Dalam posting bertajuk "Cukupkah menuduh pembantah azan busuk perut?", saya tulis:
Semalam, asik-beradik saling berpelukan (lihat Malaysiakini "Pengadu bunyi azan mohon maaf" dan "MCA man behind azan row apologises").
Ng Kiam Nam beruntung kerana dia ahli MCA. Sebagai ahli MCA, dia boleh buat apa saja dan selepas itu meminta maaf dari adik-beradiknya. Mintak gitu-gitu ja, tak payah memohon. Depa tunggu mintak ja. Mesti bagi punya.
Kalaulah Kiam Nam orang DAP atau PKR atau ahli Kelab Penyokong PAS, jangan harap nak dapat walaupun memohon. Nasib baik dia orang MCA. Bantah apa pun tak apa. Umno boleh maaf.

Saya cakap fasal Umno. Bukan fasal peguam MCA itu. Kalau orang MCA rungsing dengan azan yang terlalu lantang, itu tak menghairankan. Kalau orang MCA tak nak hudud, apa nak herannya. Mereka bukan Islam.
Yang amat meloyakan ialah sikap Umno, tak kiralah yang bersongkok tinggi atau tidak. Saya tak naklah kata sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam.
Sebab itulah kita mesti melihat apa pun yang dibuat oleh Umno tidak ada kaitan dengan 3R yang mereka jerit pekikkan. 3R itu ialah race (bangsa), religion (agama) and royalty (puak raja).
Umno dah main isu bangsa dan agama. Sekarang mereka sibuk jadi hulu dan balang puak raja. Menjadi. Bukan tak menjadi. Terlalu ramai Melayu yang dah dibangangkan oleh Umno dengan kedua-dua isu itu. Orang PAS pun ramai yang dah bangang teruk dengan isu.
Bila orang Umno kata, "Kami kalau Umno hancur, PAS kami boleh terima. PKR kami tak terima" atau "Kami bila-bila masa ja boleh tinggalkan Umno ni dan sokong PAS dengan syarat PAS mesti bersendirian", otak orang PAS yang dah dibangangkan Umno itu melorot ke paras lebih bawah dari lutut. Tak terlintas langsung di kepala mereka semua itu ayat-ayat munafiq - depan cakap lain, belakang lain pula.
Bila bercakap tentang sebahagian orang PAS yang begitu mudah ditipu dan diperdaya, saya teringat analisis mat kangkung yang jadi pak yet atau pecacai Umno dalam Bernama, "PAS bakal jadi korban politik DAP-PKR - penganalisis".
Analisis mat kangkung itu tak salah sepenuhnya. Saya yakin PAS tak akan jadi korban dan tak akan terpinggir jika pemimpin-pemimpin PAS cerdik dan tak bodoh untuk menguasai keadaan. Tapi kalau masuk mesyuarat orang lain yang dominan dan lepas tu bersyarah pula depan ahli bahawa "kira mesti jadi dominan" untuk menghibur otak yang bengap untuk jadi dominan, tidak mustahil PAS jadi korban.
Kalau dalam mesyuarat akal tak panjang nak bercakap, lidah jadi tongong nak berhujjah, duduk tercokol macam tok kong dan bila keluar mesyuarat merungut tak habis-habis termasuk menghentam DAP yang dilihat sebagai extension Singapura (macam la Umno yang digiankan sangat itu tak jadi pak yet Singapura), apa mustahilnya PAS akan jadi korban?
Sudah-sudahlah merungut tentang puak Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan tetapi bila dah merdeka, orang lain yang perintah. Sudah-sudahlah merungut bahawa puak Islam yang perjuangkan kemerdekaan tetapi selepas itu ditipu oleh puak sekular yang akhirnya menggasak habuan kemerdekaan.
Adakah orang menipu sahaja yang salah? Orang kena tipu langsung tak salah? Tidak salahkah senang sangat kena tipu?
Saya juga tidak melihat tunjuk perasaan mereka begitu sarat dengan sentimen politik yang tajam. Saya percaya, rata-rata yang memprotes itu adalah penyokong-penyokong tegar Umno. Yang mereka kecam ialah seorang peguam ahli MCA. Mereka berlawan sesama mereka.Ringkasnya, mereka bergaduh adik-beradik.

