PAS 2007 lalu, walaupun ramai orang PAS Selangor tak nak beliau menjadi pesuruhjaya PAS negeri itu, Presiden PAS tetap melantik beliau sebagai pesuruhjaya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Woww!!! ehehhhh...nakal la komen U nihhh.....tapi I tertarikkk...

  2. Bakaq,

    Datuk Dr. Hassan Ali tengah jual minyak urat!!!

    Macam nih punya pimpinan pun ada kaa!!!

  3. Bang Bakaq...

    Malam tadi Hasan Ali dengan megah keluar dalam TV9 berita jam 8, beliau mengatakan "sebelum ini saya dah bekerja dengan Datuk Khusrin sewaktu beliau menkadi Pengarah JAIs, tak ada masaalah, jadi jika belia menjawat SUK pun tak ada masaalah".....

    Senang sungguh...Lepas SUA PAS pun keluaq kenyataan Hasan Ali diingatkan patuhi pendirian PAS Pusat... Berapa puloh kali dok nak bagi peringatan aja....

    Senang dan goyangkakilah Bahagian Disiplin PAS Pusat, terutama Tuan Ibrahim Tuan Man...

  4. Bakaq, Bukan hang sorang tak mua pi, hasan ali pun tak suka majlis2 mcm tu..dia lebih suka cara diplomasi..maklumlah lah khusrin tu kan kawan baik dia

  5. Pak Bakaq...
    Ulaq.

    Mcm rhyme je......

    Wak Arjun

  6. kalau aku dengar nama Dato' Dr Hasan Ali, cepat2 la ingat Imam Hassan bin Ali KarramaLlahu Wajhah, cucu RasuluLlah SAW.

    Bukan PR Selangor yang kelakar tapi Khalifah/AmirulMukmninin Pas Selangor yang kelakar.Si Khalifah ni peduli apa dengan PR & ahli/penyokong Pas Selangor, kerna dia tau SUA/Majlis Shura akan back-up Khalifah sorang ni.

    Khaled Samad AlWaled tu setakat bertempik/melalak sokong PR Selangor dalam isu Khusren, bersama majority mustadafeen Pas memang dipandang sebelah mata oleh Pas Pusat. Kalau si Khaled lagi vokal canggah Khalifah Pas Selangor, lagi cepatlah kena gantung.

    PAS Selangor Memang Suka Buat Lawak' - Pusat cakap lain, Negeri cakap lain. Marilah kita ketawa tapi jangan pecah perut.

  7. Aga Khan tu dari Sekte Ismailiyyah dan pecahan Imamiyyah jugalah... atau dengan kata lain, Syiah...

  8. Hassan Ali ni cakap dia boleh bekerjasama dengan Khusrin,nak tunjuk konon dia lebih hebat dari Tan Seri Khalid,MB Selangor.Dia memang sentiasa akan "berlawanan" dengan Tan Seri Khalid kerana kepunan nak jadi MB Selangor.Kenyataannya dah dikomen oleh Stopa Ali,konon macam amaranlah - amaran adik-beradik(satu bin),itu aje.Hassan Ali ni macam Anakku Sazali kepada TGHA,boleh buat apa sahaja tak ada action akan dikenakan.Anakku Hassan ni,bukankah geng UG,tak munkin dia dikenakan sebarang tindakan,Anakku Hassan baa!

  9. mcm2 la anakku sazali la ankakku hassan la..pebenda ko ckp ni?aper point?aper motif?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008