
Dalam posting "Tunisia? Go fly a kite la!", saya tulis:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah menunaikan kehendak orang-orang Umno (lihat Malaysiakini 24/1/11 "Garispanduan hasutan di media internet" dan "Sedition guidelines will now apply to online media"). Dia tidak lagi pondan (lihat "‘Pondan’ undeserve the helm of nation leadership" dan "Hishammuddin kau diam je la!!" sebagai contoh).
Tak payah nak berdalih-dalih la. Tu semua helah nak menghalang rakyat menghentam Umno BN. Itu matlamat muktamadnya. Sebutlah ISA ka, OSA ka, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ka, Akta Polis ka, apa ka, yang ultimatenya semua itu berkhidmat untuk kepentingan kuasa Umno BN.
Dengan undang-undang sebegitu, blog ini hanya boleh mencuit-cuit macam sang bacul. Saya bukanlah berani, saya penakut. Tetapi nak menulis macam sang bacul, saya tak reti. Habis tu, saya nak tulis apa? Barangkali, saya hanya ada tiga pilihan:
Puak Umno akan guna undang-undang, polis, lokap, mahkamah dan penjara untuk menghukum kita. Puak PAS pula, oleh kerana mereka tidak ada access kepada polis, lokap, mahkamah dan penjara, mereka akan hukum kita dengan hukuman fasiq, munafiq, Yahudi, kafir dan sudah tentu, ancaman neraka.Selepas ini, kalau hendak menulis di alam siber, hati-hati. Kalau takut kena tangkap, kalau takut masuk lokap, kalau takut dipenjara, jangan pandai-pandai nak menulis dalam blog, Facebook, Twitter menghentam establishment - tak kiralah Umno, Barisan Nasional (BN), raja atau mana-mana pakyet Umno BN. Undang-undang bengis akan menerkam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah menunaikan kehendak orang-orang Umno (lihat Malaysiakini 24/1/11 "Garispanduan hasutan di media internet" dan "Sedition guidelines will now apply to online media"). Dia tidak lagi pondan (lihat "‘Pondan’ undeserve the helm of nation leadership" dan "Hishammuddin kau diam je la!!" sebagai contoh).
Tak payah nak berdalih-dalih la. Tu semua helah nak menghalang rakyat menghentam Umno BN. Itu matlamat muktamadnya. Sebutlah ISA ka, OSA ka, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ka, Akta Polis ka, apa ka, yang ultimatenya semua itu berkhidmat untuk kepentingan kuasa Umno BN.Dengan undang-undang sebegitu, blog ini hanya boleh mencuit-cuit macam sang bacul. Saya bukanlah berani, saya penakut. Tetapi nak menulis macam sang bacul, saya tak reti. Habis tu, saya nak tulis apa? Barangkali, saya hanya ada tiga pilihan:
1. Memerah otak dan bertanya-tanya sana-sini untuk membolehkan saya tulis ikut suka saya tanpa orang mengetahui yang menulis itu adalah bakaq a.k.a ~penarik becaHello, jangan ingat saya hanya boleh pilih satu pilihan sahaja. Kalau pilih satu ja, tak ke mana kesudahannya. Sekurang-kurangnya saya kena pilih pilihan kedua dan ketiga. Nak pilih pilihan yang pertama, kena banyak bergomol-gomol dengan teknologi. Mana aku tau.
2. Melatih badan dan jiwa saya untuk bermain-main dalam lokap dengan lebih kerap dan membikin rehearsal banyak-banyak kali sebelum melepak-lepak dalam penjara
3. Menghasut sana-sini supaya Umno dan BN dijatuhkan dan segala undang-undang kurang ajarnya kita tuntut kerajaan baru hapuskan. Kalau kerajaan baru naik dan dia pun kurang ajar macam Umno, jangan susah hati. Yang baru naik lebih mudah dijatuhkan oleh rakyat. Yang payah sangat nak dijatuhkan ialah kerajaan Umno BN yang dah lebih 50 tahun bertapuk di puncak kuasa.










Cantik? Klik 






ermmm... semua org buat tk betull... betul sgt ke org mcm awak ni???
bkn kiter xbtol...cm nk memperbetulkan yg terang2 salah...salah ker??????
baca je laaaa....
mujur juga ada umno, sekurang-kurangnya orang melayu agak selamat.Ada juga jalan raya masjid, sekolah bantuan orang miskin bantuan nak belajar dan lain-lain. Pas memerintah terengganu banyak yang dirampas dan buat kacau langsung tak adil serta bodoh je.Sekarang lagi teruk. saya rasa penulis ini jahat dan bodoh juga orangnya. banyak sikit baca dan buat kajian kedudukan kita sekarang, macamana 20 tahun akan datang.Sila tulis cadangan untuk memajukan bangsa dan negara. Kalau pandai sangat, betul sangat,hebat sangat jadilah menteri ke, prof ke atau ape2 le yang bermanfaat pada bangsa dan negara.Orang sekarang dah maju bukan kolot seperti saudara.