Cantik? Klik 

best! best! fight! lg lawan... sampai dua2 belah mampuih semua... bagi kat cina ngan keling jaga Malaysia. Gaduh lg wei! depa jaga baru Islam tertegak wei...
KAH KAH KAH...
Ada dengaq DAP marah MCA? marah2 sayang ada la, blakon dpan hampa2 bodo suma...
Gaduh lg wei.. mcm ni la cara Islam nak maju weih...
setuju dgn pak bakaq, omar ra kata "aku tak buat benda kelentong, tetapi tidak pula kelentong manusia dapat memperdaya aku"... begitu sepatutnya kualiti pemimpin jamaah islam
betul,betul,betul.sekali silap,bekali-kali bengang & biol namanya.dah tau penipu nak caya apa? yang lepas2A tu nak ingat2 lN JADIKAN JE TAULADAN N SEMPADAN AND MOVE ON.
Ng Wei Lek beruntung kerana dia Adun DAP. sebagai orang kuat Lim Guan Eng, dia boleh buat apa saja dan selepas itu meminta maaf dari adik-beradiknya. Mintak gitu-gitu ja, tak payah memohon. Itu lestolan Mamak tunggu mintak ja. Mesti bagi punya.
Pak Bakaq tak cadang buka Cawangan Lestolan kat Komtar?
Pak Bakaq apa maksud Pak bakaq kata lagu ni "Tak terlintas langsung di kepala mereka semua itu ayat-ayat munafiq - depan cakap lain, belakang lain pula."
Aduh, Pak Bakaq duk rajin main hukum-hukum ayat . A typical PAS supporter!!
Komen anon 5 tu typical Umno supporter. Dia kata org lain kuat menghukom. Dia lagi teruk. Hukum org pengkhianat Melayu, bla, bla, bla. Ironinya, Umnolah paling kuat dan paling banyak mengkhianati Melayu. Typical Pas supporter? Umno lagi terok!
yg ni best...........bola tanggung neh bakaq!!!!!!!!!
tokpengulu
pasal azan perkasa dan pekida turun demo. kenapa pasal kes pekerja islam dilarang dan dinafikan hak unutk sembahyang jumaat, tak de siapa nak demo?.
no.8, perkara itu boleh diadukan kepada Kem, Sumber Manusia. TAk perlu tunjuk perasan. Majikan terus kena kompauan atau tindakan bawah undang2 sediada. Pasal azan 'si loyar buruk' buka suruh tutup 'sound azan' tetapi dia mempertikai 'paras bunyi". Maka sukar sikit nak bawa kes pergi mahkamah kena lah tunjuk demo. Mungkin pakar undang2 Prof Aziz Bari boleh bantu wakil rakyat kawasan berkenaan Nurul dari sudut perundangan. takkan nak harap Karpal Singh.
no 9. saya pernah berkenaan pekerja tidak dibenarkan sembahyang jumaat. Saya buat aduan di pejabat agama johor bahru, seorang diri tanpa diketahui oleh sesiapa pun di tempat kerja. pagi saya buat aduan, tengah hari saya dipanggil oleh big boss, ayat boss yang saya tidak boleh lupa " tak payah report, itu orang gov suma kita sudah pegang" pegang apa?? saya tak tau...
ohh ya... big boss saya adalah seorg berbangsa cina... lu pikir la sendiri
no.10,ekarang saudara seorang saja yang buat tanpa diketahui oleh sesiap di tempat kerja. Sebagai Muslim, saudara kena bertindak lapur kepada semua pihak berkaitan.
buat aduan kepada Aduan Rakyat TV3 , Kementerian Sumber manusia (PutraJaya) , Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia. Juga lapurkan kepada Suruhanjaya pencegah rasuah, Polis dan mana2 pihak lain yang berkaitan. Setelah itu baru lah boleh dikatakan saudara dah usaha dan bertawkal kepada Allah.
kalau semua tak buat apa-apa , lapurkan kepada pemimpin PAS supaya PAS bertindak segera.